Wednesday, 10 July 2013

Someone like him

Hari tu aku jumpa someone. Not just anyone. Tapi someone.

Gila!! Dah lama tak rasa macam ni. Padahal borak ngan dia tak sampai sejam. Complete stranger,  nama penuh pun tak tanya.

Dia muncul macam mimpi. Entah...mungkin ujian dari Allah. Nak tengok adakah kehadiran dia menggugat konsentrasi Ramadan aku.

Sejujurnya, kehadiran makhluk bermata bulat, berkulit cerah itu memang menggugah jiwa. Haircut dia pun cute!

Tapi sekarang dah sepi. Mesej x berbalas dan aku tak cukup keberanian nak  call. Ah, mintak nombor phone berani pulak! Mungkin dia dah berpunya..atau mungkin dia tak mau konsentrasi Ramadan dia terganggu by some random girl yang tolong dia masa dia sesat kat KL hari tu.

Biarkan ajelah..sebab bila tiba soal lelaki aku memang tak pernah bertuah.

Si Someone ni pun satu. Dalam ramai2 orang kat situ kenapalah tegur aku.

Korang tau ayat pertama dia tanya aku?

Maghrib masuk pukul berapa?

Lelaki yang amik port waktu Maghrib di bulan selain Ramadan is definitely Someone.

Hey awak, jaga diri tau! Jangan salah naik tren lagi!

Allah lebih mengetahui....

Salam Ramadan untuk semua!!!

Saturday, 6 July 2013

Azam Ramadhan

Wah..ingat tahun baru je ke ada azam? Nak sambut Ramadhan pun kena ada azam tau. Yelah, bulan Ramadhan atau lebih mesra dipanggil bulan Puasa ni setahun sekali, so kenalah manfaatkan sepenuhnya. Tahun depan belum tentu jumpa. Tok sah kata tahun depan la,Ramadhan 1434 hijrah yang tinggal beberapa hari lagi ni pun belum tentu sempat jumpa. Soal umur ni bukan boleh dijangka, kan? So, sebelum Syaaban melabuhkan tirai, apa salahnya pasang niat..kan dah dapat pahala.

Soalan cepu emas...kenapa kita kena puasa? Sebab nak menyelami penderitaan orang-orang susah? Sebab nak kuruskan badan? Sebab kalau tak pose tak boleh raya? Sebab nak melatih diri membentuk sifat sabar dan membersihkan hati? Hurm..jawapan paling tepat, senang je..Sebab Allah suruh. Bukan sebab Ayah suruh, Bini suruh atau Laki suruh. Perintah Allah kita kena la ikut tanpa banyak soal..ok?


Al-Baqarah Ayat 183

Phew...dah start entry dengan serius sekali, moh le kite rilek sikit.Kali ni aku nak share ngan korang azam Ramadhan aku..Nak baca, silakan, kalau tak nak sila tekan butang pangkah di penjuru kanan skrin kalau korang pakai Windows dan belah kiri kalau pakai Mac.Terima kasih..jangan datang lagi.

1. Nak banyakkan bangun malam
Bukan bangun sebab nak ke tandas atau sebab mengigau. Bukan jugak untuk tengok bola (Yang ni senang pulak kann!) Tapi bangun untuk buat solat sunat, walaupun sikit. Susah wooo, sebab walaupun setan takde dok bergayut kat kelopak mata, tapi kalau spesis suka tidur memang susah nak break this habit.So, marilah kita ambil kesempatan perbanyakkan Qiamulail di bulan yang mulia ni lebih-lebih lagi di 10 malam terakhir, moga-moga dapat jumpa Lailatul-Qadr.

2.Nak prepare sendiri juadah berbuka on weekend
Masa untuk memantapkan skill memasak yang hado!!Kalau hari bekerja memang tak dapek, sampai rumah dah nak dekat Maghrib. So, hujung minggu adalah waktu yang tepat untuk meringankan beban Mak. *Senyum*

3. Perbanyakkan tadabbur Al-Quran
Tadabbur ni bukan takat baca kosong tanpa tahu makna. Juga bukan setakat baca al-Quran dengan tafsir. Tadabur ni baca, faham dan selami apa yang dinyatakan, supaya dapat praktikkan dalam kehidupan seharian. Wau...bunyi macam susah tapi harus diusahakan walau sekadar sehari 5,6 page je.Chaiyok!

4. Perbanyakkan sedekah
Sedekah di bulan puasa ni pahalanya berrlipat kali ganda tau! So, janganlah kedekut sangat, duit bukan boleh bawak ke kubur. Esok kalau ditakdirkan takde anak soleh nak doakan kita lepas mati, pahala amal jariah tu juga yang jadi peneman.

5.Jaga mata, Jaga Lidah, Jaga Hati
Bab tahan lapar,tahan haus takdelah berat mana. Tapi bab tahan mata dari tengok benda tak senonoh, susah jugak..Tahan lidah dari mengumpat? Wau, sebagai wanita biasa yang lumrahnya suka bergosip, hok ni memang berat nanang!!!Kang kalau aku tak cakap, kawan aku yang cakap cmane?So, korang tolong jangan mengumpat depan aku ek...kalau aku yang intro dulu korang marah aku laju-laju! Jaga hati? Hati yang telah terluka ini, aku serahkan pada-Mu Allah untuk menjaganya ~Statement Poyo~

6.Tak mau seksi-seksa
Hak tuih, cicak kubing!Seksi apanya engko! *Yang ni aku No Komen!Hahaha!!*

7.Nak perbanyakkan doa
Antara doa yang dimakbulkan adalah doa orang yang berpuasa, sehinggalah dia berbuka. Bukan takat doa untuk diri sendiri je, tapi doa untuk keluarga, untuk kawan-kawan, untuk negara Malaysia yang makin hari makin entah apa-apa dan untuk umat Islam seluruh dunia #Pray4Mesir #Pray4Syria #VivaPalestina

8.Tak nak jadikan puasa alasan untuk malas
Ni tahun kedua aku berpuasa di syarikat aku kerja sekarang. Kerja dalam aircond, depan komputer takdela apa sangat berbanding kerja berdiri melayan visitor suatu masa dahulu atau kerja retail yang ada shift. So, takde alasan untuk curi tulang okey! Pergh, ni kalau bos aku baca ni mati aku!!

Tak sabar menanti ketibaan Ramadhan. Hopefully dapat penuhi semua azam aku dan istiqamah untuk bulan-bulan seterusnya.Amin...Selamat Menyambut Ramadhan u olls!!Semoga kita semua beroleh keredhaan dan keampunan Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com