Sunday, 13 July 2014

Piala Dunia 2014 - Germany atau Argentina?


Psst..perasan tak blog aku dah ada header? Ni semua gara-gara bekerja di hari Ahad. Memandangkan tiada staf yang sudi menziarahi aku di library sepi ini, maka aku ada banyak masa terluang. Google sana, google sini, dapat la design sendiri seketul header yang kira hokey la untuk orang yang takde basic photoshop seumur hidup.

OKlah, berbalik pada topik utama. Pagi esok perlawanan akhir World Cup antara Germany dan Argentina, pukul 3 pagi waktu Malaysia. Pilihan aku? Tak bias mana-mana. Neutral, atau mengikut kitab bahasa bola orang Melayu, lalang.

Kalau ikut rekod road to final, Germany mempunyai rekod tanpa kalah yang cemerlang. Team diorang seimbang, takde striker yang menyerlah sangat atau tak menyerlah langsung. Kira diorang function well as a team. Dari segi defend dan goalkeeper pun bukan senang nak bolos. Tak berani nak cakap banyak-banyak, marah pulak penyokong Germany kat aku kalau terbagi info salah. Hehe.

Argentina pulak, mungkin nampak terlalu berharap pada Lionel Messi sebab semua orang tahu dia ni 'pantang dapat bola'. Semangat Amerika Selatan pun mungkin sedang membuak-membuak dalam diri setiap pemain ibarat buih air tebu berais yang dituang dalam gelas menjelang waktu berbuka. Ok, terliur! Sergio Romero pulak bukan calang-calang goalkeeper untuk diayamkan.

Senang cakap, both team ada kelebihan masing-masing. Peluang keduanya untuk menang sama cerah. Ewah, macam Hasbullah Awang dah aku ni. Iye iye je..

Nota kaki: Gambar atas tu takde kena-mengena. Just David Villa menjadi David Villa. Comel walaupun sedang tidur. Ni gambar lama, korang jangan tuduh dia troll pakcik Brazil tu pulak!

P/s: terbaca entry seorang blogger dan dia quote "Biar jadi keyboard warrior dari tak buat apa-apa. Biar baru tersedar sekarang dari tak sedar sampai bila-bila". Still,  pendapat aku, jadilah keyboard warrior yang cakap taip serupa bikin.

Teruskan berdoa untuk Gaza...

Thanks sudi membaca entry bajet bagus aku ni.  Adios!


48 comments:

  1. Eh sal, header blog dan pic profile dh bertukar baru nampak fresh :-)

    German or argentina? Akak sokong mana yg menang heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak JM: saja buat perubahan sikit . Takdela boring. Bajet macam ramai sangat la yang singgah sini..haha

      Delete
  2. Ok la tu..romantik je header tu...akak pun tengah tunggu final ni..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak wa : hehe sebab sy ni romantik orangnya...

      Delete
  3. Mgkn germany yg bakal menang kot. Tp apa pun bola tu kan bulat...

    Jom terjah entri terkini MINDAKABUR : Bluestacks Menjalankan Aplikasi Android Pada Komputer

    ReplyDelete
  4. yeaaah !! baru habis tengok bola ahahahaks.. nebes sungguh but yaaabedabeduuu.. germany !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah penyokong Germany!! Cipta sejarah di Amerika Selatan tu..

      Delete
  5. jerman menang ek?betulah firasat hati ni..hehe..btw tak sokong mana2 pon..hr tu minat brazil pon sbb kaler hijau kuning jek..hehehe

    ReplyDelete
  6. teacher basariah: haah, Germany menang.takpe, yang penting Piala Malaysia nanti jangan tak sokong hijau kuning. saya sokong merah kuning..hehe

    ReplyDelete
  7. anak bujang akak baru balik tengok bola dgn kawan dia ni sal ....la ni memanjang tido le...

    ReplyDelete
  8. Cantik design k.sal yg ni. Loading pun laju jek. Akhirnye German menang. Sian Argentina.

    ReplyDelete
  9. Wah...header baru. cute....kerja kat library ye....peminat buku..tahniah sama2 minat bola...

    ReplyDelete
  10. kak saniah : untunglah dapat tidur.yang kerja ni kenalah tahan mata.hehe. tapi tengok bola kat rumah takdelah penat sangat.kalau kat luar memang letih.

    ReplyDelete
  11. Ana: akak kesian kat Messi je.takpelah, baik balik Barcelona ajar orang Sepanyol apa itu bola sepak.

    ReplyDelete
  12. Abang MKL :bukan library buku,tapi library suratkhabar.tapi minat buku, tapi lagi minat bola.

    ReplyDelete
  13. Malasla nak komen sbb akk tak minat bola, lantakla sape yg menang, diorang menang dapat duit...

    ReplyDelete
  14. kak NA: hehehe..takpelah, tiada paksaan dalam mengomen.world cup dah habis dah..harap ramai boleh concentrate ibadah Ramadhan. senyum sikit.. ;)

    ReplyDelete
  15. Wahh... cantik header tu sal... tahniahh... :D

    ReplyDelete
  16. acik idah: huhu, biasa-biasa je kak.nampak gegurl tak?hehe

    ReplyDelete
  17. Germany dah monanggg, yehuuuu.!
    Ayah pun ske kemain team ayah menang.

    ReplyDelete
  18. Eiqa: samala ayah Sal pun sokong Germany.biasa orang lama-lama memang sokong Germany, Brazil atau Argentina.

    ReplyDelete
  19. Wah terror jugak sal edit sendiri header tue..nice..
    farah nie tak minat sangat bola tapi ambik tahu jugak la Germany yg memang pagi tadi kan.=D

    ReplyDelete
  20. Congrats my Germ..xda pun sis PM kathy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis add kathy boleh?kathy tak tau fb sis,btw msj tu xda msk inbox kathy.. :(

      Delete
    2. Kak kathy: cari fb saya salbiah_m@yahoo.com
      sal salbiah. Sy nk add akk x boleh

      Delete
  21. farah: hehe..ni kalau pakar design baca ni mesti gelak kat saya ni..takdelah, ikut tutorial google.pakai software pixlr.com.

    ReplyDelete
  22. dah menang jerman ... lembut ker caler tu ...

    ReplyDelete
  23. German telah mencerap bintang baru

    ReplyDelete
  24. mana yg menang itulah yg sy sokong..hahaha

    ReplyDelete
  25. tahniah buat Germany.. Oh penyokong lalang la ni ek?.. hihi.
    Ros tetap dengan Belanda, walau tewas diseparuh akhir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros : Penyokong Spain la Ros...hehe. Untuk game final je lalang.

      Delete
  26. Cantik header Sal..nway tahniah untuk Germany ya...happy for them...Argentina pun ok, tapi tak ada rezekikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raudz: Germany layak menang sebab diorang tunjuk smangt berpasukn yg tinggi

      Delete
  27. biarpun Germany team pilihan kedua, tapi tak apalah. menang jugak. boleh la kot nak kata tak masuk team lalang.. hikhik

    ReplyDelete
  28. Aisya A : hehe, jadi lalang lepas pilihan pertama tersingkir itu perkara biasa.

    ReplyDelete
  29. Hehe...oklah tu Sal...okje lagilah....kosong jer hehe
    Taunya German menang tapi biasalahkan tak minat ....tau tau gitu aje

    ReplyDelete
  30. OKje: biasalah kak, lain orang lain minat dia. :)

    ReplyDelete
  31. owh! header baru yer?....okay2...

    ReplyDelete
  32. Argentina lain sikit taktiknya. Tak macam team America Latin lain bila berhadapan dengan German. German ni, dengan negara Afrika je yang diorang susah sikit nak makan, dengan negara Latin, taktik diorang memang berkesan.

    ReplyDelete
  33. sylarius: Oh macam tu...aku tak familiar sangat stail Argentina ngan German ni.tapi betul, nampak la masa German lawan Ghana susah jugak diorang nak makan.

    ReplyDelete
  34. jgn mare tau sal... tu pic gambar pengubat luka ke??? ;-)

    ReplyDelete
  35. anis : haha, tak marah la anis.. Terubatla sikit luka tengok muka comel Villa ni sebab pas ni dia tak main World Cup dah. ;( Ni semua gara-gara coach Spain nak buat eksperimen tak masukkan dia dalam top eleven. Macam Rajagopal daaaa

    ReplyDelete
  36. Ternyata Jerman menang. Tak suka bola, tapi tetap kena peka dengan isu semasa. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...lain orang lain minat kan.. yang penting kita ambil tahu soal ummah dan negara kesayangan kita ni ;)

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com