Friday, 23 May 2014

NSTP RC Get Together 2014

Recently, department aku buat dinner kat Cititel Hotel, Mid Valley bertemakan 'RC Get Together'. Bos kitorang usahakan gak dinner ni sebab nak rapatkan ukhuwah sesama staff. Orang kuat event ni adalah Hasni. Dia yang paling rajin call sana-sini, booking hotel, cari penaja, cari hadiah dan kutip duit. Aku ni takat tolong-tolong mana yang patut di samping buat-buat sibuk. Kot harapkan aku jadi organizer memang alamatnya tak bergerak lah...haha

Warna tema dinner ni bos yang pilih iaitu Hitam dan Putih.

Mula-mula plan nak cari dress putih, ala-ala Greek gitu, pakai ngan shawl hitam, tapi malas plak nak cari dress yang betul-betul ngam dengan ketinggian aku. Last-last pakai maxi sleeveless hitam dengan kebaya Jalan TAR ni. Lilit shawl hitam cotton. Kebiasaan aku pakai bawal je.

Sila telengkan kepala anda..hehe

Di hari kejadian, setelah hantar separuh barang-barang macam hadiah dan hamper di waktu pagi, we olls ahli mini committee ni pun bergerak ke Cititel lepas sembahyang Jumaat. Dinner start pas Maghrib, tapi kenalah tolong vakum karpet dan pasang alas meja dulu. Haha..takdelah, tu semua orang hotel dah siapkan. Kitorang just buat deko, susun hadiah, prepare goodie bag dan check PA system. Ni gambar pre event.. p/s Hasni yang kat belakang aku tu.




Ahli committee posing sementara tunggu tetamu sampai

Sebelum makan, bos kitorang Encik Ramlan berucap dulu. Korang jangan tak tahu, Encik Ramlan dah kerja kat Resource Centre(orang-orang NST panggil library), since 1980. Sebab tu beliau pilih tema hitam putih sebab warna-warna tu sinonim dengan suratkhabar dan negatif filem. Dulu-dulu suratkhabar mana ada colourful cam sekarang dik oi..Pemilihan warna tak ada kena-mengena dengan panda ye..

Khusyuk dengar Encik Bos berucap(pix by Ash)

Acara yang dinantikan - makan time. Menu macam-macam sebab kitorang ambil menu international. Sesuai untuk semua bangsa dan agama.

pix by Ash

pix by Ash
Lepas makan, ada game dan kuiz

Pertandingan sambung straw terpanjang. Abaikan mat interframe

pix by Ash

pix by Ash
Next, lucky draw. Kak Sal korang bertuah la jugak 2 kali. Hehe.

all pix by Ash
 OKlah, kita layan gambar lagi sampai muntah..






















pix by Ash

keji they all amik gambar time aku sibuk kat goodie bag counter. cis.. (pix by Ash)

pix by Ash


 Nak tangkap gambar semenggah memang la susah..(pix by Ash)

Most of the pics aku tangkap sendiri, tapi some of it adalah hasil kerja photographer professional, Ash Nordin. Boleh contact dia kat ash.nordin@yahoo.com atau call 011-12809765 for his service.

And if korang nak buat apa-apa function kat Hotel Cititel, bolehla contact Yati kat talian 03-22962218. Kitorang liaise dengan dia lah untuk event ni.

Thanks for reading peeps!!

4 comments:

  1. Wahh..meriahnye akk. Hihi. Ayu kak sal pkai kebaya gitu. :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. best la jugak..alhamdulillah berjalan lancar semuanya :)

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com