Saturday, 23 February 2013

What I learn from Creative & Critical Thinking Training

Baru-baru ni bos aku hantar aku ngan sorang colleague g training KBKK selama 2 hari. Atau dalam bahasa omputihnye, Creative & Critical Thinking. At first aku terbayangkan bengkel yang maha bosan.Apatah lagi bila dapat tahu fellow participants semuanya orang perpustakaan. Tapi sangkaan aku meleset. Fasilitator kitorang, Dr.Ibrahim Nor memang best. Peserta lain, mula-mula je nampak skema, lama-lama bila dah buat aktiviti sama-sama terserlah jugaklah kesengalan diorang.Huhu...

So, aku nak share sikit la apa yang aku belajar kat training tu. Nak explain secara lisan aku tak berapa pandai, so aku taip la kat sini untuk perkongsian bersama. Ilmu kalau simpan je lama-lama lupa ye dok? So, baik sebar-sebarkan. Antara point menarik yang aku belajar ialah...

1. Otak manusia terbahagi kepada dua. Otak kiri dan otak kanan.Otak kiri lebih kepada pemikiran logikal, analisis, rasional dan kritis. Otak kanan pula merangsang kreativiti, imaginasi dan perkara-perkara seni. Nak clear lagi, rujuk gambar ihsan google ni...


2. Orang kata, orang kidal ni biasanya kreatif. Sebab penggunaan bahagian badan di belah kiri yang kerap akan merangsang otak kanan untuk 'bekerja' dan begitulah sebaliknya. So, kalau nak pandai dua-dua, kenalah banyak bergerak. Jangan dok depan Tv je..ops,sendiri taip sendiri terasa!

3.Multi-tasking is actually a bad,bad idea. Sebab bila kita cuba melakukan lebih dari satu kerja pada satu masa, otak kita akan keliru. Sebaik-baiknya adalah fokus pada satu perkara sahaja at a time. Selain dari tu, kalau nak kuatkan ingatan kena guna teknik repetition (ulang-ulang), clarity (jelas) dan gunakan elemen bunyi, contohnya lagu ke, rhyme ke, sajak ke..dan juga warna. Ingat tak zaman sekolah pakar motivasi suka suruh buat nota pakai pen kaler kaler? Sebab warna boleh membantu menguatkan memori.

4. Antara tools yang efektif untuk critical thinking adalah 'Force Field Analysis' yang diperkenalkan oleh Kurt Lewin. Mula-mula kita kena kaji masalah/ situasi kita. Kena analisa 4W and 1H. Who, What, Where, When and How.Lepas tu baru la brainstorm cadangan tindakan untuk atasi masalah tu. Ini pun guna teknik 4W, 1H. Lastly kita kenalpasti halangan untuk melaksanakan tindakan kita tu. Barulah kita nampak masalah dan jalan penyelasaian dalam ruang yang lebih luas. Nak lebih nampak lagi, guna peta minda.

5. Kitorang belajar jugak tentang 'Affinity Diagram'. Ni idea seorang ilmuan Jepun, Kawakita Jiro. Aku rasa tool ni memang bijak dan sesuai untuk company besar di mana pekerja dia takut nak luahkan secara direct dekat bos. Dr. Ibrahim Nor kata kat Jepun diorang memang buat ni. Contohnya bagi satu topik/masalah/ situasi, kemudiakan sediakan ruang seperti dinding kosong supaya staf boleh tulis apa je yang berkaitan atas kertas dan tampal. Apa sahaja...Lepas tu baru asingkan kepada kategori punca, cara mengatasi, kesan, dan apa-apa kategori yang sesuai. Kumpulkan idea-idea berkaitan dalam satu kumpulan kecil. Ni contoh yang aku dapat dari google image.


Insya Allah kalau ada kesempatan aku akan share pasal 'Creative Thinking' plak..

Wallahu 'alam.

Wednesday, 13 February 2013

Tuesday, 12 February 2013

Kau siapa nak sound aku?

Kau siapa nak sound aku??

Ah, macam bagus!!!

Betulkan diri sendiri bro..

Rasa macam biasa dengar ayat ni kan?Kadang-kadang tanpa sedar kita yang menuturkannya.

Kenapa harus marah bila menerima kritikan? Mungkin yang menegur tu ada kala salah caranya,mungkin kasar bahasanya, mungkin kasar bunyinya.. Tapi tak bolehkah kita dengar dulu? Jangan cepat melatah. Orang takkan saja-saja nak menegur kalau kita tak buat silap. Banyak lagi benda berfaedah yang dia boleh buat.Tapi kenapa masa yang dia ada tu, digunakan untuk membetulkan kita??

Seorang ustaz pernah cakap dengan aku, " Jangan pandang orang yang berkata, tapi dengar apa yang dia katakan.. Maksudnya, jangan cepat menuduh orang yang menegur tu tak layak untuk beri kritikan. Kalau pun dia tak menutup aurat dengan sempurna, kenapa nak melenting bila dia ingatkan kita suruh solat? Kalau pun dia mengabaikan solatnya, kenapa nak marah bila dia tegur kita sewaktu melakukan maksiat? Siapa kita untuk menentukan siapa yang layak berdakwah, siapa yang tidak? Dosa pahala itu semua urusan Allah.

Aku sendiri bukan seorang yang layak bicara soal agama. Auratku, solatku, ibadahku sendiri masih tak terjaga sempurna. Tapi kita semua manusia, tak lari dari melakukan dosa. Fitrah manusia itu pelupa.Kena saling mengingati.

Bukan saja bila bicara soal agama, dalam hal-ehwal seharian pun kita patut peka dengan kritikan. Asyik nak dengar apa orang cakap pun bukanlah sesuatu yang baik. Tapi kadang-kadang kita kena fikir, kenapa orang tegur kita? Kenapa kawan kita sound kita? Kenapa mak ayah kita membebel? Kenapa bos kita asyik tak puas hati dengan kerja kita? Rasanya, korang tau sendiri kan jawapannya...

Next time kalian ditegur, senyumlah dan ambil pedoman apa yang patut. Ikut hati, mati, ikut rasa binasa...Tepuk dada, tanya iman, tanya Tuhan..

Thursday, 7 February 2013

Andai ku bercinta lagi..

Image credit
Dah dua tahun. Lebih. Sejak dia sebagai rasminya jadi milik perempuan lain. Aku? Masih sama. Pernah cuba paksa diri untuk jatuh cinta. Tapi gagal. Bukan aku tak mencuba. Mungkin juga ia silap aku. Kerana terlalu berhati-hati dalam mempercayai lelaki, aku tutup mata setiap kali peluang hadir menjengah. Ah,hati aku memang dah tertutup. Bermangga. Dengan kombinasi yang hanya dia saja tahu. Dia, yang pernah aku sayang suatu masa dahulu.

Kalau kalian tanya adakah rasa itu masih ada, jawapan aku rasa itu sudah lama pergi. Aku dah cukup banyak menangis. Luka di hati aku dah lama sembuh. Namun ada kalanya aku teringat. Bila aku pergi tempat aku pernah pergi dengan dia. Bila aku dengar lagu yang pernah jadi kegemaran kami. Bila aku teringat senyuman dia, kata-kata dia, gurauan dia, rajuk dia...Aku tak rindukan dia, cuma aku rindu rasa itu. Ingin sekali aku jatuh cinta lagi. Tak, aku tak ingin dia kembali. Dia dah lama aku lepaskan dari hidup aku. Dan aku tak ingin seorang seperti dia. Sebab dia adalah kenangan. Aku ingin hidup dengan masa depan.

Andai ku bercinta lagi, aku ingin untuk selamanya...

Wednesday, 6 February 2013

Ada sesuatu...

Pix origin : Unknown...
Lihat gambar ni dengan mata hati, apa yang kalian rasa?
*Habuk masuk mata...*

Rahsia Ultraman yang ramai tak tahu

Gambar dari google
Setiap kali aku tengok Ultraman (dulu la, masa kecik), aku selalu terfikir, kenapa diorang tak bunuh terus raksasa?Pulun bergasak penat-penat, runtuhkan banyak bangunan dan bagi penonton 'mini heart attack'. Bila lampu dah kelip-kelip baru nak fire. Kita pun tepuk tangan sebab happy padahal tau dah Ultraman akan menang. Dah besar ni, bila aku terpaksa tengok Ultraman Mebius dengan anak sedara aku yang dengan berjayanya menakluk TV setiap kali cuti sekolah, aku terfikir sesuatu. Mungkin ada sebab Ultraman digambarkan sebegitu...

Pertama, aku rasa dia nak bagi peluang raksasa tu ubah fikiran dan balik  ke tempat asal. Ultraman sebenarnya makhluk yang peaceful, tak suka gaduh-gaduh. Dia lawan raksasa pun sebab raksasa datang cari pasal ngan penduduk bumi. Kalau perhati betul-betul di awal-awal perlawanan Ultraman biasanya just pertahankan diri. Dah kena debik dua tiga kali barulah diorang bagi sejibik dua kat raksasa tadi. Still, diorang takkan bunuh raksasa tu sampailah saat akhir. Pernah tak korang tengok episod di mana raksasa tak dibunuh sebaliknya dihantar balik ke planet asal diorang? Itulah, lembut hati sebenarnya superhero bernama Ultraman ni.

Kedua, nak tunjuk betapa pentingnya sokongan dari orang sekeliling kita untuk bantu bangkit dari kegagalan. Scene cliche' dalam cite Ultraman adalah kalau lampu dah kelip-kelip, kamera akan fokus kat muka budak kecik, orang awam atau kapten Pasukan Guts yang akan bercakap dalam nada lembut tapi tegas "Ultraman, bertahanlah!" . Boleh plak si Ultraman ni dengar suara hati diorang dan tetibe jadi lagi kuat dari biasa. Itu tak termasuk suara korang-korang yang menyokong kat depan TV...

Ketiga...apa yang penting? Kerjasama!Setiap kali ada raksasa muncul, pasukan Guts akan berusaha nak lawan. Walaupun tau dah Ultraman akan tolong. Kaya diorang ni sebab setiap kali pun ada jetfighter yang meletup. Biasanya jetfighter yang ada watak yang bakal bertukar jadi Ultraman. Duh!!! Nampak la usaha diorang nak tolong bunuh raksasa walaupun peluru berpandu diorang tak ubah macam gigitan nyamuk je kat raksasa tu.

Keempat... nak habiskan masa. Bayangkanla, kalau cerita Ultraman tunjuk raksasa keluar, Ultraman fire dan cerita habis.Conform bosan!!! Kat sini aku salute kreativiti pengarah diorang. Bukan senang nak keluarkan idea baru. Kalau tiap-tiap kali pun raksasa keluar dari air mesti penonton muak. Separuh masa pertama setiap episod nak tunjuk cmane raksasa tu 'develop'. Separuh kedua baru gaduh.

Yang pasti cerita Ultraman yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu akan cakap "Tak Guna!", at least sekali dalam setiap episod. Dan pengakhiran tipikal adalah Ultraman yang dah transform jadi manusia balik (baju tak koyak, aku musykil) akan muncul dari entah mana-mana sambil jerit, "Woi, saya kat sini la...!".Haha, that one never gets old. Kita je yang makin tua. Mungkin sebab tu kita dah tak enjoy cerita Ultraman cam masa budak-budak dulu.

Apapun aku harap penerbit Ultraman tak 'fire' aku sebab dedahkan rahsia diorang..

Sunday, 3 February 2013

Erti Sayang

gambar hiasan
Sewaktu entry ini ditaip,aku sebenarnya tengah sedih.Sebab one of my favourite cat baru je jadi arwah.Yang membuatkan kesedihan aku berkali-kali ganda adalah aku salahkan diri aku di atas kematian dia. Masa tu dia tengah main atas jalan,aku nampak tapi aku buat tak tau je.Tetibe jiran aku reverse kereta dengan agak laju dan terlenyek dia. Si Gemuk lari balik rumah,nampak sangat dia panik.Maybe kucing pun macam kita, anggap rumah adalah tempat paling selamat, so first defence dia adalah balik pada keluarga yang sayangkan dia. Aku ingat just terlenyek kaki tapi Mak cakap mulut dia berdarah.Dia menggelupur for a few seconds before dying.Right in front of our very eyes. Aku speechless.Apatah lagi bila tengok mak dia dok jilat darah kat muka dan kaki si Gemuk. Adik-beradik dia mengiau-ngiau tepi dia macam tak percaya kakak diorang dah mati.Aku gi kat dia,tutup mata dia then mintak maaf.Aku harap jangan kat akhirat dia salahkan aku sebab gagal sebagai seorang owner.Aku salahkan diri aku sebab fail untuk protect dia.Aku bungkus dia dalam plastik then letak dia tepi tong sampah sebab time tu dah malam, takkan nak gi tanam plak..Lepas tu aku terus kurung adik-beradik dia lagi dua ekor.Sambil tu aku pesan, korang jangan la main atas jalan ye..

Peristiwa ni buat aku terfikir...kalau kita sayang seseorang,perlukah kita 'simpan' dia all the time sebab tak nak dia cedera?Perlu ke kita nak dia ada depan mata sentiasa sebab nak dia selamat?Tapi semua makhluk ada hak untuk bebas.Apatah lagi manusia. Aku terfikir, macamana rasanya ibu bapa lepaskan anak diorang keluar rumah setiap pagi dengan seribu satu kemungkinan boleh berlaku kat luar sana.Tapi takkan nak kurung anak kat rumah kot?Takkan nak ikut diorang all the time?Tak..kita tak boleh protect orang yang kita sayang 24 jam. Kita kena lepaskan diorang untuk belajar hidup sendiri. Selalu jugak aku terbaca kat suratkhabar tentang budak hilang.Kalau budak kecik mungkin boleh salahkan mak bapak la,leka dalam tanggungjawab diorang.Tapi kalau dah besar, dah remaja? Betul kata pepatah,melentur buluh biar dari rebung.Dah besar dah susah nak controll. Sebab setiap manusia ada naluri untuk hidup bebas.Itu lumrah.

Erti sebenar sayang bukanlah mengongkong..Ambil berat itu perlu tapi kalau nak orang kita sayang ada depan mata sepanjang masa itu mustahil...Bak kata pepatah omputih " If you love something let it go, if it came back back it's for yours to keep".

Saturday, 2 February 2013

Mohon TV tayang filem-filem Melayu ini

Aku suka tengok TV...Kalau aku kt rumah,selagi TV ada rancangan best,selagi tulah aku mengadap.Ada jugakla cita-cita nak kurangkan tengok TV so boleh habiskan masa buat benda-benda yang lebih berfaedah..tapi tu lah,sambil taip post ni pun,aku tengah tengok TV..
Makanya,dari pengamatan aku yang kerdil ini,ada a few filem Melayu menarik yang agak susah nak ditatap di layar kaca.Amboi,berbunga betul bahasa!Calon-calonnya adalah...

1.XXRay II


Filem ni sambungan dari XX Ray 1, tapi aku rasa jalan cerita keduanya jauh berbeza. Dalam sekuel ni, budak-budak tu buat mesin masa pulak, pergi zaman Hang Tuah dan terperangkap kat sana. Aku suka cara Aziz memanipulasikan Sejarah dan Sains tanpa merubah fakta.Filem ni cubaan yang berani dan lain dari yang lain. Teknologi dia pun boleh tahan.Tak nampak kartun sangat.Ala,nama pun filem 90-an..

2. Bukit Kepong

Kredit pix: Joms Layansss

Entah kenapa,susah betul nak nampak filem ni ditayangkan di Astro mahupun stesen televisyen tak berbayar.Filem ni bagus dari segi jalan cerita,lakonan dan aksi. Mana yang hati tisu boleh menitiskan air mata kalau tengok filem ni. Mohon Dato' Yusof Haslam buat remake.












3. Puteri Gunong Ledang
Ni bukan version Tiara ngan M.Nasir, tapi versi tahun 1961, hitam putih punya. Tak tau kenapa dalam banyak-banyak filem Melayu klasik aku suka filem ni.Boleh je tengok kat youtube tapi alahai kualiti video dia low.Tak terserlah kehenseman Mazlan Ahmad yang melakonkan watak Tun Mamat.Serius wei,hero dulu-dulu hensem dan muka keMelayuan.Hero sekarang banyak muka mix dan jambu je.









4. Leftenan Adnan
Kalau orang lain nangis tengok filem jiwang,aku lak nangis kalau tengok filem perang.Maybe sebab lakonan mantap Hairie Othman buat kita rasa betul-betul menjiwai semangat dalam diri Leftenan Adnan Saidi.Tapi trend TV kita nak hari Merdeka je baru tayang cerita-cerita macam ni.Tayang je time cuti sekolah,kan bagus.Time Hari Raya ke...Deepavali ke, Krismas ke...

5.Kami
Bukan Kami the Movie,that one aku belum tengok.Ni filem Kami lakonan Allahyarham Sudirman. Tahun 1982 ,aku pun belum lahir lagi. Filem ni memaparkan nilai persahabatan, kelangsungan hidup dan ketabahan yang sangat tinggi.Tambah pulak lagu-lagu arwah sebagai soundtrack.Ini filem yang patut ditonton.Nak tunggu kat TV lambat, korang tengok la kat youtube.

6.Adik
Filem ni mengisahkan budak terencat akal,lakonan Os sebagai adik kepada Mustapha Kamal.Diorang ni anak yatim-piatu.Aku respect bagaimana Os yang terkenal dengan watak kelakar boleh melakonkan watak yang boleh menerbitkan rasa kesian yang mendalam dalam  diri penonton. Still,elemen komedi diselitkan here and there.

7.Soal Hati

Filem Afdlin Shauki ni pernah menimbulkan fenomena jugak.Time ni Afdlin kurus, siap jadi hero lagi. Walaupun jalan cerita dia cliche', tapi aku rasa skrip dia dah diolah dengan baik so kau rasa terhibur dan seolah-olah menyokong usaha Ahmad nak dapatkan Ain. Rasanya dalam list aku, ni je kot cerita kategori jiwang yang aku teringin nak tengok.Huhuhu.Oh Sal,jiwa romantik kau dah mati ke?

8. Dunia Baru the Movie
Siri 'Dunia Baru' dan perjalanan aku di universiti memang seiring. Mungkin sebab tu drama dan filem ni dekat di hati aku. Filem ni kelakar tanpa lawak yang slapstik dan memualkan. Filem remaja yang light tapi fun.Rasanya hanya TV3 jelah yang akan tayangkan filem ni pun.Tapi tak tahu bila.Mungkin tak akan ditayangkan atas faktor nanti kena tayangkan pulak drama dia sebagai reference.

Sila roger aku kalau filem-filem ni ditayangkan di TV.Sebab aku tak suka menonton dari skrin komputer.Tak feel.

Friday, 1 February 2013

Ada ke pengguna FB buat gini lagi?

Kredit google image
Facebook...majoriti kita ada facebook.Atau singkatannya FB.Daripada budak sekolah sampai ke nenek kita kat kampung, semua nak ada akaun FB. Kalau tak ada,korang akan dianggap noob.Somehow aku kagum FB masih bertahan,belum berkubur cam Friendster atau MySpace.Anyway, entry kali ni aku nak membebel pasal perkara-perkara yang orang selalu buat masa FB tengah top,hot,meletup suatu masa dahulu.Tapi kalau korang still buat benda-benda ni,korang akan dianggap lame di mata masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.

1.Poke
Aku memang menyampah orang poke-poke ni.Rasa nak hempuk je!

2.Kirim kad raya,kuih raya, baju raya...
Haha,masa aku join FB 4 tahun dulu,kebetulan time tu bulan puasa.Aku tengok orang buat,aku pun buat gak lah.Naive betul aku.Padahal,bukannya boleh dapat betul-betul pun.But it was fun...rasa cam toughtful je 'bagi'  lemang kat member yang raya kat oversea.pffft!!

3.Tulis kat wall 'Thanx for adding me'..
Jarang orang buat macam tu lagi sekarang.Ke aku yang tak buat?Ke orang yang tak add aku??Huhuhu.Rasanya orang still buat,tapi ayat dah diubah suai sikit.'So,bro, apa citer??' rasanya lagi OK kot.Takdelah nampak cam ko desperate sangat nak berkawan ngan seseorang tu.Walaupun itu adalah hakikatnya..hahahha.

4.Interbiu Sosial
Dulu formspring memang famous.Orang boleh tanya kau soalan,kau jawab then publish kat FB..Seronok gak apps ni.Then ada 'social interview'. Yang ni kau jawab soalan yang apps ni tanya kat kau.Tentang diri sendiri,takpun tentang kawan-kawan FB kau.Rajin jugak la dulu aku layan sampai 20 soalan tentang sesetengah kawan FB yang aku tak pernah jumpa pun.huhu.

5.Jawab kuiz.
Kenali personaliti anda melaui warna kegemaran...Adakah anda seorang yang cantik?Pekerjaan yang sesuai untuk anda..Adakah si dia juga menyukai kamu??Rumah baru kamu nanti sepatutnya warna apa?
Entah sape-sape je yang create kuiz ni.Sesetengah tu entah apa-apa.Tapi orang tetap akan spend time untuk buat.Termasuk aku.Ala,saje je,bukan percaya pun.

6.'Log in FB dapat duit'
Ok,aku memang annoyed kalau kena tag gambar orang pegang duit berkepuk-kepuk suruh ko join scam dia.Terus aku remove tag dan unfriend.Apakah ini?Kalau betul semudah tu untuk kaya,maka takdelah orang miskin kat dunia ni.Nasib baik fenomena ini dah berakhir.

7.Spread rumour yang FB akan ditutup
Adoi la..ini memang lame.Tolonglah berenti.Please,please,please...

Akhirul kalam,jadilah pengguna FB yang berhemah..Bubye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com