Wednesday, 27 August 2014

Kisah teladan untuk adik-adik yang akan menempuh alam pekerjaan


Kisah 1

Hari pertama... Bos Besar bagi projek kat Encik A. Aku terjebak sekali, sekadar membantu.

Hari kedua... Aku bertugas di luar, tak masuk office

Hari ketiga... Aku E.L.

Hari keempat... Bos Besar tanya progress. Encik A Medical Leave la pulak. Bos mintak Encik B take over. Aku yang dah dua hari tak masuk office terkial-kial. Encik B pun sama sebab dia tak terlibat dari mula.

Hari kelima... Encik B pulak E.L! Bos Besar panggil aku, suruh lead dan liaise dengan unit lain yang terlibat. Encik A yang masih tak sihat pulak yang jadi pembantu aku! Kelam-kabut aku turun naik dan nasib baik ada yang sudi menolong. Hasilnya, aku dapat submit sebelum tamat waktu pejabat.

Moral of the story : Jangan stress kalau bos tak bagi kerja, tapi sila stress kalau bos tak bagi kita tugas langsung. Dapat peluang untuk settlekan something, cuba buat sehabis baik. Tak tahu, tanya. Tak pandai, mintak tolong. Sesetengah orang kerja dia lagi bagus kalau under pressure. Aku dulu kurang suka kerja last minute, tapi dah lama-lama aku cuba biasakan diri bekerja dalam keadaan kelam-kabut.

Kisah 2

Hari aku E.L, aku terbaca kat FB, one of my colleague (Encik C) meroyan marahkan sape entah. Biasalah, takkan nak bagitau status tu tujukan kat sape kan. Aku hanya membaca, malas nak ambil kisah. Tapi hati aku berdetik, mungkin dia marahkan rakan sepejabat sebab status update itu berlaku di pagi hari bekerja.

Esoknya, over the lunch kawan aku buka cerita. Rupanya, dalam diam senior kepada Encik C panggil dia dan inquiry pasal status tu. Encik C deny, kata status tu takde kena-mengena dengan kerja. Pendapat aku? Korang baca bawah ni..

Moral of the story : Yup, kita boleh cakap, FB aku, sukahati aku! Tapi tolong ye adik-adik, jangan, jangan, jangan meroyan kat FB atau twitter atau whatever! Terutama kalau kau friend dengan rakan tempat kerja, or worse, your seniors and bosses! 4 tahun dulu, masa aku kerja tempat lama, aku pernah kecewa sebab company tu tak ambil aku kerja permanent. Aku gagal sesi temuduga walaupun aku sangat confident aku calon terbaik dari segi kelayakan dan pengalaman. Boleh kau bayangkan kekecewaan aku? At the same time, aku putus cinta. Putus cinta buat aku agak meroyan kat FB! Hari-hari aku post lagu dan status sedih. Aku budak-budak masa tu. Lebih kurang umur Encik C sekarang. Hasilnya, ramai mengata aku kecewa sebab tak dapat position tu padahal aku mengarut yang bukan-bukan sebab jantan. Bodoh betul! Aku malu dan menyesal, tapi once reputasi kau dah tercalar,tak boleh nak pulih balik. So, adik-adik belajarlah dari pengalaman akak kau ni. Orang akan judge kau dari media sosial. So, berhati-hatilah dengan apa yang kita update.

Susah-susah, buat blog anon..Sendiri create, sendiri follow, sendiri meroyan. Boleh?

Sekadar luahan rasa. Aku ngantuk ni, tapi gigih nak tulis entry. Tengah tunggu baju siap dimesin, lepas sidai aku nak tidur. Esok-esok lah aku jalan-jalan blog korang ye. Suratkhabar pun aku tak sempat baca sebab aku 'curi' masa baca suratkhabar untuk blogwalking pagi tadi...lalalala. Adalah pelik kerja di balai berita tapi tak sempat bukak newspaper.

Oh ye, hari ni ada customer yang comel macam Chong Wei Feng kata tulisan aku cantik. Terubat sikit hati yang masih bersedih dan badan yang penat ni.. Thanks!

*Image from The Devil Wears Prada movie

30 comments:

  1. Hai sis.. Apa khabar? Hehe.. Mcm tulis surat pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai si kathy..lama tak menyinggah ke sana. nanti kalau free saya datang

      Delete
  2. wah akak share pengalaman kerja. thanks for sharing kak sal. sabar banyak-2 ye.huhuhu :)

    ReplyDelete
  3. Akak pon suke keje last minute...tp x pernah lg tulis status meroyan kt fb..hahaha..

    ReplyDelete
  4. pengalaman itu boleh mematangkan kita.

    ReplyDelete
  5. panjang, ,. berjalur mata mama baca.. mama tak berapa sihat, tapi faham jugak lah isinya yang disampaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jarang ada masa update blog.sekali dapat tulis entry memang berjela-jela

      Delete
  6. Kisah pertama tu boleh di jadikan pedoman bukan sahaja yg baru bekerja yg dh lama kerja pun boleh rasanya kan
    Kisah ke 2 - berhatilah...tu je :-)

    ReplyDelete
  7. sangat memahami situasi sal..macam2 ragam di tempat kerja ni kan..

    ReplyDelete
  8. salam kenal..

    macam2 hal kat tempt kerja ye.. tak pe.. kiranya hidup tak bosan kan..

    ReplyDelete
  9. 1. Sebenarnya bila dah nama pekerja kena sedia bila-bila masa utk menjalankan tugasan

    2. Jgn mudah emosi meluah melalui media alam maya akibatnya sendiri yg menanggung. Apa lagi kalau luahan yg kurang matang, kelak bila dah matang baru tahu malu..

    ReplyDelete
  10. senang cerita kt ni kena bersedia bila dpt arahan ... tp x suka tau klu baru masuk kerja mesti kena buli kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak baru kerja, biasalah..memang kena arah je

      Delete
  11. Repekan yang menarik Sha...Banyak boleh belajar...Nway suka part kat bawah ni..he..he

    "Susah-susah, buat blog anon..Sendiri create, sendiri follow, sendiri meroyan. Boleh?"

    p/s: Jangan stress-stress k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hrm...stress la gak ni.tapi belum sampai tahap meroyan kat FB lagi.hahaha

      Delete
  12. Kalau kerja busy kadang2 best juga.
    Sedar2 tengok jam dah time balik.
    Tapi tangan makin sakit sekarang sebab tiap hari ramai patient.. Banyak nak tulis.
    Hari senin slalu tangan kuat lagi..tiba ri khamis dah nak terpeleot xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, kadang-kadang busy lagi bagus dari takde kerja.nanti asyik nak tengok jam je..

      Delete
  13. haha.. kisah sal ni teringat yang akak up entry pasal akak dah kecewa ngan FB... sbb mcm2 status meroyan jumpa dari rakan frendlist... betullah tu... jgn sesuka hati merepek dlm status FB.. memang kata2 kita nanti jadi viral... the end kita yg malu... thanks atas peringatan tu sal...

    ReplyDelete
  14. Pengalaman tu amat berharga. Setiap pengalaman pahit manis tidak dpt dibeli. Ia menjadikan diri kita lebih baik dari sblumnya.. all the best Sal.. :)

    ReplyDelete
  15. yup jangan suka-suka updated sembarnagan kat laman sosial.. hihihi

    ReplyDelete
  16. tak berapa nak faham sebab mungkin tak kerja lagi kekeke.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, takpelah CT, dah kerja nanti boleh roger-roger akak untuk kisah-kisah macam ni.banyak koleksi akak..haha

      Delete
  17. btul tuh..meroyan tak tentu psl.kt fb plak

    ReplyDelete
  18. cerita ni mengingatkan sy kpd seseorg...at the end dia trus deactivate FB dia...

    ReplyDelete
  19. Bila bos bagi tugas kat kita itu bermakna dia percaya kan kita :)

    ReplyDelete
  20. Okay kak. Akan ku sematkan dalam dirikuuuu. Macihh

    ReplyDelete
  21. fb tu mcm wakil muka kita juga . perlu jaga muka . klu taip sesedap rasa , maruah sendiri juga yg tercalar ...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com