Wednesday, 13 August 2014

Entry merapu - You've been warned..

Assalamualaikum semua! Dekat seminggu aku kejap muncul kejap tidak kat arena blogging ni. Nak kata busy, takdelah busy mana. Busy makan adalah. Iyelah, weekend dok menghadap wedding dan open house. Bila balik ke rumah, tangan tu automatik je nak bukak TV. Dalam dok boikot, sempat lagi layan Piala Pinggan McDonald aka FA Community Shield. Ingat dapat tengok Frank Lampard beraksi dengan Manchester City buat pertama kali, tapi rupanya duduk diam siap berkot lagi di atas bleachers. Begitupun, abang Lamps tetap kacak dan bergaya  (harus memuji kekacakan dia agar nampak 'normal'.) Kau perempuan nak cakap pasal bola? Gi dapur sana, masak! By the way, tahniah the Gunners! Jangan tanya aku sokong sape sebab aku lalang kelab. OK, tipu..aku sokong Liverpool.

Chelsea fans will understand - Troll Football

Kalau nak ikutkan ada je cerita, contohnya cerita kat open house n wedding. Tapi entry takde gambar tak best! Masalahnya aku ni pemalu nak tangkap gambar kat majlis orang kalau kat situ ramai sangat. Yelah, orang dok mencedok lauk aku dok sibuk tangkap gambar. I olls ni pemalu tau. Hihihi (gelak sambil tutup mulut) Lagipun, kalau orang tak ajak, jangan harap la aku nak buka mulut n cakap "Jom tangkap gambar". Mungkin diorang tahu kalau diorang ajak aku akan melebih-lebih posing gaya Miss World dari tuan punya monopod..hehe.

Itu cerita weekend, kalau weekdays aku gigih habiskan puasa ganti. Tapi, ada jugak hari yang kantoi macam hari ni. Pagi tadi tak larat nak bangun sebab kepala pening. Salah aku jugak. Weekend makan macam-macam tak ingat dunia. Lepas tu weekdays puasa. Mana perut tak terkejut. Dah tau diri tu low B.P still tak nak jaga makan lagi. Haish.. Alhamdulillah, lagi dua hari je untuk diganti. Aku memang suka ganti awal-awal. Yelah, lagi lama tunggu lagi malas jadinya. Puasa enam, kalau sempat aku cuba habiskan. Kita ni apa-apa hal pun kena dahulukan ibadat wajib ye tak. Bab umur ni bukan boleh jangka.

Bila puasa ni aku macam malas nak blogging. Badan tu lemau dan asyik nak tidur je. Mungkin faktor perut tak tentu arah macam aku mention kat perenggan atas ni. Tapi kenalah jugak buat kerja sebab nak berbaik-baik dengan bos. Bodek baik punya sebab bulan September nak ambil cuti. Yayyyy!!!

Tahu tak kaki ni dah gatal nak berjalan? Last gi holiday adalah ke Miri bulan March hari tu. Boleh baca story kat SINI .Orang lain awal 20-an dok travel sana-sini, aku dah hujung-hujung 20-an baru merasa nak gi bercuti ke luar negara ngan kawan-kawan. Ni first time ye. Koman tul aku ni, Indonesia or Singapore pun tak pernah jejak! Satu-satunya cop dalam passport aku adalah di Arab Saudi. Boleh baca story kat SINI . Best experience ever!!

Nak bercuti ke mana? Hehehe.. biarlah rahsia. Nanti tak surprise pulak kan! In sha Allah, aku akan share strory kat sini. Dalam banyak-banyak entry blog, cerita pasal travel paling best nak tulis. Tul tak?

Sekarang dok busy buat research. Actually kawan-kawan aku dalam trip ni dah arrange perkara-perkara penting cam flight ticket, hotel dan entrance ticket. Aku just buat bacaan dan catitan tambahan je. Yelah, lain padang lain belalang. Sekali-sekala nak ke negara orang kena belajar dulu selok-belok supaya percutian lebih seronok dan bermakna (Dah kenapa ayat skema?)

Apa-apa pun aku bangga dengan diri aku sebab dah jejak semua negeri dalam Malaysia ni dari Perlis sampai ke Sabah. Ada yang sekali dua, ada yang berkali-kali. Paling suka, pulau-pulau kat Terengganu!

Pulau Perhentian I mish u!!

Bukan Maldives, tapi Turtle Island, Sandakan

Entry aku ke sana takde dalam blog ni sebab aku ke sana sebelum blog ni wujud. huhuhu

OKlah, tutup cerita pasal aku..Lagi baik korang baca berita pasal Gaza ye dok? Semoga terbuka pintu hati Fatah al-Sisi untuk buka pintu sempadan Rafah bagi memudahkan urusan kemasukan sukarelawan dan bantuan perubatan serta makanan. Kot la dia dapat hidayah pas balik umrah ni. Siap dapat award lagi dari pemimpin Arab Saudi. Boleh baca story kat LINK ni . Pemimpin Mesir yang bunuh ramai rakyat sendiri dapat award dari penjaga dua masjid suci. Kat Syria, Bashar al- Assad yang sama keji dengan zionis makin mengganas. Korang boleh tengok kat FB Syria Kini untuk ikuti perkembangan.

Apa nak jadi la dengan dunia sekarang ni. Tetibe aku rasa nak percaya teori konspirasi.

Selalu macam ni..takde idea la konon tapi merepek panjang-panjang.

55 comments:

  1. lampard tu cuma jd pemerhati je dlm city...bln 1 thn dpn ada la yg usha dia tu nnt ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan patut dia kat new york City ke? Join David Villa kat sana?

      Delete
  2. mama singgah kejar masa ... selamat petang

    ReplyDelete
  3. hye Sal sayang, merapu-merapupun penuh gak entri dia, cepat2 habiskan puasa tu dah separyh Syawal ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah kak ana..memang tengah usaha ni.

      Delete
  4. Kata takde idea..tapi jenuh baca panjang entry...sengih sorang2 akak baca...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu camtu kak..dh stat menulis tak boleh berenti

      Delete
  5. Replies
    1. Yup, memang best..rasa nak gi banyak kali

      Delete
  6. saya kalau tanya pasal bola, memang fail. tanya pasal sukan, lagi fail. saya x minat -.-

    saya pun dah lama x g bercuti. bestnya kalau banyak duit. heeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kerja ni baru merasa nak bercuti. .huhu

      Delete
  7. tiba2 rasa nak g holiday lah.. korea kerr.. hiks

    brunei yg sekangkang kera dgn rumah pun tak jejak lagi ada hati nak pergi negara lagi jauh.. haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kat Malaysia ni pun banyak tempat yang best untuk dikunjungi. wah, dah macam iklan Malaysia Truly Asia plak.

      Delete
  8. Huh.. bila membaca ni, banyak tempat2 kat Malaysia ni yg saya belum jejaki... Perlis pun dah hampir 20 tahun tak pergi hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least bila orang tanya 'pernah gi Perlis ke?' bolehla jawab 'pernah!'.. macam saya jugak. Merasa gi sana sebab ada wedding..hehe

      Delete
    2. saya pun haritu g Johor. kalau orang tanya, bolelah dengan bangga diri, aku dah g Johor weyh. hahahaha...

      Delete
  9. wah! bestnya dapat jenjalan, Alhamdulillah..masa bujang nila Sal tkyah pikir panjang kalau dapat peluang, pegi je, esok dah berderet anak takde manenya nak dapat jenjalan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..ni lah masa nak melihat tempat orang kan...ramai cakap ngan saya macam tu

      Delete
  10. akak pernah gi pulau perhentian heheh... tp mmg bestlah naik bot... berombak2 ko dia bawak laju.. ingat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...nasib baik tak mabuk laut.hehe

      Delete
  11. Untunglah dah pernah merantau semua negeri dalam Malaysia. Lagi2 pulak nak travel ke luar negara. Jeles ai. Hihi. Selamat bercuti eh kak sal. Lama ana tak singgah blog k.sal. Akak je selalu dtg blog ana. Thanks hakak. Syg sikit. Muahh muah..hahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..masa muda dulu tak merasa..dah ada duit sendiri ni baru berpeluang.bak kata orang, selagi bujang nilah nak berjalan.

      mmuahhh mmuahh balik :)

      Delete
  12. Bestnya dapat bercuti pi tempat orang... Time bujang2 lah peluang tuk berjalan sana sini... :)

    ReplyDelete
  13. merapu2 pun kakak suka baca blog sal ni cuma kakak tak faham lah bab2 bola tu...
    moga tercapai hasrat sal nak pergi melancong tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog sy memang random...orang suka bola boleh komen bola, suka travel leh komen travel, suka merapu boleh join merapu sekali

      Delete
  14. abis 1001 cerita sal gabung dlm.satu entey...beat ape bace

    ReplyDelete
  15. Takdelah merapu sangat. Senang baca gini. hehe. Padat.

    ReplyDelete
  16. macam2 cerita ada..seronok membacanya sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea mencurah-curah jadi camtu la..hehe

      Delete
  17. Ssallllllllll!!!!! lama nya akak JM tk singgah sini..huhuhhu
    Aha..kalau citer bab travel mmg BEST...HOBI akak tu...ermm..akak tahu Sal ke mana tapi biar akak sorang je yg tahu...Alamak!!!..akak lupalah..nanti akak reply..Ya Allah...hai lupa sungguh..jap eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ok nanti saya check email..hehe.nanti kalau ada kesempatan kte gi travel sama-sama jom!

      Delete
  18. kan?/jadi malas je lepas raya nih..mujur kuih raya dah habis,,kalau takmakan je la keja nye..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih raya saya yang banyak lagi..siap bawak gi opis

      Delete
  19. honestly..saya ada skip2 sikit baca entry kat atas.. tapi sangat takjub tengok gambar yang cantik kat pulau perhentian ngan pulau penyu tu.. waaa.. nak gi jugakkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau Penyu tu memang cantik sangat Rai..tapi sayangnya masa kitorang gi penyu tak naik ke pantai..huhu

      Delete
  20. byk cerita dia 1 entry..kehkeh tapi bab bola tu kita blur..sbb kita buta bola..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..takpe.macam tu lah Sal kalau orang ajak cerita pasal drama Korea.blur habis

      Delete
  21. ermmm bagus gak pergi jalan2 dalam negara jer... lately kan banyak kes kapal terbang pergi tak kembali... suami k idah masih fobia lagi... ajak jalan pun tak moh... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. fobia gak ni kak idah..doakan holiday saya bulan 9 nanti selamat pergi selamat kembali ye..huhu

      Delete
  22. Kesian jugak kat Frank Lampard ni. Kena buang dari Chelsea macam tu je. Mujurlah ada Man City sudi mengutip beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dibuang? Biasala tu, hidup ni kan ibarat roda..

      Delete
  23. Sal, saya tak pernah bermonopod & x.penah tgk orang monopod. Cam kelakar je pakai pole yang panjang karang tersangkut kat kepala orang cemane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Saya prefer cara lama.pakai timer takpun tangkap gambar gilir - gilir

      Delete
    3. Aah kan..saya pun kadang2 pakai timer - 2sec.

      Delete
  24. Part travel seluruh Malaysia ni memang best Sal...Pulau Perhentian tu my favorite tau.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdela seluruh Malaysia saya dah pergi..target satu negeri satu bandar. tapi ada gak negeri yang dapat pergi lebih dari satu

      Delete
  25. Perancangan kuasa2 besar menjatuhkan Morsi terlebih dahulu sebelum menyerang Gaza. Andai kata Morsi tidak dijatuhkan, pasti Mesir membantu Gaza melalui pembukaan pintu sempadan Rafah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tapi sedih la tengok negara-negara Islam dahlah tak nak tolong Palestin, tapi tolong musuh plak..

      Delete
  26. Norh suka pulau2 kat msia..cantik..redang dah beberapa kali..perhentian belum lg

    ReplyDelete
  27. Sal, macamana nak buat bahagian 'Entry Berkaitan' macam awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak ajar kat sini sebab kena edit coding. Cuba guna widget ' link within' atau 'nrelate'. That one senang nak buat

      Delete
  28. akak blum smp pulau perhentian lg

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com