Thursday, 17 July 2014

Dapat kad raya!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan u olls...


Tengah dok khusyuk buat kerja (ye ke kerja) kat office tadi, tetiba Bos aku hulur satu sampul surat. Tanjat jugak sebab seingat aku, takde plak beli apa-apa online. Bila aku bukak, rupa-rupanya dari Raudz@RDZ, pemilik Blog Santai . Alolo..sweetnya, dah berkurun tak dapat kad raya! Terus kecoh satu opis..hehehe.

Tapi aku musykil sebab envelope brown tu terkoyak di bucu. Aku tak tau apa lagi yang Raudz kirim sekali dengan kad raya tu sebab Bos aku kata masa budak CityLink tu bagi memang dah terkoyak. Terkilannya, sebab tak kesampaian hajat Raudz. Takpelah Raudz, thanks a lot ye. Sal hargai sesangat!

Nanti korang singgah dan followlah Blog Santai sebab blog ni sentiasa share info terkini, sharing ilmu agama dan tips-tips menarik. Bukan cam blog haku yang asyik cerita pasal bola je ni. Haha, OKlah Piala Dunia dah tamat no more bola talk OK? La Liga ngan EPL pun lambat lagi nak start..

Esok aku nak balik kampung, so maybe tak berapa nak blogwalking. Ops, no, bukan balik terus sampai raya, just nak berpuasa di kampung sementara kesempatan yang ada ni. Lagipun lama tak jumpa atuk dan sedara-mara kat kampung.Haish, tak sabar la plak! Aku balik sorang je, naik bas. Kalau terserempak kat Muar tegur-tegur lah aku ye.

Apa-apa pun, Ramadan masih berbaki 10 hari. Patut masa-masa ni kita tingkatkan amalan seperti qiamulail dan bersedekah. Sambil-sambil tu doalah untuk saudara-saudara Islam kita yang menderita di serata dunia. Mereka memerlukan doa-doa kita dalam perjuangan mereka.

"Rugilah mereka yang sempat melalui Ramadhan tapi gagal mendapat pengampunan dari Allah"

Semoga kita tak termasuk dalam kalangan orang yang rugi..

35 comments:

  1. aik..boleh plak dorang hantar parcel yang dah dibukak...tapi kalau semua in place okay laa..hehehe..Anyway selamat pulang ke kampung..kim salam ngan orang kampung..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersangka baik...mungkin terkoyak masa dlm proses penghantaran.

      Delete
  2. hehehe..kathy pun terkoyak juga kiriman sis raudzah ni..nasib baik semua ada...sis,try lagi PM dan add kathy kat fb yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat la sis, setting fb sis private sangat. Add sy la salbiah_m@yahoo.com

      Delete
    2. Sal salbiah. Gambar 3 0rg kt pantai

      Delete
  3. Oh bestnya..akak ni dah bertahun x dapat kad raya :-)

    ReplyDelete
  4. Bestnya dpt kad raya. Enjoy d kg yer :-)

    ReplyDelete
  5. baru je dpat kat raya rakan bloggers bagi tkejut jugakla bkurun dpat :P

    ReplyDelete
  6. Ohhh bestnya dpt kad Raya.....terasa glemerkan Sal hehe...
    Sampaikan salam okje pd orang kg yeh Sal....berhati hati diatas bas ye....

    ReplyDelete
  7. selamat balik kampung, Alhamdulillah..bestnyaer buka puasa ramai-ramai kan.

    ReplyDelete
  8. La sorry Sal..koyak ke...Hmm..kat dalam tu ada my favorite raisin & duit raya...tak ada rezeki kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma agak hairan coz raisin tu quite besar untuk bolos melaui bucu..hmmm...

      Delete
    2. Takpela Raudz, takde rezeki. Halalkan jela..huhu. Thanks bebanyak ye..

      Delete
    3. Alhamdulillah saya pun dah terima ni dari RDZ Z.

      Delete
  9. Alhamdulillah... tak pelah... janji mesejnya tercapai kan... Tahniah Sal.. :)

    ReplyDelete
  10. bestnya dapat kad raya.. skrg xdpt nk pos lg sbb busy.. tahniah2

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...sal,

    terima kasih atas ingatan ,, dan selamat beraya dikampung... k.

    mselim3

    pls: tahniah gak dapat kad daripada blogger raudz...

    ReplyDelete
  12. Ingatkan tak ada kampung. entry terbaru tulis beraya di KL kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kampung ada atuk n sedara mara.tapi rumah Mak Ayah di KL. Diorang dah jadi atuk n nenek so kena la tunggu anak cucu balik raya...

      Delete
    2. owh....ok la tu ada jugak kampung. saya takda. cuma kampung isteri ja

      Delete
  13. nak jugak kad raya!! sy belum dpt lg pun..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je mime..email dekat contact form kat bawah ni..in sha allah kad sampai..lepas raya pun boleh lagi.

      Delete
  14. dpt kad raya lagi... jeles mak ni.. haha..

    ReplyDelete
  15. Orang pos memang kuang asam sikit k.sal. Ana rasa dalam tu ade duit raya. Mmg akan ade kesan koyak. Jangan kata akak. Ana pun dapat, sampul dah tak bergam. Selit gitu je. Malas nak amek tau. Lantaklah sape yg amek duit tu. Yg penting duit haram tu mengalir dalam diri org yg ambik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lah marah ana..halalkan jelah.tapi memang teruk orang yang ambil walaupun kita tau polisi dia tak benarkan pos wang tunai. huhu

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com