Thursday, 24 July 2014

Jumpa David Beckham di Sukom'98?

Assalamualaikum dan hola semua..

Sape tengok opening Sukan Komanwel kat Glasgow, Scotland pagi tadi? Aku tak tengok, tapi pagi ni kat timeline FB ramai yang share gambar kontinjen Malaysia sewaktu perarakan upacara pembukaan. A few athletes memakai uniform krew MAS dan flag bearer, Fatehah Mustafa membawa bendera yang dikibarkan separuh tiang sebagai mengenang tragedi MH17. Yang lawaknya ada plak yang komen kenapa atlet-atlet tu nampak happy je. Habis, takkan nak nangis pulak sepanjang upacara. Mestilah senyum, bangga dapat wakil negara ke acara sukan ke-2 terbesar selepas Olimpik. Cuba fikir positif sikit. Semua orang kat Malaysia ni bersedih pasal MH17, bukan kau je..

Ops, tak pasal-pasal membebel yang bukan-bukan. Buat yang tertanya-tanya apa kebendanya Sukan Komanwel ni, meh kak Sal kau nak cerita sikit. Sukan Komanwel merupakan acara sukan 4 tahun sekali yang disertai oleh negara-negara Komanwel, atau dalam bahasa omputihnya Commonwealth countries. Negara-negara Komanwel merupakan kumpulan negara yang pernah dijajah atau ditubuhkan oleh British.

Edisi ke-20 ni diadakan di Scotland, bermula 23 Julai sampai 3 Ogos nanti. Malaysia meletakkan sasaran 7 pingat emas untuk kejohanan kali ni. Too bad, hero badminton kita, Dato' Lee Chong Wei tak dapat beraksi. Apa-apa pun, gud luck untuk atlit-atlit kita yang lain. Mencabar tu, sebab kat sana siang panjang..kena puasa 21 jam, lagi lama dari di Olimpik London 2012.

Haish, penat baca, kat mana yang nak cerita David Beckhamnya?

OK, mungkin korang ingat lagi, Kuala Lumpur, Malaysia pernah jadi tuan rumah Sukan Komanwel tahun 1998. Masa tu aku budak lagi, baru ... tahun (umur adalah rahsia, kalau dah lama follow blog aku ni mungkin tahu sebab pernah mention). Aku ingat lagi, time tu aku excited gila dekat-dekat Sukom 98 nak start. Sebab aku nak jumpa mamat ni...


Siapa lagi kalau bukan the one and only, David Beckham.. Ni semua gara-gara jatuh cinta lepas tengok David Beckham beraksi di World Cup 1998. Kira time tu budak-budak pompuan baru nak up semua sokong England la. Nak compare, macam populariti Cristiano Ronaldo sekarang ni. Tapi tak dinafikan, time tu England memang hebat. Free kick Beckham memang power betei bak kata orang Ganu.

Tapi, harapan aku telah dihancurkan oleh Abah dengan hanya sepatah ayat :

"Sukan Komanwel takde bolasepak la kakak..".

Oh hancur hatiku, terus ambil baju David Beckham simpan dalam almari. Sobs sobs..

Sedih tak cerita aku ni? Haha, bila dikenangkan cam lawak je. Biasalah, gila-gila remaja. Ni semua gara-gara populariti Nick Carter dan Jonathan Taylor Thomas, semua berangan nak pakwe mat salleh rambut blonde. Oh memalukan betul zaman remaja awal tahun 2000 dulu..

Entry ni suka-suka je..Harap takde haters yang menghentam aku. Bajet femes ko, Sal ada haterzzz!! Huhuhu

Salam akhir Ramadhan. Jangan berhenti berdoa. Kan Allah ada....

40 comments:

  1. alaaa..tak tengok plak commenwealth punya opening smalam...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tengok jugak..tengok gambar orang share kat fb je..huhu

      Delete
  2. Replies
    1. ayat abah memang comel..kena gelak dengan abang-abang tak comel.hahaha..

      Delete
    2. erm... abg2 tu nakal... haha...

      Delete
    3. Biasala abang kan suka menyakat adik..ni diorang takde rindu plak rasa

      Delete
  3. masa komanwel dulu CT sek rendah.. comot2 lain naik ketapi pi stadium bukit jalil amek gmbr ngan maskot hahahaks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..gigih ye nak amik gambar dengan Wira yang comel tu.

      Delete
  4. Abah oh Abah...ahahaha...suka statement abah Sal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...comel kan? Abah pun malas layan crush anak dia yang ntah apa2 ni..hehe

      Delete
  5. Sentap terus ayah ckp mcm tue yer..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, takdela sentap. Teenage crush je memang ntah apa2.

      Delete
  6. masa manchester united dtg malaysia dulukan beckham ada dtg... ada pergi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ada ek? Nampak sangat tengok bola 4 tahun sekali. .haha

      Delete
  7. hahaha! kelakar je bila cakap pasal sukan komanwel takde bola sepak. heheh! fanatik sgt dengan david beckham ni! hehe! jemput singgah blog ye. www.kaio.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdela fanatik pun.. itu cerita zaman kanak-kanak. Hahaha. Sukan komanwel apa pun tak tau.

      Delete
  8. Haha. Sya dapat jgaklah merasa pergi sukom tu :p

    ReplyDelete
  9. CN follow awak balik..

    selamat hari raya dear ;)

    ReplyDelete
  10. Zaman Beckham ni budak laki pakat-pakat belajar pakai Brylcream. Konon nak bagi rambut belah tengah sama macam David Beckham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ko pun try gak ke? tapi dia ni memang selalu ubah stail rambut.setiap kali pun ramai yang nak tiru.

      Delete
  11. kenapa david beckham ... -_-" hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hrm...kan ada mention dalam entry ni.belum matang lagi time tu, biasalah 'celebrity crush' ni kan...

      Delete
  12. haha..teringat plak zaman muda remaja dolu..

    ReplyDelete
  13. selamat menyambut hari raya mohon maaf zahir dan batin . semoga berbahagia di syawal yg mulia .

    ReplyDelete
  14. Waktu bujang dulu saya antara peminat Victoria spice... frust bila dia kawin dgn David Beckham huhu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kitorang yang minat Beckham pun frust bila dia kahwin ngan Victoria. tapi hebat diorang, sampai sekarang masih bertahan.

      Delete
  15. Sally tgk sekejap je..tapi betul la..xkan nak menanges masa berarak tu..masalah betul keyboard warrior ni..dash dush!

    David Beckham mmg legend oooo~

    ReplyDelete
  16. Hmm..kita pun tak tengok..Yang penting spirit penghormatan itu ada. Luaran mungkin berbeza dengan dalaman kan...

    Nway..Selamat hari raya aidil fitri buat Sal sekeluarga, Mohon maaf kalau ada yang tersinggung sepanjang kita beblog k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri Raudz..mohon maaf kalau ada salah silap jugak

      Delete
  17. Saya dah tak follow sangat dah pasal commonwealth games ni. heeeeee, baru tahu yang takde bola sepak untuk commonwealth

    ReplyDelete
  18. Ooo..k.sal ni peminat tegar david beckham la ni ye? Hihi

    ReplyDelete
  19. Sal ni memang minat hal berkaitan sukan:)
    Keep up the good work.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. .tau tengok je, nak main tak ke mana.

      Delete
  20. Replies
    1. rasanya sekarang makin hensem kot..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com