Monday, 16 December 2013

Orang gila dalam LRT

Dah banyak kali aku terserempak dengan sorang perempuan Cina berumur dalam 30 lebih turun kat LRT Bangsar waktu puncak orang datang kerja. Dia suka cakap sorang-sorang sambil tunjuk-tunjuk atas. Aku tak pernah amik port pun pasal dia tapi pagi ni dia naik tren sama ngan aku! Start masuk kat Masjid Jamek sampai Bangsar dia bercerita. Tentang Jesus, Buddha, family, duit..Orang dalam train semua ignore dia. Pity this one guy who accidentally made eye contact, tak pasal-pasal kena maintain. Dah nampak cam dia cerita kat that guy pulak.Hahaha.

As usual dia turun kat Bangsar, still cakap sorang-sorang.

Tengok dia buat aku terfikir..betapa kita manusia lupa bersyukur dengan nikmat kewarasan yang Allah beri. Kau bayangkan kalau kau pengsan, bangun-bangun terus gila! Kalau sakit pun kau masih boleh beribadat semampu daya. Mungkin juga sakit itu akan membuatkan kau makin rajin berzikir sebut nama Allah selalu. Sakit juga akan buat kau ingat mati. Tapi, kalau gila??? Orang gila mana ada dosa pahala. Kot la sebelum gila tu kau buat dosa tapi tak sempat bertaubat. Tak ke gila??

Bersyukurlah dengan nikmat sanity yang Allah beri. Hidup tak payah nak stress sangat, kena ingat Allah selalu.Aku pernah baca satu novel ni tentang mamat yang tak sedar dia ada schizophrenia. Awal-awal cerita penulis gambarkan dia sebagai seorang yang menjaga solat, walaupun tak obvious sebab ni bukan novel agama pun.Lama-lama dia makin leka dengan maksiat dan penulis dah berhenti nyatakan watak tu menunaikan solat. In the end, penyakit dia jadi makin teruk dan dia start bunuh orang...

By the way, novel ni tajuk dia 'Bisik' keluaran Buku Fixi. Aku tak baca love story, sorry..

Agama tu kan ibarat tali, tempat kau berpegang. Kalau takde agama kau akan terumbang-ambing. Kalau hidup tak ikut ajaran agama, kat mana barakahnya? Hati akan gelisah, fikiran jadi kusut, syaitan pun suka menghasut. Sakit gila tu mungkin masalahnya di otak, tapi puncanya, aku percaya dari hati.

Bersyukur kerana Allah masih kurniakan akal dan fikiran yang waras pada kita. Yakinlah Allah itu ada apabila kecewa dengan dugaan. Jangan terlalu cintakan dunia, nanti merana. Orang selalunya jadi gila sebab taksub nak kaya atau kecewa dengan manusia.

Sekadar luahan..

2 comments:

  1. ada org yg sis kenal hampir jadi gila sbb taksub nak kaya tapi sampai la ni masih x kaya . dia kata org yg kaya tu ada 'ilmu' kaya ... hakikatnya dia yg malas kerja tapi nak kaya cepat ... ermmm

    ReplyDelete
  2. Nampak tak betapa akak desperatenya nak baca something di sini? Akak koreklah entri lelama ya, Sal. Harap Sal tak kisah pun *_*

    Kat Aeon Maluri pun dulu-dulu ada satu aunty Cina ni sahlah gila. Selalu cakap sorang-sorang. Biasanya dalam keadaan marah-marah. Entah apa yang dimarahkan pun tak tahulah. Tapi kalau kita ada berdekatan, terasa macam dia tengah bercakap dengan kita. Akak selalunya bolayan aje sambil jari jemari sibuk menengok harga barang ^_^ Lagi satu sebab akak tak fahamlah dia cakap apa dah dia dok merungut-rungut dalam bahasa Cina!

    Kita ni bila ada semua, jarang bersyukur. Bila dah takda, barulah nak sedar diri betapa bertuahnya hidup kita sebelum itu...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com