Thursday, 16 October 2014

Rasa nak tutup je blog ni!

Assalamualaikum semua...

First of all,  aku nak mintak maaf sebab tukar url blog secara tiba- tiba. So far baru sempat inform a few follower, so kalau korang terjumpa link baru ni dari blog orang lain, tolonglah faham yang aku kesuntukan masa. Aku dah cukup stress,  jangan tambah lagi.

Sepanjang aku menulis blog, aku cukup berhati-hati dengan apa yang aku tulis supaya takde sesape yang sentap bila baca bebelan aku. Walaupun kadang - kadang entry aku tu memang bertujuan 'menjentik' orang ke arah kebaikan. Aku cukup jaga hubungan dengan rakan - rakan alam maya sampai tak sedar aku mengguris hati rakan depan mata.


Kisahnya macam ni. ..ada kawan aku baca entry aku yang lepas - lepas dan dia terasa hati bila aku mention dia dalam salah satu entry aku. Sumpah aku takde niat nak buruk-burukkan dia langsung, tapi tulah kita manusia ada sudut pandangan berbeza. Aku dah minta maaf sebab aku memang tak suka heret masalah alam maya ke alam nyata.

Aku hormat keputusan dia nak aku delete entry tu . Tapi bila dia macam cuba nak ajar aku cara nak tulis blog aku sendiri aku terkesima sekejap. Aku tulis blog ni for fun, tapi kalau dah kena ikut skema yang ditetapkan orang lain jadi tak seronok pulak.

Bengang punya pasal aku terus tukar url. Biar kawan - kawan aku tak jumpa dah url blog aku. Aku menyesal share link blog kat FB suatu ketika dulu. Patut aku biar je blog ni sebagai alter ego aku, tak apa la kalau aku syok sendiri je pun.

Aku tahu tindakan terburu-buru aku ni berisiko. Aku mungkin hilang follower, hilang silent reader, hilang SEO, ranking alexa pun akan jatuh merudum. Tapi bagi aku semua tu tak penting bila aku dah tak seronok lagi nak blogging. Ikutkan rasa nak delete je blog ni, biar hilang semua. Tapi aku sayang kawan-kawan alam maya aku dan blog ni merupakan tempat aku release tension. Bila blogging aku macam dalam dunia aku sendiri.

Sekarang aku memang tak ada mood nak blogging. Entahlah, rasa nak tutup je blog ni. Aku sayang sangat url lama tu sebab semua gambar aku watermark dengan link tu. Header aku pun sama. Aku ada cerita kat Entry INI kenapa aku guna url tu.

Mungkin ada sebab Clark Kent tak bagitahu orang yang dia tu Superman.

Nota kaki : Tak sangka kawan aku tu baca blog aku sebab dia pernah cakap blog aku TAK BEST!

46 comments:

  1. salam kenal. eh jangan lah tutup blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh...Budak teci baru nka berkena;an si Sal nk tutup blog pulak x boleh jadi ni...jgn tutup..i will miss your writing nanti

      Delete
  2. ada blog baru ke? ni blog lama kan nk kena follow blog yg mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog lama...url je tukar.kalau nak follow, follow link ni ye

      Delete
    2. tukar url je..ok lah jgn remove n create baru

      Delete
  3. Assalamualaikum sal..

    oh, rupanya dah pindah blog..jgnla stop blogging..kurangla kawan akak nnt..huhu..(^_^)

    p/s: kawan sal jeles tu..abaikan jek..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, pindah alamat je. content still ada lagi macam biasa..

      Delete
  4. Sabar ye kak Sal. Jangan laaa tutup blog. Sian ana tau, nanti ana kehilangan kak Sal. Pleaseee jangan tutup blog. Teruskan berblog. Tau!

    Ini memang masalah yang selalu dihadapi oleh blogger2. Sebab tu ana tak pernah bagi link kat orang sekeliling. Sebab bagi ana, mereka akan tahu life ana dalam alam maya. Kadang2 kita nak cerita something yang orang sekeliling tak tahupun tu berlaku kat kita. Kak sal mesti kuat tau. Ana sentiase dibelakang kak Sal. ^_^ support blog kak sal. Sebab tu ana tak pernah miss komen blog kak Sal. Kalau tertinggal, harus qada' balik. Btw plishhh..jangan tutup blog. Rugii..blog kak sal BEST! Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, akak menyesal gak buat silap ni dulu, tapi tulah dah terlajak kan nak buat cmane.dah terlambat nak tutup jejak,just cuba apa yang mampu je.

      thanks a lot ana for your support.akak terharu, serius..tapi buat masa ni biarlah blog ni berehat seketika, akak nak tenangkan hati dan tunggu mood yang hilang tu datang balik

      Delete
  5. alaaa... kak, janganlah tutup blog akak ni.. saya suka baca. saya dah bookmark dah yang australia tu :(

    betul. sebab tu saya x mudah nak kongsi link dengan kawan2.. sebab saya tahu jadi macam ni... bila kawan sendiri yang judge, kita mudah tersentap berbanding orang yang kita x kenal.. saya pun tukar ke amysigadisweird sebab kes ni jugalah..

    kawan pernah tahu pasal blog saya, and 2 bulan *seriously* saya x bercakap dengan dia... sabar banyak2 ye kak. dia bukan blogger la tu sebab tu dia cakap macam tu.. saya xde niat nak burukkan dia pula, maaf, tapi hakikatnya orang yang xde pengalaman, dia akan sibuk2 suruh kita buat itu dan ini ikut suka dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..susah kan nak keep discreet benda macam ni.akak sayang blog ni, tapi tulah terus rasa down bila jadi macam ni. sayang segala content dalam ni, sayang kat kawan-kawan blogger, tapi at the same time kena jaga hubungan ngan kawan-kawan in real life jugak

      Delete
    2. tapi tu lah kan, macam someone pernah cakap kat saya, kita x mampu nak puaskan hati semua orang. yang penting kita dah mnx maaf kat dia.. selebihnya bergantung pada dia nak maafkan kita ke tak..

      sedangkan ALLAH boleh maafkan hamba-Nya yang berdosa besar, inikan lagi kita..

      Delete
    3. rasanya dia dah maafkan, tapi takes time kot dia nak sejukkan hati...huhu.kita tengok cmane nanti ye

      Delete
  6. La...itu ceritanya..susah jugakkan bila jadi macam tu. Niat kita disalahertikan..Whatever it is..good luck with your new URL k...jangan stress-stress lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so true...yup, bila niat disalaherti.setiap orang pemikiran tak sama so tak boleh judge kan..huhu.

      stress la jugak ni..huhu.tadi pun dah ada kawan-kawan yang tanya nape tak boleh bukak blog.

      Delete
  7. Pls don't! Akk suka jer baca bebelan Sal..akak dulu pon hampir tutup blog asal..tapi kawan baik akk nasihatkan jangan...teruskan jer ngan blog asal..cuma tukar url..nak buat cemane..pandangan orang x sama..sabar jelah...tapi please...tolong jgn delete!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak..ada gak orang suka membaca. saya ni bila tengah down memang suka ambil keputusan secara drastik..tak kerana kenangkan kawan-kawan blogger memang nak tutup je blog ni.

      Delete
  8. Dia cakap blog ni tak best??wow..boleh tahan ye mulut dia..layak la kalau kamu ada kata dia kat entry lepas2 tu..bagi dia sedaq sikit..hahah..jahat nye akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..jangan cakap camtu kak. kitorang memang bergurau kasar gitu.mungkin tak best bagi dia kalau nak bandingkan dengan blog-blog popular kat luar sana.

      doakan kitorang berbaik balik ye..macam dulu. :)

      Delete
  9. jangan berani akak delete blog ni...kang sally datang dgn clark kent pi tarik telinga akak! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, jangan la Sally, clark kent dahla kuat, confirm terus putus telinga akak ni...hehe

      Delete
  10. Abaikan jela ape yang kawan awak tu cakap. Tak yah layan sangat. Kalau diikutkan, kawan macam tu macam tak layak je jadi kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah saya jugak kot sis..huhuhu.takpelah, dah settle dah isu ni. :)

      Delete
  11. Sebab tu kekadang scha tak cerita pasal yg sensitip dalam blog. takut sedara/kawan baca. and yes, scha mmg share ke fb. and yes, dorang mmg baca even silent reader. tu yg scha berhati-hati jugak dlm menulis. cuma kalau mmg nak luahkan perasaan, scha luahkan je. tak kisahlah nak sentap ke hape. wuwuwu.

    ataupun, akak buat satu blog lagi, khusus utk luahan perasaan. itu cadangan je kak. hehe.

    JANGAN QUITE BLOGGING PLEASEEE :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,blog yang ada ni pun akak semput nak manage yang..huhu.mungkin pasni akak kena lebih berhati-hati dalam menulis.akak pun tak nampak sebenarnya kat mana yang sensitipnya entry akak yang tu, but well setiap manusia pandang sesuatu dari sudut berbeza kan.

      thanks scha for your support.akak appreciate sangat..

      Delete
    2. yeapp. sangat berbeza. tapi, siapa makan cili, dia lah terasa pedasnya kan kan kan? hahahahahahaha.

      *burnn*

      Delete
  12. Saya bukan tukar URL je, terus buat blog baru tapi bukan sebab masalah dengan orang sekeliling. Tapi, masalah teknikal.

    Akak janganlah berhenti menulis. Pedulikan je apa yang orang kata.

    ReplyDelete
  13. Slm lya bw cne..sbrla ya Kak biarla apa org tu apa nak kata.ni blog kita bukan blog dia.klau nak puaskn hati smua org smpai bila pun tak kan blh puas.teruskn menulis d blog Kak..jdikn penglmn lalu sbg pengajaran supya kita lbh brhati2.. Lya pun klau nak menulis kekadg fikir juga dua tiga kali sblm publish

    ReplyDelete
  14. Sal...akak pernah alami nasib yang sama kerana bila akak story pasal travel ngan travel parnter tu dalam blog dia tersentap dgn apa yg akak tulis, pastu dia update status dalam FB siap cakap gini ..." please watch out your word girls...jgn sampai i meletop"..ingatkan dia x baca blog yg sis tulis...so terus akak delete stmt yg akak tulis tu..apa yg akak tulis tu betul maybe dia x boleh terima...until now dia x maafkan akak...so itulah risko tulis blog ni mmg perlu be carefull risau ada yg terasa hati tapi akak tiada niat pun nk guris hati sesiapa..maybe interpretation org berbeza..

    Kes Sal pulaklagi teruk siap suruh delete entry tu pastu nk ajar pulak cara nk tulis blog..hai kalau akak dgr pun membara je...pedulikan org tu jgn stop menulis kerana i like the way your writing..keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia takdela suruh delete entry, just statement tu je, tapi tu bukanlah isu besar. saya takde niat nak kutuk dia tapi kalau itu cara dia tafsir tulisan saya then saya tak boleh buat apa la kan.

      memang besar cabarannya kan, yelah kita tak sangka orang sekeliling kita baca blog kita yang takdelah apa sangat ni.huhu.thanks support Sal, kak JM n sorry tak sempat bw ke sana bagi alamat url baru ni.

      Delete
  15. pls don't dear...walaupun akk x sempat baca semua entry awak tp akk rase ramai yg bersetuju ngan akk
    keep on writing, masalah mmg sentiasa ada dik
    alhamdulillah akk takde apa2 masalah takat ni..kemudian hari waulahualam...
    bertabah la yekk....
    :)

    ReplyDelete
  16. kalau CT jadi akak.. CT delete aje entry tu then minta maaf. CT tak akan tukar url and kena susah susah hati fikir. sebabnya kita tak ada niat buruk tapi individu tu yang terasa lebih jadi thats her problem. kita dah minta maaf so part kita dah setel..

    tngk sebab akak nak puaskan hati dia akak sendiri yang susah skarang. boleh aje akak kembalikan url lama and enjoy. alaah orang cem tu lantaklah.. kita dah minta maaf so we are done.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar url tu more like untuk puaskan hati sendiri je..sebab akak honestly tak nak campurkan hal blogging dengan hal luar blog.so now kawan-kawan akak dah tak jumpa blog akak, so akak rasa lebih bebas nak blogging.

      tapi apa yang terjadi ada hikmahnya...akak kena lebih berhati-hati dalam menulis pasni supaya takde orang sakit hati lagi.

      tak sangka ramai gak yang support penulis sepi macam I ni...hehehe

      Delete
  17. Laaa ye ke gitu? Gitu rupanya cutenya, sampai kecik hati....Takut jugak ek...Tulah pasai OKje pun nak jadi Superman hihi...Tak maulah expose blog sangat....

    ReplyDelete
  18. tu la yg kak KM tak suka share kat FB.. sebabnya bila kawan kita baca.. dan kita termention dia kat blog, tetiba sentap tapi apa yg kita nak luah kat blog tu sebab kita pun sentap ngan dia... so fairlah klu dia baca apa yg kita tuliskan? payah mcm ni. kita kena jaga hati dia tapi dia tak mo jaga hati kita...

    p/s : apa kak KM merepek tah haha mesej tak sampai ni huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mesej kak KM tu sampai, tapi tak sama dengan kes saya ni..hahaha.ini bukan kes sentap :) saya rasa apa saya cerita tu innocent, but well, manusia kan ada sudut pandangan berbeza. somehow tulisan saya tu buat dia kecik hati, so maybe ada silap saya.

      takpelah korban sikit, hilang readers...daripada hilang kawan depan mata..haha

      Delete
  19. Kalau kita asyik nak ikutkan kata orang sampai bila pun kita takkan berjaya

    Jangan takut Sal. Hidup atas kaki sendiri

    ReplyDelete
  20. Lorrr suketi je cakap blog orang lain x best.
    Bukan nak kutuk ape, tapi saya x suka orang mengutuk suka2 hati sebab saya bukan jenis kutuk orang.
    Bagilah komen membina, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe tak sebest blog-blog famous amos kat luar sana kot.hehe, kitorang memang jenis gurau kasar, Dr.shikin.takpelah, kita tak boleh paksa orang support kita kan?

      Delete
    2. Sebelum bloggers lain famous,
      dorang dah melalui saat macam kita, okey.
      Non-bloggers please shut-up kalau x faham 'our lives'.
      Saya pun jenis direct..

      Delete
  21. Keep on blogging, Sal.
    Tak payah fikir apa orang kata kalau niat kita lillahitaala.
    Orang yang ngutuk tu x semestinya lebih pandai dari kita, betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot dr.shikin.. :) yup, saya takkan biarkan minor setback macam ni patahkan semangat saya

      Delete
    2. Macam tu lah.
      Will always support u from far.

      Delete
  22. Mula-mula saya pun.setuju macam CT humairah.
    Tapi, bila fikir balik betul jugak - better tukar url biar depa tak boleh baca apa-apa dah lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kadang-kadang tak tahu tu lagi baik, kan..biarlah blog ni jadi alter ego saya je.kalau boleh tak nk campur dengan kehidupan realiti.

      Delete
    2. Betul tu.
      Saya pun akan ambil iktibar supaya x bgtau my blog kat colleague.
      * tapi dah terbtau some of them.
      Hopefully they are not interested to have a look at my blog.
      Hopefully..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com