Monday, 13 January 2014

Melaka Trip Part 2

Gigih kau kan Sal, gi jalan-jalan kat Melaka je tapi sampai 2 part blog entry. U olls boleh baca part 1 kat sini

Day 3

Pulau Besar aku datang!!!

Apa yang menarik tentang Pulau Besar ni? OK, first thing first, kalau nak ke Pulau Besar ada dua option. Satu, naik feri dari Jeti Anjung Batu. Jimat kalau tak ramai sebab harga tiket ikut kepala. According to laman web Kerajaan Negeri Melaka, harga tiket semasa adalah RM 11 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak. Tapi kalau pergi dalam big group boleh naik kat Jeti Umbai. Search for Medan Ikan Bakar Umbai kat GPS then tanya pengusaha bot kat situuntuk sewa bot ke Pulau Besar. Kalau keadaan laut sesuai diorang akan bawak naik bot laju. Lagi dekat , lagi cepat dan lagi thrill. Harga sewa bot boleh runding, dalam lingkungan RM 80 until 100 per boat pergi balik.



Pulau ni tak berapa sesuai untuk mandi-manda tapi adalah jugak pengunjung yang datang main-main air kat pantai or berkelah. At first aku tertanya-tanya jugak kenapa tourist tak datang sini. Tak jumpa pun foreigner pakai shorts berjemur tepi pantai. Hahaha. Bukan aku teringin pun nak tengok! Adakah kerana Pulau Besar ni di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)? First time seumur hidup aku dengar pulau ditadbir oleh jabatan agama. Biasanya jabatan pelancongan kan?

Kalau nak tau... kat Pulau Besar ni terletaknya makam wali-wali Allah dan ulama-ulama dari Tanah Arab yang datang ke Melaka untuk menyebarkan ajaran Islam sejak Islam mula bertapak di nusantara zaman dahulu kala lagi. JAIM yang jaga pulau ni untuk pelihara sejarah Islam yang ada kat pulau ni dan pada masa yang sama nak membendung gejala khurafat. Al-maklumlah ada sesetengah orang taksub sangat. Suka tabur bunga berlebih-lebih kat kubur, bakar setanggi, ikat kain kaler kuning hitam merah whatever. Mind you people, itu bukan amalan Islam OK!!



Kalau nak ronda pulau ni boleh naik van sewa ala-ala kat Manila gitu. Ada driver merangkap tour guide yang merupakan orang tempatan. RM 5 je satu kepala tapi dapat full tour keliling pulau. Too bad masa kitorang datang pulau ni tengah renovate. Banyak tempat tak dapat tengok. Huhuhuhu.



Pulau Besar ni ada banyak cerita menarik. Menurut masyarakat tempatan, Tan Sri Rahim Thamby Chik pernah bayar sebuah syarikat dari Itali untuk dirikan resort kat Pulau Besar dalam tahun 90-an. Tapi resort tu rugi teruk dan banyak kejadian misteri terjadi kat pengunjung dan pekerja resort. Orang kata mungkin sebab berkat pulau tu pernah jadi kediaman orang-orang alim dan banyak perkampungan bunian, so segala aktiviti maksiat memang 'tak dibenarkan'. Faham-faham ajelah kalau pelancong asing kan!!Orang Islam lagi kan boleh lupa diri apatah lagi yang bukan. In the end resort tu bungkus dan pulau bersejarah tu hampir jatuh ke tangan syarikat Itali tu tapi dipajak oleh seorang kaya dari Kelantan bernama Tan Sri Azmi. Kira dia partially owner pulau tersebut. Wallahu 'alam.

Tinggalan resort tu masih dapat dilihat antaranya bekas chalet, boat house dan padang golf dikelilingi hutan! Rasa macam dalam majalah Mastika je! Somehow boleh rasa the creepy aura...

Habis tour kitorang masuk ke Muzium Pulau Besar. Baik giler staff muzium tu bagi kitorang masuk walaupun waktu tu muzium tu ditutup sebab lunch hour. Menarik gak muzium ni sebab boleh baca sejarah dan cerita-cerita misteri Pulau Besar kat sini.


Balik dari Pulau Besar masing-masing kelaparan so kitorang decide untuk tapau lauk dan makan kat homestay je sebab malam tu nak balik KL dah. Pas Maghrib kitorang pun bertolak balik ke KL.Alhamdulillah selamat sampai sebab kalau tak selamat macamana lak boleh tulis entry ni.

OK people, thanx for reading!

Monday, 6 January 2014

Melaka Trip Part 1

Day 1

Penutup 2013 aku akhiri dengan bercuti ke Melaka dengan family.

Last Saturday, lepas gi kenduri cousin kat Muar, kitorang bergerak ke homestay yang terletak di Kampung Kandang, Melaka. Nama homestay tu, Anjung Firasat, terletak di Lorong Sidang Hassan Kassim. Kalau korang guna Google Maps atau GPS boleh search for Jalan Ayer Molek/ Kandang, if dari selatan atau balai polis Kandang if dari utara. Then dari situ boleh call owner dia, pakcik dan makcik tu akan bagi direction pastu akan sambut korang macam family yang dah kenal lama!

For booking boleh contact : Hjh Rohani 0146632201

Aku highly recommend korang duduk kat homestay ni sebab kedudukan dia strategik. Bayaran dia RM 200 semalam tapi memang berbaloi untuk sebuah rumah yang super selesa! Ada 3 bilik, 2 bilik air, fully furnished lengkap dengan sterika dan mesin basuh. Mesin basuh beb..so boleh basuh baju kat sana tak payah pikir nak buat laundry penat-penat once dah balik rumah.


Plan asal kitorang nak gi naik river cruise malam tu jugak tapi sebab masing-masing letih, so plan tu pun ditunda. Kesian kat Mak Abah je sebab diorang dah ada kat Muar since Khamis untuk kenduri kahwin my cousin. Pas makan semua pun masuk sleep mode.

Day 2

Pagi-pagi buta semua dah bangun. Excited sebab nak pergi Taman Botanikal Ayer Keroh. Ramai yang datang ke sini untuk berjogging atau lepak-lepak santai. Bayaran masuk free je. Kalau nak sewa basikal, RM 6 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Perkhidmatan buggy pun ada. RM 40 untuk buggy 4-seater, RM 50 untuk buggy 6-seater dan RM 60 untuk buggy 8-seater. Tarif sewa tu untuk setengah jam je tapi kalau orang tak ramai biasa staf kat situ boleh lebih kurang je. Ikut nasib la..tapi jangan lupa yang buggy tu kena cas, so kalau power dia habis tengah jalan kot tak pasal-pasal kena tolak pulak! Driver? drive sendiri le..

Ramai jugak orang yang jogging atau just take a walk dalam Taman Botanikal ni. Lama tak hirup fresh air memang rasa best sesangat!

Feeling Jurassic Park uolls!!!

Habis round kat Taman Botanikal, kitorang masuk Galeri Lebah Melaka, yang terletak betul-betul kat sebelah. Masuk free, tak payah tiket pun tapi staf-staf kat situ akan layan korang tip top. P/s : Tandas diorang pun lebih bersih dari kat Taman Botanikal. Hehe.



Lebah-lebah kat situ tak sengat, so tak rasa risau pun even kalau bawak budak kecik

 Staff kat situ akan bagi peluang pegang honeycomb dan rasa madu kelulut fresh!




Ada pameran very informative pasal lebah dan boleh rasa bermacam-macam jenis madu. Percuma. All you can eat buffet.


Sebelum balik kalau nak beli madu pun ada dijual kat sini. In fact, kalau korang nak rasa experience kena hurung lebah boleh request kat staffs Galeri Lebah.  Ada berani ka? Aku berani tengok dari luar je..hahaha.

Next stop, Banda Hilir. Plan nak gi Muzium Samudera,( kapal besar tu)  dan Kota A' Famosa. Tapi tu dia, dah kata hari Ahad, punyalah jam tak hengat! Hampir satu jam kitorang terperangkap dalam bandar Melaka pusing-pusing cari parking tak jumpa. Lagipun kitorang kan ada warga emas dan kanak-kanak tak kan nak jalan jauh-jauh plak. Honestly, aku rasa Majlis Bandaraya Melaka perlu kaji balik sistem jalan raya kat Banda Hilir ni. Banyak sangat 'bottleneck', Banyak lorong nak masuk satu. Dan aku rasa kewujudan Dataran Pahlawan MegaMall dan Parkson tu cam menyemak je. Tempat tumpuan, nak sesakkan lagi. Baik buat kompleks parking bertingkat.

Memandangkan gi holiday tujuannya mengurangkan stress, bukan menambah, so kitorang decide untuk keluar dari situ dan cari Pantai Klebang. Lagipun masing-masing dah lapar, so apa lagi cari gerai asam pedas la! Nasib baik jumpa satu gerai ni, bersebelahan dengan surau. Alhamdulillah, pas makan dan solat kitorang pun sambung perjalanan.

Plan asal diteruskan...Muzium Kapal Selam Pantai Klebang. Bukan replika tau, tapi kapal selam penyerang diesel-elektrik sebenar! Kapal SMD Ouessant Agosta 70 yang dibina pada 1979 milik asal Tentera Laut Perancis kemudian digunakan sebagai platform latihan bawah permukaan air bagi krew pelatih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bermula pada 2005 hingga 2009. Kapal selam itu kemudiannya diangkut dari pangkalannya di Brest, Perancis ke Melaka dan diserahkan secara percuma kepada Kerajaan Negeri Melaka. Interior dan mesin-mesin asal dikekalkan untuk tatapan pengunjung dan ditambah air cond untuk keselesaan. Bayaran masuk Rm 1 je untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Serius murah der!!!Parking pun banyak, yelah dah muzium ni betul-betul tepi pantai.


Nak masuk muzium ni kena bukak kasut, so aku suggest korang bawak plastik untuk isi kasut supaya tak tercicir. Laluan muzium ni sehala tapi takpe nak keluar masuk banyak kali pun. So, haruslah aku fefeeling Rihanna dalam filem Battleship. Eh...battleship tu kapal selam ke? Haha..abaikan!

Keluar dari Muzium Kapal Selam masing-masing dah keletihan, so terus balik homestay. Tapi on the way balik tu , lalu plak kat Taman Rempah. OK, kalau nak naik Melaka River Cruise ada dua option. Satu naik dekat ngan Muzium Samudera. Tapi this one aku tak berapa galakkan sebab sesak dan susah cari parking.  Lagi satu kat jeti Taman Rempah ni la. Kat sini parking banyak, orang pun tak ramai. River cruise lagi best kalau naik malam sebenarnya, tapi kitorang tak kisah sangat la janji dapat merasa. Esspecially first timer macam Mak Abah n Angah anak beranak. Harga tiket kalau warga negara Malaysia, RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Foreigner mahal sikit la.

Paling excited si kecik Auni





Cruise tu akan bawa kita tengok bandar Melaka. Boleh nampak bangunan Stadhyus, Muzium Samudera, Kampung Morten dan banyak lagi la. Ada recorded audio sebagai guide untuk setiap attractions yang kita nampak kat tebing sungai.

Habis cruise, kitorang balik ke homestay untuk rest sebab malam tu nak gi makan ikan bakar kat Sungai Duyong. Yay!!!

Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong ni famous lah jugak walaupun tak sepopular Umbai. Harga berpatutan, servis cekap dan yang penting sekali sedap! Takde gambar makanan sebab kajian mengatakan orang yang suka upload gambar makanan ada masalah mental. Hehe. Ops!!Malam tu kitorang semua tidur lena sebab kekenyangan. Hujan lak tu.

Nanti next entryp aku citer pasal Day 3. We olls ke Pulau Besar pulak. Island holiday like no other..serious!

Thanx for reading!!

Friday, 3 January 2014

Dua Ribu Empat Belas

Assalamualaikum...

Lamanya tak menaip...Agak busy lately, lagipun kat rumah tak dapat nak guna PC. Almaklumlah cuti sekolah, tak ada faedah pun berebut ngan anak-anak sedara. So, sebagai mak sedara yang baik kita mestilah mengalah. en? en? Ni dah rileks sikit baru dapat curi masa blogging kat office. Haha, bukan curi tulang ye, tapi takde mood nak kerja. Itulah akibatnya kalau cuti lama sangat. Cuti hari tu aku gi holiday kat Melaka ngan family. Dekat je..tapi hakikatnya dah berkurun tak jejakkan kaki ke sana. Nantilah bila free aku story mory pasal the trip.

Permulaan tahun 2014 agak mencabar bagi aku dari aspek kerja. Department aku buat revamp, tapi carta organisasi baru belum keluar lagi. Aku tengah tunggu bos aku panggil sebab khabar angin kata akan ada perubahan sikit dari segi job task dan aku kena tukar clerk bawah aku. Aku tak nak cerita banyak sebab bukan korang faham pun pasal kerja aku..hehehe. Yang pasti aku anggap ni sebagai cabaran untuk keluar dari comfort zone. Nah..aku kan ahli fizik separa siap - pernah jual supplement bina badan - tetiba dapat kerja kat library syarikat surat khabar. So...come to mama!!!


Still, the suspense is killing me!!! Bila la bos nak panggil nih...

Tahun ni tahun terakhir aku sebagai 20 something. Oh my, cepatnya masa berlalu. Takut jugak aku nak masuk 3-series sebab aku rasa banyak lagi aku tak achieve dalam hidup aku. Kalau ikut dari segi material, malu jugak sebab belum ada kereta sendiri. Tapi somehow aku target nak beli rumah sebab harga kereta makin lama makin turun, tapi harga rumah makin lama makin menuju puncak everest!!Esok lusa rakyat Malaysia ni semua tido dalam kereta je!

Cakap pasal harga naik..erm..


Hopefully tahun ni ada increment. Kena lebih rajin bekerja supaya dapat bayar lebih banyak cukai untuk menampung pelaburan kerajaan dalam memajukan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat *tangankatbahumatapandangatas*

Anyway, ni topik sensitif. Salah taip kang kena ban pulak blog kesayangan aku nih. Konon nak jadi keyboard warrior? pui!!! Marilah kita ikut saranan Prof. Muhaya, respon positif kepada perkara negatif. Tapi aku rasa apa dia cakap ada betulnya. Kena potong perbelanjaan yang tak perlu. Masa yang ada daripada dibazirkan buat benda tak berfaedah, kan lebih elok buat kerja sampingan, boleh tambah pendapatan. So, people of Petrosains, rasanya tahun ni muka aku akan lagi kerap muncul kat sana!

Ikutkan tahun ni macam-macam aku nak buat. Nak belajar jahit baju kurung la, nak blogging secara serius (buat duit kaching kaching), nak exercise lebih, nak stat balik makan kolagen secara rutin...Tapi semua pun duniawi... apa cita bekalan untuk ke alam yang lebih kekal abadi? Kenalah ada,kan?? Apa kata tahun ni kita perbanyakkan sedekah, sumbangkan tenaga untuk tolong orang, jaga ikhtilat, jaga aurat, banyakkan solat sunat dan rajin-rajin berpuasa sunat. Jom!!!

2014 ni aku harap aku dapat travel lagi banyak. Kena berjimat lah..means, kurangkan karaoke dan tahan diri dari beli barang-barang yang tak perlu. Aku ni kalau stress je shopping..tapi lepas tu tak guna pun barang-barang yang aku beli tu. Baik invest duit...untuk masa depan. Kot-kot sakit ke, nak sambung belajar ke, nak kahwin ke...

Cakap pasal kahwin...

It's been a long time since I last fall in love. Ada lah very brief fling with Encik A . Memang kejap pun...tak sampai 2 bulan. Haha, stupid me!!Tapi, terima kasih Encik A, dalam tempoh sekejap tu awak buat saya happy dan hidupkan balik rasa yang saya ingat dah mati 3 tahun lepas. It doesn't work out, takpelah, bukannya kita sampai tahap berjanji sehidup semati pun!

Tahun ni aku berharap aku akan jatuh cinta lagi. Dengan siapa, biarlah Allah yang tentukan. Namun harapan aku menggunung tinggi semoga kali ini biarlah dengan yang halal untuk aku. Kalau aku jatuh cinta lagi biarlah kali ini sampai ke Jannah. Amin..

Apa-apa pun, Selamat Tahun Baru 2014!!!Semoga tahun ni akan membawa seribu satu kebaikan buat kita semua.

p/s: Dah lebih setahun usia blog ni. Terima kasih buat yang sudi luangkan masa untuk membaca. Love ya!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com