Tuesday, 3 June 2014

Jun 2014 Movie Wishlist

Lamanya tak tengok wayang. Last layan The Amazing Spiderman 2 kat TGV KLCC. Since 2, 3 minggu mendatang ni rasanya agak free, so ingat nak gi jugak menerjah panggung. Filem-filem pilihan aku bulan ni adalah:

1. Maleficient

Image dari IMDB

Nak tengok sebab : 
i. Aku suka dark, twisted fairytale parody macam Hansel & Gretel, Snow White & the Huntsman dan Grimm.
ii. Angelina Jolie

2. CEO

Image dari CEO the movie FB

Nak tengok sebab :
i.Pelakon-pelakon dia best!!!Beto dan Remy tak payah cakap la, memang ada karisma lelaki Melayu yang tersendiri. Cristina Suzanne pun boleh tahan. Aku dah tengok dia berlakon dalam KIL.
ii. Jalan cerita dia cam sempoi je...

3. Abang Long Fadil


Nak tengok sebab : 
i.Syafiq Yusof sememamngnya ada bakat. Aku dah tengok SAM, tapi tu genre thriller. Nak tengok dia arahkan filem komedi pulak.
ii.Tengok trailer je aku dah gelak.Kalau yang sebenar lagi kelakar lah kot!
iii. Zizan Razak dan otai macam Yassin, Aman Graseka dan Harun Salim Bachik..Refreshing la jugak, kalau tak balik-balik muka sama gak kat wayang tu!

4. Godzilla

Nak tengok sebab : 
Saja...nak tengok remake. Adakah secomel yang versi 1998 (ke comel sebab Matthew Broderick tu comel?) . Tapi, aku benci reptilia..harap takde scene telur menetas. Yuck!!!

p/s: Dah tengok trailer Transformers 4 Age of Extinction?  Kurang berminat pulak sebab Shia LaBeouf takde, tapi tengoklah kot ada yang nak belanja, Kak Sal ko on je. Apa-apa pun aku menanti filem bawah ni walaupun katanya release 2016..hahaha.

 Batman vs Superman

So, filem apa yang korang teringin nak tengok??

33 comments:

  1. Ada masa boleh la pergi tonton wayang... :) k idah dah lama tak ke panggung...

    btw, nama awak sama dengan mak kiter laa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...nama saya memang klasik nasional gitu..hehe.senang orang ingat :p

      orang bujang kak..banyaklah masa nak gi ke mana-mana..hehe

      Delete
  2. huh! Movie malificient tu wajib! Sudah lama gua tunggu ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! review pun banyak kata best..

      Delete
  3. ohh.. banyaknye cite yg best-best.Mesti tengok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. best di mata saya la chegu..hehehe.

      Delete
  4. Wah banyaknya wishlist..selamat menonton Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun wish RDZ, harap-harap termakbul semua. :)

      Delete
    2. Sempat dah ke menonton, Sal?
      Banyak tu..:)

      Delete
    3. sempat tengok maleficient je...CEO maybe sabtu ni

      Delete
  5. Nak tgk 'abang long fadil'. Jom kak sal kite ngedate berdua gitu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..jom! Ana selalu tengok wayang kat ne? ;p

      Delete
  6. wah.. byk gak citer baru... tapi kena pilih la juga sbb dh de anak2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm..tak sure la filem-filem kat atas ni sesuai untuk budak-budak ke tidak.Maleficient tu rating dia PG13, so maybe boleh kot.tak pun maria tengok berdua jelah dengan encik somi.hehe

      Delete
  7. dpt tiket free tgk maleficent tu tp x g ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke?lain kali bagi lah kat saya..kecik tapak tangan, Stadium Wembley saya tadahkan

      Delete
  8. Dik,
    Suma x sempat nak tengok lagi..
    Sini wayang lambat sikit "sampai".
    Sbb Tok Sheikh kena "tapis" habis2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke?tapi baguslah kak, tu tanda diorang ambil berat tentang rakyat beragama Islam kat sana.kat sini kadang-kadang banyak benda tak senonoh yang terlepas pandang.

      Delete
  9. SAl : semua movie belum tengok..TAPI pernah dgr org cakap maeficeint tu cam best..JOM hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...ramai cakap macam tu. jom Kak JM. ;p

      Delete
  10. actually sy pun nak tgk sgt Maleficient...cumanya takda masa lagi nk pergi cinema...wuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tunggu weekend baru dapat gi. hari biasa tak berkesempatan.

      Delete
  11. ada masa pergilah///banyak cerita yang menarik ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih belum berkesempatan..mungkin hujung minggu ni :)

      Delete
  12. maleficent je yg dah tgk dlm senarai nih
    mcm nak tgk Abang Long Padil, tp takut x sesuai ngan bdk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang long padil tu rating dia pg13 rasanya.boleh budak-budak tengok pastikan diorang tak terikut-ikut dialog filem tu sudah.

      Delete
  13. Maleficent dah tengok. hehe. CEO macam best je. and of course Batman vs Superman. Byk2 superheroes paling jatuh hati kat Batman compare dgn lain2. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat lagi cite tu 2016 baru keluar..hehe.
      p/s: saya minat superman :)

      Delete
  14. Ramai review citer Maleficent tue best.. farah p plan nk p tgk hujang minggu nie..=D

    ReplyDelete
  15. Semua dalam list tu mmg best kecuali abg long tu huhuhuh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tengok ke? memang tak best ke memang awak tak berapa suka filem Melayu?

      Delete
  16. hebat2 nampaknya filem2 tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru sempat tengok maleficient. memang best pun sis

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com