Monday, 21 July 2014

Entry khas untuk warga KL (yang ada kampung)

Assalamualaikum semua..dok buat apa tu? Dalam dok sakan menyediakan persiapan raya janganlah dilupakan saudara-mara kita yang sedang dilanda musibah di Gaza sana. Ramadhan belum habis lagi, masih berbaki 6 hari = 7 malam. Masih belum terlambat nak pulun beribadat cukup-cukup sebab Ramadhan tahun depan belum tentu kita ada umur.

Alang-alang cakap pasal raya..korang tak balik kampung ke? Balik kampung ni bukan setakat untuk raya je, tapi untuk berpuasa sama-sama dengan ahli keluarga di kampung. Tak rindu ke masakan Mak? Tak rindu ke gi terawih sama-sama ngan Ayah? Kat kampung ni suasana tenang je u olls..lagi senang nak beribadat, kat KL ni bising dengan mat-mat rempit je.

Korang tak nak balik kampung ke? Kat kampung mesti Mak korang dah start pasang langsir dan kemas rumah. Tak kesian ke dia buat sorang-sorang? Kang terjatuh ke hapa ke, kan korang dah menyesal seumur hidup..

Mesti korang rindu kawan-kawan sekampung kan? Geng sama-sama main mercun dan panjat pokok rambutan dulu. Raya nanti dah busy, tak dapat nak borak panjang. Time bulan puasa nilah nak gi ziarah, tukar-tukar juadah. Takpun nak relief kenangan zaman remaja yang terindah dulu.

Aku ni lahir di Kuala Lumpur (KL), duduk di KL, kerja pun KL. Lagi best, raya pun kat KL. Memang dari kecik. Kenapa dan mengapa tu mungkin payah aku nak cerita kat sini, kena buat satu entry khas. Tak payah la, bosan pulak korang nanti.

Aku suka bila dah hujung-hujung Ramadhan, KL akan jadi macam ni...


Oh yeah, KL 'kosong' yaw!

Bukan lah aku menyampah kat korang ke apa, tapi sekali-sekala seronok tengok KL bebas traffic jam macam ni. Public transport pun lengang je. Beruntunglah korang yang ada kampung..Tak salah balik kampung awal, lambat-lambat nanti highway sesak. Pastu, alang-alang dah balik, duduklah lama-lama. Buat apa kat KL ni, serabut otak je..

Entry ni sekadar penghilang boring. Jangan stress sangat ye. Takut ada yang sedih sebab dah takde sesape di kampung nanti salahkan aku atas penderaan emosi pulak.

Nota kaki : Buatnya nanti kahwin dapat laki ada kampung mau aku terkujat sebab tak reti beraya kat kampung cmane. Hahahaha.

But, seriously people of KL yang ada kampung, pulanglah ke kampung anda yang menanti...Hati-hati di jalanraya and be safe. Pandu dengan hati-hati ye. Habis raya kita kasi 'meriah' balik jalan-jalan kat KL ni OK? Baliklah ke kampung korang, baliklah, baliklah... (Aku tengah psycho korang ni!)

Teruskan berdoa untuk pembebasan Palestin dan keadilan untuk MH17 ye sambil-sambil tu.

Thanks sudi baca entry psycho aku ni..

Sape sini raya kat KL angkat tangan....

74 comments:

  1. Saya hari2 balik Kg...sbb rumah pun kat kg...duduk kat kg pun dgn mak ayah...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sama lah.saya duduk ngan mak ayah gak. tapi diorang dah bermastautin kat KL, jadilah KL ni kampung kitorang.

      Delete
  2. Me raya kat kg..kesian dia tak ada kampung ya..nway raya kat sini pun ok kan..the best part jalan lengang ...tak perlu susah hati nak elak jem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung tu ada..tapi banyak sangat tu yang tak tau nak balik mana.last-last raya sini nak bagi adil semua orang..huhu

      Delete
  3. Saya!!! hehee... Tahun ni adalah raya ke 4 saya beraya di KL... nenek yg uzur dah duduk di rumah makcik di KL jadi semua berkumpul jadi rumah induk kami. Sedara2 dari kampung di Johor pun dtg beraya kat KL... takpelah, janji raya... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu abang Khir! janji dapat raya sama-sama ahli keluarga tak kisahlah kat KL ke, London ke, Kodiang ke..janji raya kan.

      Delete
  4. Saya pernah rasa macam mana Sal ceritakan dalam entri ini. Saya berhari raya haji di UKM, Bangi; tak balik Sg Petani, Kedah. Jalan raya di Bandar Baru Bangi legang; kereta tak ada. Ramai orang Bandar Baru Bangi adalah orang luar/ Nak drive berlawanan arus di lorong sebelah pun boleh. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..nak pecut macam Fernando Alonso pun takde masalah..haha

      Delete
  5. seronok suasana balik kampung. :)

    tp tahun ni beraya dekat je. slalu balik jauh nun pantai timur. tahun ni dokek soromban jop

    ReplyDelete
    Replies
    1. gilir-gilir lah ye ni? bagus-bagus..wajib dijadikan contoh!hehe

      Delete
  6. takkan nenek n datuk u pun org KL? tp best gak raya di KL...cuma x tahan dgn PATI yg pakat2 keluar memeriahkan KLCC n yg sewaktu dgnnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah ngan mak saya yang dah jadi atuk n nenek sekarang.so kena tunggu kat rumah sebab anak-anak ikut giliran.ada yang balik awal, ada yang lambat..

      Delete
    2. PATI tu banyak kat shopping complex je..kalau boleh saya memang elakkan dari pergi..lagi satu,masa sembahyang raya..dah boleh feeling raya kat oversea.haha

      Delete
  7. meh sal balik johor tempat akak.... .adik akak duk KL pun balik rumah rumah akak apatah lagi mak ayah dah takde ni..akak dan suamilah jadi orgtua ...la ni pun dh mula panjat2 pasang langsir...huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah ngan Mak saya dah jadi orang tua sekarang, tunggu anak cucu balik..
      akak orang johor gak ye? johor belah mana?

      Delete
  8. Kalau lengang macam tu, nak lintas jalan tak payah berlari-lari bapak lagi dah. Main guling badan je sampai seberang.

    ReplyDelete
  9. Hanya org yg ada kampung aje tahu betapa nikmatnya balik beraya di kampung.
    Kakak salah satunya.. indah, seronok dan gembiranya tak sama di bandar.

    ReplyDelete
  10. hajat di hati mmg nak balik kg lama lama tapi apa kan daya keje makan gaji..cuti lama lama nnt bos mengamuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak..kalau tak kerarna kerja, memang ramai yang nak duduk kampung lama-lama kan..

      Delete
  11. Beraya di KL dan Pulau Pinang sama ja. Pulau Pinang pun lengang time raya. bezanya dalam pulau pinang masih ada kampung. So masih ada kemeriahan sikit. Selamat berpuasa dan salam kenal.

    arzmoha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan jugak beraya di penang..dulu masa belajar di sana pernah sambut aidiladha kat penang sebab tak dapat balik

      Delete
  12. Akak anak kampung dik ekekeke!! Teringin gak nak nengok KL lenggang tp tak sanggupla pulak nak beraya kat kl hehehe nnt raya tahun nih jgn lupa tepek taw gambo kl mcm mn hik3

    Salam kenal dik.. Tq sudi jenguk blog akak yg celum celam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha allah..nanti saya tepek gambo untuk tatapan semua ye..hehe

      Delete
  13. sal,klu rasa nak ubah angin tu, maila beraya kedah.hehe(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..Mak ayah kat sini tak kan la nak tinggalkan

      Delete
  14. kita ada kampung..maka baliklah kita kekampung time raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati-hati di jalan raya kak yon..semoga selamat semuanya

      Delete
  15. Bestnya Sal tak perlu nak balik kg...kalau balik kg cost jugak tu...kalau raya kat KL lagi jimat tak perlu keluarkan cost transport pastu KL lengang je..mana nak dpt suasana mcm tu kecuali raya

    Yeayy...mmg best ada kampung..best juga tak ada kampung hehehe...Nampak nya Sal perlu buat open house buat rakan blogger nih heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak JM raya kat kampung ke? haha..open house tu kalau ada rezeki memang nak buat untuk rakan-rakan blogger. boleh berkenal-kenalan.

      Delete
  16. Wajib lah balikkkkk.
    ramai yang menanti di kampung~
    rinduuuuu dah nak balik kampung.. x sabarrrr sangat2!!

    Okeh lepas nih, carik bakal suami yang ade kampung k~
    akak yakin! kamu pasti teruja dan seronok~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..soal jodoh kak, tak boleh nak cakap.kot la akak ada adik lelaki belum kahwin nak rekemen ke..haha.gurau je

      Delete
  17. laaa...lahir kl...duk kl..keje kl...kena merantau jugak tu sekali sekala...carik laki luar kl la nak merasa balik kampung..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman belajar dulu adalah jugak. .ni tengok mak ayah dah tua tak sampai hati nak tinggal. Kalau dah kahwin tu lain cerita. .

      Delete
  18. Sal yang tak bestnya warga asing akan memenuhi KLCC, Kotaraya dan sekitarnya..hehe..by the way bagi kak ana yang dah berhijrah ke bandaraya ni hampir 20 tahun beraya tetap akan balik ke kg kerana segalanya bermula disana..Insyaa Allah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang elakkan ke tempat-tempat mcm tu kalau hari raya kak ana. .hehe. Ramai sedara kat KL ni, kalau raya akan ziarah diorang.

      Delete
  19. Bunda balek Bagan Datoh leias tu baru Taiping...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati - hati di jalan raya ye Bunda..Semoga selamat semuanya

      Delete
  20. Akak dari kecik dibesarkan kt kawasan taman perumahan...teringin jugak nak rasa raya suasana kg.. dok tgk org ada kg nie meriah btl raya depa.. jelosss... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita...husband kak farah pun duduk bandar jugak ke?

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. hati-hati buat semua yang memandu untuk pulang ke kampung nanti :)

    ReplyDelete
  23. time raya lah baru lenggang kl kan..salam kenal n follow sini

    ReplyDelete
  24. haha teringat ada sorg kawan budak KL la..dia pernah cakap waktu hari raya jalan kt KL plg best..boleh memandu tanpa perlu tekan brek selalu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dikatakan setiap perayaan pun macam tu, tapi raya aidilfitri paling ketara. rasa nak guling-guling atas jalan .hehe

      Delete
  25. ko dah kenapa dik, psycho sorang-sorang.. akak nak ajak dtg raya pun serba salah ni sbb akak pun balik utara... haha... bye2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..biasalah Mak, kalau perut lapar time puasa ni mulalah keluar entry-entry mengarut.

      Delete
    2. haish... sampai ke sini ko panggil akak ni 'mak' ya haha ;-) 'mak' tu guna kat entry je... panggilan manja akak ni kak KM... hahaha... jgn marah haa nanti kena jual... ;-p

      Delete
    3. la ye ke..aiseh, maafkanlah adikmu ini sempena hari raya yang mulia ni. hehe

      Delete
  26. senasib la kita raya kat kl jer... okay aper... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla. .kira Kl ni kita pegang. Dah macam cite Kl Gangster

      Delete
  27. sis beraya kat kl jer . bonda dah uzur . maka giliran org kg beraya kat kl la pulak . klu nak rasa suasana beraya di kg , cari calon suami yg ada kg ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..cari sis jangan tak cari.. ;)

      Delete
  28. hahhaks mengerti prasaan mu kak.. CT orang kajang tp membesar kat penang. so kira orang penang ?? :D yeaaay tahun ni raya balik bangi kampung mak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hummm...orang dari kl balik ke penang beraya. Ct dari penang ke KL pulak.tak kisah kan yunk, janji dapat raya dengan famili. hehe

      Delete
  29. Hehe. Nasib baik kampung sya dekat2 jee :p

    ReplyDelete
  30. tiap kali raya mesti nak balik kampung tau...dah mak abah kat kampung..hihi
    selamat hari raya aidilfitri sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..saya duduk ngan mak abah, so kira hari-hari la balik kampung :) selamat hari raya kak Mar..

      Delete
  31. kampung saya sebelah rumah saya je..ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..untunglah.tak payah nak travel berjam-berjam.

      Delete
  32. Macam halau pun hade k.sal. Kg ana kat kL je. Kat keramat. Hik3 tapi tu belah ayah. Belah mak kat perak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..bukan halau. Galakkan orang buat baik ni..selamat hari raya ana, maaf zahir batin ye

      Delete
  33. Kelik Klate tahun ni. Kampung asben.
    # Sorilah sedara-mare sane yang x suka saya sebab xreti nok kecek Klate. Saya ni orang campuran.Perak+Negeri 9. Sekolah pulak 5 tahun kat Selangor..U 5 tahun kat KL. Saya mmg xreti cakap mana-mana bahasa negeri.
    * pernah kena perli dgn sedara asben.
    Apo nak buek..Den ni mix. Pakai taram sume..ekau..hang..depa..terabur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bahasa kelate memamng takes time nak belajar.saya reti la jugak cakap kalau setakat basic. suka bahasa kelate, lembut je. oklah tu shikin, bahasa campur-campur barulah 1Malaysia!

      Delete
  34. Sal, kawen nnt cr org kg jg..org kg baru.... ;)

    ReplyDelete
  35. suka yg betul kg... bru excited nk blik raya. hehe

    ReplyDelete
  36. raya kat kl ke , kg ke , yg ptg raya dgn family . klu raya sensorang , mmg nangis x berlagu lah jawabnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..sis Vee bukan hari tu raya sengsorang ke?

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com