Thursday, 27 November 2014

Liebster Award by Amy J

Assalamualaikum semua.. Aku telah di tag oleh Amy J untuk Liebster Award. Dah kali ke berapa entah blogger tag aku, ni first time dapat buat. Aku busy sekarang wei...dah balik kerja baru dapat bukak blog. Tu pun sebab bujang trang tang tang, kalau ada anak mau bersawang blog ni.

11 soalan dari Amy J (Aku copy n paste soalan dari blog Farrah MF yang kena tag jugak)

1. Satu tabiat buruk tak boleh diubah

Tak reti control temper. Bila aku marah, aku sendiri takut ngan diri aku. So, aku akan jauhkan diri dari orang. Takut entah apa-apa aku terlepas cakap. Tapi aku cepat sejuk balik asalkan orang tak provoke aku.
 

2.Dua benda mengingatkan korang dengan Amy J. hahahaha. susah gila soalan.

i.. Pelik - tapi akak rasa Amy normal je..hehe.
ii..Nak dikenali tapi tak nak famous

3. Tiga orang penting dalam hidup. Tunjuk Gambar pun boleh :)

i.my family
ii.my besties
iii.cam dah lebih dari tiga orang je ni...haha

4. Empat ciri-ciri lelaki yang berjaya mencuri hati

i.Jaga solat
ii.Hormat orang tua
iii.Kelakar, tapi tak loyar buruk
iv.Bersifat 'protective'.

5. Lima makanan tak boleh tolak

i.Mi Bandung
ii.Asam Pedas
iii.Spaghetti
iv.Kek coklat
v.Tomyam

6. Terbang atau baca fikiran orang?

Definitely terbang!!! Dalam hidup ni, lagi banyak kita tau lagi serabut weh. Apa kau nak fikir pasal aku lantaklah. Janji aku tak payah stuck dalam traffic jam, boleh sampai appointment on time dan tak payah tunggu flight promo. Jom travel!!!

7. Wahai*insert the name of your love*, saya sayang awak sebab.....

Wahai Salbiah Mokhtar, saya sayang awak sebab kalau saya tak sayang awak, siapa lagi..

8. Binatang paling menakutkan

Katak! Jangan sesape berani buat lawak 'Ali Setan' ngan aku memang sampai bebila aku akan benci korang..Huhuhu

9. Kenapa korang suka/tak suka pergi kenduri kahwin?

Suka - boleh jumpa kawan lama/ sedara mara, boleh pakai cantik-cantik, makan pun sodap!
Tak suka - "Kau bila lagi?"


10. Apa perasaan korang hari ini?

Penat sebab banyak kerja.

11. Rumah Idaman       

Ada swimming pool, ada tempat karaoke dan court badminton.

Thanks Amy, tag akak. Takde idea nak reka soalan apa...huhuhu.

Wednesday, 26 November 2014

Apa dah jadi dengan blog aku ni?

Kalau dah lama follow blog ni, korang mesti dah biasa dengan peel aku yang suka edit blog. Kejap tukar header, kejap tukar template, tukar nama blog pun pernah. Paling extreme sekali (dah paling, sekali pulak, rosak bahasa!) tukar url..hehe. Tapi tu kes lain, bukan masalah teknikal.

Malam kelmarin, saja try template blog baru. Cantik memang cantik, tapi tak tau kat mana silapnya, 'label' kat bawah blog post tak kelihatan. Related post widget pun hilang. Dahlah susah nak buat, kena edit coding. Pastu header cam tak matching je, nampak serabut.

Pada pendapat aku, 'label' merupakan elemen paling penting dalam sesebuah blog. Especially untuk blogger yang main tulis ikut sedap macam aku. Kalau tanya apa niche aku, memang serius tak boleh jawab. Bila ada 'label', pembaca boleh pilih apa yang diorang nak baca. Kalau suka baca pasal travel, boleh klik kategori travel. Kalau nak cari tutorial, klik label tutorial. 'Related post' pun penting, untuk galakkan pembaca explore blog kita lagi dan lagi.


Tengok blog aku dah serabut, tunggang terbalik, widget bertindih-tindih gara-gara template baru, aku revert kepada template 'simple'dan 'private' kan blog . Yelah, macam kau tengah kemas rumah, mesti segan kalau tetibe ada orang datang. Belum habis edit, tetibe blackout! Apa nak buat? Nak tunggu ada lektrik balik, aku pun dah ngantuk. Tido jelah! Makanya, sampai ke siang blog aku tak boleh dibaca. Tak sangka peminat nombor satu (merangkap satu-satunya peminat blog aku) hantar sms bagitau yang blog tak boleh access. Mesti dia ingat kes merajuk tu yang tetibe block orang dari baca. Hehehe, takdelah, aku tak sempat nak buang setting private tu. Sampai office kerja bertimbun-timbun, tak dapat nak sambung edit. Lagipun, blog aku still tunggang-langgang so aku biar jelah 'hilang' sekejap dari alam maya. Ala, korang bukan perasan pun ketiadaan blog sendu aku.

Curi masa lunch hour kejap semalam, untuk sambung edit. Ha, nak tau kat mana nak dapat background layout yang comel ni? Aku dapat kat Shabby Blog. Diorang ada banyak background blog dan header yang cantik-cantik. Kalau korang suka design vintage dan cute memang akan rambang mata.

Tapi, kalau nak guna background blog diorang ni ada trick supaya blog korang tak tunggang langgang. Tips ni untuk yang guna Blogger.

1. Klik dekat link aku bagi tu pastu pilih mana yang berkenan di hati.


Dah pilih? OK, rileks dulu jangan gelojoh.

2. Tukar template blog kepada Picture Window. Template lain tak berapa menjadi.


2. Edit coding, susun widget dan layout ikut kesesuaian korang. Penting buat ni dulu. Pastu preview. Dah puas hati baru save.

3.Dekat bawah background yang corang nak tu ada button 'get the code'. Klik situ, akan keluar instruction nak install dan code.


4.Gi kat Layout - Add a Gadget - HTML/ Java Code. Aku letak kat bawah header, tapi korang nak taruk kat sidebar atau bawah blog post pun boleh. Klik edit content dan paste code dia bagi. Save!

5. Mula-mula aku frust sebab header aku tak center, so terpaksa lah aku adjust width supaya header betul-betul ada kat tengah.

Siap! Hasilnya cam yang korang nampak.

Oh ye, aku tukar balik nama blog ni kepada 'Blog Sal' sebab aku malas nak create header panjang-panjang. Kalau sesape yang taruk blog aku dalam bloglist, terpulanglah korang nak pakai nama apa. I olls OK je.

Thanks baca ye. Selamat edit-mengedit blog.


Tuesday, 25 November 2014

Finale - Nak dapat susah, mestilah sayang!

15 Disember 2014 ni, genap tiga tahun aku kerja kat sini...

Sampai sekarang, jangan kata orang sekeliling aku; diri sendiri pun tak mampu nak rungkai misteri ni. Cmane someone yang tunggang terbalik belajar Sains bertahun-tahun kat universiti end up kerja syarikat suratkhabar.

Oh, kalau korang follow cerita ni dari Part 1 dan Part 2, korang akan faham maksud aku. Aku pilih Company Y. Kenapa? Sebab Company Y memang dah confirm ambil aku kerja. Tinggal sign offer letter je. Ada orang kata aku terlalu cepat mengalah. Mungkin jugak..tapi risiko yang perlu diambil terlampau besar. What if aku gagal lagi? What if aku telepas dua-dua sekali? So, aku pilih jalan selamat. Aku jumpa staff HR Company X dan bagitau aku tak dapat hadirkan diri untuk interview sebab aku dah dapat kerja.

Jangan tanya aku kenapa Company X tak ambil aku walau aku dah berkali-kali cuba. Diorang ada alasan profesional diorang sendiri. Korang jangan ingat diorang dah kenal aku, senang nak lepas interview. No, dear, nak impress orang yang kenal kau sebenarnya jauh lagi susah. Kau tak boleh nak twist cerita kau, diorang tau dan diorang sebenarnya perhatikan kau.

Dendam? No way!! Sampai ke hari ni aku still sayangkan Company X. Aku still contact dan jumpa kawan-kawan lama aku. Aku appreciate pengalaman aku kat sana. Setiap kali aku interview, aku sebenarnya 'jual' pengalaman aku kat Company X, bukan degree aku. Pengalaman aku kat Company X yang sebenarnya impress orang Company Y. Tak pernah ada sekelumit benci pun dalam hati aku walaupun aku ada dengar cakap belakang yang aku ni merajuk. Biarlah, aku tahu hati aku.

Aku percaya, aku memang ditakdiran bekerja di Company Y. Sebab satu hari Bos aku cerita yang sebenarnya bukan aku yang dapat jawatan ni. Diorang nak ambil calon lagi satu. Profil dia memang hebat. Tapi dia gagal dihubungi. So, diorang go for second choice, which is aku. See..kalau tu bukan ketentuan Allah, aku tak tau nak panggil apa lagi.

Tu jelah aku nak cerita. Pengajarannya korang pandai-pandai pilih hadam sendiri. Cuma nak nasihatkan kat adik-adik yang sedang cari kerja di luar sana tu supaya bersabar. Nak berjaya bukan mudah. Kalau dapat kerja, appreciate dan do your best.

Sebab aku ada jumpa orang yang senang dapat kerja. Diorang tak hargai dan kerja main-main.

Kalau kau pernah lalu derita menganggur, kau akan faham nikmatnya ada kerja. Bukan poket dan perut yang sakit sebenarnya, tapi emosi dan harga diri.

Till then, thanks sudi baca.

Monday, 24 November 2014

Sydney Part 6 - Di mana Kasturi? - Spring Trip Australia

Before we begin, maybe korang nak baca ni dulu:

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5

Kalau tak nak baca pun takpe. Kita sambung je terus kisah budak gayat di Blue Mountain. Gitu-gini pun sila beri tepukan gemuruh kat Kak Sal korang sebab berjaya naik Cable Car. Siap pandang bawah tu beb!


Nampak waterfall kat bawah tu

Bila tengok jam dah nak pukul 3 kitorang tetibe rasa tak sedap hati sebab belum solat. Kul 5.45 petang dah Maghrib. Memang pening sebab kat situ takde surau. Rasa nak cari je tempat lapang, pastu bentang sejadah. Redha je, walaupun hati tu masih ada rasa takut orang sekeliling akan pandang slack. Dahlah time tu start hujan balik.

Pastu baru perasan yang kompas kat sejadah tercabut la pulak! Cmane nak tau arah kiblat? Last-last kitorang decide untuk balik ke stesen keretapi Katoomba, konon nak kejar train kul 3, sempat sampai Sydney kul 5. Kena cut short trip Blue Mountain ni. Tak dapatlah naik Scenic Walkway dan explore lagi. Takpelah, sembahyang tu kan kena diutamakan walau dalam keadaan apa sekalipun!

Tapi gitu gini tunggu bas semua, sampai Katoomba dah kul 3 lebih. Memang tak sempat, train pun tiba lambat lagi. Sekali nampak sorang omputih ni. Tanya dia, handphone dia ada aps Compass tak? Dia kata takde, tapi dia ada Maps. Once dah detect north, tengok matahari, agak-agak mana West, kitorang pun solat jamak takhir Asar-Zohor kat stesen keretapi. Mujur time tu orang tak ramai dan takde train lalu.

Balik ke Katoomba (pronounce:ketumbar)

Patutnya awal-awal sampai check timetable ni dulu

So, untuk korang yang datang ke Blue Mountain, plan lah elok-elok waktu solat semua. Kalau tak, jadi kitorang, habis masa kat stesen keretapi je. Lama jugak nak tunggu train datang. By the time train sampai kitorang dah cemuih dah posing kat stesen Katoomba ni. Perut pun dah meragam minta diisi.

Muka sememeh..letih campur lapar

Sabar ye perut, kita balik Central Station dulu, pastu nak cari Kasturi Cafe' yang famous tu. Cafe' tu milik orang Malaysia. Memang baca ramai blogger travel ke Sydney akan makan kat situ.

Perjalanan balik ke Central Station, hari dah nak malam, so memang sepanjang perjalanan tengok luar tak nampak apa.

Sampai ke Central Station, tetibe pening tak tau nak keluar ikut mana. Central Station ni besar tau, exit pun ada banyak. Salah keluar pintu entah ke mana-mana lah korang nanti. Berdasarkan alamat yang kitorang research, Cafe' ni terletak di George Street. So, sekarang ni cabaran dia adalah nak ke George Street.

Rasa macam dalam filem Hollywood bila kat Central Station ni

Aku lupa kitorang keluar ikut exit nombor berapa. Sebab masa tu memang tanya orang je. Perut pun dah lapar, angin dah masuk kepala, mana nak ingat tangkap gambar ke apa. Dah terbayang-bayang nasi je.

Aku memang tak ingat direction ke Cafe' Kasturi cmane, so janganlah tanya di ruangan komen ye. Sebab aku ni, bila blood pressure dah drop, lapar sampai menggigil memang takde mood dah nak tangkap gambar atau nak ingat jalan. Yang aku ingat, lalu Sydney YHA, budget hostel for backpackers. Dengan bantuan orang-orang Sydney yang baik hati, sudi allocate time untuk tourists cam we olls ni, jumpa jugak George Street!

Tapi, mana Cafe' Kasturi? Masuk satu kedai ni, tanya staff kat situ. Diorang pun bagi pinjam handphone untuk Google Map.  Rupa-rupanya dah 'permanently closed'. Cafe' Kasturi hanya tinggal kenangan, kitorang tak merasa lah nak makan kat situ. Sekarang dah digantikan dengan restoran 'It's Time for Thai' ni. Alhamdulillah, halal! So, dinner+lunch kitorang kat sini lah.


Settle makan, nak ke mana kita. Perut dah kenyang, tenaga dah replenish, takkan nak balik Malaysian Hall kot...Nanti kita sambung lagi ye. Thanks for reading peeps!

Friday, 21 November 2014

Part 2 - Nak dapat susah, mestilah sayang!

Assalamualaikum semua..Tak sangka entry Nak dapat susah,mestilah sayang - Part 1 mendapat sambutan yang menggalakkan. Takde niat nak buat cerita bersiri, tapi bila dah taip tu tetiba rasa panjang meleret. Takut orang jemu aku pun stop kat situ. OKlah, tak payah membebel, jom sambung!

*****
Kali ni aku tekad..jawatan idaman aku tu memang akan jadi milik aku. So, aku pun update resume aku (yelah, takkan nak hantar yang sama) dan hantar dengan hati yang berdebar. Lama jugak aku tunggu, sampailah satu hari dapat panggilan telefon yang tak diduga.

Panggilan dari Company Y rupanya, menawarkan aku untuk datang interview jawatan yang aku tak pernah dengar pun seumur hidup. Bila masa pulak aku apply? Company Y tu pun tak termasuk dalam senarai 'most wanted' aku. Kemudian baru aku teringat yang aku ada tinggalkan printed Curriculum Vitae(CV) aku kat booth Company Y masa aku gi career fair. Memang masa tu aku fotostat CV banyak-banyak pastu drop je kat almost semua booth. Setiap career fair aku buat camtu.

Since aku pun tak terikat dengan mana-mana syarikat, Company X pun still tak respon kepada permohonan aku, aku pun accept je offer tu. Interview je pun. Tak rugi apa. Memang kalau ada panggilan interview mana-mana pun aku redah je.

Lepas tu, jenuh la aku dok Google pasal Company Y dan jawatan tu. Tapi, Alhamdulillah, interview berjalan lancar. Rasa cam confident je boleh dapat. Ahaha..interview lain pun aku confident jugak!

 Gambar hiasan quickmeme.com

Seminggu aku tunggu, dapat panggilan telefon lagi. Tapi bukan Company Y, Company X yang call, panggil aku interview. Since aku dah ada pengalaman interview dengan Company X sebelum ni, stage pertama aku lepas dengan mudahnya. Dengar gak bisik-bisik kononnya aku ni calon favourite. Dah lepas stage pertama, diorang panggil aku stage kedua pulak. Ni pun dah ada pengalaman kan, so takdelah struggle sangat.

Bermulalah episod menunggu. Stress menanti jawapan. Dapat ke, tak dapat ke? Since aku kerja dalam Company X, at least aku still rasa lega selagi tak nampak 'staf baru'.

One day, staff HR Company Y call. Dia bagitau yang aku dah dapat kerja yang aku interview hari tu dengan syarat aku lulus Medical Test diorang. Pergh, cam nak beli pemain bola pulak, kena buat Medical Test dulu! Masa dapat call tu, aku bingung kejap. Cam mimpi jer! Aku pun tak berharap sangat akan dapat. Kira aku ni dah 70% conform jadi staff diorang!

Balik rumah, aku discuss dengan family aku. Diorang pun tak tau nak cakap cmane, since diorang tau betapa teringinnya aku nak 'jawatan idaman' aku tu. Tapi kalau nak diikutkan, Company Y macam beria nak amik aku. Aku pun pujuk hati, cakap yang aku mungkin takkan disenarai pendek untuk final stage Company X pun. So, aku gi jer Medical Checkup Company Y.

Alhamdulillah, aku lepas Medical Checkup diorang. Aku diminta datang untuk melapor diri dan sign offer letter pada 15 haribulan. Diorang nak aku start 1 haribulan tapi aku cakap aku tak boleh tinggalkan Company X macam tu je. Sebenarnya aku tak bagitau sesiapa pun kat Company X yang aku dah dapat kerja. Tapi kerja kat Company X ni kau tak terikat. Tak payah notice pun boleh berhenti. Tapi takkanlah nak walk out macam tu je kan.

Tiba-tiba...staff HR Company X call aku dan mintak aku datang final stage interview. Yang tak bestnya, tarikh interview tu adalah 15 haribulan! The same day aku patutnya lapor diri kat Company Y! Ah..sudah! Aku ni dah unofficially staff Company Y.  Aku dah berbelah bagi. Nak pergi ke tak nak. Jawatan kat Company X ni something yang aku dah familiar, yang aku dah usahakan bertahun-tahun, rugilah kalau tak cuba. Tapi kalau tak dapat, cmane? Aku akan jadi penanam anggur bertauliah. Makan pasir takpe lagi, kalau makan hati, hari-hari menyesal tak sudah, cmane? Patut ke aku lepaskan impian aku demi sesuatu yang aku tak tau. Atau aku patut lepaskan sesuatu yang dah pasti untuk something yang masih samar tapi kebarangkaliannya tinggi?


Akhirnya, setelah puas fikir dan mintak nasihat 'pakar', termasuk orang-orang yang rapat dengan aku kat Company X, aku tawakal dan buat keputusan. Time ni aku berserah bulat-bulat pada Allah agar keputusan yang aku ambil ni keputusan terbaik dan semoga aku tak menyesal...Dengan lafaz bismillah, aku pun......

*bersambung lagi*

Thursday, 20 November 2014

Part 1 - Nak dapat susah, mestilah sayang!

Assalamualaikum semua..Sekarang ni musim konvo kan? Seronok tengok adik-adik ramai yang dah berjaya menamatkan pengajian. Maunya tak happy, penat kot belajar. Tapi bila dah settle bab belajar, kena cari kerja pulak. Tension!!! Cmane nak bersaing dengan lambakan graduan kat luar sana tu kan.. nak bayar PTPTN lagi..nak kumpul duit nak kahwin lagi. Eh..

Bila tengok ramai yang stress dok cari kerja, tetibe aku teringat kisah aku sendiri. Dulu aku pun cam diorang jugak. So, aku nak cerita lah kat sini. Kot ada yang nak baca, silakanlah. Kecik tapak tangan, ruangan komen aku tadahkan. *.*

Imbas kembali...

Before this, aku kerja sambilan di Company X. Aku dibayar gaji hari. Ada kerja, adalah gaji. Gaji tak besar , semua part timer dibayar sama, lantaklah kalau kau ada PHD sekalipun. Tapi aku suka kerja situ. Suka environment dan orang-orang dia. The best part adalah, aku berpeluang kerja dalam industri melibatkan bidang yang aku belajar kat universiti dulu. Tanyalah mana-mana graduan, semua pun nak bekerja dalam bidang yang sepadan dengan jurusan yang diambil. Kalau tidak, takde maknalah penat lelah datang kuliah dan buat assignment segala. Tu belum campur berjaga malam dan melayan karenah lecturer yang pelik-pelik. Zaman kolej/ universiti memanglah best, kalau tolak bab belajar!


Satu hari, aku terbaca iklan jawatan kosong kat papan kenyataan Company X. Aku apply, tapi malangnya aku hanya lepas interview stage pertama. Aku kecewa, tapi aku masih boleh hadam kekecewaan tu sebab panel penilai bukanlah orang-orang yang kerja dengan aku. Mungkin diorang tak tahu kebolehan aku. Mungkin ada kesilapan aku semasa interview. Mungkin calon lain lebih layak. Mungkin ada peluang kedua untuk aku. Mungkin, mungkin, mungkin...

Sekali lagi ada iklan jawatan kosong, tapi position lain. Peluang kedua tiba, aku tak lepaskan.  Aku polish up resume, practise harder untuk interview, tapi masih sama macam kali pertama. Aku gagal lagi. Time ni dah start fed up. Aku mula mengintai peluang di luar. Ada gak interview kat company lain, tapi tetap hampa jugak.

Tuhan saja tahu betapa down dan loser aku rasa. Bila  jumpa dengan geng-geng lama, terasa nak menyorok bila diorang tanya "Kau kerja mana?". Malu kot nak mengaku yang kau kerja dengan gaji bukan tahap yang selayaknya. Tapi aku bersyukur, at least aku ada gak kerja walaupun bukan kerja tetap. Tapi aku paling frust bila kawan-kawan dalam Company X sendiri yang tanya "Kenapa tak apply permanent kat sini?". Nak je cakap "Aku dah apply, tapi diorang tak nak amik, aku nak buat cmane!." Bengang pun ada jugak.


Kali ketiga aku terbaca iklan jawatan kosong kat Company X, aku apply lagi. Kali ni, position idaman aku! Tak sure sama ada aku ni manusia yang tak reti putus asa, ataupun manusia tak tahu malu. Apatah lagi bila kawan-kawan dan ahli keluarga persuade aku, so jadilah bersemangat. Alang-alang kat tempat lain pun tak terima aku kan. Apa salahnya mencuba! Well..guess what? Aku lepas stage pertama dan stage kedua sahaja. Kandas lagi. Orang lain yang dapat jawatan tu.

Sedih? Maunya tak! Rasa fed up nak mengadap orang-orang Company X. Ramai yang bersimpati, tapi apa je diorang boleh buat.Ini keputusan HR dan orang atasan. Company X ni company besar, aku faham bukan senang nak tembus. Aku mula melupakan impian nak kerja kat Company X. Lagipun hati tu sebak bila tengok staf baru yang dapat jawatan yang aku nak tu. Pernah sekali, aku sedih sangat sampai aku gi toilet menangis sorang-sorang. Sedih, malu, rasa useless, semua bercampur. Tapi saja buat-buat cam tak kisah. Walhal dunia cam nak terbalik. Ikutkan boleh je cari part time tempat lain, tapi entahlah..cam ada sesuatu yang buat aku terus melekat kat Company X. Half part ego, half part degil! Memang tak reti bahasa dia ni!

Sejak dari tu, aku makin rajin ke Career Fair dan menyelak iklan kerja kosong. Aku jadikan kekecewaan tu pemangkin untuk aku move forward. Ikutkan memang nak putus asa dah. Yelah, tak ada pun yang respon positif kepada resume-resume yang aku hantar tu.


Sampailah suatu hari time aku sedang bekerja macam biasa kat Company X, ada permanent staff approach aku dan bagitau yang diorang nak buat restructure. So, jawatan idaman aku tu akan ada kosong tak lama lagi. Aku mula berbelah bagi nak apply ke tidak. Bila aku discuss dengan rakan-rakan sekerja ramai yang kata kali ni aku conform akan dapat. Hati aku dah tawar sebenarnya, tak nak harapan palsu lagi. Tapi orang kata, tak cuba tak tau kan?

Kali ni aku tekad..jawatan idaman aku tu memang akan jadi milik aku. So, aku pun update resume aku (yelah, takkan nak hantar yang sama) dan hantar dengan hati yang berdebar. Lama jugak aku tunggu, sampailah satu hari dapat panggilan telefon yang tak diduga...


*bersambung....*

Wednesday, 19 November 2014

#11 - 11 sikap yang dibenci - Cabaran November #1


Akhirnya, sampai jugak aku ke cabaran terakhir by Kathy R'bain. Kali ni dia mintak 11 sikap yang dibenci. Aku ni jenis yang jarang nak benci-benci orang ni. Tapi, sebagai manusia biasa yang ada tahap kesabaran, memang ada beberapa perangai yang aku memang bengkek je kalau terjadi depan aku:

1.Tak hormat orang - terutama orang tua.

2.Berkira

3.Pengotor

4.Suka memaksa

5.Menzalimi makhluk Allah yang lain.

6.Talam dua muka

7.Suka menuduh tanpa usul periksa

8.Bodoh sombong

9.Suka 'melabel'.

10.Tak boleh terima kritikan

11.Pilih kasih

Apa-apa pun kita manusia biasa. Moh le sama-sama kita perbaiki diri.

Tuesday, 18 November 2014

#10 - 11 jenis bunga yang disukai - Cabaran November #1


Assalamualaikum semua! Lagi sikit je Cabaran November nak berakhir! Ayuh, kita teruskan, 11 bunga paling disukai!

1. Mawar

2.Tulip - tak pernah tengok pun boleh suka? Ada impian nak ke Netherlands lah tu!

3.Carnation

4.Baby's breath

5.Daffodil

6.Orkid

7. Lili

8.Teratai

9.Bunga raya

10. Chrysanthemum

11.Bunga kertas

Kalau ada sesape nak ngorat aku, mungkin boleh cuba-cuba curi hati aku dengan membawa jambangan bunga-bunga di atas. Kecuali bunga teratai. That would be awkward. Very awkward.

Monday, 17 November 2014

Sydney Part 5 - Scenic World - Spring Trip Australia

Assalamualaikum semua. Jom sambung entry Sydney! Hari tu aku cerita kitorang naik bas dari Echo Point nak naik Scenic Skyway, kan? Nampak je bus stop, terus excited nak turun.

Tapi bila sampai, kitorang blur sebab tak nampak kaunter tiket. Rupanya kena turun kat bus stop yang lagi satu! Nasib baik staf yang jaga tu ajak kitorang naik je dan suruh kitorang beli tiket di sebelah sana. So, kita naik free dulu, bayar kemudian. Sepanjang perjalanan, staf yang jaga tu bagi penerangan pasal Blue Mountain dan apa yang kitorang nampak kat bawah tu. Forgive me for not paying attention. Aku excited sangat, sebab Subhanallah, view dia memang cantik!


Enjoy the view...Apalah agaknya ada dalam hutan bawah tu? Koala ngan kanggaru kot?


Lantai kaca tau u olls..gigih si gayat ni nak pandang bawah jugak

Jauh lagi ke bang nak sampai?

Selfie kejap..

Image credit grayline.com : Macam gini lah rupa Scenic Skyway tu

Image credit : bestvacationdealstoday.com Yang ni pulak interior dia. Aku takde pic. Orang ramai, tak dapat nak capture

Sampai je, kitorang terus ke kaunter dan bagitau staff jaga kaunter tu yang kitorang naik free tadi. Dengan senyuman manis dia, staff tu pun explain tentang tiket-tiket yang diorang jual. Of course la kitorang amik yang package all rides-all day ni. Harga 35 AUD. Nak beli asing-asing pun boleh, tapi lagi jimat beli all-access ni kan.

Tiket berbentuk gelang. Scan je dekat gate masuk.

Later kitorang naik ni plak. Nampak macam best je...Ni namanya Scenic Railway.



View dari dalam. Sape berani, duduklah depan sekali, boleh 'jatuh dulu'.

Scary doh! Cam roller coaster tapi lagi scary sebab dia slow. Sangat. Aku tutup mata je. Sampai bawah tu muka pucat lesi pastu tak bercakap-cakap, sampailah travel mate tegur. Hahaha, bila budak takut tinggi nak ke gunung jadi gitu lah! Tapi kejap je takut, pastu bila rasa takut  tu hilang, dok busy tangkap gambar.

Huk aloh, tu ke yang aku naik tadi!


Memang devil pun!


View dekat bawah..Definitely worth it!

Untuk naik ke atas, kitorang naik Scenic Railway lagi. Tapi naik ke atas takdelah scary macam turun ke bawah. Still, rasa cam nak tercampak keluar sebab dia condong kan.

Sampai ke atas, rupanya penderitaan aku belum tamat. Drama sangat nak guna istilah 'penderitaan' ! Hahaha! Ini baru separuh je explore Blue Mountain. Lagi separuh kita sambung lain kali.

Kalau berminat nak baca entry sebelum-sebelum ni boleh singgah sini:

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Thanks sudi baca. Sayang korang!

Sunday, 16 November 2014

#9 - 11 novel yang ingin dibaca - Cabaran November #1


To be honest, dulu-dulu aku suka baca novel-novel Ahadiat Akashah, Creative Enterprise, followed by koleksi jiwang karat Alaf 21. Tapi entahlah, makin bertambah umur, makin kurang nafsu membaca novel. Maybe aku akhirnya realise yang hidup tak seindah dalam novel and love doesn't happens to everyone. *Bitterness alert!!!* Yang herannya, aku still minat filem-filem hindustan dan addicted to romantic comedies! Pelik-pelik je perempuan sorang ni kan..

Tapi demi menyahut cabaran, aku senaraikan jugak novel-novel yang aku teringin nak baca.

1.Novel-novel tulisan Ramlee Awang Murshid

2.Novel-novel tulisan Hlovate

3.Novel-novel indie keluaran Fixi Publisher

4.Siri The Lost Hero tulisan Rick Riordan

5.'Awek Chuck Taylor'

6.'Laskar Pelangi' - dah tengok the movie banyak kali, so teringin nak baca novel dia pulak.

7.-

8.-

9.-

10.-

11.-

Nota kaki: Aku tak suka e-reading. Baca PDF tak sama feel dengan baca buku. Ah, korang fahamlah kot aku cakap apa.

Saturday, 15 November 2014

#8 - 11 quote yang membawa erti -Cabaran November #1


Assalamualaikum semua..aku masih gigih nak habiskan Cabaran November #1 walaupun kak Kathy R'bain dah start Cabaran November #2 pulak! Takpe, pelan-pelan kayuh deh..

11 Meaningful Quotes

1.Ingat Allah, maka Allah akan ingat kita.

2.Pain is inevitable, suffering is optional

3.Act dumb, you'll learn more

4.Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

5.Be careful with your words. Once it has been said, it can only be forgiven, not forgotten.

6.The less we know, the easier life gets

7.Remember that one person we love so much, we'd do anything to make him/her happy? Let yourself be that person.

8.It's better to be alone but happy than with someone and unhappy

9.Love yourself first, and people will love you

10.Stop comparing yourself to others. You don't know their true story.

11.I'm too busy caring about people who loves me than to think about those who hates me

Friday, 14 November 2014

#7- 11 buah belog yang selalu disinggahi - Cabaran November #1


1. Angel Pakai Gucci
Jangan tertipu dengan nama blog ni. Blog APG ni merupakan blog Islamic.Penulisnya masih muda, so aku rasa pendekatan dia yang sempoi tapi 'ayat makan dalam' memang berkesan. Tak bosan baca, lagi-lagi kalau dia cerita pasal konflik negara Islam bergolak cam Syria dan Palestin.

2.Kaki Berangan: Jom Travel
Antara blog travel yang aku suka.Banyak tempat si John ni dah gi dan gambar-gambar dia tangkap pun cantik.Cara dia menulis memang detail, kau rasa macam ada kat sana.

3.Cursing Malay
Blog yang selalu menyindir mentaliti orang Melayu dan Malaysia. Kadang-kadang bahasa dia kasar sikit.Tapi aku suka cara Mantot pandang sesuatu isu.Unik.

4.Yang Penting Rupa
Ijaicool selalu buat aku tergelak sorang-sorang.

5.Kereta Mayat
Bukan blog cerita seram.Bro Hamka ni selalu citer pasal agama, mentaliti orang Malaysia dan kisah keluarga.

6.My Amethyst
Antara blog fashionista yang aku suka singgah.Suka style Shea Rasol yang simple tapi vogue.

7.Hot Chocolate & Mint
Blog Indonesia.Tak tau nape aku addicted nak bukak blog si Diana Rikasari ni.Sebab outfit dia yang 'gila-gila' dan colourful tu kot?

8.Hanis Zalikha
Suka style dia menulis. Minat baca blog dia wayyyy before dia famous. Suka tengok gambar-gambar dia yang cantik

9.Orang Perlis Menulis
Suka baca movie review yang Cikgu Man tulis.Rajin tul dia tengok wayang.

10.Perempuan Jomblo
Ramai orang obses dengan Fynn Jamal, tapi aku lagi suka cara tulisan LadyNoe.

11.Fatin Liyana
Hurm..no explanation needed here.

So, that's it for today...selamat berblogwalking.

Thursday, 13 November 2014

#6 -11 buah yang disukai - Cabaran November #1


1. Mempelam

2.Epal

3.Plum

4.Pisang

5.Jambu

6.Betik

7.Rambutan

8.Ciku

9.Manggis

10.Longan

11.Durian

Menaip sambil dok terbayang pokok buah kat kampung!

Wednesday, 12 November 2014

Sydney Part 4 - Three Sisters - Spring Trip Australia

First of all, nak ucap thanks kat Kakzakie sebab bagi feedback gambar dalam entry kecik sangat. Tulah, Sal ni cam kedekut je nak tunjuk kat orang. Hahaha. Tu Kakzakie tak cakap, aku yang cakap sendiri! By the way, thanks kak! Kalau ada kesempatan saya patah balik kat entry dulu-dulu untuk besarkan gambar. Sebagai blogger baru belajar, memang appreciate komen-komen dan nasihat membina dari you alls.

OK, tanpa melalut lebih panjang meh le kita sambung dari Sydney Part 3. Kalau nak baca Part 2 dan Part 1 dulu pun boleh.

Sampai akhirnya kami ke Blue Mountain. Turun dari bas, terus gi lookout point ni! Tapi...nape langit mendung je?

Udohle mendung, berkabus pulak!

Well, guess what? Ketibaan kami ke 'Gunung Biru' disambut dengan hujan. Lebat. Makanya, berlari-larilah kitorang berteduh di Tourist Information Centre merangkap kedai souvenir. Time ni dah start frust, to the point kitorang terfikir nak patah balik ke bandar Sydney dan datang balik esoknya. Cuaca musim bunga memang macam ni kot. Kejap hujan, kejap cerah. Cuaca merupakan salah satu faktor yang boleh affect kita punya travel kan.

Tapi ada hikmahnya jugak hujan tu. Sebab.....

Ada pelangi!

Inilah dia 'The Three Sisters' yang terkenal dekat Sydney. Menurut lagenda, kononnya batuan 'Three Sisters' ni merupakan tiga beradik yang ditukar menjadi batu. Cam cerita Puteri Sentubong Puteri Sejinjang pulak!

Time ni mintak travel mate cepat-cepat snap.




Dari jauh memang nampak biru

Kita nak selfie dengan three sisters, tapi three brothers tu plak yang sibuk! Grrrrr!! Credit gambar dan pemilik monopod: Bella

Dah puas tangkap gambar n menikmati keindahan pemandangan Three Sisters dan Blue Mountain, kitorang patah balik kat bus stop kat Echo Point. Nak gi kat Scenic World pulak, nak naik Scenic Skyway.

 

Apo kobondo Scenic Skyway tu? Nanti dalam next entry aku sambung ye. Nak sumbat semua sini dah panjang cam novel plak.

Oh ye, nak tanya yang membaca..Gambar besar ni OK tak? Ke loading blog jadi lambat? Please let me know ya..

Thanks for reading :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com