Thursday, 31 July 2014

Tiga hari di Hari Raya

Assalamualaikum semua. ..amboi sakan tengok rakan - rakan blogger share gambar - gambar raya. Aku jugak yang tak upload aku punya gambar raya lagi. Mesti u olls ingat raya aku hambar,  al maklumlah team raya Kl!

Actually raya kali ni best berbanding tahun lepas sebab akak aku n famili beraya ngan kitorang. Ada bebudak of course lagi meriah! First day raya, ramai jiran-jiran geng raya KL datang sampaikan petang tu kitorang semua tertido keletihan.  Tu kelebihan raya kat bandar. Rilek-rilek je. Nak gi rumah sedara lain semua kat kampung lagi. Malam dok layan Chennai Express  dan sukan Komanwel je kt tv sambil makan.huhu.

Syawal kedua,  pagi layan tetamu dan pas zohor memenuhi undangan kawan adik aku. Siap ada gulai kambing lagi derr..Malam tu abang aku n wife dia sampai.  Bawak durian la pulak. Cuaca dah panas, makin panas jadinya.

Syawal ke-3, kitorang masuk team raya kampung plak. Ke mana lagi kalau tak ke Muar. Sayangnya adik aku kena balik KL malam tu jugak sebab esoknya nak balik Uni. Parents aku n adik beradik lain pun ikut sebab ada komtmen lain.Maka tinggallah aku tido kat umah atuk aku ni ha jadi wakil ziarah sedara mara yang tak sempat diterjah. Maybe aku stay sampai Jumaat kot. Sesape kat Muar buat open house tak? Hehe.

Tu jela aku nak share. .gambar tak dop sebab semua tangkap pakai kamera digital,tak transfer n tak taruk watermark lagi. Eleh, ada ke orang nak tengok? :p Rasa awkward sebab dah lebih 2 bulan tak up entry ada muka aku kat sini. Dah feeling blogger anonymous plak.

Thanks baca entry lepas gian nak blogging aku ni. Auto publish ngan taip dan publish terus lain feel dia.

Selamat hari raya peeps!!

Tuesday, 29 July 2014

Mengharapkan non-Muslim sokong Palestin

Berderau darah aku jumpa gambar ni kat FB


Aku tak hingin pun nak bukak page milik Israel tu! Entah ye entah tidak gamba ni ori. Entah-entah edit supaya rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri.

Tapi kalau betul lah ada..korang rasa kenapa ada pulak orang Malaysia yang sokong Israel ni? Tak tau sejarah ke takde hati perut?

One thing aku perasan kat Malaysia ni, bila ada orang share gambar kekejaman tentera Zionis akan keluar statement-statement ni..

"Kafir laknat, siap-sedialah kau!"

"Sial punya Yahudi, kafir laknatullah!".

"Dasar kafir! F*** youla!"

First thing first..kafir tu apa? Kalau dari segi bahasa, kafir itu maksudnya ingkar. Dari segi tauhid, means dia menolak Allah sebagai tuhan. Dari segi senang faham, kafir tu maksudnya bukan Islam.

Kalau dari kaca mata bukan Islam, bila kau tulis macam tu, kau seolah-olah memaksudkan diorang sekali. Kan lagi sesuai guna istilah Zionis atau Israel. Kau bayangkan cakap macam tu depan kawan kau si Ah Chong atau Muthu, agak-agak apa diorang rasa?

Aku bukan nak menangkan orang agama lain ke apa, tapi sejujurnya aku kurang berkenan bila kita suka 'melabel' secara keseluruhan. Mungkin diorang kafir, tapi jangan kita lupa..

Ada rakyat UK yang bersungguh boikot produk Israel sampai ada company terpaksa menutup perniagaan mereka. Berita lanjut baca di SINI

Ada gadis Amerika yang menyoal Presiden sendiri secara point blank tentang umat Islam yang dibunuh saban hari.


Ada gadis Sepanyol membuat demo dengan berbaring di Hall of Fame, Hollywood menyindir pembunuhan rakyat tak berdosa di Palestin.


Ada rakyat Brazil, Chile, Jepun, Belanda, Germany  dan ramai lagi yang berarak di jalanan bersolidariti untuk Gaza. 

 Korea

Tugas kita yang bukan Islam ni untuk ajak rakan-rakan kita yang bukan Islam untuk sama-sama memperjuangkan hak warga Palestin. Betul, sebagai orang Islam, kita memandang isu ini dari sudut berbeza tapi kita kena educate non Muslim yang isu ini bukan sekadar isu agama. Nak ajak diorang, kita kena tunjuk yang Islam bukan agama pengganas tetapi kita sukakan keamanan dan kita hormat penganut agama lain. Kita ni umat yang beradab.

Tak guna pun kalau umat Islam je yang boikot produk Israel. Nak lagi effective,  biar semua boikot regardless of religion. Biar satu Malaysia ambil tahu sejarah konflik Gaza-Israel. Tengok jelah tragedi MH17, MH370 dan pelbagai siri bencana alam di Malaysia mahupun negara lain. Rakyat Malaysia tak pernah lokek dengan simpati dan derma. Hebatnya rakyat negara kecil ni, walau berbilang kaum dan kepercayaan namun tekad bersatu hati atas nama kemanusiaan. Moga kita dapat capai kesedaran sebegitu hebat untuk Gaza.

Buat saudara-saudaraku di Palestin, bertabahlah. Moga Allah beri ganjaran syurga untuk kalian. Di saat orang lain bergembira di Aidilfitri, air mata dan darah syuhada kalian terus tumpah di tanah Masjidil Aqsa.  Teruskan perjuanganmu briged Al-Qassam. Semoga Allah akan membantu kamu Maafkan kami kerana sering leka dan melupakan kamu dalam kesibukan urusan dunia kami.


-You don't have to be a Muslim to support Gaza.  You just need to be human.-

Buat yang Islam, teruskan berdoa..

*autopublish*

Saturday, 26 July 2014

Salam Aidilfitri 2014



Assalamualaikum dan apa khabar semua..

Entry kali ni short n sweet, just nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog aku. Tak kisahlah follow ke tak follow ke, rajin komen ataupun baca senyap-senyap, aku appreciate korang semua sebab sudi spend time kat blog sendu aku ni

Sempena Syawal yang bakal tiba ni, aku nak mintak maaf segala salah silap aku samada nampak atau tersorok. Kosong- kosong ye..Manala tau ada tulisan atau komen aku yang menyakitkan hati atau buat korang terasa. Kalau ada yang aku terlepas pandang tak follow balik atau tak balas kunjungan pun aku mintak maaf. Kadang-kadang aku tak perasan. Sorry geng blogger, tahun ni takde kad raya. Tahun depan, Inshaallah akan usahakan. Thanks a lot kepada yang sudi memberi.

Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan diterima oleh Allah dan Dia mengampunkan dosa-dosa kita. Teruskan istiqamah 'berkelakuan baik' walaupun lepas habis bulan puasa ni. Jangan time puasa je kita tak mencarut dan marah-marah, kalau boleh tanam terus sifat tu dalam diri. Semoga kebiasaan kita melakukan amalan-amalan sunat dan mengimarahkan masjid akan terus diamalkan lepas ni. Sama-sama la kita saling mengingatkan. Aku pun selalu gak lupa. Lepas habis Ramadhan, ringan je kaki tangan nak buat maksiat (~.~)

Buat yang balik kampung, hati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai dan dipermudahkan urusan perjalanan. Banyakkan berdoa supaya dalam peliharaan Allah.

Untuk yang baru kehilangan keluarga tersayang, bekerja atau beraya di perantauan, jangan sedih-sedih ye..Semoga korang terus tabah..

Buat para tentera,polis, doktor, jururawat, bomba, paramedik dan ramai lagi yang terpaksa bertugas di hari lebaran, korang sebenarnya adalah hero sejati! Semoga pengorbanan kalian mendapat balasan pahala dari Allah. Massive respect for all of you!

Akhir sekali, dalam kita bergembira, janganlah dilupakan golongan yang tak dapat berhari raya dengan meriah kerana kesempitan hidup. Hulurkan tangan ringankan beban..ewah. Terus kirimkan doa buat saudara seagama kita di bumi berdarah Palestin, Syria, Mesir, Myanmar, Pattani dan ramai lagi. Semoga suatu hari nanti kemenangan tu akan menjadi milik Islam. Inshaallah.

Short n sweet lah sangat..huhu. Selamat Hari Raya semua.. ('',) Taqabballahu minna wa minkum. Semoga Allah terima amalanku dan amalanmu.

*autopublish*

Thursday, 24 July 2014

Jumpa David Beckham di Sukom'98?

Assalamualaikum dan hola semua..

Sape tengok opening Sukan Komanwel kat Glasgow, Scotland pagi tadi? Aku tak tengok, tapi pagi ni kat timeline FB ramai yang share gambar kontinjen Malaysia sewaktu perarakan upacara pembukaan. A few athletes memakai uniform krew MAS dan flag bearer, Fatehah Mustafa membawa bendera yang dikibarkan separuh tiang sebagai mengenang tragedi MH17. Yang lawaknya ada plak yang komen kenapa atlet-atlet tu nampak happy je. Habis, takkan nak nangis pulak sepanjang upacara. Mestilah senyum, bangga dapat wakil negara ke acara sukan ke-2 terbesar selepas Olimpik. Cuba fikir positif sikit. Semua orang kat Malaysia ni bersedih pasal MH17, bukan kau je..

Ops, tak pasal-pasal membebel yang bukan-bukan. Buat yang tertanya-tanya apa kebendanya Sukan Komanwel ni, meh kak Sal kau nak cerita sikit. Sukan Komanwel merupakan acara sukan 4 tahun sekali yang disertai oleh negara-negara Komanwel, atau dalam bahasa omputihnya Commonwealth countries. Negara-negara Komanwel merupakan kumpulan negara yang pernah dijajah atau ditubuhkan oleh British.

Edisi ke-20 ni diadakan di Scotland, bermula 23 Julai sampai 3 Ogos nanti. Malaysia meletakkan sasaran 7 pingat emas untuk kejohanan kali ni. Too bad, hero badminton kita, Dato' Lee Chong Wei tak dapat beraksi. Apa-apa pun, gud luck untuk atlit-atlit kita yang lain. Mencabar tu, sebab kat sana siang panjang..kena puasa 21 jam, lagi lama dari di Olimpik London 2012.

Haish, penat baca, kat mana yang nak cerita David Beckhamnya?

OK, mungkin korang ingat lagi, Kuala Lumpur, Malaysia pernah jadi tuan rumah Sukan Komanwel tahun 1998. Masa tu aku budak lagi, baru ... tahun (umur adalah rahsia, kalau dah lama follow blog aku ni mungkin tahu sebab pernah mention). Aku ingat lagi, time tu aku excited gila dekat-dekat Sukom 98 nak start. Sebab aku nak jumpa mamat ni...


Siapa lagi kalau bukan the one and only, David Beckham.. Ni semua gara-gara jatuh cinta lepas tengok David Beckham beraksi di World Cup 1998. Kira time tu budak-budak pompuan baru nak up semua sokong England la. Nak compare, macam populariti Cristiano Ronaldo sekarang ni. Tapi tak dinafikan, time tu England memang hebat. Free kick Beckham memang power betei bak kata orang Ganu.

Tapi, harapan aku telah dihancurkan oleh Abah dengan hanya sepatah ayat :

"Sukan Komanwel takde bolasepak la kakak..".

Oh hancur hatiku, terus ambil baju David Beckham simpan dalam almari. Sobs sobs..

Sedih tak cerita aku ni? Haha, bila dikenangkan cam lawak je. Biasalah, gila-gila remaja. Ni semua gara-gara populariti Nick Carter dan Jonathan Taylor Thomas, semua berangan nak pakwe mat salleh rambut blonde. Oh memalukan betul zaman remaja awal tahun 2000 dulu..

Entry ni suka-suka je..Harap takde haters yang menghentam aku. Bajet femes ko, Sal ada haterzzz!! Huhuhu

Salam akhir Ramadhan. Jangan berhenti berdoa. Kan Allah ada....

Wednesday, 23 July 2014

Dapat kad raya lagi!

Semalam sampai je rumah, tengok ada dua envelope atas meja. Ingatkan walimatul 'urus, al-maklumlah lepas raya ni kan ramai nak naik pelamin. Sekali bukak, kad raya da..


Yang pink tu dari blogger Kathy Rbain pemilik blog Coretan Hati Kathy. Thanks a lot sis !! Cantik kad tu, akak memang kreatif! Blog sis Kathy ni blog personal, so banyak share cerita dan pengalaman peribadi . Selain dari tu, kalau korang suka edit blog dan tambah widget, boleh follow blog Kathy ni sebab ada banyak tutorial yang simple dan sesuai untuk beginners. Apa lagi, sila terjah dan berkenal-kenalan sebab blogger Kathy Rbain ni ramah orangnya walaupun tak pernah bertentang mata.

Lagi satu kad tu dari blogger Nor Azimah tuan punya blog Asam Garam Kehidupan. Terima kasih banyak-banyak kak ye... Jemput korang follow blog kak Nor Azimah ni sebab dia banyak share cerita tentang family, pendapat peribadi, info agama dan cerita teladan.. Asyik baca benda lagha je kan, baik baca benda ilmiah sikit.

Dapat kad raya ni sedikit sebanyak menaikkan jugaklah 'mood' raya aku. Mungkin tak berapa nak ada sebab belum sempat berbuka dengan adik-adik tersayang. Diorang tengah exam sekarang ni. Rindu nak 'gaduh' ..haha. Abang aku yang baru kahwin tu raya rumah mertua tahun ni. Lagi sorang, beraya di perantauan. Nasib baik akak aku dan keluarga dia kerap datang berbuka sekali dan tahun ni giliran diorang beraya di rumah aku. Takdelah sunyi bila ada budak-budak berlari dalam rumah walaupun pening gak la kepala.

Sedih bila kenangkan Ramadhan hampir sampai ke penghujung, tapi teringat pernah dengar seorang Ustaz ni cakap :

Barangsiapa beramal kerana Ramadhan, ketahuilah bahawa ia datang dan pergi,
Beramallah kerana Allah, kerana Allah itu abadi

Maksudnya, semoga kita istoqamah dalam berbuat baik dan beramal soleh. Kekalkan walaupun selepas habis bulan Ramadhan. Easier said than done, right.. Semoga kita semua berjaya meraih keampunan-Nya di bulan mulia ni. Amin amin ya rabbal 'alamin.

Nota kaki: Tak boleh blah hari ni datang kerja pakai baju raya tahun lepas..hahaha.Nasib baik dah selalu pakai, kalau tak mesti ada yang kata aku tak sabar nak raya. Hehe.

Thanks for reading, guys!

Monday, 21 July 2014

Entry khas untuk warga KL (yang ada kampung)

Assalamualaikum semua..dok buat apa tu? Dalam dok sakan menyediakan persiapan raya janganlah dilupakan saudara-mara kita yang sedang dilanda musibah di Gaza sana. Ramadhan belum habis lagi, masih berbaki 6 hari = 7 malam. Masih belum terlambat nak pulun beribadat cukup-cukup sebab Ramadhan tahun depan belum tentu kita ada umur.

Alang-alang cakap pasal raya..korang tak balik kampung ke? Balik kampung ni bukan setakat untuk raya je, tapi untuk berpuasa sama-sama dengan ahli keluarga di kampung. Tak rindu ke masakan Mak? Tak rindu ke gi terawih sama-sama ngan Ayah? Kat kampung ni suasana tenang je u olls..lagi senang nak beribadat, kat KL ni bising dengan mat-mat rempit je.

Korang tak nak balik kampung ke? Kat kampung mesti Mak korang dah start pasang langsir dan kemas rumah. Tak kesian ke dia buat sorang-sorang? Kang terjatuh ke hapa ke, kan korang dah menyesal seumur hidup..

Mesti korang rindu kawan-kawan sekampung kan? Geng sama-sama main mercun dan panjat pokok rambutan dulu. Raya nanti dah busy, tak dapat nak borak panjang. Time bulan puasa nilah nak gi ziarah, tukar-tukar juadah. Takpun nak relief kenangan zaman remaja yang terindah dulu.

Aku ni lahir di Kuala Lumpur (KL), duduk di KL, kerja pun KL. Lagi best, raya pun kat KL. Memang dari kecik. Kenapa dan mengapa tu mungkin payah aku nak cerita kat sini, kena buat satu entry khas. Tak payah la, bosan pulak korang nanti.

Aku suka bila dah hujung-hujung Ramadhan, KL akan jadi macam ni...


Oh yeah, KL 'kosong' yaw!

Bukan lah aku menyampah kat korang ke apa, tapi sekali-sekala seronok tengok KL bebas traffic jam macam ni. Public transport pun lengang je. Beruntunglah korang yang ada kampung..Tak salah balik kampung awal, lambat-lambat nanti highway sesak. Pastu, alang-alang dah balik, duduklah lama-lama. Buat apa kat KL ni, serabut otak je..

Entry ni sekadar penghilang boring. Jangan stress sangat ye. Takut ada yang sedih sebab dah takde sesape di kampung nanti salahkan aku atas penderaan emosi pulak.

Nota kaki : Buatnya nanti kahwin dapat laki ada kampung mau aku terkujat sebab tak reti beraya kat kampung cmane. Hahahaha.

But, seriously people of KL yang ada kampung, pulanglah ke kampung anda yang menanti...Hati-hati di jalanraya and be safe. Pandu dengan hati-hati ye. Habis raya kita kasi 'meriah' balik jalan-jalan kat KL ni OK? Baliklah ke kampung korang, baliklah, baliklah... (Aku tengah psycho korang ni!)

Teruskan berdoa untuk pembebasan Palestin dan keadilan untuk MH17 ye sambil-sambil tu.

Thanks sudi baca entry psycho aku ni..

Sape sini raya kat KL angkat tangan....

Friday, 18 July 2014

of MH17 and Gaza

Assalamualaikum semua..

Tengah malam tadi, berita mengenai kapal terbang MAS MH17 terhempas di sempadan Rusia-Ukraine tersebar di internet. Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku - semua ini hanya khabar angin dan video dan gambar tersebar semuanya hasil edit photoshop. Tindakan pertama manusia bila terima berita buruk - menafikan. Denial.

Tapi makin lama, newsfeed makin penuh dengan berita mengenai MH17, aku terpaksa terima hakikat yang ia benar-benar terjadi. Kapal terbang milik MAS yang berlepas dari Amsterdam, Belanda jam 12.15 pm waktu tempatan dan dijadual tiba di KLIA 6.10 pagi ni telah dilaporkan terhempas di wilayah Donetsk, Ukraine. MH 17 dipercayai ditembak oleh puak pemisah Ukraine, berbangsa Rusia yang inginkan wilayah Donetsk menjadi milik Rusia.

 Photo by Dominique Faget - AFP

Konflik Rusia-Ukraine takde kena mengena dengan Malaysia. Takde kena-mengena dengan 280 penumpang dan 15 orang anak kapal on board. Namun itulah kesannya bila kuasa-kuasa besar di dunia bergaduh. Rakyat-rakyat dan negara-negara kecil macam kita yang menerima tempiasnya. Sekadar info tambahan, Ukraine mendapat sokongan padu dari USA, Britain dan NATO dan ekonomi Rusia pula telah disekat oleh kuasa-kuasa besar ini. Yang pasti, someone gotta bear responsibility for this!

Dan nun di Gaza sana, Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Palestin. Hospital-hospital dan rumah-rumah terus dibedil. Gas beracun digugurkan. Pejuang briged Al-Qassam terus bermati-matian berjuang mempertahankan wilayah mereka. Semoga Allah memberi kemenangan buat mujahidin ini. Korang boleh ikuti update di FB Aman Palestin

Teruskan berdoa untuk Gaza, dan untuk Malaysia. Kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada MH17. Mungkin 'tersilap tembak' atau sengaja. Semoga Allah beri kekuatan untuk ahli keluarga penumpang dan anak kapal. Aku tak dapat bayangkan kalau ini terjadi pada ahli keluarga atau rakan-rakan aku sendiri. Jangan sebarangan menyebar info di laman sosial dan lagi teruk, jangan jadikan benda macam ni gurauan!

Belum reda isu MH370, kita diuji lagi. Ada hikmah yang Allah nak tunjuk pada kita. Mungkin kita dah terlalu jauh dari jalan-Nya. Mungkin kita dah terlalu sibuk mengejar dunia.

Syawal ini mungkin Syawal yang suram buat kita namun apalah ertinya berbanding Syawal di bumi berdarah Gaza, Mesir mahupun Syria.

Tegakkan Islam dalam dirimu, maka Islam akan tertegak di dunia.

Wallahu'alam

Thursday, 17 July 2014

Dapat kad raya!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan u olls...


Tengah dok khusyuk buat kerja (ye ke kerja) kat office tadi, tetiba Bos aku hulur satu sampul surat. Tanjat jugak sebab seingat aku, takde plak beli apa-apa online. Bila aku bukak, rupa-rupanya dari Raudz@RDZ, pemilik Blog Santai . Alolo..sweetnya, dah berkurun tak dapat kad raya! Terus kecoh satu opis..hehehe.

Tapi aku musykil sebab envelope brown tu terkoyak di bucu. Aku tak tau apa lagi yang Raudz kirim sekali dengan kad raya tu sebab Bos aku kata masa budak CityLink tu bagi memang dah terkoyak. Terkilannya, sebab tak kesampaian hajat Raudz. Takpelah Raudz, thanks a lot ye. Sal hargai sesangat!

Nanti korang singgah dan followlah Blog Santai sebab blog ni sentiasa share info terkini, sharing ilmu agama dan tips-tips menarik. Bukan cam blog haku yang asyik cerita pasal bola je ni. Haha, OKlah Piala Dunia dah tamat no more bola talk OK? La Liga ngan EPL pun lambat lagi nak start..

Esok aku nak balik kampung, so maybe tak berapa nak blogwalking. Ops, no, bukan balik terus sampai raya, just nak berpuasa di kampung sementara kesempatan yang ada ni. Lagipun lama tak jumpa atuk dan sedara-mara kat kampung.Haish, tak sabar la plak! Aku balik sorang je, naik bas. Kalau terserempak kat Muar tegur-tegur lah aku ye.

Apa-apa pun, Ramadan masih berbaki 10 hari. Patut masa-masa ni kita tingkatkan amalan seperti qiamulail dan bersedekah. Sambil-sambil tu doalah untuk saudara-saudara Islam kita yang menderita di serata dunia. Mereka memerlukan doa-doa kita dalam perjuangan mereka.

"Rugilah mereka yang sempat melalui Ramadhan tapi gagal mendapat pengampunan dari Allah"

Semoga kita tak termasuk dalam kalangan orang yang rugi..

Wednesday, 16 July 2014

Oh my baju raya!


Assalamualaikum semua..

Selasa hari tu kan cuti Nuzul Quran, aku pun keluar ke KL. Aku ni sebenarnya malas nak bersesak-sesak di kawasan ramai orang. Lagi-lagi musim panas dan bulan puasa lak tu. Tapi, disebabkan kekalutan aku sehingga terjatuhkan jam tangan sendiri Isnin sebelumnya, membuatkan aku terpaksa menggagahkan diri mencari kedai jam. Aku suka pergi satu kedai jam kat Ampang Park ni. Apa entah namanya. Dekat-dekat dengan Guardian dan kedai perfume.

Dipendekkan cerita, jam aku telah direpair dengan bayaran hanya RM 5. Tu pun sebab ganti benang apa entah. Auntie tu ada mention tapi aku dok busy humming lagu raya sampai tak tumpu perhatian. Berani kau Sal tak bersopan dengan orang tua! Nasib baik takde orang rakam perbuatan kau dan haplod ke youtube!

Pas settle hal jam aku ke KLCC plak. Orang dok kalut cari baju raya, aku dok cari seluar jeans. Berikut adalah perbualan aku dengan salesboy di kedai *****

"Akak tak nak beli dua ke? Second piece boleh dapat 50%."

"Iye ke, tapi design ni warna lain semua akak dah ada.."

Hakikatnya seluar-seluar kat situ mahal nak arwah! Aku beli pun pasal dah tak larat keluar masuk kedai-kedai lain. Tapi, aku rasa jeans adalah sesuatu yang berbaloi kalau nak invest lebih sikit, boleh pakai lama. Yang penting, aku sarung je jeans tu aku terus jatuh cinta. Tak ketat, tak gelobos, labuh pun macam dah ngam-ngam tailored untuk ketinggian aku, tak payah alter.

"Akak tak nak try skinny?". Amboi dik, mentang-mentang aku kurus ye!

"Takpelah dik, akak ni pakai tudung. Kang pakai skinny orang kata baik tak payah pakai," jawab aku diiringi senyuman yang lawa takde tapi manisnya ada.

"Betul jugak tu kak..".

Harapnya jawapan aku akan membuatkan adik itu berfikir dua kali untuk suggest skinny jeans dekat orang bertudung lepas ni..hehe.

Settle kat situ, aku tiba-tiba bernafsu membeli baju raya pulak. Ini semua salah Suria KLCC sebab pasang lagu raya! Haha, ada je alasan.

Dari KLCC aku naik  bas je ke area Masjid India. Orang takdelah ramai sangat, mungkin sebab tengah bulan. Aku perhatikan trend baju raya perempuan tahun ni lebih kepada dress chiffon dan baju kurung moden yang sarat dengan manik-manik sebesau mata ikan. Walaupun cantik, taste aku tak melekat langsung. Mungkin sebab aku ni pemalu, tak suka bling bling sangat. Hahahaha. Ingatkan nak cari baju kebaya je alang-alang dah kurus ni, tapi baju kebaya dah tak intrend sekarang. Susah nak cari kedai yang jual. Hampa sekejap perasaan Ratu Kebaya Ampang tahun 2008 (bulan puasa pun nak menipu). Baju kurung cotton yang ada pun design biasa-biasa je.

Yang pasti, Jakel sesak dengan orang sampaikan terpaksa bukak kiosk depan kedai! Ni penangan baju raya Aaron Aziz ngan Zizan la ni.Mesti ramai akak-akak nak beli untuk husband diorang dengan harapan laki diorang tampil kacak macam Aaron di pagi raya. Ala kak, janji kacak di mata akak sudahla.. Buat bakal Imamku, pakailah baju Melayu Aaron, Zizan atau Ramli Sarip, bakal makmum mu ini akan tetap terima seadanya. Hahaha. Sudahlah Sal, geli pulak orang yang baca ni nanti.

Last-last aku beli sehelai pashmina je. Aku ni suka berangan, nak pakai shawl chiffon la, half moon la, hakikatnya muka aku yang bulat ni mampu dijinakkan oleh tudung bawal sahaja. Tengoklah cmane, kalau aku berjaya melilit di hari raya nanti aku pakailah. Kalau tidak, aku bagilah kat orang lain.

Aku pun balik ke rumah selepas itu, tak larat dah nak pusing-pusing kat situ lagi. Lagipun aku ada banyak baju baru pakai sekali dua. Baju-baju yang aku beli semata-mata nak gi dinner atau wedding ada a few dalam almari. Buat apa membazir ye dok?

So, korang cmane? Dah beli baju raya belum?

Baju raya Jovian Mandagie..berangan je!

Thanks sudi baca entry entah apa-apa aku ni. Pecah kaca pecah simen, sudah baca harap komen.

Sunday, 13 July 2014

Piala Dunia 2014 - Germany atau Argentina?


Psst..perasan tak blog aku dah ada header? Ni semua gara-gara bekerja di hari Ahad. Memandangkan tiada staf yang sudi menziarahi aku di library sepi ini, maka aku ada banyak masa terluang. Google sana, google sini, dapat la design sendiri seketul header yang kira hokey la untuk orang yang takde basic photoshop seumur hidup.

OKlah, berbalik pada topik utama. Pagi esok perlawanan akhir World Cup antara Germany dan Argentina, pukul 3 pagi waktu Malaysia. Pilihan aku? Tak bias mana-mana. Neutral, atau mengikut kitab bahasa bola orang Melayu, lalang.

Kalau ikut rekod road to final, Germany mempunyai rekod tanpa kalah yang cemerlang. Team diorang seimbang, takde striker yang menyerlah sangat atau tak menyerlah langsung. Kira diorang function well as a team. Dari segi defend dan goalkeeper pun bukan senang nak bolos. Tak berani nak cakap banyak-banyak, marah pulak penyokong Germany kat aku kalau terbagi info salah. Hehe.

Argentina pulak, mungkin nampak terlalu berharap pada Lionel Messi sebab semua orang tahu dia ni 'pantang dapat bola'. Semangat Amerika Selatan pun mungkin sedang membuak-membuak dalam diri setiap pemain ibarat buih air tebu berais yang dituang dalam gelas menjelang waktu berbuka. Ok, terliur! Sergio Romero pulak bukan calang-calang goalkeeper untuk diayamkan.

Senang cakap, both team ada kelebihan masing-masing. Peluang keduanya untuk menang sama cerah. Ewah, macam Hasbullah Awang dah aku ni. Iye iye je..

Nota kaki: Gambar atas tu takde kena-mengena. Just David Villa menjadi David Villa. Comel walaupun sedang tidur. Ni gambar lama, korang jangan tuduh dia troll pakcik Brazil tu pulak!

P/s: terbaca entry seorang blogger dan dia quote "Biar jadi keyboard warrior dari tak buat apa-apa. Biar baru tersedar sekarang dari tak sedar sampai bila-bila". Still,  pendapat aku, jadilah keyboard warrior yang cakap taip serupa bikin.

Teruskan berdoa untuk Gaza...

Thanks sudi membaca entry bajet bagus aku ni.  Adios!


Friday, 11 July 2014

Gaza dibom? Ini semua salah World Cup!


Assalamualaikum..

Rasanya tak payah cerita lagi. Melainkan korang duduk dalam gua, mustahil korang tak tau yang Gaza dah 3 hari berturut-turut diserang rejim Zionis. Kononnya nak sasarkan pejuang Hamas, roket-roket Israel dihalakan ke rumah-rumah orang awam. Orang awam yang senjatanya hanya kayu, batu dan semangat mempertahankan tanahair yang tak pernah luntur. Angka syahid makin meningkat setiap detik.

Menyerang Gaza pada bulan Ramadhan adalah tabiat buruk Zionis dari dulu lagi. Dasar pengecut memang macam tu, mengambil kesempatan sebab mereka sangka rakyat Palestin tidak berdaya kerana berpuasa.

Mungkin suratan,kebetulan, atau memang dirancang, Piala Dunia FIFA 2014 pula sedang berlangsung dan makin hangat sebab dah nak sampai ke hujung. Maka bertebaranlah keyboard warrior sana-sini yang mengutuk orang-orang yang menonton World Cup sebagai lalai, leka, hanyut dengan agenda Yahudi dan apa-apa lagi. Jujur, aku sentap dengan kenyataan diorang. Erm..memanglah kitorang yang tengok bola ni dok bersorak bagai kat depan TV, yang tak tengok tu dok solat tahajud ke tiap-tiap malam? Yang mengata tu, ada ke ambil peduli sebelum ni? Ke korang pun macam baru tersedar dan cakap dengan diri sendiri "Haahlah, aku pun dah lama tak ambil port pasal Palestin..".

Berhenti tuding jari pada orang lain untuk tutup kesalahan sendiri!

Sendiri pun guna produk yang menyumbang kepada Israel, sendiri pun malas nak solat berjemaah, sendiri pun kedekut nak derma duit ke jalan Allah, sendiri pun malas nak berdoa.. Copy paste doa dekat FB beria-ia, tapi bacanya tidak. Perli orang lain memang senang dan nikmat, kan?

Oklah, , untuk kaki bola semua, baca panduan di bawah ni untuk bersihkan balik reputasi yang tercemar...

Gunakan medium yang disediakan Mark Zuckerberg ni untuk ambil tahu sebanyak mungkin tentang apa yang berlaku di sana. Like page macam Viva Palestina , GazaTVNews dan Aqsa Syarif . Ambil tahu adalah langkah pertama untuk ambil peduli. Hulurkan sedikit wang yang ada. Doa dan terus berdoa, kerana itulah senjata utama orang Islam. Ingat Israel tak tahu yang doa orang berpuasa sangat mustajab? Diorang tahulah..tapi kenapa diorang masih berani nak serang Palestin di bulan penuh barakah ni? Diorang tak takut ke umat Islam buat solat hajat ramai-ramai, baca qunut Nazilah di setiap solat agar mereka dihancurkan? Diorang tak risau ke tiba-tiba umat Islam bersatu hati solat Subuh berjemaah sampai masjid melimpah ruah?

Tanyalah diri sendiri kerana jawapan tu ada pada kita, bukan di tangan Hitler.

Jangan persoalkan kenapa negara-negara Arab lain tak bantu mereka. Kekayaan yang ada terus disimpan untuk membina hotel-hotel mewah dan trek lumba kereta. Sebab Amerika dah 'pegang' semua negara di dunia. UN dan OIC hanyalah hiasan. Masing-masing takut cakap banyak, nanti negara sendiri yang jadi mangsa. Setakat selfie sekeping dua, tak menjadikan seseorang itu best friend Mister Presiden.

Sekarang dok viral gambar Lionel Messi dan Neymar Jr. dekat 'Wall' Yahudi vs Cristiano Ronaldo memegang kertas bertulis 'Free Gaza'. Aduhai peminat bola sepak, korang dah kena kutuk nak tambahkan lagi ke dengan bergaduh benda-benda macam ni?

Aku akui, memang kehadiran Piala Dunia agak melalaikan, tapi bukan ke dari dulu lagi Yahudi dah menjajah minda kita dengan hiburan, seks dan sukan. Takde sape letak senapang kat kepala kita dan paksa kita ikut diorang. Kita buat pilihan kita sendiri.

Tapi untuk menuduh kaki bola leka dengan Piala Dunia sampai tak nampak penduduk Gaza sedang disembelih Zionis adalah perbuatan melabel orang lain untuk tunjukkan diri sendiri lebih perihatin.Tak kisahla orang tu suka bola atau tidak, tapi manusia yang ada hati perut sepatutnya tahu apa yang Israel buat melanggar hak asasi manusia. Tak kisah la apa agama dia. Kalau dia masih mampu buat-buat tak tahu sekarang ni, mungkin dia memang spesis takde perasaan.

Apa-apa pun, terharu tengok orang bukan Islam memperjuangkan hak warga Palestin. Moga Allah kurniakan hidayah Islam kepada mereka.

Kita nampak tragedi menimpa Gaza sebagai dugaan buat mereka di Palestin. Sebenarnya dugaan tu untuk umat Islam lain. Sejauh mana kita ambil peduli dengan saudara seagama. Apa iktibar yang kita dapat dari nasib mereka. Mereka di sana dah pasti mati syahid. Anak-anak kecil tak berdosa dah tentu ahli Syurga. Kita?

Aku harap, lepas isu ni reda, lepas gambar profile FB 'Save Gaza' bertukar kepada selfie pakai baju raya, kita masih sudi menitipkan doa untuk saudara-saudara di Gaza, Mesir dan serata dunia. Pesanan ini untuk diri sendiri juga.

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari aku. Aku yang sama macam korang, leka dengan dunia.

Maaf kalau ada yang terasa. Wallahu'alam.


 p/s : Entry ini diedit sedikit seminggu kemudian kerana ada point tak sempat nak highlight kali pertama taip.

Wednesday, 9 July 2014

Brazil-Jerman-Nazi-Yahudi-Gaza

Assalamualaikum dan apa khabar semua!

Pagi tadi, lepas menyaksikan kekalahan tragik Brazil 1-7 kepada Germany, aku pun bukaklah FB. Tengok ramai yang membahan pasukan Brazil secara berjemaah sebab kalah teruk. Bukan setakat penyokong Germany, penyokong pasukan lain dan lalang-lalang pun tumpang sekaki. Tersengih-sengihlah aku sorang-sorang di Subuh hari. Bukan gelakkan pasukan Brazil dan penyokong diorang (marah pulak peminat the Selecao kat aku), tapi tengok orang dok edit gambar Adolf Hitler pastu taruk ayat pelik-pelik.

Scroll bawah lagi, tetibe nampak latest update by Facebook Viva Palestina. Klik gambar untuk lebih jelas.


Ya Allah, berdosanya aku rasa! Dalam kita leka tengok bola, saudara-saudara kita di Palestin sana sedang dizalimi rejim Zionis! Pastu nampak pulak link berita ni.

https://www.middleeastmonitor.com/news/middle-east/12636-oic-to-discuss-escalation-in-israeli-attacks-on-palestinians

Like, seriously people? Berapa kali nak discuss? Benda ni bukan isu sebulan dua, tapi dah berpuluh tahun. Balik-balik pemimpin-pemimpin negara Islam ni dok kutuk-bincang-senyap. Kutuk-bincang-senyap. Ulang-ulang tu je.

Orang kata tak kenal maka tak cinta, kan? So, apa kata korang bukak link ni dan baca sendiri.
http://angelwearsgucci.blogspot.com/2012/11/konflik-israel-palestin-untuk-dummies.html
p/s: this is one of my favourite blog. Tak rugi korang follow sebab dia sentiasa update entry Islamic yang senang faham tapi makan dalam!

Untuk kita, jangan pernah lupa berdoa untuk mereka. Lagi-lagi di bulan Ramadhan ni. Cadangkan Imam masjid dan surau baca Qunut Nazilah sewaktu solat witir dan subuh. Qunut Nazilah merupakan senjata doa paling berkesan apabila umat Islam dilanda musibah. Lagi afdal dari solat hajat.



Semoga umat Islam di Palestin terus tabah dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita sebab selalu leka dan mengabaikan mereka. *nangis* 

Wallahu'alam.

Tuesday, 8 July 2014

Piala Dunia 2014 - Mencerap bintang

Assalamualaikum and hola guys!!

Memandangkan demam bola makin hangat, aku nak sharing sikit tentang bintang pada logo jersey pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia.


Sebab aku penyokong Spain, harus la aku pilih jersey diorang sebagai contoh. Hahaha. Ce tengok, ada satu bintang atas logo La Furia Roja, bermaksud Sepanyol pernah menang sekali dalam World Cup which is in 2010 di South Africa.

Sekarang ni saingan dah masuk separuh akhir. Makin menarik sebab kedua-dua perlawanan akan datang merupakan clash of Europe and South America. Tak pernah lagi pasukan dari benua Eropah menang di Amerika Selatan, jadi kalau Holland atau Germany berjaya menjulang Piala Dunia 2014 ni, diorang akan mencipta sejarah. So, memang ramai la yang dok berteka-teki siapa yang akan menang, sebab empat-empat pun sama hebat.

Match semi final 1: Brazil vs Germany.  9 Julai 2014, 4 pagi waktu Malaysia.

Brazil tempang sikit sebab Neymar dah cedera dan Silva digantung perlawanan. Tak best tak dapat tengok samba Neymar kali ni. Apa-apa pun, semoga beliau cepat sembuh. Brazil merupakan pasukan dengan bintang paling banyak di atas jersey, iaitu lima menandakan diorang dah menang 5 kali. Aku tak ingat bila, tu korang google sendiri lah. Last sekali diorang menang di Piala Dunia 2002,  Jepun.

Germany pulak pernah menang 3 kali dan pemain Germany, Miroslav Klose pegang record top World Cup scorer sebanyak 15 gol, sama dengan Ronaldo. Kalau dia score lagi, dia akan pegang rekod tu secara solo. Ronaldo takde peluang dah nak beat. Dah bersara dan 'bina badan' je sekarang. Hehehe. Peminat dia jangan marah, dia ni aku tetap anggap legend and one the best player walaupun orang kata dia banyak 'drama'.

Just in case korang konpius, aku cakap pasal Ronaldo ni, bukan duta syampu Clear tu ye.


Can't wait for this game! Tak tau nak predict siapa akan berjaya ke final.

Match semi final 2 : Argentina vs Holland. 10 July 2014, 4 pagi waktu Malaysia.

Argentina merupakan juara 2 bintang dan semua orang tau dalam line up diorang ada 'alien' bernama Lionel Messi. Kalau dia dapat bola memang bahaya. Takat nak bawak bola separuh padang sorang-sorang tu apa ada hal.

Holland pula, sadly tak pernah menang Piala Dunia.  Kalau ada penyokong Holland nak gebang kata diorang dah banyak kali menang, mintak dia tunjuk statistik. If Holland menang kali ni, akan muncul satu bintang atas kepala singa kat dada bidang Robie van Persie empat tahun lagi. Diorang ni pun team yang ada potensi jugak.


Game ni pun tak sabar nak tengok gak! Yelah tu, entah-entah tengok highlight je.

Nota kaki: maaflah aku suka tulis entry pasal bola. Nanti aku share resepi ke, outfit of the day ke, sinopsis drama ke..barulah gegurl sikit

OK lah peeps, thanks for reading.

Friday, 4 July 2014

Debaran Copa do Mundo 2014 makin sampai ke kemuncak!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua!

Motif guna bahasa Portugis kat tajuk entry? Sebut jelah World Cup. Cehh!!

Malam ni ada 2 game :

1. France vs Germany - 12 tengah malam

2. Colombia vs Brazil - 4 pagi

Kat Stadium mana aku lupa plak, yang pasti bukan di Allianz Arena atau Stadium Larkin. Takde point pun taip kat sini sebab korang semua pun tengok kat Channel 841 je kanz..

Untuk game France vs Germany aku pilih Germany lah sebab Abah aku sokong Germany. Tapi tengok lah, kalau France nampak cam nak menang aku sokong diorang plak. Haha...sukati aku la, Spain dah balik aku sokong jelah apa yang tinggal!

Tapi untuk game kedua tu aku pilih Colombia. Kenapa Colombia? Sebab titewww sukewww James Rodriguez. Dia tomeyyy angat-angat! (memang mintak pelempang cakap bahasa alien macam tu) Takdelah, sebab aku tengok World Cup kali ni Colombia agak menyerlah walaupun diorang ni bukan pilihan utama. Memang edisi 2014 ni pasukan bukan pilihan semuanya bangkit dan tunjuk kat bekas-bekas juara yang diorang bukan team belasahan. Memang respect kat Algeria, Ivory Coast, Chile, Switzerland, Bosnia dan USA yang mampu membuatkan pemain-pemain terbaik dunia terkial-kial.

Nombor 10 baju kuning tu adalah pemain legenda Colombia  , Carlos Valderrama. Aku sempat tengok dia main masa World Cup 1998, tu pun last World Cup dia.Kalau korang tanya ayah, pak long, atau atuk korang confirm kenal lah dia.

Untuk game kedua ni aku tak lalang, aku menyokong Radamel Falcao and the gang sepenuh hati! Harapnya kalau Juara 5 bintang kalah, rakyat diorang tak merusuh. Protes yang dari dulu tu pun tak settle lagi.

Sekadar trivia : Pada tahun 1994, pemain Colombia, Andres Escobar mati ditembak oleh peminat yang bengang gara-gara kesilapan Escobar menjaringkan gol sendiri semasa perlawanan menentang USA. Tulah akibat kalau dah fanatik! Harap pasukan Colombia bawak 'semangat' Andres Escobar untuk game menentang Brazil!

Nota kaki: Ayat pedas Ustaz semasa tazkirah malam tadi  :

Zaman Rasulullah s.a.w, sahabat berlari balik ke rumah lepas terawih sebab takut tak sempat sahur.
Zaman la ni, kita berlari balik ke rumah lepas terawih sebab takut tak sempat tengok bola.

Dush! Senak perut aku seolah-olah terkena rembatan padu Lionel Messi! Makan dalam tu Ustaz!

OKlah u olls, nak bagi can anak sedara plak main PC ni..selamat berpuasa dan berbuka dan berterawih dan berapa-apa saja janji dapat pahala. Assalamualaikum!

Thursday, 3 July 2014

Kenapa ada orang alergik dengan MLM?


Multi-level-marketing, atau MLM memang sinonim dengan orang Malaysia. Ramai yang melibatkan diri dan ramai yang 'alergik' dengan tiga huruf ni. Kenapa dan mengapa? Jom, kita ikuti laporan pendek yang disediakan oleh nak-jadi-reporter-tapi-tak-dapat, Salbiah. (Untuk kesan dramatik, korang diminta baca dengan nada pengacara rancangan 999).

Haha, udah-udah la drama tu, Sal. Moh le kita kaji kenapa ramai orang Malaysia cabut bila nampak penjual MLM.

1. Fobia ditipu
Mungkin someone tu trauma sebab pernah ditipu, dianiaya dan diperdaya sampai tinggal sehelai sepinggang gara-gara skim cepat kaya. Mungkin juga dia kenal someone yang pernah terkena so dia takut jadi macam orang tersebut. Atau mungkin juga dia dengar dan baca banyak kes penipuan menyebabkan dia takut nak terjebak. Ingat senang ke, dah cari duit penat-penat pastu lesap macam tu je! Apa-apa pun, majoriti orang alergik MLM adalah golongan ini.

2.Too good to be true
Kalau dengar orang MLM sembang kencang, korang pasti akan terbayang dunia di mana tiada langsung orang miskin. Seolah-olah lepas sebulan ko join diorang, ko upgrade dari naik LRT ke Volkswagen Passat. Macam terlampau susah nak percaya (rujuk point nombor 1).

3. Halal ke? Syariah compliance ke? Tak riba' ke?
Ha..korang ingat nak makan coklat je ke kena kaji dulu halal ke tak. Nak join sebarang skim pun kena tengok jugak. Ramai orang takut dengan MLM sebab takut skim yang ditawarkan tu tak menepati syariat. Wallahu'alam..korang boleh rujuk pada Ustaz bertauliah bab hukum-hakam ni.

4. Tak pandai nak 'cari orang'
One thing kalau nak business ni, kau kena tebalkan muka. Anggap semua orang di sekeliling sebagai potential. Kalau ada rasa malu atau takut orang akan benci kita, susahla nak berjaya. Ramai orang tak nak join MLM sebab diorang ada masalah ini, tak pandai nak persuade orang.

5. Malas nak jual barang
Kadang-kadang MLM ni kena jual barang. Tak semua orang minat berniaga. (Ni lebih kurang point nombor 4)

6.Penjual MLM adakalanya nampak cam memaksa dan annoying
Bayangkan kawan hot korang yang dah lama tak jumpa tetiba ajak lepak, nak belanja makan lagi. Korang pun berbunga-bunga hati, pakai comel-comel dan gi jumpa dia. Tup tup dia bawak keluar folder MLM dia dari dalam beg. Pastu dok explain dan elaborate sampai mood korang dah takde. Nak berniaga dik, memang camtu. Semua orang adalah potential! Nasib baik aku tak pernah kena lagi, dok lepak kedai makan tetibe ada orang datang bawak pamplet pastu duduk lama-lama tanpa dipelawa ! Kalau ada memang stress, dahla aku jenis tak boleh pay attention lama-lama.

So, korang cmane? Alergik ngan MLM? Ke korang kaki MLM? Share la kat sini dengan berhemah. Sebarang komen promosi MLM akan didelete oleh Tuan Tanah Kedaung. Hahaha..

Selamat berpuasa semua, thanks for reading!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com