Friday, 5 June 2015

My Wedding Checklist

Makin bertambah umur aku, pandangan aku tentang majlis perkahwinan makin berubah. Dulu masa umur awal 20-an, memang banyak yang aku angankan. Ramai orang taksub dengan so-called perfect wedding dan aku mengaku aku hampir terjebak dalam dunia imaginasi yang sama.

Tapi makin lama aku belajar yang wedding dan marriage adalah dua perkara yang sangat berbeza. Simpan duit untuk kahwin bukan bermaksud simpan duit untuk majlis kahwin, tapi untuk kehidupan selepas berumahtangga nanti. Kalau kau tanya aku, ulang lagi sekali - Aku, sekarang, sewaktu entry ini ditulis, dah draft wedding checklist . Checklist aku simple je, terbahagi kepada dua kategori:

A. Perkara-perkara yang aku tak kisah keluarkan duit

B. Perkara-perkara yang aku tak sanggup bazirkan duit


A. Perkara-perkara yang aku tak kisah keluarkan duit adalah:

1. Makanan. Aku nak ramai orang datang meraikan aku. Aku nak orang cukup makan.  Nak buat stail Johor, ada berkat sekali.
*Berkat - lauk yang dibungkus untuk tetamu bawak balik.

2.Khemah. Reason sama dengan nombor satu

3.Outfit for my family. Aku nak diorang nampak cantik pada hari bahagia aku.

4.Honeymoon. Yup, because I can! Aku nak gi bercinta ngan laki aku, korang sibuk apa!


5.Doorgift. Isi, bukan pembalutnya

6.Make up dan baju bersanding. Bagilah aku merasa nampak cantik at least sekali seumur hidup.


B. Perkara-perkara yang aku tak sanggup bazirkan duit pulak :

1. Kad kahwin mahal. Buat apa nak spend duit banyak untuk something yang orang akan buang

2.Pre-wedding photography. Call me old-fashioned, tapi aku tak rasa benda tu perlu.

3.Henna. Ada ustaz kata haram, ada kata harus. Orang kata kalau dah was-was baik tinggalkan


4.Pelamin. I can't stand people staring at me! Bersanding akan buat aku nervous!

5 Bekas doorgift. Rujuk point 1

6. Cincin kahwin mahal-mahal. Aku bukan jewellery junkie. Baik you simpan duit tu bawak I gi honeymoon ke Maldives ye sayang!

7.Hantaran mahal-mahal. Aku bukannya gila brand atau gila gadget. Aku suka makanan. Food is awesome!

Doakan aku. Dalam bab majlis kahwin ni, walaupun kita ada pendirian, banyak hati nak kena jaga.

Apa-apa pun, twitter ni memang win!


Korang terasa tak? Sebab aku terasa. Kah kah kah
p/s: Sesapa nak komen"nanti adalah tu" , sila simpan komen tu untuk blog lain.

That's all people! Thanks for reading.

66 comments:

  1. adik akak pun sebaya sal, masih belum berpunya
    belum 6 dia masuk 3 series, berbanding dengan sal
    dia dah tak kisah pasal bab kawin. dia dok sibuk kumpul reta sendiri
    tapi kadang ada nampak dia punya keinginan tu
    adik dengan kakak dia dah berkeluarga, tinggal dia aje

    tu yang buat akak jadi sayu hati...dah lah dia pun sakit
    boleh tak nak menangis kat sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kak...huhu.saya still ada rasa tu sebab kenangkan mak ayah je..kalau saya, erm, fikir nak berjalan jelah..

      adik akak sakit gak ke?sakit apa?

      Delete
    2. Nah, nah... landing kat bahu saya je, YY. Dik Sal ni kecil molek, rebeh pulak bahu tu nanti. Macamana nak buat majlis kahwin grand kalau dah bahu rebeh sebelah! Hehehe.. gurau jerk Sal. Sila jangan kecik hati nanti akak tak mahu datanga lagi ~_^

      Delete
    3. ish...baru cadang nak buat drama swasta kat sini
      MD kacau plak...dah tak jadi nak nangis

      nama sakit dia tu agak pelik juga
      akak nak menyebut pun susah, tapi lagi teruk dari akak
      sakit dekat bahagian kaki. kesian tengok dia menanggung sakit
      selalu dalam solat akak doakan dia bertemu jodoh yang baik-baik
      boleh jaga dia sama macam suami akak jaga akak

      Delete
    4. ye ke...semoga dia dapat jodoh yang baik ye kak YY.rasa tak bersyukur plak kak YY, sebab dikurniakan nikmat sihat pun still rasa tak cukup..huhu

      Delete
  2. jodoh Allah dah tentukan Sal..apa salahnya checklist.sampai masa terus on je!hehe

    ReplyDelete
  3. my dear kak sal.. I pun terasa ngan quote kat bawah tu.. Adik i dah bertunang, I ni boyfriend dari dulu sampai sekarang xdak.. hurm.. jgn kata nak rancang kahwin nak riki2 pun xkuasa I.. ya maybe I masih muda.. baru ja merasa kerja 2 tahun, tapi yg wat I rasa terkilan, adik I dah pun dipinang org, dia muda sangat ok.. xpa kak sal Allah know better..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak terasa tapi akak gelak je..fikir positif.tak kuasa nak kecik-kecik hati.haha

      Delete
  4. jodoh tu sama mcm rezeki. kena usaha utk mendapatkannya. doa jg x boleh diputuskan... insya allah... jika niat kita baik pasti dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. kaknoor doa kan adik2 akak disini Sal dan Syida bertemu jodoh dengan orang yang baik2, itulah sbb nya ALLAH belum temu kan tu, sbb putera pilihan tu belum ada, yg ada skrg ni banyak yang sebaliknya, jadi bersabar ya insya ALLAH akan ada hari bahagia mu adik2 berdua ya..

    ReplyDelete
  6. Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga Sal akan dapat yang terbaik..aamiin
    Tetiba teringat kat majlis2 perkahwinan kat Johor. Rindu nak makan nasik berkat...huhu

    ReplyDelete
  7. nasi berkat tu johor aje ke yang buat? nampak naaa SS just duduk johor aje... keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sesetengah kpg kt sarawak buat mcm tu jugak...siap sediakan plastik utk tapau bawak balik hahahahah

      Delete
    2. orang Johor memang biasa buat..orang negeri lain x sure.oh, Sarawak buat gak ek

      Delete
    3. yee sal..tp bkn semua tpt laa...sy pernah pergi 1 kenduri pastu dpt plastik...sy siap tya plastik tu utk apa....adehhhh....pestaim kan...mn nak tau leh tapau....dh mcm kedai makan lak rsanya hahahahahah

      Delete
    4. hahaha, kalau boleh tapau sendiri tu lagi rare.memang macam kat kedai.

      Delete
    5. ooo berkat tu bekal bawak balik tu ka..ingat berkat org slalu sebut...

      Delete
    6. berkat ada dua maksud ZF..jangan konpius plak

      Delete
  8. Boleh x SS nak buat iklan... Sapa nak kat SS ni? Sila isi borang! keh keh keh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada borang lebih???..sy tlg promot....hihihih

      Delete
    2. buat leh utk saya sekali...huhuhu

      Delete
  9. Sal....yang penting bahagia selepas kawen...biar laa org nk kata apa...yg penting kita hepi...sy dulu pon pakai kad murah jer...jangan membazir...orang datang atau tak bukan sebab kad mahal...pakai inai jer cukup....xyah corak2 bagai....lagi simple lagi ok sebenarnya....yg ptg buat yg wajib....heheheheheh....moga impian sal tercapai 1 hari nnti...jgn lupa jemput tauuuuu hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..thanks kak D, tapi tahulah kita pompuan ni kadang2 terikut-ikut jugak trend dan mudah terpengaruh.yup, yang penting buat yang wajib

      Delete
    2. apa yg penting...kehidupan selepas berkahwin...yg tu lgi byk dugaan....better fokus pada yg penting kan...hihihihhi....

      Delete
  10. Yang ini kathy setuju semuanya sis.. Klu nk buat hantaran produk shaklee utk lelaki dam wanita pn ok sis. Hehehehehe.

    ReplyDelete
  11. May the wedding going so well..n u live happy ever after :)

    ReplyDelete
  12. indeed.. All the best sal.. fie pun ada terfikir nk mcm ni jgk... klu bole nk bersederhana jek tapi tu lapost twitter tu buat i hot sentap... ade ke org nk kat i ni.. huihui...T_T

    ReplyDelete
  13. kalau akak pun sentap kalau dapat komen mcm tu..

    ReplyDelete
  14. Saya doakan agar kak Sal dapat bertemu jodoh yang terbaik dalam masa terdekat, insya Allah :)

    ReplyDelete
  15. In shaa Allah ada jodoh yg baik tu nanti.. aamiin.
    Perbelanjaan skrng ni mmg kena berhalus, bnyk yg dah naik harga.. buat yg berpatutan jelah nnti.. janji meriah.. :)

    ReplyDelete
  16. untuk kategori kedua, dari nombor 1-7, saya dah berjaya reduce kos almost to zero percent. sangat puas hati. cuma pelamin tu tak dapat nak tolak, sebab insisted by my family. tambahan, outfit for family pun takde begitu juga dgn honeymoon. maybe hujung tahun ni kot, inshaAllah..

    akan ada ramai orang cuba mempengaruhi keputusan kita menjelang perkahwinan, nak beli tu nak beli ni; seriously the pengantin kena kuat hati. jangan terikut-ikut. memang akan ADA. trust me...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, like in your case..the pelamin.huhu.kadang-kadang akan terpengaruh dengan statement 'sekali je seumur hidup' tu yang budget selalu lari.hopefully boleh tetapkan hati, lagipun dah over 30 ni tak minat la nak wedding vavavoom macam orang early 20s buat..heheh

      Delete
  17. Rilekslah, Sal. Bab-bab terasa ni memang tak boleh lari dari kita bila dah terover due macam ni. Well, I knowlah since akak rasa akak lagi berpengalaman bab-bab tersayat hati ni. Bila sampai masanya nanti, hilang sudah perasaan sensitif tu. Naluri manusiakan memang begitu. Bayangkan yang indah-indah. Impikan yang baik-baik. Tapi tak semua orang berjaya dapatkan apa yang diimpikan. Kalau ada 10 impian dapat satu pun jadilah. Bersyukur sangat-sangat. Seingat akak, sebaik aje akak melangkah ke angka-30, terus dah tak ingat pasal kahwin. Kahwin tak kahwin lantaklah. Tapi bila tengok majlis kahwin orang, masihlah verangan lagi manalah tau ada peluang berbaki lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..terasa, tapi in a good way lah kak MD.saya gelak je masa baca tweet tu, siap retweet lagi nak orang lain gelak sekali.saya dah pas tahap amik kisah dah.

      Delete
  18. So true...kad kawen n pelamin kami buat sendiri sama2......and sgt tk kecik ati kalo ampa buang kad kami....Hihihi....pelamin juz tuk bergambar jer.....n puas hati dpt buat sendiri....hihi

    ReplyDelete
  19. Haha...insyaallah adalah jodohnya nanti Sal...doa banyak banyak
    Setuju ...nak buat apa bazir duit pada perkara yg tak perlu sangat? Kalau mampu tak pe, kalau tak, ala kadar cukuplah

    ReplyDelete
  20. Scha anak tunggal. So, orang expect scha kawen grand betul lah. mula2, mmang nak lah kan. siapa taknak. haha. tapi bila dh mula berfikir, baik aku simpan duit utk lpas kawen.

    Kawen scha nanti Insya Allah:
    - nikah kt masjid (maybe nikah and sanding sekaligusss)
    - nk buat kt dewan
    - sekali guss punya kenduri
    - taknak pelamin, tapi nak photo booth
    - meja beradab atas pentas hahahah.

    hhaha. berangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan akak, abang dia kawin recently buat macam yang Scha nak..takde pelamin tapi ada photo booth.akak kalau buat pelamin pun maybe tak bersanding..bergambar je.the idea of bersanding je buat akak nebes..hahaha

      Delete
    2. nak pelamin.. tapi tanak sanding.. nak poyo kat atas pelamin wakakaka...

      Delete
    3. hahaha..poyo itu penting ye. I segan la orang ramai-ramai pandang..haha

      Delete
  21. tu yg org tak paham...bukan tak nak kawen, takde orang nak lagi ni...hahahaha

    org yg nama SAL ni mmg pikiran sama ye? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaaa CT pun xda orang nak.. nak buat macam mana..
      xkan nak pi buat announcement kan.. so seat back n relax la..

      Delete
    2. haha, u olls muda boleh la rileks.dah masuk 3 series ni kena menggalabah biawak ni..

      Delete
    3. muda apanya lagi Kak Sal.. 1/4 abad dah.. heehe..
      orang sekeliling dok sebok tanya dah.. semak tol..

      Delete
    4. ahaha, muda lah sikit dari akak..kalau dah masuk 3 series ha tu tak muda dah

      Delete
  22. perkara yang TAK KISAH keluarkan duit tu same to me...sis JM pun x suka habiskan duit utk pelamin bagai..tapi masalah besar sekarang..TAK ADA ORANG NK KAT I huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah masalah you dengan I..ada wedding plan bagai, tapi calon takde pun tak guno..huhuhu

      Delete
  23. so bila dah agak BERUSIA ni mmg dh x ada wedding checklist bagai...sekarang hanya hidup untuk mengembirakan diri sendiri, alhli keluarga dan kawan-kawan kenalan kesayangan terutama buat SS yang sedang merajuk heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, SS kenapa merajuk..tulah kak JM panjat gunung tak nak bawak dia nape..

      wedding checklist saya macam ni lah..kumpul duit, pastu perabih duit tu dekat travel.hahaha..sampai bila tak sudah!

      Delete
  24. psst : kalau Sal dah bertemu JODOH nanti jangan lupa jemput sbb nak BERKAT - lauk yang di bungkus utk tetamu bawak balik :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kak JM, Insha Allah saya bungkus special.nak ikat penuh ke ikat tepi..hihi

      Delete
  25. ambooooooi twit tu cari gaduh hahaha.. senak ulu hati baca hahaha..
    betul tu.. point2 yg x kesah keluar duit tu sama la lebih kurang.. kalo CT kena tambah venue kot..
    kena buat kat dewan rasanya sbb kalo buat kat kawasan rumah bleh jem kete lain xleh lalu..

    plus.. CT nak majlis 1 je.. tunang dalam few hours before nikah then terus kawen..
    kenduri skali xyah blah laki blah pompuan.. 1 blah cukup wakakaka..

    eeeeh apesal jadi wedding checklist CT plak.. wakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ni blog kak Sal ke blog Siti?

      tweet tu akak baca pastu gelak je..takde kuasa nak sedih-sedih.haha.tapi teringin nak bertunang, tapi buat majlis simple jelah.

      Delete
    2. bhahhahaha tu lah.. dok buat checklist sendiri pulak =P

      Delete
    3. hahaha, takpe..sharing is caring gitewww

      Delete
  26. bab kad kawen samalah.. half of tetamu da jemput kat feesbuk.. half kawan2 blogger..
    buat entry je.. yg lelain call.. hahahaha gila berkira =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sedara-mara tu kena jemput pakai kad.kalau tak, ada yang kena kutuk.pastu kena boikot..hahaha.kad tu ada, tapi kalau bleh nak yang simple je

      Delete
    2. haahha ah ah kan.. huurm.. acik2 pacik2.. kenalah panggil dengan kad kan..
      betul tu.. simple sudahlah.. x perlu nk bazir duit kat situ nanti diorang hntr recycle gak..

      Delete
    3. kalau recycle.kalau tak?kan dah menyumbang kepada pencemaran alam.ewah!

      Delete
  27. first nak kata , twitter tu terkena juga kat btg hidung sis ... pasal belanja kahwin , sis dulu pun sama juga . bila nampak gambar majlis kahwin kat majalah , mulalah berangan jadi cinderella . masa tu mcm duit jatuh dr langit je . now bila arwah abah dah x de , bonda lak dah uzur , satu perkara yg pasti duit belanja kahwin dtg dr poket sendiri . klu demand hantaran tinggi , sape lah nak bagi kat sis yg dah berusia ni kan ... bab mkn , sis mmg x kisah tapi bab lain tu mmg sis berkira sbb x nak duit dibelanjakan pada benda yg pasti x berguna lagi selepas majlis ... tapi klu family nak buat juga yg grand ( den seorg je blm kawin ) , amatlah den alu-alukan ... heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak kan sis Vee, kalau kita tak nak tapi faily insist kenalah layankan jugak.tapi kadang-kadang rasa segan, kalau umur kte awal 20an takpelah kot nak buat meriah-meriah, tapi bila dah lepas 30 ni rasa segan plak nak poyo-poyo sngt..hehe

      Delete
  28. Sama cam Cikna sanggup b'habis utk bg pewot tetamu kenyang yg lain xpenting sngt kot,...;-)

    ReplyDelete
  29. kdg2 sakit hati sembang pasal kawen ni... tapi kdg2 teringin nk kawen gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kurasa teringin...ewah, ternyanyi pulak

      Delete
  30. hahahah memang sangat terasa. lahai.. kita pun xnak pre wedding photo. nak buat apa. bukan boleh pegang2 husband pun. eh. >.<

    perghh maldives ha. hahahahahha... kad kahwin kita buat simple je.macam dalam entri soon to be mrs tu. hehehehe... baguslah keep it simple. xnak pelamin juga. malu orang tengok

    ReplyDelete
  31. Xpe nanti dpt jodoh yg baik..in sha Allah aminnn hehehe

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com