Sunday, 22 June 2014

Public phone dah tak relevan?

 Image dari Google
 Hello, ye, saya nak report banjir ni ha...

Pagi semalam aku ada janji nak jumpa kawan-kawan kat KL Sentral. Tetibe phone aku meragam. Boleh guna wifi, tapi nak call in tak boleh, call out tak boleh, top up tak boleh, guna mobile data pun tak boleh. Bak kata Jambu, apa pun tak boleh lah! Maka, kalut lah aku turun naik KL Sentral yang luas tu mencari public phone. Mujur ada kaunter pertanyaan. Port public phone pertama dia suruh aku pergi hanya boleh guna kad, dan buat panggilan antarabangsa. Aku tanya kot ada lagi, staff tu bagi direction, kali ni kat tingkat atas. Puas pusing, aku pun jumpa dan berjaya call kawan aku. Alhamdulillah. Nasib baik ada staff yang helpful dan berbudi bahasa.

Korang pernah tak berada dalam situasi aku ni? Di zaman moden ni, nak cari public phone punyalah susah.Kalau ada pun, maybe dalam shopping mall besar gedabak tu ada 2,3 buah je. Kalau zaman awal 2000 dan 90-an dulu, public phone bersepah-sepah. Masalahnya satu je...vandalism! Sekarang ni dah kurang dah masalah vandalism phone booth ni. Yelah, benda dah takde, nak rosakkan cmane kan?

Pandangan aku, public phone ni penting. Untuk situasi tak diduga macam tadi. Memanglah ramai orang guna handphone sekarang ni, tapi katakanlah handphone hilang, habis bateri atau takde kredit, kan ke susah.

By the way, handphone aku bukanlah rosak. Bila aku gi Maxis Centre KL Sentral, diorang cakap sim card aku dah lama sangat, lebih 6 tahun. So, kalau berlaku kat korang, handphone asyik keluar error 'no network connected' (atau yang sewaktu dengannya) dan line kosong walaupun korang di tengah bandar, sila pergi kat respective service centre dan bagi IC dan nombor telefon korang untuk diorang periksa dalam sistem. Kalau masalahnya adalah sim card, mungkin diorang akan replace sim card dengan yang baru. Kalau Maxis, dia proses dapat on the dot, sat je tunggu, siap ugrade lagi. Dalam kes aku, replacement free je sebab bukan salah aku pun.

Nota kaki: Masihkah u olls ingat curi-curi keluar rumah nak guna public phone untuk call makwe/ pakwe sebab tak nak kantoi bila bil telefon rumah naik? Hehe...cerita zaman remaja!

28 comments:

  1. Duit syiling sgt berharga satu ketika dulu.. Sebab nak bergayut ngn bf guna public phone..ngehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sanggup kumpul kan kak...kalau pakwe sama negeri takpe lagi. Kalau jauh tu yang parah sikit

      Delete
  2. betul la sal, susah nak cari public phone sekarang, kalau ada pun rosak, memang menggelabah juga kalau tetiba takde kredit, tertinggal hp kat rumah ke..

    terkenang juga zaman bercinta dgn tunang ( skrg ni my larling ye ) pp memang jadi penghubung, bercinta dalam pp, ha ha..nak jumpa-jumpa takdelah, tak syariat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...oh ada kenangan gak ye.public phone kalau kat bandar ni memang susah nak cari. Dh jd bhn antik

      Delete
    2. Saya pernah tertinggal phone. Meraban cari public phone. Syiling pulak sikit.

      Delete
  3. Bagi ana, smartphone dan nokia campak kat hanjeng mmg diperlukan. Sekurangnye emegency, boleh gune fon lg satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..akk mmg sntiasa simpan satu nokia lama kt umah.kalau sesape hp rosak akan bertahan guna tu je.

      Delete
    2. Ritu smartphone rosak tapi xdecfon spare. Terpaksa beli another fon.

      Delete
  4. Haa..memang susah nak jumpa public phone.kalau ada pun kena jalan beribu tapak utk mencari.tapi cara tbaik macam Cik nun wat phone spare.so satu abis bateri ke line tak ada ka.leh guna lagi satu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau travel mmg bwk 2. Sebab smartphone ni bateri cepat je habis

      Delete
  5. Betul tu Sal..public phone ni memang penting kalau emergency...tapi sekarang ni memang susah nak jumpa...kalau ada pun mungkin susah nak guna coz no phone tak ingat..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. ..kena hafal nombor phone yang penting untuk emergency.

      Delete
  6. zaman asrama mmg rajin, siap syiling byk2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman belajar dulu pun akak macam tu..nak call mak, call kawan..macam la jauh sangat Kl ngan Johor..hehe

      Delete
  7. public phone mmg perlu utk waktu2 kecemasan . masalahnya tak semua tpt ada . klu nak minta tlg org call / pinjam phone , rakyat Malaysia bkn dlm kategori membantu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis..rakyat Malaysia bukan kedekut, tapi saya rasa banyak kes handphone kena curi. tu yang diorang takut nak tolong.

      Delete
  8. dah tak banyak dah public phone sekarang ni,anak kak ana selalu gunakan disekolah untuk call bagitau jika ada perubahan aktiviti,dulu kalau sal nak tahu kak ana sanggup jalan kaki ke kedai runcit dalam 1 km nak cari public phone call bf..hehe zaman remaja dolu2 lah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...ada jugak kenangan cinta monyet akak ye.saya dulu pun sama gak zaman sekolah dulu.

      Delete
  9. Walaupun sekarang nie zaman dah moden tetapi bagi Arol, public phone masih penting untuk kegunaan waktu kecemasan. Masa awal semester satu kat USM pernah terjadi. Dah malam, bateri henfon habis, cari public phone takde kat dalam USM. Hampeh! Hahaha. :D

    P/S: Tak pernah curi-curi keluar rumah nak guna public phone, sebab dulu takde makwe. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha? USM dah takde public phone. Dulu masa zaman akk ada lagi. Banyak la jugak. Suggest la pada MPP, hak public phone hak kami!hehe

      Delete
  10. hehe..kebanyakan public phone skrg takde ganggang..

    follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kan..takde gagang cmane nak guna

      thanks follow kak...sy dah balas kunjungan :)

      Delete
  11. memang tak relevan... tapi masih perlu kott time2 kecemasan..... dah follow nanti datang blog kami lagi yerrr.. comentator yang lain juga.. heheee~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...generasi sekarang tak nampak kot pentingnya ada public phone ni. thanks follow by the way :)

      Delete
  12. dulu public phone memg pntg...akak igt lg mse blaja dlu duit syiling memg byk..

    ReplyDelete
  13. Zaman public phone dulu, syiling adalah sesuatu yg berharga. Kedekut duit syiling

    ReplyDelete
  14. hahaha tepon pakwe ye? tak kose nak beratur kat public phone tu... dulu abah akak bg Mitsubishi phone satu.. ala hp yg baling kat anjing tu boleh arwah... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. .zaman sekolah parents tak bagi ada handphone. Dah masuk u baru dapat. Saya takde pakwe tapi teman member call pakwe tu selalu gak la

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com