Wednesday, 19 February 2014

Tak nak cakap pasal kahwin boleh?


Umur aku sikit je lagi nak masuk 30. Aku tak malu mengaku.

Aku belum kahwin. Dan aku hidup di dalam society yang mengukur value seorang gadis itu dari betapa 'lakunya' dia.

"Erm...dah tua pun tak kahwin lagi. Tak ada orang nak la tu."

"Ko ni ada tak kena ni...Dah try mandi bunga? Dah try berubat? Ko ada sakitkan hati mana-mana lelaki tak sampai ada yang berdendam?"

"Tak kesian ke kat Mak Ayah. Diorang pun teringin nak timang cucu".

One word...BOooooooooooooSAN!!!

"Yup, mungkin tak ada orang nak kat aku. Aku tak salahkan orang. Aku salahkan diri aku sebab tak cantik."

"Dah cuba dah berubat. Ustaz-ustaz aku pergi tu tak power kot? Ko ada suggestion lain?"

"Mak Ayah? Peduli apa. Hidup aku, sukahati aku!"

Kalau aku keji aku nak jawab macam kat atas ni. Tapi aku tak pernah rasa tak puas hati dengan ciptaan Allah. Walaupun aku tak la cantik giler sampai tahap lelaki toleh dua kali, tapi ada pancaindera yang cukup fungsi. Aku ada berubat..there, my confession! Still aku percaya doa dan ikhtiar kena seiringan. Takat sekali panjat Jabal Rahmah, haruskah aku salahkan Allah sebab jodoh belum sampai? Well, yeah, kalau kenangkan Mak Ayah memang aku sayu. Aku ada intai muka Abah masa dia tengok pak sedara aku nikahkan cousin aku hari tu. Aku tau dia teringin nak ucap "Aku nikahkan kau.. (nama bakal suami) bla bla bla..." . Terus aku blah sebab aku rasa nak nangis! Kau gila tetiba air mata berlinang kat wedding orang!

By the way, aku tak pernah sakitkan hati mana-mana lelaki. Lelaki sakitkan hati aku, tu ye, berlambak!

Aku ada adik, sedara-mara dan kawan-kawan yang berusia dalam lingkungan 22-25. Umur macam ni kalau ajak cakap pasal kahwin laju je! Kalau yang konon feeling cinta islamik tu suka la kalau pak Ustaz buka topik 'baitul muslim'. Pendek kata kalau kau tanya diorang pas habis belajar/ dapat keje nak buat apa, jawapannya KAHWIN!

Dulu aku macam diorang gak. Time tu senang jatuh cinta. Kat USM dulu punyalah ramai yang aku minat. Tapi yang aku suka betul-betul sorang tu jelah.

Usia meningkat. Soal kahwin menjadi topik sensitif lewat usia 26 tahun. Bukan aku je, ramai kawan-kawan dan sepupu-sepapat aku macam ni. What happen?

Mungkin, lagi berusia, lagi banyak pengalaman yang dikutip bila tiba soal kaum berlawanan. Diorang jadi lebih berhati-hati dalam menilai dan memilih.

Mungkin, lelaki berkualiti yang bujang makin berkurangan. Kalau ada pun, mungkin lagi muda. Option jadi isteri nombor dua. Erm...yang tu banyak.

Mungkin diorang dah putus asa. Dah letih, bosan, muak, jelak sebab banyak kali kecewa.

Kalau korang kenal sesapa umur 22-25 yang semangat gila nak kahwin, sila galakkan. Tolong dia kalau dia mintak. Sebab makin lama semangat tu akan hilang.

Semangat nak kahwin ni kalau hilang, susahlah.

Tinggal nafsu je.

Nafsu kalau diikut, lesu.

Entah...

2 comments:

  1. dalam islam tula jalan penyelesaian..poligami, kalau sanggup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah jodoh kak..nak cakap apa kan. Sedaya upaya elak jugak. Takut terambil lebih dari yang hak.sifat perempuan ni kadang2 penting kan diri.wallahu alam

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com