Friday, 4 July 2014

Debaran Copa do Mundo 2014 makin sampai ke kemuncak!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua!

Motif guna bahasa Portugis kat tajuk entry? Sebut jelah World Cup. Cehh!!

Malam ni ada 2 game :

1. France vs Germany - 12 tengah malam

2. Colombia vs Brazil - 4 pagi

Kat Stadium mana aku lupa plak, yang pasti bukan di Allianz Arena atau Stadium Larkin. Takde point pun taip kat sini sebab korang semua pun tengok kat Channel 841 je kanz..

Untuk game France vs Germany aku pilih Germany lah sebab Abah aku sokong Germany. Tapi tengok lah, kalau France nampak cam nak menang aku sokong diorang plak. Haha...sukati aku la, Spain dah balik aku sokong jelah apa yang tinggal!

Tapi untuk game kedua tu aku pilih Colombia. Kenapa Colombia? Sebab titewww sukewww James Rodriguez. Dia tomeyyy angat-angat! (memang mintak pelempang cakap bahasa alien macam tu) Takdelah, sebab aku tengok World Cup kali ni Colombia agak menyerlah walaupun diorang ni bukan pilihan utama. Memang edisi 2014 ni pasukan bukan pilihan semuanya bangkit dan tunjuk kat bekas-bekas juara yang diorang bukan team belasahan. Memang respect kat Algeria, Ivory Coast, Chile, Switzerland, Bosnia dan USA yang mampu membuatkan pemain-pemain terbaik dunia terkial-kial.

Nombor 10 baju kuning tu adalah pemain legenda Colombia  , Carlos Valderrama. Aku sempat tengok dia main masa World Cup 1998, tu pun last World Cup dia.Kalau korang tanya ayah, pak long, atau atuk korang confirm kenal lah dia.

Untuk game kedua ni aku tak lalang, aku menyokong Radamel Falcao and the gang sepenuh hati! Harapnya kalau Juara 5 bintang kalah, rakyat diorang tak merusuh. Protes yang dari dulu tu pun tak settle lagi.

Sekadar trivia : Pada tahun 1994, pemain Colombia, Andres Escobar mati ditembak oleh peminat yang bengang gara-gara kesilapan Escobar menjaringkan gol sendiri semasa perlawanan menentang USA. Tulah akibat kalau dah fanatik! Harap pasukan Colombia bawak 'semangat' Andres Escobar untuk game menentang Brazil!

Nota kaki: Ayat pedas Ustaz semasa tazkirah malam tadi  :

Zaman Rasulullah s.a.w, sahabat berlari balik ke rumah lepas terawih sebab takut tak sempat sahur.
Zaman la ni, kita berlari balik ke rumah lepas terawih sebab takut tak sempat tengok bola.

Dush! Senak perut aku seolah-olah terkena rembatan padu Lionel Messi! Makan dalam tu Ustaz!

OKlah u olls, nak bagi can anak sedara plak main PC ni..selamat berpuasa dan berbuka dan berterawih dan berapa-apa saja janji dapat pahala. Assalamualaikum!

56 comments:

  1. Replies
    1. Haha, sikit-sikit je shikin. Takdela tengok semua. Kalau tak ada yang tak boleh bukak mata kat office. Tak la sampai siksa diri

      Delete
    2. Haha. Tapi, mesti Sal ikut perkembangan bola jugak kan?

      Delete
    3. Ikut..tak sempat tengok highlight, check je result kat internet.hehe

      Delete
  2. Hebat nak dara sorang ni..
    Akak dah dok sini.. tak dan la nak layan bola ni.. takde partner nak sama melayan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layankan ayah saya kak sham..adik-beradik lelaki semua takde kat umah . hehe.

      Delete
  3. Adoi..kak sal ni macam kakak ana. Antu bola. Cume akak ana suke layan bola tempatan je.

    ReplyDelete
  4. Tempatan pun layan gak...sikit - sikit je ana akak minat bola ni. Masih sedar diri tu perempuan. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Lama x layan bola...dulu mase kecik suka tgk world cup ngan abah gak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun layan sementara bujang kak . nanti dah kahwin banyak komitmen lain.

      Delete
  6. memang x minat tgk bola..xpaham apa yg best sgt dok ligan bola sebijik tu..ohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. .comel je cikgu ni. Biasala lain orang lain minatnya.

      Delete
  7. Perlawanan semakin hangat skrng ni...

    ReplyDelete
  8. tengok yg brazil vs colombia td.. tp mcm tak suke je cr brazil main.. kasar betui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pressure agaknya..sebab diorang dah 5 kali juara. lagipun main kat tempat sendiri.kalau kalah dengan Colombia malulah.

      Delete
  9. Tahniah German & Brazil...Kesian Neymar I..chewah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian Brazil jugak. Silva dah kad kuning misses next match. Naymar plak injured, memang susah la nak tapau next match. walaupun tak sokong Brazil suka gak tengok Neymar. harap dia cepat-cepat pulih

      Delete
  10. akak sokong jerman sedari dulu lagi...yesh..Jerman menang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tahniahla ye penyokong Jerman!gud luck lawan Brazil nanti ;p

      Delete
  11. germany ku msk SF yahoooooooooooo

    ReplyDelete
  12. Sokong Lalang Sampai menang ni.. bagus join digi .. mana tahu leh menang tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ek..menarik gak contest tu.sesuai untuk lalang-lalang semua.

      Delete
  13. xpelah, france kalah bermaruah... ehhhh


    itu ayat cliche team malaysia tu...ooppppsss

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cmane, bola tu bulat.haha.tapi tak dinafikan, World Cup kali ni France main bagus.

      Delete
  14. semi final baru tgk kot ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semi final tengok sikit-sikit je sebab hari kerja.ni weekend bolehla nak layan semua

      Delete
  15. fulamak, valderama tuh!!! ruud gullit jangan dilupa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya budak baru belajar tengok bola, bang. kenal ruud van nistelrooy aje. ;p

      Delete
  16. wak pon baru start nak tenok bola gakk.,ahHKs

    ReplyDelete
  17. akak baca ajela entry org update psl bola sbb akak xikut pkembangan bola nih pun...tido lg best..hahaha

    ReplyDelete
  18. german monang, brazil monangg.!! yeahh.!! XD
    tapi ble game dorang nnti confuse yg mne 1..
    pape pun german diutamakan, muehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..akak pun tak tau nak sokong mana nanti.tengok jelah kot.

      Delete
  19. semakin hangat dah...tak sabar nak tunggu final :)

    ReplyDelete
  20. lya tak pernah tgk sbb tak minat bola he

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. belanda belum pernah menang lagi..tapi manala tau.

      Delete
  22. jom kita tengok final pula ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak predict sape yang akan jadi juara. Empat-empat tu sama hebat

      Delete
  23. tahun ini saya rasal all europe final...Germany vs Nederlands...hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam last world cup gak la..haha.saya lagi prefer Brazil vs Argentina. Barulah this is south America!! Hehe

      Delete
  24. Perghh nasib baik tak terjebak dengan bola nie... en.suami pun tak minat sangat... dia suka rugby jer... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terjebak kak memang tak boleh buang minat.harap nanti temu jodoh laki kaki bola gak, kalo tak masak la saya.hehe

      Delete
  25. Mana2 pergi orang cerita bola... terutama orang lelaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang perempuan pun ramai nak tumpang sekaki..huhu

      Delete
  26. haha..jarang jumpa perempuan minat bola mcm ni..kt rumah akak..bkn ja anak dan akka tak suka bola..suami pun sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan cam saya ni special kak, untunglah sape yang dapat nanti..hehe (angkat bakul la plak!)

      Delete
  27. KT X RETI SGT .. LYN GITU JER... TP KALI NI MMG X LYN LANGSUNG HUHUHU POSE NI PENAT SIKIT MLM SUAMI PUN SAMA.. X DAN TGK BOLA MEMASING TDO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab saya bujang kot..ada masa nak ambil tahu..hehe

      Delete
  28. terima kasih singgah blog akak (mak cik kut)....salam perkenalan dan slmt brpuasa juga untuk sal.

    ReplyDelete
  29. Anggap akak jela, muda sikit..hehe.

    ReplyDelete
  30. Cayalah..cara Sal tulis ni mcm pakar BOLA je hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam je kak JM..ala-ala je.kalau dah terer nanti akak nampaklah muka saya kat Astro Arena

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com