Wednesday, 18 September 2013

Lemak berkrim Kampung Santan

Money talks, bullshit walks - Rizuan Amri

Last aku tengok filem lakonan Hans Isaac adalah 'Misteri Jalan Lama', tu pun sebab Que Haidar pelakon utama. Filem tu agak mengecewakan aku sebab alam bunian yang cuba ditampilkan terlampau berlebihan dari segi kostum dan effect CGI. Tapi aku bukan nak cakap pasal 'Misteri Jalan Lama' tapi filem 'Lemak Kampung Santan' (LKS). Expectation aku tak tinggi, sebab sambutan kat panggung tak berapa menggalakkan sampai merajuk abang hensem kita tu nak buat filem lagi. Susah la semua nak merajuk. Syamsul Yusuf pun merajuk gak..asal David Teo tak nak merajuk dari buat filem entah apa-apa???Ah..dunia memang tak adil.


Hans Isaac merupakan pengarah LKS merangkap hero bernama Rizuan. Heroin filem ni Neelofa, sebagai Tiqa. Aku ni memang selalu skeptical dengan pelakon-pelakon 'ada rupa' ni sebab aku bajet diorang ni harap muka je tapi berlakon hampeh. Macam aku malas nak tengok lakonan Lisa Surihani suatu masa dulu. Tapi lepas tengok Muzikal Tun Siti Hasmah terus jadi peminat..huhu.

Al-kisah, ada sebuah kampung bernama Kampung Santan yang femes dengan Nasi Lemak Tiqa, gerai milik Tiqa dan ayah dia, Pak Wan (Harun Salim Bachik). Pak Wan ni suka sangat bercerita dekat semua orang yang datang beli nasi lemak kat situ tentang Hikayat Puteri Balinan. Macam nyanyuk pun ada jugaklah Pak Wan ni tapi maybe sebab dia ada anak dara cun, semua orang layan jelah dia. Tetiba company awek Hans, Sofia (lakonan Natasha Hudson) claim dia dah beli tanah kampung tersebut dan semua orang kena kosongkan tempat tu untuk pembangunan. Of course la orang kampung tak nak sebab diorang kata ada perjanjian tanah tu memang diorang punya. Rizuan rahsiakan identiti dia sebagai arkitek GHI sebab takut kena belasah masa first time sampai Kampung Santan, tapi lama-lama jatuh cinta pulak dengan si Tiqa. Erm...macam cerita tipikal orang kampung vs pemaju je..

Kalau u olls fikir macam tu, u olls silap !!! *tanda seru untuk bagi effect terkejut* Kampung Santan macam kampung biasa tapi orang kampung kat situ ada misteri yang diorang sembunyikan. Nak tahu rahsia apa, kenalah tengok sendiri filem ni. Conform puas hati sebab ini bukan takat cerita kampung bunian whatsoever mets kisah cinta tipikal.


Hans tetap nampak hot bagi someone berumur 40 something so boleh nampak chemistry dia dengan Neelofa. Dan aku dengan ini mengakui yang Neelofa ada bakat berlakon dan boleh pergi jauh. Pelakon-pelakon lain macam Natasha Hudson, Awie, Harun Salim Bachik dan Khir Rahman memang conform la mantap. Siapa sangka Khir yang nampak keras boleh bawak watak lelaki lembut. Tapi aku paling suka tengok lakonan budak yang bawak watak Amin tu. Ada sesapa tau nama dia??


Dari segi sinematografi, LKS cantik dan plot disusun mengikut kronologi, takde flashback ke, flash forward ke. Dari segi special effect, terhadam jugak lah. Aku bukan pembuat filem so tak layak nak cakap pasal ni. Tapi personally, aku rasa untuk part-part yang memerlukan special effect, nampaklah menjadi dan tak fake. Cuma ending filem ni rasanya boleh diperbaiki. 15 minit terakhir makin menarik tapi hujung-hujung filem macam nak cepat habis je.

Yang pasti lepas habis tengok aku craving nasi lemak.

Wednesday, 11 September 2013

What not to sing at your ex's wedding

Antara perkara yang aku paling teringin nak buat adalah menyanyi karaoke di majlis kenduri kahwin orang. Tapi tak pernah cukup keberanian. Huhu.Kau giler, kalau tak sedap kan malu. Mesti korang pernah pergi kenduri dan tetiba kena tadah telinga dengar orang yang conform suaranya ke laut sedang 'menyumbangkan' lagu. Adoi, pedih! Tak tertelan nasi minyak dalam mulut!


 Tapi kalau suara korang sedap sekali pun, sila jangan nyanyi lagu-lagu tersebut di majlis ex korang..Serious awkward!

1. Someone like you- Adele

I hate to turn up, out of the blue uninvited
but I couldn't stay away, I couldn't fight it,
I hope you see my face and that you'd be reminded that for me it isn't over

Dah over tu over je la kak oi..haram gi majlis orang kalau tak dijemput.

2. Air mata di hari persandinganmu- Yusnizar

Betapa sedih betapa pilu,
Melihat kau berdua di situ.
Berdua duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu

Tajuk dia pun dah tangkap nangis da..
 
3.When I was your man - Bruno Mars

I should have bought you flowers and held your hand
Should have gave all my hours when I had the chance
Take you to every party cause all you wanted to do was dance
Now my baby is dancing, but she's dancing with another man.


Dah terlepas kat orang lain, nak buat cmane..dulu orang tu depan mata kau tak hargai.

 4. I will remember you - Sarah Mclachlan


 I will remember you, will you remember me?

No dear, I will not remember you.

5. Tenda Biru- Dessy Ratnasari

Tanpa undangan diriku kau lupakan,
Tanpa utusan diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa kau buat ku merana

Sesuai untuk ex yang ghaib macam hantu dalam botol tetibe tengok kahwin ngan orang lain.


Tapi tenda biru version video atas ni memang serius bangang!!haha

6. Mahligaimu dari air mataku - Lestari

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepi ku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diri ku


 Alololo...jangan terhumban dalam gaung dahla ye kawan-kawan.

7.Selamat Tinggal Bungaku - Tan Sri S.M Salim

Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku


Sob...sob...Selamat tinggal awak. Eh, tetibe!

8. Without you - Mariah Carey

I can't live
If living is without you

I can't live
I can't give anymore 


Seriously? Tak boleh hidup? Lagu ni hanya layak ditujukan untuk oksigen dan air sahaja. Sekian

9. Cinta dalam Hati - Ungu

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya 


My personal favourite..kalau yang berkenaan terbaca post ini dia tahulah kenapa.

10.Ku sapu air mata perpisahan - Stings

Ku ku ku ku derita
Kau kau kau kau berpura
Diriku menangis engkau ketawa hooo…

Kau Kau Kau aku sayang
Ku ku ku kau singkirkan
Siksa aku selamanya haa…



No offence kepada orang yang buat lagu ni, tapi aku rasa lirik dia agak kelakar. Cam lagu dangdut pun ada..hehe. 'Seronok' dengar orang karaoke lagu ni dengan penuh perasaan.

Memang frust bila cinta tak kesampaian, tapi tak perlu ditangisi dia yang dah jadi milik orang lain.

Pfft!!Aku memang pandai nasihatkan orang..

Dah apahal aku buat entry pasal kahwin time tengah jiwa kacau ni?

Ok..bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com