Thursday, 21 August 2014

Entry paling jujur - So you think you can blog

Assalamualaikum semua..Tajuk entry ni, entry paling jujur kan? So, entry ni memang lebih jujur dari Ahmad yang menjumpai dompet tercicir di tengah jalan.

Pendapat aku, kalau nak hasilkan satu blog entry yang best, kena ada tiga benda ni. Masa, Idea dan Mood. Kalau ada idea dan mood tapi takde masa, aku akan gigih untuk buat at least draft, curi-curi menaip time office hour atau sambil berdiri dalam LRT on the way pergi balik kerja. Siksa jugakla pakai S3 Mini yang comel macam tuan dia ni. Kalau ada idea dan masa tapi takde mood, entry tu biasanya diperam dalam draft sahaja. Dah ada mood baru habiskan dan publish.  Tapi kalau ada masa ada mood tapi takde idea, aku akan tatap monitor lama-lama dengan harapan idea akan datang. End up aku tak taip apa-apa pun. Huhuhu. Itu aku lah, korang aku tak tau macamana.


Ada yang tanya, mana dapat idea untuk letak url blog ni 'akutaipkaubaca.blogspot.com' ?  Sebab aku nak taip benda yang aku suka baca! Contohnya cerita bola,  isu semasa, filem atau travel. At the same time aku suka gak baca cerita peribadi orang walaupun takde kena-mengena dengan aku. Tapi cerita pasal life aku jarang muncul kat sini melainkan kalau aku nak berlagak dapat jumpa artis atau gi jalan-jalan tempat best. Bahahaha. (kata jujur kan...) Bukan kedekut berkongsi cerita, tapi tak tau nak mengarang cmane. Jeles tengok blogger yang cerita pasal benda simple je macam apa dia makan pagi tadi atau pergi kedai beli selipar jepun tapi somehow entry tu menarik dan seronok dibaca walaupun pendek. Kalau aku tulis story macam tu conform hambar nak arwah!

Bunyi macam aku tulis blog untuk mengharapkan komen dan populariti je kan? No, no my dear. Awal - awal blogging dulu aku takde letak button 'follow me' pun kat blog aku. Dah setahun setengah berblog baru terlintas hati nak follow blog orang dan drop hint supaya diorang follow aku balik. Dulu-dulu aku follow blog-blog famous amos je. Blog yang aku tak payah berangan la penulis dia nak follow aku balik. Then later aku realise bosan jugak kalau tulis panjang-panjang tapi takde orang baca kan? So aku pun start berkawan dengan blogger yang aku tahu sudi nak follow aku balik. Seronok pulak rasanya bila ada orang komen kat blog entry aku. Bermula dari berbalas kunjungan, tetibe rasa macam kawan yang lama kenal. Aku tau nama anak-anak diorang, kerja diorang, apa diorang suka buat di masa lapang... Kadang - kadang siap mention kat kawan di alam nyata. Contohnya..

"Hari tu kawan aku kata......"
"Kawan mana?"
"Kawan kat blog!"
"Kawan blog?"

Bloggers je faham apa maksudnya kawan blog ni, betul tak?

Aku mengaku, sekali dua, aku rindu masa-masa blog aku takde follower. Aku update ikut suka dan aku tak perlu fikir tanggapan orang bila baca entry aku. So aku main taip je ikut perasaan. Kadang-kadang sakit hati gak bila orang komen menyakitkan hati. Aku cuba untuk tak nak buat macam tu. Contohnya, korang cerita pung pang pasal hobi korang memancing ikan. Tetibe ada orang komen "Tak sukalah memancing, membazir masa je". Sentap tak jiwa raga u olls? So, kalau tak suka jangan komen. Ada benda nak tegur mungkin boleh email. Kan lebih proper...

So jangan kecik hati kalau aku jarang komen kat blog entry korang. Prinsip aku, if you can't say anything nice, then say nothing at all.

Apa-apa pun thanks korang sudi baca entry jujur sejujurnya dari aku ni. Kalau korang ada idea untuk aku upgrade blog aku ni bagitau je. Ada beza antara menghanjing dan kritikan membina ye..

Till then, Assalamualaikum.

51 comments:

  1. Apa sekali pun saya menerima anda seadanya...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana menjadi sahabat blogger saya.

    ReplyDelete
  3. ahaaaa patutlah akak rasa header blog dh berubah :-)
    Bab nk update blog tu akak pun hadapi mslh yg sama sbb tu lah seminggu 1 atau 2 entri je huhuhu
    Jeles dgn mereka yg sentiasa update hari2 dan kekadang sehari 4,5 entri. Apa2 pun sal keep on blogging kerana melalui medium ni dpt kenal ramai kawan ::-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul. .best dapat kenal ramai kawan baru kat blog ni

      Delete
  4. wah sal, memang jujur ni.

    apa pun, akak suka ke sini, harap kita dapat terus berukhwah yea, in shaa Allah

    ReplyDelete
  5. tiba tiba teringat pulak lagu ronan keating 'when u say nothing at all'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah line tu rasa cam familiar je..

      Delete
  6. jujur sejujurnya... kak KM pun suka dtg blog sal... tulis blog ni ikut suka hati kita nak tulis apa... tp klu ada komen yg negative, delete jelah... hihi... akak selalu buat macam tu klu ada komen yg tak berkenan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Thanks kak KM.memang betul, blog kita suka hati kita nak tulis apa kan janji tak melanggar undang-undang.

      Delete
  7. Bila tak ada idea, nak update satu entri pun payah kan. Memang macam tu la juga saya. Duduk je mengadap laptop. Bila nak taip je padam. Last-last tak update langsung pun. Huhu.

    Salam singgah. \[^__^]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks follow blog ni..nanti saya balas kunjungan ye..

      Delete
  8. Jangan give up blogging taw Sal. Suka baca blog Sal. Pedulikan kata2 mereka tu. Tahu susah nak abaikan, tapi, fikir orang yang suka baca blog kita. Mesti kita happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. .betul tu. Yang penting kita hepi dan orang yang suka baca blog kita hepi gak :)

      Delete
  9. senyum mama baca entri sal ni, mama pun ada masalah yang sama jugak sal.. adakalanya kecewa bila blogger fofular ni tak berkunjung tiba di blog kita, mana dia nak pandang kita, tapi takpe... mama tak kesah tu semua. yang penting mama sentiasa rakan blogger yang baru, yang sudi berkawan dengan mama.. hihihihhi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. .kalau blogger popular memang saya tak berharap pun mama..tapi memang seronok dapat kenal ramai kawan baru yang ramah walaupun tak pernah jumpa

      Delete
  10. kak ana suka baca blog Sal sebab...jeng..jeng.. macam dah kenal lama dgn Sal walaupun hubungan ukhwah ini hanya di dunia maya..blog satu media yg kita bergelar blogger sahaja yg dpt feelnya..menulis dari hati dan yg best bukan berapa ramai follower tetapi jalinan yg terjalin antara kita yg terasa ada silaturrahimnya disini..teruskan Sal..nnt kak ana rindu dgn entri2 sempoi mu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh terharu baca ni kak ana. Betul tu ukhuwah yang terjalin lagi besar maknanya dari bilangan follower. Biar sikit tapi selalu keep in touch

      Delete
  11. kakak suka baca blog sal tapi part bola je kakak xfaham....maklumlah orgtua.kakak sama dgn cerita sal tapi sblum ni kakak x mngharap ada yg follow sebab sedar diri kakak ni siapa.....tpi bila dh ada yg sudi follow..rasa sepi pula jika mereka x komen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala tu kak...tapi kadang - kadang kita ni kena menulis untuk diri sendiri bukan orang lain . Kalau orang komen tu bonus untuk seorang blogger.

      Delete
  12. tahniah atas kejujuran sal..kak salah seorang yang akan balas kunjungan secara tetap..tambah2 klu dh masuk dlm bloglist tu..eh sal, ko perasan tak ko dh masuk bloglist ahkak?hahaha (^_____________________^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh I olls masuk bloglist ke? Thank you teacher ;)

      Delete
  13. Entry jujur ni sebenornya seribu kali lebih baik dari entri copy paste. Dalam blogging ni, nak jumpa blog personal yang benar-benar jujur dengan penggunaan bahasa yang power memang payah nak jumpa. Blog yang klise copy paste entri blog lain dah berlambak sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. .bahasa aku tak power tapi as long as dapat sampaikan mesej kat orang cukup..

      Delete
  14. kadang-kadang tak sume orang suke dengan apa yg kite tulis.
    pe pun lantak la..haha
    blog kite ikut suke kite nk tulis pe.
    sbb tu sya punye ruang komen anon xleh nk komen, just yg ade id je bole

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul NN, kalau suka,baca, tak suka tak payah

      Delete
  15. Tulis & terus menulis. Tulis je apa2.. blog kita kan.. Apa yg penting ia tak bersalahan dgn nilai2 agama & manusia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu abang Khir. .jangan sampai kena saman sudah...hehe

      Delete
  16. Hoho..entri kak sal sume jujur2 belaka. :D yg penting, blog kak sal adalah antara blog2 yg selalu jd tempat persinggahan ana. hehe. Betul la tu..kalau xde mood, taip ape pun tak best. Org pun malas nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul..orang yang baca tu boleh detect orang tu menulis ada feel ke takde.

      Delete
  17. Assalamualaikum..singgah disini..teruskan menulis..In Shaa Allah, ada insan2 yg membacanya..dulu saya pun macam tu juga..buat blog tahun 2008, tapi sangat malas nak promote blog..jadilah blog sebagai journal/diary/arkib peribadi..

    keep on writing and blogging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah sini. ..nanti saya balas kunjungan ye. .

      Delete
  18. Sal, saya sekarang ni kalau time keje susah nak dapat pegang fon.
    Bz memanjang. Kerja non-stop.
    Bila ada masa sekejap, saya cakap kat colleague, " Okey, jangan kacau tau aku nak blog kejap."
    Nanti dorang cakap, " Tengok Shikin..blog je keje dia". Hehe.
    Bila dapat kad raya dari blogger (alamat klinik. alamat rumah mak slalu tak dijumpai Mr posmen) - colleague semua pelik. Bila dapat hadiah GA dari blogger pun diorang pelik. Saya hanya senyum je.
    Hanya blogger yang memahami kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. .betul shikin. .Diorang dok sibuk fb la instagram la saya dok sibuk kat blog . Kadang2 pakai hp pun boleh

      Delete
  19. hahaha, dah ada blog yang ramai pengikut ni hati kena keras sikit. kena kurang-kurangkan sentap. pendek kata hentak pakai hammer pun takde kesan langsung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takat 100 lebih tu takdela nak mengaku banyak. Hihihi.Tapi sesekali layan komen provocative ni best gak

      Delete
  20. Good point Sal..Its not easy untuk puaskan hati semua orangkan...yang penting kena jujur dengan diri sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So true. ..blogging ni sebenarnya lebih untuk diri sendiri. .

      Delete
  21. Nama blog sal memang unik..k wa suka :-)

    ReplyDelete
  22. entry sal.yg nih memg jujur..i loikeee

    ReplyDelete
  23. OKje lagi suka bentuk muka bumi blog sal ni simple tapi cantiklah....
    Ye OKje mmg perasan Sal suka betul update pasal bole yek....OKje pulak mmg tak suka dah katanya kurang membaca dan malas membaca hehe...OKje lebih suka cerita biasa biasa jer cerita pasal kehidupan....Tapi apa pun okje layan ajelah cite korang tu...belasah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. .thanks kak okje.saya pun kadang - kadang update pasal bola tapi lupa yang membaca tu faham ke tidak.haha.tulis je kan..kalau nak baca silakan, tak nak baca boleh usha entry lain.
      Hehehe

      Delete
  24. saya suka header kak sal. comel sangatttt. saya dulu pun taip ikut suka je masa xde followers. sejak dah bertambah, ayat kena banyak jaga.

    tapi x risau nak cerita pasal peribadi sebab saya jarang bagi url blog dekat member. saya x suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam akak gak, tak ramai kawan akk tau pasal blog ni.kira blog ni macam alter ego la.

      Header biasa je, akak tak pandai photoshop pun

      Delete
  25. Sal setuju ngan awak.....kalau tak boleb berkata baik, tak payah komen langsung. Tp ada kalanya kita pun tak boleh terlalu sensitip....kena buat buat muka tembok, tak berperasaan gitu dgn apa yg org kata...
    Ok babai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tulah kak, kadang-kadang kawan blog ni bukan kita kenal sangat.kot lah cara tulis macam sempoi, tapi sebenarnya kaki sentap.huwaaa..naya! tu sebab kadang-kadang komen yang murni-murni je bak kata bebudak sekarang.hehehe

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com