Tuesday, 16 September 2014

Gi holiday untuk kurangkan stress, bukan tambah lagi


Dalam seminggu ni aku kalut betul. Walaupun dah start packing baju last weekend untuk berangkat ke destinasi percutian rahsia (saja nak bagi readers suspen), tapi still rasa ada barang nak cukup. Stail aku kalau packing, kena awal-awal dan susun dalam beg baru aku boleh trace apa yang takde lagi.

Macam yang aku cerita dalam entry yang lepas, antara perkara yang aku risaukan adalah baju tak cukup. Ramai yang nasihatkan aku supaya tak risau sangat pasal hal ni. Sebab kalau tempat tu sejuk, biasanya tak berpeluh.So, tak perlu risau pakai baju sama sehari suntuk. Yang penting pakai berlapis-lapis. To be honest, musim tempat aku nak gi ni bukannya winter pun tapi spring. Poyo je kan aku! Suhu boleh drop sampai 15 degrees, paling tinggi 23. Sebab tu kena pakai layers, so boleh adjust nak top up atau nak kurangkan ketebalan pakaian. Ni pun antara concern aku, boleh ke aku tahan suhu kat sana. Darah anak Malaysia yang pekat likat dalam badan aku ni kena angin air cond sikit je dah meraba cari sweater!

Perkara lain yang aku risaukan adalah imigresen diorang yang cerewet tahap dewa. Walaupun tak seperit nak lepas imigresen Arab Saudi, tapi kira cuak la jugak. Umrah kau tak boleh nak compare sebenarnya. Sebab kau pergi dengan agensi. Kalau perempuan lagilah, dengan mahram. Kali ni pergi dengan kawan-kawan. Apa-apa pun kena survive sendiri.

Bercuti dengan kawan-kawan bukanlah benda asing bagi aku. Ke gua, ke hutan, kaki gunung (kaki je, tak naik), dalam laut semua pernah. Tapi kalau ke luar negara ni lah first time. Rasa cam nak packing beg baju Mak ajak ikut sekali.

Tapi bila difikir-fikirkan, napelah aku nak peningkan kepala hotak aku. Kan ke patut kalau nak gi bercuti kena happy. Mungkin sifat aku yang memang selalu over analyzed setiap situasi buatkan aku jadi paranoid dan terlampau berhati-hati. Abah aku selalu pesan kadang-kadang kita kena just let things flow. It's important to be ready tapi tak semua benda kita boleh control. Kadang-kadang kita kena rileks, take a deep breath and put your full trust in Allah. Kalau asyik fokus pada future, cmane nak enjoy the present kan?

Harap korang semua doakan aku baik-baik sahaja dalam Misi Musafir kali ini. Mood kerja memang dah ke laut, tapi tetap kena settlekan sebelum tinggalkan office supaya setiap langkah aku di sana nanti tak 'disumpah' rakan-rakan sekerja..muahahah! *gelak evil

Macam biasa, azam tidur awal hanyalah impian semalam..hehehe. Good nite! Selamat Hari Malaysia! Malaysia tetap di hati...

27 comments:

  1. meeeeow Kak Sal nak travel.. huurm spring ya..?? mcm ke Australia aje kekekeke.. baru lepas winter kan mestilah spring pulak. tak pun NZ eh betul ke..? souvenir jangan lupa kak..

    tapi sungguh la kak.. kalau suhu sejuk boleh rotate baju saja kak.. bawak cardigen saja yang dua tiga jenis. baju dalam top tu yang sama cukup kekeke. and tdung kasi variety sikit. nanti nampakla macam macam fashion boleh pakai.

    happy travelling ye Kak Sal. kenang daku yang ditinggal di Malaysia ni. souvenir souvenir hahaha.. FM seketol pleeease.. :D bon voyage..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks alot ct...nasihatmu sangat kuhargai. InsyaAllah ada something untuk rakan2 blogger. Tu yang dok bajet beg so that ada ruang bwk balik something for u olls. Hahaha, bak kata sorang kawan akak 'gi holiday bukan nak melawa'. Doakan akak ye
      P/ s : ayat cam nk g haji plak..

      Delete
    2. hahaha bagi CT melawa kena ambil kira gak kak.. bukan selalu nak pi travel kan. so kena melaram habis habisan.. bawak baju cecantik nanti kat sana nak posing..

      Delete
    3. haha..dah jangan nak saiko akak..beg dah zip tak nak tengok2 dah..jumaat nanti angkat terus jalan. hahaha

      Delete
  2. wah, nak pergi bercuti ke tu.. syoknya, mama nak satu cenderahati boleh kerr?

    ReplyDelete
  3. Seronoknye kak sal nak gi bercuti. Gi mane la kak sal kita nih. Ingat tau, ole2. Hahaha. Muka tak malu mintak ole2. :D btw kak sal kat sane nanti hati2 tau. Jangan terdemam2 pulak rindu Malaysia. Ekekekeke

    ReplyDelete
  4. Apa pun diucapkan selamat bercuti & semoga segalanya berjalan lancar... Semoga ceria2 selalu.. :)

    ReplyDelete
  5. tu la..banyak sangat memikir..jangan risau..yang penting balik sini jangan lupa kat akak..ole2 tu..banyak sikit beli okey...
    ahhahha

    ReplyDelete
  6. kathy tag :-
    http://kathyrbain.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award-fuza-musa.html

    ReplyDelete
  7. Selamat bercuti & enjoy your trip.

    ReplyDelete
  8. Selamat bercuti & enjoy the moments!

    ReplyDelete
  9. Satu-satunya oversea yang pernah akak melancong ialah Singapura..Oversea laaa sanggattt..heheheh. Ni kira okey gakla, boleh pergi jauh2, nanti dah beranak, segala macam perkara nak diambil kira, last2 bercuti dalam negara aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah sis, saya nak merasa at least sekali ke luar negara sebelum kahwin ni..tapi tulah, jangan kata Singapore, Indonesia pun saya tak pernah jejak before this. Sekali ke negara 4 musim, tu yang macam-macam dok fikir

      Delete
  10. Hati2 taw kak Sal pergi sana. Enjoy tapi jangan terlebih enjoy gitu. Saya sokong ayah akak. Let go je. Follow the flow. hihi. Taklah serabut sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah la scha..banyak sangat fikir kang langsung tak boleh have fun.. huhu

      Delete
  11. benda pestimekan xde pengalaman .. mestilah riso lagi² keluar negara kot kan.... harap dipermudahkan .... x cukup baju beli je kat sana hihihihi

    ReplyDelete
  12. Selamat Hri Malaysia sis... moga perjalanan sis di permudahkan... take care tau... :)

    ReplyDelete
  13. Happy holiday. Smoga perjalanan pergi dan balik dipermudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  14. nak gi mana tu..?
    ostrolia ekkkkk? heheeh
    hepi holiday!
    meh nak kirim fridge magnet 1 :P

    ReplyDelete
  15. Besttnya bercuti..rasa ada benda tertinggal tu normal..hehe..selalu rasa mcm tu..ada je yang tak complete..

    ReplyDelete
  16. Nak ikut....nak ikut....mcm tempat best jer tu Sal......Gi mana tu Sal....kasi le tau Mak Jilap weyh!.... Lama ke,......tak cukup beli jerlah...

    ReplyDelete
  17. Masih rahsia rupanya..
    Bila nak btau ni Sal?

    ReplyDelete
  18. "Kalau asyik fokus pada future, cmane nak enjoy the present kan?"
    Will take note yang ni.
    - Ermmm Sal tak try tanye pengalaman Kak JM ke. Hehe..
    - Tak pun Google list traveling.
    (dulu saya pernah Google list preparation sambut baby. Maybe traveling pun ada).

    ReplyDelete
  19. Akak baru nk baca entri ni rupanya SAl dah touch down dengan selamat di malaysia tadi..welcome home..x sabar nka tahu pengalaman tu mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tulah, tunggu transfer gambar pastu baru start tulis blog entry. Conform berbelas-belas part nanti.Huhuh

      Delete
  20. lambat baca entry kat blog Sal. So, dah tahu dah Sal ke mana. no more secret gitu. hihi

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com