Friday, 14 November 2014

#7- 11 buah belog yang selalu disinggahi - Cabaran November #1


1. Angel Pakai Gucci
Jangan tertipu dengan nama blog ni. Blog APG ni merupakan blog Islamic.Penulisnya masih muda, so aku rasa pendekatan dia yang sempoi tapi 'ayat makan dalam' memang berkesan. Tak bosan baca, lagi-lagi kalau dia cerita pasal konflik negara Islam bergolak cam Syria dan Palestin.

2.Kaki Berangan: Jom Travel
Antara blog travel yang aku suka.Banyak tempat si John ni dah gi dan gambar-gambar dia tangkap pun cantik.Cara dia menulis memang detail, kau rasa macam ada kat sana.

3.Cursing Malay
Blog yang selalu menyindir mentaliti orang Melayu dan Malaysia. Kadang-kadang bahasa dia kasar sikit.Tapi aku suka cara Mantot pandang sesuatu isu.Unik.

4.Yang Penting Rupa
Ijaicool selalu buat aku tergelak sorang-sorang.

5.Kereta Mayat
Bukan blog cerita seram.Bro Hamka ni selalu citer pasal agama, mentaliti orang Malaysia dan kisah keluarga.

6.My Amethyst
Antara blog fashionista yang aku suka singgah.Suka style Shea Rasol yang simple tapi vogue.

7.Hot Chocolate & Mint
Blog Indonesia.Tak tau nape aku addicted nak bukak blog si Diana Rikasari ni.Sebab outfit dia yang 'gila-gila' dan colourful tu kot?

8.Hanis Zalikha
Suka style dia menulis. Minat baca blog dia wayyyy before dia famous. Suka tengok gambar-gambar dia yang cantik

9.Orang Perlis Menulis
Suka baca movie review yang Cikgu Man tulis.Rajin tul dia tengok wayang.

10.Perempuan Jomblo
Ramai orang obses dengan Fynn Jamal, tapi aku lagi suka cara tulisan LadyNoe.

11.Fatin Liyana
Hurm..no explanation needed here.

So, that's it for today...selamat berblogwalking.

27 comments:

  1. akan jelajah setiap blog yang dinyatakan di atas..hehe

    ReplyDelete
  2. Yuhuuuuu....akak datang nih! Jangan komplen penat approve komen yek, Dik Sal ^_^

    Akak pun masa mula-mula timbul minat nak berblog ni pasal suka baca blog Redmummy dan Hanis. Suka style Hanis menulis tapi tulah, lama nak tunggu berupdate sekarang sebab dah fofular kan. Begitu juga dengan Fatin. Walaupun way terlalu muda (eh, ya ke....bocor rahsia) suka sangat cara dia berceloteh. Kita ni nak baca blog sebab nak release tension dalam kepala otak. Asal dapat ketawa terbahak-bahak sensorang depan pc, akak rasa dah ohsem sangatlah tu pembacaan. Terus terasa light je kepala otak yang berserabut :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..hanis sekarang jarang update blog.busy katanya..

      Delete
  3. dalam banyak-banyak blog ni, kenal hanis dengan fatin jer..
    yang lain boleh terjah pasni =)

    ReplyDelete
  4. senarai tuh semua blogger2 femes kan~
    sis pon kadang2 terjah jugak blog2 nih. hehehe

    ReplyDelete
  5. wahhh banyak rupanya blog yang best-best ek, dari senarai tu akak penah baca blog hanis ngan fatin liyana aje
    akk suke gak baca maria elana (betol ke eja ni) tp dah jarang update, redmummy pon suke

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog redmummy tu saya tak pernah terjah lagi..sebab saya bujang kot, tak berapa tau blog mak-mak orang ni..hehe.

      Delete
  6. banyak blog best2. tapi kebanyakan dh senyap. wuwuwu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah blog retis...update sebulan sekali pun orang still baca

      Delete
    2. Camtu ea..
      Kita yang x retis ni selalu kena update kan? xD

      Delete
  7. InsyaAllah akan BW ke blog2 tersebut...terima kasih sudi follow Teratak Bunda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru perasan saya belum follow lagi...huhu.patutlah tak naik update kat dashboard

      Delete
  8. sis pun suka baca blog kaki berangan tu...yang lelain tu ada yg belum pernah bW...maybe akan cuba xplore nanti

    ReplyDelete
  9. Tak ada satu pun dalam list kita ..he..he..bolehlah visit dia orang ni..

    ReplyDelete
  10. Bolehlah jalan2 ke blog2 tu nanti..
    salam hujung minggu Sal

    ReplyDelete
  11. tq yer sbb followed blog arepnakbebel ..Follow sini balik..hehe

    ReplyDelete
  12. Ada yg selalu dok baca..ada yg tak.. nnti boleh singgah..=D

    ReplyDelete
  13. tapi hanis da x mcm dedulu....update pun da jarang2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanis dah busy sekarang, tu yang takde masa update blog..huhuhu

      Delete
  14. amboi semua
    blog orang hebat-hebat hihihi.. kaki brangn my fav jugak. kalau bukak mesti hati tersiat-siat.. sbab dia kalau travel amboi.. sakan sungguh. sayu hatiku yang tak berduit ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, diorang ni macam idola lah jugak..memang kalau baca blog kaki berangan tu cemburu buta terus..hahaha.bilalah nak merasa cam gitu.tapi bak kata ramai travleller, yang penting keazaman.pas tu pandai-pandai la manage.

      Delete
  15. LadyNoe penulis buku desarturasi merahjambu kan? Ke saya salah.
    Blog APG dgn KERETA MAYAT memang best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. .ladynoe tu.tapi akak belum baca buku dia.

      Delete
  16. ni semua yang ada dekat bloglist akak an? hehehe... saya yang famous2 ni, saya x baca sangat. xtahulah kenapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. .bg akak, blog famous ada sebab kenapa diorang famous. Akak baca pun sebab suka content diorang.nak harap diorang follow or komen blog kite memang tak lah..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com