Wednesday, 14 January 2015

Cenderahati dari Doktor Shikin!

Assalamualaikum semua! Terharunya semalam dapat souvenir dari Dr. Shikin Zainal @ Nazeck. Yelah, sebab masa dia buat giveaway fridge magnet tak sempat nak join. Special tau FM dari Dr. Shikin ni. Nak tau apa yang specialnya, teruskan membaca..

Cantik setem!

Nilah dia FM pemberian Dr. Shikin

Tau tak nape FM ni special? Sebab takde jual kat kedai. Shikin buat sendiri tau Fridge Magnet ni. Korang ingat senang ke, memerlukan kreativiti dan kerajinan yang tinggi esspecially kat part cari material dan potong memotong. Mana dengan kerja sebagai doktor, mana dengan anak-anak lagi. Cayalah doc! Terharu sangat!

Actually, aku selesa panggil pemilik blog Life is beautiful..don't waste it dengan nama je or panggilan Doc, sebab aku tak tau umur dia. Aku assume je dia lebih kurang baya aku walaupun dia dah ada 3 anak. Aku pun ada 3 anak jugak- anak kucing, anak tekak, anak mancis. Hahaha..lucu tak? Tak lucu sudah, aku gelak sorang. Alang-alang dah cakap pasal umur, kat sini aku wish Happy Birthday kat Dr.Shikin. Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat! Thanks menjadi rakan blogger yang super awesome dan selalu jadi top commentator kat sini. Mmuah sikit! Untuk Dr.Shikin dan anak-anak yang comel dan bijak-bijak belaka.

Korang dah terjah blog dia belum? Kalau belum, sila-silalah berkunjung ke sana. Tak rugi follow blog Life is beautiful..don't waste it sebab korang tau jelah, blog doktor, mesti banyak share info pasal kesihatan.

OKlah, tu je nak membebel. Take care semua!


40 comments:

  1. Tahniah Sal atas cenderahati yang diterima. Saya juga selalu terjah blog Dr Shikin. Blognya ada dalam blog list saya. Saya juga menyukai gaya penulisannya yang santai..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Sal..
    semoga murah rezeki selalu..aamiin

    ReplyDelete
  3. tahniah2... mesti senyum smpi ke telinga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh senyum lebih-lebih kat opis ni kang bos ingat tak betul..

      Delete
  4. wah bestnya Sal, dapat FM custom made lagi,kelakarlah bab anak2 Sal tu yang paling kelakar anak mancis ko tu hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..punchline sampai kan.. next year boleh masuk Raja Lawak..hehe

      Delete
  5. TQ,Sal.
    Saya nak bagi kad macam k.Farrah buat2 x jadi. Nak kene tuntut ilmu lebih lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, fridge magnet ni pun OK jugak..patut saya yang cakap thanks!

      Delete
  6. mmg trend sekarang ni org tempah FM letak pic sendiri...barulah 'rare' dan 'limited edition'. :-)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, murah rezeki kak Sal :)

    ReplyDelete
  8. hehehe.. cantik betul setem..! besar..
    tahniah kak ya..

    ReplyDelete
  9. bestnya dapat FM.. bole tambah2 koleksi

    ReplyDelete
  10. tahniah sa, best kan dapat hadiah.

    ReplyDelete
  11. untung la oiii...untung laa...hehehe :D

    ReplyDelete
  12. Fridge magnet ni dulu banyak saya kumpul. Tapi bila ada anak kecil ni, tetiba boleh jadi kosong pulak pintu peti ais ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan pintu peti ais mak.
      Saya belikan kat mak..
      Pastu anak2 saya tukang main.
      Habis pecah, patah, segala bagai.

      Delete
  13. wahh bestnya dapat hadiah...nak jugak :D

    ReplyDelete
  14. sis JM pun dapat dari Shikin nih..dah 2 kali tau..beliau mmg pemurah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. U jgn jeles2 ya... hihi tggu i pandai buat. i bg ya... hahahah..bila tahun la...

      Delete
    2. akan ku tunggu walau seribu tahun lagi..hihihi

      Delete
  15. tahniah ... cantik hadiahnya .

    ReplyDelete
  16. wah..tahniah....untung2..hehe:)

    ReplyDelete
  17. Bertambahlah koleksi fridge magnet mak Sal kat rumah tu. Hahaha!

    Tahniah ya, Sal. Bukan senang nak buat sendiri FM ni, kalau suruh akak memang confirm tak menjadi. Ish, napalah suka sangat merendahkan kekreatifan diri sendiri akak ni tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahnya kak MD ni...cubalah dulu.tapi kalau akak buat, tak payah la taruk muka Encik HD yang macam TMJ tu.nanti jadi rebutan plak..hahaha.

      Delete
  18. Wow....jeles mak...hihi
    Selalu gak gi blog Dr Shikin ni ....tp okje selalu panggil Nazeck jer...Hihi nampak tak kat situ kuasa veto mak dah keluar .Mentang mentanglah kilauankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kak Okje mana ada kilauan, awet muda selalu..

      Delete
  19. Fridge magnet limited edition..

    ReplyDelete
  20. saya pon dah dpt....heheheh..syok tgk...

    ReplyDelete
  21. Tahniah sal.
    Boleh buat koleksi fm dah kann

    ReplyDelete
  22. Kalau tak silap kak shikin tahun 83. Kak sal tahun berapa? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btw tahniah kak sal :)
      Sy pn dpt jgk. Cantik kan ^^

      Delete
    2. 85...tahun ni masuk 3 series.hehe

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com