Friday, 17 October 2014

Tukar url lagi? Kau dah kenapa!!

Assalamualaikum semua...

Semalam merupakan hari yang agak kelam kabut. Aku tukar url blog sampai 2 kali dalam masa tak sampai 24 jam! Hadoi...dahla aku dah bagitau a few follower yang aku dah tukar url masa first time tu. Then aku tukar lagi, kenala inform lagi sekali. Mesti korang annoyed kan.So sorry guys. Buat yang tertanya penyebab aku tukar url blog kali pertama bolehla refer entry ni

Belum panas link yang aku bagi tu,aku tukar url lagi sekali sebab aku realise jejak aku masih dapat dikesan. So I decide to hide my blog ID deeper n deeper. Even nama blog pun aku tukar. Kalau kawan - kawan aku still dapat trace pas ni, mungkin keputusan drastik menutup blog terpaksa aku buat.

Aku cakap semua ni bukan pasal aku attention seeker, nak korang pujuk aku jangan berhenti blogging atau yang sewaktu dengannya. Tidak ye.. Aku cuma meluahkan rasa dekat orang yang pasti faham. Non-blogger mungkin anggap benda ni tak make sense langsung, tapi sesape ada blog akan faham apa aku rasa sekarang ni. Bila tukar url blog, banyak risiko yang kita ambil. Banyak follower dan silent reader kita akan ghaib. Tapi nak buat cmane, dah ini jalan yang aku terpaksa ambil. Doakan hubungan aku dan kawan aku tu baik balik macam dulu kala ye.

On the other hand,  aku tak bohong bila aku cakap aku sayang followers aku. Walaupun blog aku tak gah mana, isi pun selalu merapu tapi masih ada yang sudi membaca dan menyerikan ruangan komen. Buat masa ni aku dalam proses nak inform followers sekelian link baru ni, so kalau korang terjumpa link baru ni dari blog orang lain, tolonglah jangan sentap. Cukuplah aku dah sakitkan hati sorang tu, aku tak nak tambah bilangan orang yang sakit hati dengan aku.

Till then, thanks coz memahami. Aku tengah down sekarang ni, kerja kat office pun melambak so tak berapa nak blogwalking. Thanks buat yang support aku supaya jangan tutup blog. Aku appreciate sangat!! Sayang korang tau!

Nota kaki : Pas ni aku nak tulis pasal bola jelah, sebab aku yakin Fernando Torres tak baca blog aku.

*autopublish*

25 comments:

  1. Yang ni dah kira final URL la ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, final..pasni nak jadi apa pun jadiklah...haha

      Delete
  2. haaa.. janganlah citer pasal bola je.. saya x faham... waaaaaa.. ..>.<

    okay kak, take your time :) yang penting kita dah cuba buat yang terbaik...

    ReplyDelete
  3. akak.. betul tu kena key in nama url baru bleh jumpa blog akak. tapi tak apa sebab ramai lagi bloggers yang penah tukar url.. amek masa balik nak catch up. janganla berenti blogging.. nanti kurang kasih sayang CT dapat..

    slow slow.. build balik relationship. insyallah..

    ReplyDelete
  4. OK gak rumah baru ni...simple...siap ada awek pakai kebaya lagi...ayu gitu hihi....
    Tulah semalam try klik kat nama tu error....... la ni dah boleh ke klik kat nama je Sal ....kadang tu susah gak nak refer URL jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tu header adhoc budak tak pandai photoshop...bahaha.saya memang ada habit buat keputusan terburu-buru.tapi takpelah, saya tak menyesal..hope everything back to normal pas ni. nak dapat semangat update entry baru tu yang susah sikit.sebab dah trauma..huhuhu

      Delete
  5. Dah namanya penulis... kenapa nak takut, org yg membaca nak sentap tu terpulanglah... cuma awak jgn mension nama sapa-sapa dalam tulisan tu... Kalau tukar url blog pun tak guna juga sebab one day 'org berkenaan' akan jumpa juga sebab internet ni 'pelayaran terbuka' melainkan jgn guna nama sebenar dan tukar gambar icon awak tu... Apa-apapun sabar je Sal! dah namanya penulis blog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, tapi since ni blog personal, bukan anon, so memang akan dikekalkan gambar icon dan nama saya tu. good advice, anyway sebab memang tak boleh nak menyorok dalam alam internet yang luas ni. just that kena lebih hati-hati dalam menulis pas ni.tak nak tulis nama sebenar dah,,,huhuhu

      Delete
  6. Tapi yg susahnya dunia alam maya ni terbuka Sal.
    Akan tiba masa dia akan tahu juga. So Sal jgn risaulah
    Abaikan aje kalau ada yg tak berkenan di hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. so true kak OKje..berapa lama je boleh menyorok.huhuhu..memang kena hati-hati dalam menulis pas ni.tak best rasanya bila buat orang sakit hati, walaupun tak berniat langsung nak buat gitu

      Delete
  7. Salah satu sebab kenapa aku cuba seboleh mungkin mengasingkan kehidupan peribadi dengan dunia blog. Aku takkan benarkan orang2 dari dunia realiti masuk campur dalam hidup virtual aku, begitu jugak sebaliknya. Kecuali atas sebab tertentu je. Sebab tu cuma empat orang je kawan blogger yang aku pernah jumpa. Dan empat orang tu la yang aku percaya boleh hidup dalam kedua2 dunia aku serentak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro...aku memang sedaya-upaya asingkan 2 dunia ni tapi kadang-kadang collide jugak sebab blog aku citer pasal life aku kan.dalam tu mestilah ada pasal orang lain jugak macam kawan-kawan, family, colleague, jiran... just that kena hati-hati lepas ni.

      Delete
  8. Okeh.. sis dah updated ur URL.
    thanks sebab inform.

    Berblog nih memang akan ade yang suka dan yang tak suka.
    pejam mata jer lah pada yang tak suka tuh.
    susah nak penuhi kehendak semua orangkan~
    jadiknye.. abaikan mereka2 yang negetif itu. :)

    ReplyDelete
  9. Saya x akn tukar url blog sy sbb dah beli domain sendiri. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sebab url blogspot ni free bolehla nak tukar-tukar :)

      Delete
  10. la, patutlah..seb bek timm jumpa url blog baru di komen blog santai..sbar yer..kekdg itulah, rsanya much better klau kwn2 alam nyata xtau yg kita ni berblogging..+ lepas ni pun kena hati2 bila tulis entry..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry timm, belum sempat bw ke blog awak dan inform..
      yup, blog ni kadang-kadang biarlah tak dirahsiakan dari kawan-kawan real life.sebab diorang tak berkenan apa kita tulis.mungkin diorang rasa privacy diorang diganggu kot.

      Delete
  11. mungkin tulis pasal semut, ayam, lembu mereka tak terasa hati...cuma adakala kita yang rasa hati mereka...hehehe

    apapon Url Sal pastikan meta tag kekalkan nama Sal supaya mudah silent reader cari, abaikan ja 1 orang punya hati...bukan niat sal nak sakitkan hati mereka

    ReplyDelete
  12. itu lah kak. susah nak jaga perasaan semua org. lagi2 kalau ada kawan cepat sentap. takpe kak. update je pasal bola. saya ni buta bola sikit. kot2 lah baa blog akak boleh terkembang minda saya pasal bola. haha

    ReplyDelete
  13. patutlah kak ana cari yang sebelum ni tak jumpa, ok done following Sal walau kat link mana pun, don't give up dear.. :)

    ReplyDelete
  14. Kalau ana cakap ana nak cubit kak sal leh tak? Hehe. Geram tau. Sib baik ana baca komen semalam. Baru la tau kak sal tukar link lagi. Muehehe. Fernando Torres? Hihi. Kalau dia baca, nak translate da satu keje. Miahahaha. Btw i hope kak Sal dan kawan kak Sal akan berbaik semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..ala, sorrylah ana. Hahaha,kalau translate ke Spanish tak taulah apa jadi. pernah try translate English pun dah huru-hara.
      thanks tolong doakan kitorang.akak tengah biarkan dia sejuk dulu.

      Delete
  15. Saya faham sal.
    And for sure bloggers len pun faham.
    Non-blogger mmg x kan faham.
    Hoh lantak depa lah, Sal.
    Cuba fikir mcm ni.."Ada aku kesah???"

    ReplyDelete
  16. Orang yang dengki mmg akan sentiasa cari pasal untuk jatuhkan kita.
    Please don't bother.
    Dorang sape untuk kita fikir?
    Dorang ada fikir pasal kita?
    Sharing in blog is 1 way to enjoy life & at d same time giving benefits to others.
    If you think everything that you do is Lillahita'ala... You won't quit.
    Hope Allah give you strength to face all the challenges.

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com