Sunday, 29 June 2014

Bukan entry jual barang - Tips kekal cergas di bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua..puasa tak? Harap-harap semua berpuasa la hendaknya. Lain lah kalau yang dapat 'lesen besar' tu. Tapi aku rasa pembaca blog aku semua baik-baik, tak ada yang kaki ponteng. Betul tak? *Ayat bodek nak komen banyak letewwww*

Infografik : bilangan jam berpuasa bagi negara-negara lain di dunia. Puasa sampai 20 jam? Wow, kita yang 13 jam ni pun dah ramai yang semput. Imej diambil dari Huffington Post
.
OKlah, jimat tenaga sikit, jom terus straight to the point.

1. Sahur tu ada berkatnya walaupun hanya sebiji kurma
Ambil makanan yang mengenyangkan macam roti whole grain, oat, buah-buahan macam pisang dan epal dan minum air secukupnya semasa sahur. Kalau korang ni perut Melayu, tak perlulah pura-pura nak berdiet bagai, makan jelah nasi untuk elakkan kebuluran di siang hari. Tapi kalau korang ni perut mat saleh, bolehla try menu-menu yang dicadangkan oleh website Buzzfeed ni.

2. Jangan minum air berais semasa berbuka
Air berais adalah penyebab ramai antara kita menguap masa solat terawih. Kalau dah haus sangat pun, minum air masak dulu, dah makan sikit baru minum air sejuk. Kalau terus terpa air sejuk, badan dan sistem penghadaman akan terkejut, tu yang rasa lesu memanjang.

3. Solat Terawih
Terawih..polemik masyarakat kita yang tak pernah sudah. Terawih ni maksudnya rehat, so boleh buat rilek-rilek je. 8 rakaat OK..20 pun OK. Sunat muakad dilakukan secara berjemaah, tapi boleh dilakukan sendirian. Mungkin ada anak kecil, jadi si ibu tak dapat nak ke masjid. Kalau nak buat secara berjemaah di rumah pun boleh. Rapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Kot lah nak test menantu/ adik ipar baru boleh ke tak jadi Imam.
Point sebenar aku, terawih ni dikira macam satu senaman sebab siang kita berpuasa, badan letih, nak beriadah pun malas. Bila kita bergerak banyak lepas makan, takdelah kalori-kalori tu terkumpul jadi lemak. Kalau nak cakap pasal fadilat solat dari sudut Sains, memang banyak, korang boleh google atau tanya doktor bertauliah.
Yang penting, terawih ni ada dalam bulan Ramdhan SAHAJA. Dapat pahala lak tu. Tak nak ke bai...

4. Hindarkan dari berfikiran negatif
Dah bunyi cam Prof. Muhaya lak aku *perasan*
Elakkan dari dok ulang-ulang ayat "Ngantuknya ... letihnya" .Kalau ada kawan korang dok ulang ayat tu, jangan layan dia. Iye, memang ngantuk tu tak boleh disorok. Tapi tidur di tempat kerja adalah sangat tidak digalakkan kerana ia akan memberi imej buruk di mata bos korang di samping gaji tak berkat! Kalau dah tak tahan sangat, tidurlah sekejap di waktu rehat. Ingat bos korang tak tahu ke korang ngantuk sebab tengok bola malam tadi?

5.Jangan minum minuman berkafein sewaktu sahur
Minuman berkafein memang buat kita alert, tapi kafein akan meningkatkan kadar metabolisme dan membuatkan kita lagi lapar. Lagipun, kafein merupakan sejenis diuretik, maknanya, ia boleh meningkatkan kadar pembuangan air dari badan. Tu yang badan letih sebab dahlah takde air masuk, banyak pulak yang keluar. Kak Sal kau ni student Fizik tapi sembang cam budak Medic kan? Hehe, nantilah kalau ada masa aku cerita pasal tu.

Gambar hiasan from Huffington Post .

Pesanan penaja:  Apa-apa pun, jangan pernah lupa mereka yang tak bernasib baik. Banyakkan bersedekah dan doa untuk saudara seagama kita di serata dunia. Moga Allah melindungi mereka.

Kalau korang ada petua lain, jemput share kat sini untuk panduan semua ye..

Thursday, 26 June 2014

Salam Ramadan dan Salam 1-0

Assalamualaikum semua.. Kawan-kawan kat Johor dah bangun ke? Untungla hari ni dapat cuti. Orang-orang Johor dan separa Johor yang duduk di negeri-negeri lain jangan feeling-feeling ye. Ayuh luaskan kuasamu di tempat kerja!

 Image credit : FB SukanStar

Buat yang tercengang-cengang baca intro aku, meh nak bagi news update. Malam tadi JDT menang final Liga Super menentang Sarawak, so untuk meraikan, Johor cuti sehari. Aku tak dapat tengok live, dok masak Puding Kastad Jagung nak bawak gi office. Dah lama tak buat, berpeluh-peluh mengacau. Dahlah cuaca panas. Air kat Ampang dah slow. Siap sedia bawak keluar tong-tong air untuk menadah sebab sesetengah kawasan kat KL dah start takde air! Dugaan betul. Aku sebagai rakyat Malaysia sejati, takde masalah dengan cuaca panas, cuma risau kalau bekalan air terputus. Sambil-sambil korang qiamullail  tengok bola tu, tumpang-tumpanglah doa supaya hujan akan turun dan kesan El Nino ni akan berkurangan. Moga Allah ampunkan rakyat Malaysia yang banyak dosa dan sering lalai , termasuk yang menaip dan yang membaca ni. Doa sekali buat saudara seagama di Mesir, Syria, Afghanistan, Palestin dan di segenap pelusuk dunia. Kalau bukan kita yang tolong, nak harap siapa lagi..

Lagi tiga hari kita akan masuk bulan Ramdhan, In Sha Allah. Doalah supaya panjang umur dan sempat berpuasa dan beribadat tahun ni. Al-fatihah buat rakan-rakan dan ahli keluarga yang sempat bersama kita dalam Ramadhan sebelum-sebelum ni tapi tak panjang umur untuk merebut pahala together gether tahun ni.

So, alang-alang dah bukak cerita bulan puasa , aku nak ucap Salam Ramadhan in advance untuk semua . Selamat beribadat banyak-banyak, perbaiki diri dan sucikan hati. Antara dugaan terbesar di bulan puasa adalah menahan diri dari mengumpat dan membazir. Mungkin fitrah aku sebagai perempuan. *Sendiri yang tak kuat iman, nak salahkan fitrah...pffft!*

Image by Google

Buat yang masih demam bola, semoga team pilihan korang akan menang. Aku punya demam dah suam-suam kuku sejak abam David Villa kesayangan balik ke negara Matador. Layankan Abah aku je yang masih setia menyokong Germany. Buat yang lalang forever, atau pasukan pilihan dah tersingkir, mungkin boleh pertimbangkan France, Germany, Brazil atau Mexico dalam senarai pilihan.

Tu je nak merepek kali ni. Thanks for reading peeps!

Tuesday, 24 June 2014

Tak dapek nak blog walking!

Assalamualaikum dan salam 1Blogger semua. Seriously Sal? 1Blogger?

Semalam tengah aku syok berbalas komen kat blog, aku perasan ada something wrong kat dashboard. 'Reading list' aku tak boleh refresh. Just tunjuk satu je entry paling latest. Tekan 'view more' pun tak jadi apa. Aku ingatkan problem ni sekejap je so aku pun sambung balik buat kerja... Naughty girl sangat blogging di waktu pejabat!  Adik-adik jangan ikut tau contoh tak baik ni!

Macam gini la rupanya...kosong je.

Sampai ke petang tu aku perasan 'Reading list ' aku still tak boleh load. Tunjuk satu je entry, macam dalam gambar atas ni. Bila buka forum blogger nak mengadu nasib,  rupanya ramai blogger seantero dunia yang report benda sama. Dalam ramai-ramai tu, ada sorang komen yang Google tengah ada masalah teknikal dan para engineer diorang tengah berusaha nak selesaikan masalah ni. So, bersabar jelah.


Korang ada tak mengalami masalah sama? Kalau takde, baguslah tapi kalau ada, please share dengan aku kalau ada solution ye. By the way, pernah tengok gambar office Google? Meh tengok gambar ni aku ambil kat 9gag.

Kalau aku la office gini, hari-hari overtime pun takpe.

Google's engineer, jangan malas ye..settlekan cepat! So, selagi tak settle, memang banyak la blog update yang aku terlepas pandang. Nak klik satu-satu 107 blog aku follow tu tak dapek la ye. Tapi, In Sha Allah kalau korang komen kat blog aku, aku akan cuba balas kunjungan. Orang berbudi kita berbahasa kan..

Masa tambahan: Baru lepas tengok match Spain vs Australia. Memang La Roja dah tersingkir, tapi true fan kenalah terus menyokong... (macam la aku jerit depan Tv ni diorang dengar. Hahaha!) Puas hati dapat tengok David Villa main walau setakat 55 minit. Yang penting dia score sebijik! Ini adalah penampilan terakhir dia di World Cup. Sobs sobs. By the way, Spain menang 3-0. Lagi satu gol tu Torres score. Kesian gak dia ni asyik kena kutuk je. Gol ke 3 tu Juan Mata score. Kalaula del Bosque masukkan dia, Villa n Koke dalam first eleven dalam 2 game sebelum ni...Tapi sapelah aku nak cakap lebih-lebih. Dia tu coach, aku hanya penonton. Lagipun, benda dah lepas...Well at least ada something untuk penyokong Tiki Taka kenang. Poyo lebih kau Sal...macam la nama kau Salbiah Gonzales!

Sekian, thanks for reading sayang-sayang semua. Assalamualaikum.

Monday, 23 June 2014

World Cup 2014 Talk - Edisi cuci mata

Disclaimer: Hotness itu subjektif..Ini pandangan aku je. By the way, hensem tak menjamin yang pemain tu terer. Ingat ye para gadis. So, here goes...10 pemain paling hot Piala Dunia 2014 (di mata aku).

1. Olivier Giroud - France
 Guano tengah main bola pun rambut maintain berjambul gitu mon chéri? Hensem dan tinggi, what's not to like eh?


2. Cristiano Ronaldo - Portugal
Orang bukan kaki bola pun kenal bintang Real Madrid yang selalu jadi duta produk ni

3. Robin Van Persie - Netherlands
The flying dutchman..selepas menghancurkan hati penyokong Spain semesta alam.

 4. Niko Kovac - Croatia
OK la, dia ni bukan pemain, tapi coach. Tapi aku tetap nak masukkan dia dalam list. Tak kira!

5. Iker Casillas - Spain
One of the reason aku mula menyokong Spain. Berjambang atau tidak, dia tetap hot.

6. Neymar Jr. - Brazil
Muka 'budak nakal'.

7. David Villa - Spain
Pujaan hati dulu, kini dan selamanya..

8. Adnan Januzaj - Belgium
Not exactly hot, tapi dia comel! Terutama bila dia  penat dan blushing

9. Ciro Immobile - Italy
Tak bermakna list kalau takde pemain Italy kan..

10. Joe Hart -England 
He may not catch the ball, but he always catch my heart.

Sape pemain hot di mata korang?

p/s: Fernando Torres tak masuk carta ni, dia masuk carta hati. Dia sentiasa jadi pemain paling hensem di mata aku since forever. Hahaha.

Sunday, 22 June 2014

Public phone dah tak relevan?

 Image dari Google
 Hello, ye, saya nak report banjir ni ha...

Pagi semalam aku ada janji nak jumpa kawan-kawan kat KL Sentral. Tetibe phone aku meragam. Boleh guna wifi, tapi nak call in tak boleh, call out tak boleh, top up tak boleh, guna mobile data pun tak boleh. Bak kata Jambu, apa pun tak boleh lah! Maka, kalut lah aku turun naik KL Sentral yang luas tu mencari public phone. Mujur ada kaunter pertanyaan. Port public phone pertama dia suruh aku pergi hanya boleh guna kad, dan buat panggilan antarabangsa. Aku tanya kot ada lagi, staff tu bagi direction, kali ni kat tingkat atas. Puas pusing, aku pun jumpa dan berjaya call kawan aku. Alhamdulillah. Nasib baik ada staff yang helpful dan berbudi bahasa.

Korang pernah tak berada dalam situasi aku ni? Di zaman moden ni, nak cari public phone punyalah susah.Kalau ada pun, maybe dalam shopping mall besar gedabak tu ada 2,3 buah je. Kalau zaman awal 2000 dan 90-an dulu, public phone bersepah-sepah. Masalahnya satu je...vandalism! Sekarang ni dah kurang dah masalah vandalism phone booth ni. Yelah, benda dah takde, nak rosakkan cmane kan?

Pandangan aku, public phone ni penting. Untuk situasi tak diduga macam tadi. Memanglah ramai orang guna handphone sekarang ni, tapi katakanlah handphone hilang, habis bateri atau takde kredit, kan ke susah.

By the way, handphone aku bukanlah rosak. Bila aku gi Maxis Centre KL Sentral, diorang cakap sim card aku dah lama sangat, lebih 6 tahun. So, kalau berlaku kat korang, handphone asyik keluar error 'no network connected' (atau yang sewaktu dengannya) dan line kosong walaupun korang di tengah bandar, sila pergi kat respective service centre dan bagi IC dan nombor telefon korang untuk diorang periksa dalam sistem. Kalau masalahnya adalah sim card, mungkin diorang akan replace sim card dengan yang baru. Kalau Maxis, dia proses dapat on the dot, sat je tunggu, siap ugrade lagi. Dalam kes aku, replacement free je sebab bukan salah aku pun.

Nota kaki: Masihkah u olls ingat curi-curi keluar rumah nak guna public phone untuk call makwe/ pakwe sebab tak nak kantoi bila bil telefon rumah naik? Hehe...cerita zaman remaja!

Saturday, 21 June 2014

Keyword pelik

Sejak aku ada blog, aku menyedari yang orang Malaysia bergantung hidup pada google sebab aku selalu dapat reference URL yang pelik-pelik. Selalunya aku ignore je, tapi kali ni rasa nak share pulak ngan korang.

Boleh ke perempuan tengok bola?

Dah kenapa pulak tak boleh? Kalau nak tanya pasal hukum, boleh la refer pada Ustaz dan Ustazah yang bertauliah kat masjid, sekolah atau Majlis Fatwa. Janganlah cari Ustaz kat google ni sayang oi..Sentap kejap aku dan para perempuan acah-acah kaki bola kat luar sana. Bagi aku, tak salah tengok bola ni, janji tahu menjaga batas sebagai seorang perempuan. Cuci mata sikit-sikit tengok pemain bola yang comel, bukan boleh jadi apa pun. Macam yang aku bebelkan kat SINI.. Lagipun, kalau lelaki boleh tengok Twillight, Frozen dan Running Man, apa salahnya perempuan tengok sport kan..Habis game kitorang tetap sarung baju kurung pergi kerja, bukan pakai jersey ngan shorts.

Awek UTHM leh buat main Batu Pahat

Istighfar panjang aku baca keyword ni. Aku ni bukan lah otak kuning (iyo ko?), tapi korang tau sendiri la apa yang dimaksudkan dengan 'main' dalam google search ni. Kau ingat blog aku blog Mak Hayam ke?? Astaghfirullah..apa lah nak jadi bebudak zaman sekarang. Orang suruh guna internet untuk kebaikan, tapi dia guna untuk cari teman maksiat. Tapi, inilah hakikatnya. Anak muda ke, anak tua ke, semakin ramai yang jauh dari Islam. Oh Malaysia tanah air ku..Scary kan! Terima lah hakikat...dah banyak turun bala pun ramai yang masih tak sedar lagi!

Nota kaki: Entry ini di-auto publish serentak dengan sepak mula Costa Rica vs Italy. Pilihan aku? Italy la. Tapi Costa Rica pun not bad. Tapi kalau Costa Rica menang, Uruguay payah nak ke round ke-2. Uruguay ada Suarez, dan sebagai penyokong Liverpool, aku minat gak dia ni. Tapi kapten England, si Gerrard pun Liverpool gak. Favourite aku gak tu...tak best la kalau England tersingkir awal. Tapi aku nak Italy masuk second round. Ah...delima si lalang bila pasukan pilihan dah bungkus awal. Hehehe..tengok jelah tanpa perasaan seperti tak berperasaannya pemain Spain dalam edisi kali ni. Aku tak kata, del Bosque yang kata..

OKlah peeps, kita jumpa lain kali ye..stay tuned!

Friday, 20 June 2014

Al-kisah pemilik nama klasik


Assalamualaikum dan apa khabar u olls? Tau tak 'nama klasik' tu apa? Nama klasik adalah nama-nama orang dulu-dulu yang jarang kita jumpa diulang pakai oleh mak bapak zaman sekarang. La ni nama bebudak semua canggih-manggih. Kot kalau nak recycle nama klasik tu, harus diubah ejaan agar nampak moden dan bunyi Arab sikit. Contohnya Rokiah jadi Ruqayyah, Irfan dieja Erfan , Razak jadi Razaque, Sufiah jadi Soffea dan macam-macam lagi lah.

Aku adalah salah-seorang generasi lahir tahun 80-an yang memiliki nama klasik. Aku bangga dengan nama aku sebab rare. Kalau ada mak bapak nak bagi nama anak macam nama aku, mungkin diorang patut fikir dua-tiga kali. Takut diorang mengalami struggle seperti apa yang kitorang pemilik nama klasik di zaman millenium ni perlu hadapi seperti..

1. "Nama awak cam nama nenek/ makcik/ pakcik/ atuk/ moyang saya..."
Statement yang sering didengar setiap kali aku introduce diri pada kenalan baru. Huhu..tak tahu nak response apa. Terima jelah hakikat nama korang dah ketinggalan zaman.

2. Orang senang nak tahu kau yang mana satu
On the bright side, nama klasik macam nama aku dan nama bunga-bungaan (contoh - Melati), tak ramai yang guna. So di tempat kerja atau tempat belajar, sebut je nama kau, diorang dah tahu kau yang mana satu. Kalau nama yang common macam Nadia dan Farah kan kena describe sikit.

3. Susah nak cari nama glamour untuk digunakan di alam maya
Mula-mula nak buat blog, aku puas fikir nak pakai nama apa supaya nama blog aku catchy. So, aku decide untuk modified Salbiah jadi Sal Bee Yah. Bajet moden la tu! Yelah, nama klasik ni biasanya pendek. Kalau panjang bolehla dipotong-potong atau letak sedebuk je macam tu.

4. Senang bakal suami dan bakal mertua nak sebut nanti
Hehe...kalau lelaki, senang la bakal ayah mentua nak sebut nama before akad nikah. Sebab ada tempat, nama pengantin lelaki pun kena sebut betul-betul masa akad nikah kalau tak nanti saksi kata tak sah! Nama pengantin perempuan apatah lagi.

So, korang ada tak kawan-kawan yang memiliki nama klasik? Share la kat sini..

Salam Jumaat!

Thursday, 19 June 2014

Frust berguling-guling Part II


Masihkah korang ingat betapa frustnya aku bila Spain kena belasah dengan Holland sampai 5-1? Frustration aku kali ni berganda sebab diorang kena rojak dengan Chile plak. Dengan Holland aku boleh terima lagi tapi kekalahan kali ni aku tak boleh hadam sebab Chile bukan team pilihan. Automatik Sepanyol tersingkir, mengulangi sejarah France juara 1998 dan Italy juara 2006. Bekas juara tamat perjuangan di pusingan kumpulan.

Awal-awal tengok bola ni, aku acah-acah lalang je, tapi start minat Spain since 2000 something. I'm so into Iker Casillas. Dia memang antara goalkeeper terbaik Spain dan Real Madrid. Selain dari dia, aku minat diorang ni gak..

Raul Gonzalez
Korang mesti nak kata aku suka dia sebab hensem kan? Chooooi sangat! Dia ni sangat lincah di padang and one of Spanish top scorer. Sebab dia aku kenal Real Madrid dan start tengok La Liga. Kalau tak aku kenal David Beckham ngan Michael Owen je. Haha, zaman noob! Ariba! Ariba!

 Carles Puyol 
Defender Spain yang legend.  Memang susah nak bolos kalau dia ada since dia rajin kejar bola. In World Cup 2010, dia siap score against Germany. Cantik lak tu header dia. Tahun ni dia tak main international dah. Frust Abang Long tak dapat pertahan piala. Sob sob.

David Villa
Spanish naughty boy yang ensem giler!! Dia tak masuk kesebelasan utama, probably because of age factor menyebabkan Del Bosque pilih Diego Costa instead. Dia ada track record yang baik. 58 gol dalam 96 penampilan bersama Spain . Rekod yang belum ada pemain Spain boleh beat. Tu belum campur dia tolong Atletico Madrid menang La Liga setelah 16 tahun. Gandingan dia dengan Torres pulak definitely one of the best! It might have been done differently kalau dia main. *Memandai je kau ni Sal buat prediction*

Sayangnya eksperimen del Bosque tak menjadi..ni pun nak jadi Rajagopal jugak ke!

Dengan tersingkirnya Spain,  aku akan kembali menjadi lalang dalam World Cup kali ni. Buat masa ni aku nasihatkan Ali Torres dan Mamat Alonso menukar dp fb kepada gambar berunsur Ramadan gitu. Pastu bila orang cakap pasal bola jawab je korang nak concentrate bulan puasa.

Apa-apa pun, bola itu bulat (Alasan cliche' penyokong bila team yang diorang sokong kalah)..Hahaha

Nota kaki: Nasib baik aku ni perempuan, boleh tenyeh mekap banyak-banyak supaya muka tak nampak sembab..Cemerlang aku kejut Mak aku sahur pagi ni dan sampai office pukul 8.05 am. Tanjat bos I olls!! Ni kena tahan mata sampai pukul 6, dahla time lunch hour kena jaga kaunter tak dapat membuta. *Yawn*

Hasta luego amigos!

Monday, 16 June 2014

of Cinta Sejati and Kahwin Lambat

wah...serius betul tajuk entry aku ni..

Ni semua gara-gara terkesan dengan filem Maleficient yang aku tengok semalam kat MBO Galaxy Ampang. Amat tertarik dengan hidden message dia tentang 'true love' atau cinta sejati. Apa definisi cinta sejati bagi korang? Dalam bab cinta ni, kita janganlah berfikiran sempit sangat sebab cinta boleh wujud dalam macam-macam bentuk. Bukan takat antara lelaki perempuan saja. Boleh jadi cinta pada ibu bapa, ahli keluarga, sahabat handai dan paling utama cinta dengan Pencipta. Cinta bukan hanya kepada manusia, ada juga yang cintakan isi dunia yang memang takkan mampu nak puaskan nafsu kita sampai bila-bila.

By the way, Maleficient memang best..Angelina Jolie ada aura dia yang tersendiri. Berbaloi dia dah lama tak beraksi sekali keluar filem terus box office kebaboom u olls!

So...apa kena-mengena dengan kahwin lambat?

Hari ni ada akak sponsor makan-makan kat office untuk meraikan dan mengumumkan yang dia baru bernikah. Selamat Penganting Baru Kak Z! Akak ni umur dia dah lewat jugak. Ada orang kata dah 50 tapi aku tengok dia macam 40 plus je. Dah ditakdirkan dia bertemu jodoh lewat berbanding kawan-kawan lain. So, bolehla dijadikan motivasi untuk aku yang dah hujung-hujung 20 ni agar tak berputus asa. Yelah, kadang-kadang rasa macam nak give up. Kalau tak kenangkan Mak ngan Abah aku pun malas nak fikir soal jodoh ni.

Apa-apa pun, hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya si bujang macam kami je yang faham perasaan rakan-rakan seangkatan. Tahukah korang setiap kali u olls tanya "bila nak kahwin?", hati kitorang sebenarnya terguris?

Hehe, ok Sal, jangan serius sangat...

p/s: Kahwin bukan trend. Don't do it just because others are doing it. Don't do it because you want a 'wedding' instead of 'marriage'.


Paling penting, jangan berhenti berdoa. Kan Allah ada :)

Saturday, 14 June 2014

Frust berguling-guling!

Kalau korang tanya aku,  team pilihan untuk World Cup edisi 2014,  aku dengan eksyennya akan memilih Spain, bekas juara 2010 dan juara Euro 2012 dan 2008.


Tapi tahap confident aku telah dirobek pagi tadi bila team La Roja telah dirojakkan oleh The Oranje! Sampai 5-1 Netherlands belasah skuad Del Bosque. Memang diorang balas dendam kekalahan final 4 tahun lepas. Tiki taka ke mana, finishing pun hancur! Frust menonggeng aku di pagi hari. Sob sob. Ingin rasanya aku tumpang menangis di bahu Fernando Torres. Bring back team Spain yang dulu!

Aku tak pandai nak cakap soal taktikal bagai tapi kalau diorang nak up kan game, kena improve defend. Tak boleh harap Casillas dan Diego Costa je. Sebab tiki taka orang dah boleh baca.

Apa-apa pun, masih terlalu awal untuk berputus asa. Harap Spain akan bangkit dan kembali menyinar. Vamos Espana!!

Ps : my sympathy to all rakyat Brazil yang cedera kerana protes dan demonstrasi. Kita tak duduk sana, kita tak tahu masalah diorang. Harap Fifa lebih hati-hati dalam memilih tuan rumah selepas ni. Semoga walau apa pun masalah nya akan selesai. Nobody should suffer so others can have fun :(

Monday, 9 June 2014

Tak nak masuk hospital!!!

Assalamualaikum dan apa khabar semua? Hopefully sihat-sihat belaka lah ye. Lama rasanya tak membebel kat sini,blogwalking apatah lagi. Korang jangan ingat aku takde sepanjang weekend sebab dok cuti-cuti Malaysia, berjimba-jimbut atau bermovie marathon seperti yang dicanangkan dalam entry yang ini. Empat hari yang lepas aku hanya terbaring lesu mengenang dosa-dosa silam akibat diserang demam panas.

Khamis:  Pagi masa nak gi kerja ada kena hujan, tapi sikit la. Tengahari dah start ada rasa tak best, tapi gagahkan diri juga konon nak bertahan sampai pukul enam. Last-last gi klinik kat office. Doktor bagi time-off slip, so kul 4 dah balik rumah. Makan ubat dan tido dengan harapan esoknya sihat semula.

Jumaat: Still demam. Aku sebenarnya tak suka gi klinik. Tapi kalau tak gi, cmane nak dapat MC? Dahla doktor kat klinik tu akan bagi aku MC 2 hari. Haippp, jangan ingat aku rasuah doktor tu plak! Sebabnya, aku memang jenis kalau demam tak cukup sehari dua. Dari zaman sekolah menengah lagi tu lah klinik Mak bawak aku gi, so memang doktor tu tau sangatlah aku ni cmane.

Sabtu : Aku ni jenis malas makan ubat. Adoilah, cmane nak sihat! Jadi, Mak n Abah carikan aku air kelapa muda. Badan kalau sihat, memang laju je minum air kelapa ni, tapi kalau tak sihat, nak menelan pun payah. So aku terpaksa membayangkan minum di persisirang pantai ditemani Izzue Islang dang Zizang. Air kelapa muda ni, bagus untuk menurunkan suhu dan buang toksin-toksin dalam badan. Syaratnya, jangan makan ubat sejam sebelum atau selepas minum air kelapa, dikhuatiri akan cancel each other. Khasiat air kelapa tak dapat, ubat pun tak berkesan nanti.

Gambar hiasan ihsan Google Image

Selain dari air kelapa, aku amalkan minum air masak banyak-banyak dan telan madu. Sebaik-baiknya madu tu campur dengan limau nipis untuk cairkan kahak, tapi dah kepala aku pening nampak madu je, malas nak mencari limau dalam peti ais.Huhuhu. Untuk supplement tambahan aku makan tablet PTar Luban . Ptar ni bagus untuk migrain, senggugut dan untuk kecerdasan minda jugak.

Ahad: Aku dah rasa lega sikit, so aku pun membuat keputusan untuk memotong rambut aku yang lebat ni. Dah pendek macam Miley Cyrus! Ha, ni lagi satu traits yang pelik dalam family aku. Kitorang semua memang tak boleh berambut panjang, conform demam. Dari bapak aku sampai la ke anak-anak sedara aku. Ikutkan aku sayang nak potong, tapi kenangkan tahun ni je dah 3 kali aku demam, so terpaksalah jugak. Harap bakal suami faham.. Haha, sape bakal suami ko tu, Sal??

Isnin: Pagi ni bila bangun aku still rasa 'tingtong'. Aku dah cuak. Adakah aku dijangkiti denggi sebab dah 4 hari demam tak elok-elok jugak. So aku pun gi check up dan doktor dah sahkan bukan denggi. Dia tak buat blood test pun tapi dia kata suhu badan aku dah normal dan aku tak ada simptom-simptom demam denggi mahupun dengki.Alhamdulillah...lega rasanya. Aku paling takut kena admit sebab ada trauma ambil darah . Bukan salah nurse pun, tapi si kurus ni darah sikit sangat. Hehe.

Dipendekkan cerita, doktor bagi aku MC hari ni walaupun aku merayu-rayu depan dia cakap aku nak gi keje (Percaya tak ni?) Aku pun terima la dengan penuh rasa berterima kasih. Harap-harap esok dah boleh kerja balik. Doakan aku ye kawan-kawan.

Apa-apa pun sangat berterima kasih kat Mak, Abah n Kak Ngah sebab susah-payah carikan ubat dan bawak gi klinik. Tak sangka dah besar-besar macam ni pun ada peluang 'bermanja' lagi. Malu pulak sebab menyusahkan Mak n Abah. Patut aku yang jaga diorang, tapi terbalik pulak. Nantilah, Mak, Abah, orang cari seorang suami untuk disusahkan pulak lepas ni...Hahaha.

"Ala, Sal tu senang je nak tau dia dah sihat ke belum. Kalau lalu makan tu tandanya dah sihat lah tu!" 

Aku dah lupa kawan aku yang mana keluarkan statement ni, but Bro that is so damn true :)

OKlah u olls, thanks coz sudi membaca coretan mintak kesian aku ni..Take care ye!

p/s: Nikmat sihat itu lebih hebat dari nikmat wang ringgit.Wallahu'alam

Wednesday, 4 June 2014

Tuesday, 3 June 2014

Jun 2014 Movie Wishlist

Lamanya tak tengok wayang. Last layan The Amazing Spiderman 2 kat TGV KLCC. Since 2, 3 minggu mendatang ni rasanya agak free, so ingat nak gi jugak menerjah panggung. Filem-filem pilihan aku bulan ni adalah:

1. Maleficient

Image dari IMDB

Nak tengok sebab : 
i. Aku suka dark, twisted fairytale parody macam Hansel & Gretel, Snow White & the Huntsman dan Grimm.
ii. Angelina Jolie

2. CEO

Image dari CEO the movie FB

Nak tengok sebab :
i.Pelakon-pelakon dia best!!!Beto dan Remy tak payah cakap la, memang ada karisma lelaki Melayu yang tersendiri. Cristina Suzanne pun boleh tahan. Aku dah tengok dia berlakon dalam KIL.
ii. Jalan cerita dia cam sempoi je...

3. Abang Long Fadil


Nak tengok sebab : 
i.Syafiq Yusof sememamngnya ada bakat. Aku dah tengok SAM, tapi tu genre thriller. Nak tengok dia arahkan filem komedi pulak.
ii.Tengok trailer je aku dah gelak.Kalau yang sebenar lagi kelakar lah kot!
iii. Zizan Razak dan otai macam Yassin, Aman Graseka dan Harun Salim Bachik..Refreshing la jugak, kalau tak balik-balik muka sama gak kat wayang tu!

4. Godzilla

Nak tengok sebab : 
Saja...nak tengok remake. Adakah secomel yang versi 1998 (ke comel sebab Matthew Broderick tu comel?) . Tapi, aku benci reptilia..harap takde scene telur menetas. Yuck!!!

p/s: Dah tengok trailer Transformers 4 Age of Extinction?  Kurang berminat pulak sebab Shia LaBeouf takde, tapi tengoklah kot ada yang nak belanja, Kak Sal ko on je. Apa-apa pun aku menanti filem bawah ni walaupun katanya release 2016..hahaha.

 Batman vs Superman

So, filem apa yang korang teringin nak tengok??

Monday, 2 June 2014

Mari belajar bahasa Johor



Sape sini orang Johor, angkat tangan!!!Aku ni nak mengaku orang Johor macam menipu pulak sebab I/C Kolumpo, tapi mak ayah asal orang sana, so kira aci lah nak feeling Johorean kan. Anyway, kalau korang perasan orang Johor ni ada slang diorang sendiri walaupun tak obvious macam dialek Pantai Timur, Negeri Sembilan atau Utara Semenanjung. Susah nak explain cmane, tapi biasanya orang Johor boleh detect each other walaupun kali pertama jumpa. Haha..special kan??

Aku ni baru balik dari Mersing. First time ke sana, biasa Johor aku habis jauh pun JB. Alhamdulillah majlis perkahwinan abang aku berjalan lancar. Letih tak hilang lagi, tapi since esok aku masih cuti, tu yang lepas rindu blogging sampai tengah malam ni!

So,manalah tau kot korang dapat bakal suami/isteri orang Johor, boleh try impress family dia dengan beberapa perkataan di bawah. Conform diorang kagum giler lah!!

1. Gobok - almari

2. Gebor - selimut

3. Sapan - rosak (ni biasa orang Muar guna, daerah lain tak sure)

4. Berterombe - main kejar-kejar. Perkataan yang famous di bibir para nenek sewaktu cuti sekolah dan hari raya.
Contoh ayat :" Cuba berenti berterombe, runtuh jugak rumah aku ni kang!"

5. Melak - agaknya.
Contoh ayat : "Dia dah balik, melak". Jangan guna kalau tak confident.

6. Bebak - tak dapat menampung sampai terkoyak (untuk kain)
Contoh ayat : "Besar dah anak aku ni, sampai bebak buaian "

7. Ek... - biasa digunakan orang Johor di hujung ayat. Jangan terlebih guna, takut dituduh menghanjing pula..

8. "Jangan serik yek".. -ayat famous orang Johor bila send off tetamu. Maksudnya, datanglah lagi.

9. Tak mematut - tak patut.

10. Belanja - beli barang dapur atau keperluan kenduri.
Contoh ayat : " Maksuklah dulu, abang kau pergi belanja".

Sebenarnya banyak lagi, tapi praktikkan lah 10 ni dulu ek sambil makan goreng pisang cicah cili kicap dengan kopi O 434. Oh Muar I Miss You..

Assalamualaikum..Jangan serik yek!

Sunday, 1 June 2014

Perkara-perkara yang orang 'kerja suratkhabar' je faham

Situasi: korang berkenalan dengan kawan baru. Dia cakap dia kerja kat syarikat suratkhabar XYZ. Apa soalan-soalan yang akan menyusul lepas tu? Cop..tak payah jawab, aku gerenti mesti korang akan tanya soalan-soalan kat bawah ni..

1. Reporter ke?
Soalan paling cliche'..dari hari aku dipanggil interview sampailah dah dekat tiga tahun kerja, tulah soalan pertama orang akan tanya aku. No dear, kat  syarikat suratkhabar ada pekerjaan lain selain dari reporter seperti kerani, despatch, akauntan, driver, tukang masak,secretary dan manager... Dah semua orang jadi reporter sape plak nak susun suratkhabar dalam lori untuk dijual. Kalau suratkhabar kat Hogwarts takpelah boleh terbang sendiri.

2. Mesti selalu jumpa artis kan?
Tak semua orang selalu jumpa artis dan orang famous. Lainlah kalau kau dari unit Hiburan yang boleh bergelak tawa dengan Aaron Aziz kat Old Town. Sesekali bila ikut event, merasa lah jugak. One thing bila kerja bawah label syarikat suratkhabar, kau kena kawal diri supaya tak nampak 'jakun' bila berjumpa dengan artis dan VIP. Tapi sesekali langgar jugak 'rules' tu, contohnya macam gambar-gambar bawah ni:

 Hero Malaya pujaan hatiku, Johan As'ari .baca 'heart attack' story aku kat SINI

  Leong Mun Yee dan Brian Nickson, atlet terjun Malaysia. Boleh baca story kat SINI

Terasa kerdilnya diri ini...

Wishlist aku: Dato' Lee Chong Wei, YB Khairy Jamaluddin dan Shah Rukh Khan..

3. Mesti hari-hari dapat (news)paper free kan?
Well..kalau hari tu kerja dapatla. Tapi jangan expect kitorang untuk walk-in kedai runcit dan mintak je suratkhabar sesuka hati. Takde maknanya! Kalau hari tu tak masuk office, kenalah beli macam orang lain. Diskaun pun tak hado!

4.MH370 kat mana?
Pilihan raya bulan berapa? Kenapa Dyana Sofea kalah? Betul ke rakyat Brazil protes World Cup tahun ni? Sila jangan tanya soalan tak tercapai akalku. Apa yang ditulis dalam suratkhabar dan keluar dalam berita, itulah yang kitorang tahu. Lainla kalau kitorang ada contact Dato Sri Hishamuddin. Jangan expect we olls tahu rahsia negara yang top secret.

5. Ada lagi ke orang baca suratkhabar?
Eh..asal lak takde? Kalau takde dah lama kitorang semua ni cari kerja lain. Dalam zaman serba canggih ni, suratkhabar sebenarnya masih relevan. Alhamdulillah, rezeki Allah tu ada...masih ada orang berharap pada suratkhabar untuk tahu apa yang berlaku di serata dunia.

Apa-apa pun pekerjaan kita, bekerjalah dengan ikhlas supaya rezeki berkat..tak gitu?

So,korang biasa tanya apa kat orang 'kerja suratkhabar'?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com