Sunday, 31 May 2015

Tutorial - Cara buat gambar bulat

Assalamualaikum semua! Pernah tak korang teringin nak buat gambar bulat macam kat header aku ni tapi tak tahu Photoshop, Illustrator atau sebarang editing software?

Hari tu aku google cara buat 'circle image' dan jumpa satu tutorial yang sangat simple. Boleh buat asalkan ada internet connection. Tak perlu download software pun. Selama ni aku selalu edit gambar dan taruk watermark kat website PicMonkey.Com, tapi baru tau yang boleh buat gambar bulat kat situ jugak.
Dari ini :


Menjadi ini : 


Kat sini aku share step-by-step ye..

1. Copy awal-awal gambar yang nak dibulatkan tu, manalah tau kalau tersalah ke, gambar original ada lagi. Paste dekat destination folder yang senang nak cari. Nak mudah, kat desktop je.

2.Bukak website PicMonkey.Com

3. Klik 'Edit'


4. Klik Computer, pastu bukaklah folder berkaitan dan select gambar yang nak dibulatkan tu.

5. Dekat bahagian Basic Edits tu klik Crop, dan pilih square.

6.Drag kotak empat segi tu dekat area gambar yang korang nak bulatkan.

7.Klik 'Apply'.



8. Dekat sini terpulang korang nak edit dulu atau nak proceed. Boleh explore sendiri options yang ada tu. Nak resize, taruk filter, black n white, bagi lagi cerah.. terpulang.

9.Dah settle edit, klik dekat Frames - Rounded Corners.

10. Maximise corner radius sampai nampak bentuk bulat (dalam contoh bawah ni sampai 273), then tick pada kotak 'Transparent corners'.

11.Klik 'Apply'.



12. Once dah settle edit semua, klik 'Save'


13. Klik 'Save to my computer' dan save di destination folder pilihan you alls. Take note : Tunggu sehingga keluar ikon PicMonkey 'Masterpiece saved!' sebelum menutup website atau bukak tab lain untuk mengelakkan 'hang'

Kredit penuh untuk website ini.

Full credit for this website

Selamat mencuba! Kalau tak faham bagitau Kak Sal ek.. Selamat mebulat-bulat. Hehehe.

37 comments:

  1. Hehehhehe.. Nah.. Ini lebih mudah kan kak sal... Ehehehehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..designer cam kak Kathy lagi terer kot. ;)

      Delete
  2. Bagus eh..tak payah pakai photoshop semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata SS, photoshop lagi senang.tapi orang tak reti pS boleh try ni.

      Delete
    2. Akaklah tu huhuhu. Ada photoshop dalam laptop, gunanya adalah once in a blue moon :)

      Delete
  3. Akak suka jugak guna picmonkey...macam2 ada. Nak edit pun senang.
    boleh explore lagi ni..thanks Sal

    ReplyDelete
  4. SS rasa pakai photoshop lagi senang... tak sampai 13 step... hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tutorial ni untuk orang-orang buta photoshop macam we olls ni SS..

      Delete
    2. Nanti akak nak buat request kat SS minta buat tuto photoshop & photography lah. Leh tak SS?

      Delete
    3. ha, SS..ada request tu!

      Delete
    4. sy buta potoshop hahahahaha

      Delete
    5. sy pon selalu guna cara mcm sal tunjuk tuhhhh....hahahahah

      Delete
    6. belajar photoshop cara tutorial tu still xdpt lagi

      Delete
  5. Saya takut juga nak bulatkan foto saya takut nanti badan pun terbawa-bawa jadi bulat, hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ok gak tu.bulat comel apa

      Delete
  6. thanks Sal nnt akak boleh try jugak bulatkan gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar makanan kalau bulat nampak lagi sedap..haha

      Delete
  7. Kacang goreng je ni ;) thanks 4 sharing...

    ReplyDelete
  8. saya guna photo studio apps utk android je download percuma

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang edit gambar pakai phone, sebab phone skrin kecik, tak best..tapi thanks share bro Fendi

      Delete
  9. Oh macam tu caranya,dekat picmonkey.com rupanya, ;-)

    ReplyDelete
  10. Kak Sal! Eh, Dik Sal... akak dah tau tapi tak pernah mencuba gitu *_* Akak pun selalu gak guna picmonkey ni entah siapalah punya angkara dulu memperkenalkan website ni kat akak. Lupa dah...

    Eh, nak jugalah membulat-bulat gambar lepas ni.....

    ReplyDelete
  11. sis pun guna pic monkey juga ...

    ReplyDelete
  12. Saya pun guna pic monkey juga.

    ReplyDelete
  13. sally guna kat photoscape je...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak x pandai photoscape Sally..pandai paint je..haha

      Delete
  14. sng ada sofware cm nie.. tq ssb kongsi info..

    ReplyDelete
  15. sy pon suka guna picmonkey...senang kan...bg yg xterer mcm sy boleh laa guna kaedah cenggini hahahhaa

    ReplyDelete
  16. woo ni la tutorial yg kakton MD kata tu ye..bertambah dah saham akhirat cik sal kite!

    ReplyDelete
  17. loh...guna picMonkey rupanya...nak try lah

    ReplyDelete
  18. kalau nak letak watermark pun boleh guna picMonkey juga eh..sbb mmg x pandai nk guna photoshop tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak JM..monyet ni memang serba boleh...haha

      Delete
  19. dh lama x on laptop....edit2 pic pon naik malas

    ReplyDelete
  20. kita x reti pakai picmonkey ni. selalu kita pkai CC je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. CC tu apa, Amy?C.O.C akak tau le...

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com