Tuesday, 24 June 2014

Tak dapek nak blog walking!

Assalamualaikum dan salam 1Blogger semua. Seriously Sal? 1Blogger?

Semalam tengah aku syok berbalas komen kat blog, aku perasan ada something wrong kat dashboard. 'Reading list' aku tak boleh refresh. Just tunjuk satu je entry paling latest. Tekan 'view more' pun tak jadi apa. Aku ingatkan problem ni sekejap je so aku pun sambung balik buat kerja... Naughty girl sangat blogging di waktu pejabat!  Adik-adik jangan ikut tau contoh tak baik ni!

Macam gini la rupanya...kosong je.

Sampai ke petang tu aku perasan 'Reading list ' aku still tak boleh load. Tunjuk satu je entry, macam dalam gambar atas ni. Bila buka forum blogger nak mengadu nasib,  rupanya ramai blogger seantero dunia yang report benda sama. Dalam ramai-ramai tu, ada sorang komen yang Google tengah ada masalah teknikal dan para engineer diorang tengah berusaha nak selesaikan masalah ni. So, bersabar jelah.


Korang ada tak mengalami masalah sama? Kalau takde, baguslah tapi kalau ada, please share dengan aku kalau ada solution ye. By the way, pernah tengok gambar office Google? Meh tengok gambar ni aku ambil kat 9gag.

Kalau aku la office gini, hari-hari overtime pun takpe.

Google's engineer, jangan malas ye..settlekan cepat! So, selagi tak settle, memang banyak la blog update yang aku terlepas pandang. Nak klik satu-satu 107 blog aku follow tu tak dapek la ye. Tapi, In Sha Allah kalau korang komen kat blog aku, aku akan cuba balas kunjungan. Orang berbudi kita berbahasa kan..

Masa tambahan: Baru lepas tengok match Spain vs Australia. Memang La Roja dah tersingkir, tapi true fan kenalah terus menyokong... (macam la aku jerit depan Tv ni diorang dengar. Hahaha!) Puas hati dapat tengok David Villa main walau setakat 55 minit. Yang penting dia score sebijik! Ini adalah penampilan terakhir dia di World Cup. Sobs sobs. By the way, Spain menang 3-0. Lagi satu gol tu Torres score. Kesian gak dia ni asyik kena kutuk je. Gol ke 3 tu Juan Mata score. Kalaula del Bosque masukkan dia, Villa n Koke dalam first eleven dalam 2 game sebelum ni...Tapi sapelah aku nak cakap lebih-lebih. Dia tu coach, aku hanya penonton. Lagipun, benda dah lepas...Well at least ada something untuk penyokong Tiki Taka kenang. Poyo lebih kau Sal...macam la nama kau Salbiah Gonzales!

Sekian, thanks for reading sayang-sayang semua. Assalamualaikum.

49 comments:

  1. Seriously alamai masalah yg same. Hahah..ana ingat, ana sorang je kene. Rupanye ramai yg kene. Alahai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang kena ana...semalam akk ingat akk sorang je, rupanya ni masalah global.hehe

      Delete
  2. Sal....akak JM pun sama..so don worry yek...betul tu akak setuju...what u give u get back..bila ada org komen or kunjung kita balas kunjungan so org tu maybe akan rasa gembira dan x kan stop balas kunjungan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. so ramai la ye..
      p/s: thanks kak JM blogger yang femes sudi singgah dan komen blog tak seberapa saya ni.. ;p

      Delete
    2. ahaha...Sal...femes?...kat mana yg femes amos nye tu..cer citer..ce citer

      Delete
    3. hahaha...femes la kak..sy suggest kawan-kawan saya yang bukan blogger bukak blog kak JM, semua pun cakap dah baca. saya je ketinggalan zaman.hehe

      Delete
  3. akak pun sama la Sal, ingatkan sebab belum bayar bil tenet, oh..masalah lain rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ingat sebab office block.hehe.tapi tengok ramai yang kena, baru tau yang ni memang masalah Google.

      Delete
  4. samala dgn akak..kalo opis mcm tuh memg akak overtime pun xpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. kalau dapat office macam tu bawak kain baju dok office, tak payah balik rumah.haha

      Delete
  5. buat blog list utk elak masalah mcm tu.. biar betul opis goggle mcm tu.. memang santai betui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure betul ke tidak..taulah 9gag tu kadang-kadang tipu je.tapi kalau betul memang syok giler la..

      Delete
  6. Replies
    1. haha...office terlampau best tu yang pening tu

      Delete
  7. sama..jadi gak skrg ni..adeiii..haha wahh google antara company paling best! office dia mmg tiptop..mesra pekerja gitu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula...harap pekerja dia cepat-cepat settlekan problem para blogger ni.kalo tak ada yang office cantik kena bakar.haha

      Delete
  8. yup.. sama la.. huhu.. baru nak start blogwalking jadi gitu lak.. (alasan konkrit eks.. hahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..oklah alasan tu.kita ramai-ramai salahkan google sebab pening. ;p

      Delete
  9. ingatkan saya sorang yg jadi macam tu.
    refresh x jadi jugak.
    tutup pastu bukak balik pun sama.
    masalah blogspot rupenye..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..blogspot pening.comment pun tak update, kena bukak sendiri entry baru nampak...

      Delete
  10. Its oK takes your time Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks raudz..thanks mai singgah..hehe

      Delete
  11. masalah bersama rupanya....ingatkan masalah ku seorang...

    ReplyDelete
  12. x pe , bila dah ok nanti , leh la blogwalking . sis blogwalking via bloglist . hope bloglist x hilang pulak . santai office tu tapi buat keje pun mesti tip top juga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 la tip top..cepat sikit settle masalah blogger ni.

      Delete
  13. Cr2 shoutbox takde..hehe.. kita komen sini lg eh...follow belog beeyah.. #55

    ReplyDelete
  14. sy dah alami masalah ni dah lama. so kalau sy folliow blog org pon, kalau dia update sy tk nampak pe pun. so slalu sy blog walking sapa yg comment n kadang blogwalking je dr blog list org lain. tmbah kenalan blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok gak tu, kalau tak balik2 kite baca blog sama je

      Delete
  15. Lately memang ada masalah sikit dengan Google ni. Adsense pun macam ada masalah jugak. Tak boleh nak load pada sesetengah entri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik kat blog je problem. Gmail, translate and search engine takde masalah.

      Delete
  16. sama la akak pun jadi macam tue jugak..harap cepat la settle..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul tu kak Farah..tak best nak blogwalking ada problem camni.

      Delete
  17. Tak de pulak jadi gitu..eh!entah la..tak pasan..buka blog pun kejap je..update je lepas tu tak belek2 apa..heheh..tengok hari ni ok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..bak kata bebudak sekarang...Untunglah..

      Delete
  18. memang ramai yang kena syndrome dashboard kosong nie... termasuk la diri ini... hehehe...
    tapi k idah tak kisah... sebab mmg jarang guna pun... k idah buat bloglist dalam excel utk nak blogwalking... lagi senang... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau ada masa, klik je kat satu-satu blog saya follow tu. kalau tak, berbalas kunjungan jelah..huhu

      Delete
  19. Same case..huhu.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. Saya ada masalah yg sama. Dlu la. Tp smlm lpas clear sume history cookies bagai guna ccleaner, log out from google, then login balik, dah hilang dah masalah tu. Dashboard dh ok. Cuba la. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru ingat nak try, tapi tengok dah ok plak.thanks for suggestion :) kalau jadi lagi boleh try.

      Delete
  21. Bunyi macam ramai yang hadapi masalah yang sama.. Macam mana nak blogwalking. Maaf bertanya.. Masih baru dalam dunia blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jugak, tapi masalah ni dah settle. nak blogwalking kena rajin-rajin follow mana-mana blog yang kita rasa best. pastu klik la dekat orang-orang lain yang follow jugak. bila orang komen, singgah balik blog dia komen balik post dia..macam gitu lah lebih kurang

      Delete
  22. Mesti syok dh boleh blogwalking semula,kan?

    ReplyDelete
  23. Biasa la tu..tpi biasanya tak lama...

    ReplyDelete
  24. kena juga last week...merudum mood BW

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com