Friday, 20 December 2013

Memoir si mangsa ragut


Rasa macam baru semalam peristiwa nyaris kena ragut itu terjadi. Masih terngiang-ngiang bunyi motor yang laju datang dari belakang dan tetibe aku sedar aku dah atas jalan. Aku bangun, kepala macam berpinar sekejap. Aku ingat aku terjatuh sebab tersadung batu ke apa ke, tapi bila aku angkat handbag aku, aku tengok beg aku koyak. Dalam pening-pening tu aku nampak motor tu blah, penunggang dia sorang dan plat motor cam blur je pada pandangan aku. First line of defense, aku terus balik rumah dan ketuk pintu macam nak pecah. Adik dan anak saudara aku ada kat rumah masa tu. Sambil menggigil aku cerita kat diorang.

Aku tak buat laporan polis pun sebab tak ada bukti aku nak tampilkan.Lagipun tak ada barang yang hilang. Bangang peragut ni ragut beg silang sah sah la tak dapat! Malam tu pas parents aku balik dari surau, diorang bawak aku gi klinik. Dapat 2 hari MC sebab terkejut dan sakit-sakit badan. Esspecially belah kiri sebab bahagian tu yang jatuh tersembam ke jalan. Nasib aku baik sebab jatuh atas jalan. What if aku jatuh dalam longkang? What if jatuh tu aku pengsan dan tak ada orang sedar? What if peragut tu bawak kawan? What if dia ada senjata??What if dia patah balik??

Aku ambil masa agak lama untuk recover. Nak keluar sidai kain pun takut, walaupun di siang hari. Nasib aku baik Abah masih bekerja di UM waktu itu so dapat la aku ulang-alik dengan dia.

Tapi traumanya aku masih rasa sampai hari ni. Setiap kali lalu jalan yang sama tak kiralah pergi atau balik kerja, aku akan tetap berdebar-debar macam jantung nak meletup. Aku sekarang tak suka berjalan mengikut arus trafik, mesti bertentangan supaya aku nampak kenderaan datang dari depan Beg tangan comel dan tali pendek hanya untuk travel yang menggunakan kereta 100 peratus. Peristiwa itu mengajar aku erti aware. Sentiasa bawak senjata dalam beg dan bersedia untuk seribu satu kemungkinan. Aku jadi paranoid. Naik kereta terus kunci pintu. Masuk rumah pun sama. Yang pasti, bunyi motor dari belakang tak kisahlah walau kat mana pun akan membuatkan jantung aku berdegup kencang macam nampak Brad Pitt depan mata.

Keji betul manusia bergelar penjenayah ni kan? Kita claim negara kita negara maju, negara merdeka. Tapi apa erti merdeka kalau nak keluar rumah pun takut??

Apa-apa pun...


4 comments:

  1. salam.kesiannya ada pengalaman ngeri mcm ni.hopefully u can recover soon.kuatkan semangat ye. nnt free singgahla ke blog noly ye www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Pengalaman saya yang lahir dan membesar di bandar, tinggal di bandar tak sama tinggal di kampung. Di bandar, kita lebih curiga dengan orang sama ada ia boleh dipercayai atau tidak. Adakah tanda kita curiga, kita lebih aware?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di bandar lebih susah nak percaya orang. better paranoid than sorry.

      Delete
  3. Oh, begitu ceritanya! Nasib baik takda dokumen penting yang hilang. Kalau tidak satu kerja lagi. Mujurlah juga jatuh atas jalan dan tak pengsan. Kalau pengsan macamana? Kalau jatuh terhantuk batu macamana? Kenapalah peragut ni jahat sangat hatinya yerk? Cubalah kena pada kaum keluarga sendiri, macamana rasanya? Atau memang jenis orang tak kisah pun adik/emak/kakak mengalami peristiwa ragut?

    Akak ni dah lama tak berjalan di tepi jalan besar. Kalau ya pun, dah tentu-tentu akak berjalan melawan arus. Beg pulak memang pusing letak ke depan. Asal berselisih dengan orang jer, tau ada orang di belakang mahupun bunyi motor, akak dah terasa dapdupdapdup jantung ni. Itu jenis yang takda pengalaman macam Sal ni. Kalau ada, dah tentu trauma seumur hidup rasanya!

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com