Thursday, 31 October 2013

Petrosains Science Festival

Last week, Petrosains buat first ever Science Festival. So, sebagai seorang science geek memang wajib la aku menyinggah ke sana. Menyinggah? More like spend sehari suntuk kot kat situ!

'Mangsa' aku adalah Ming dan Fatin. Tapi since Fatin ada kenduri, so aku spend la tengahari tu dengan Ming, yang bangga giler pakai seluar hijau! Kebetulan aku pakai blouse hijau ada plak yang gosipkan we olls.. Tak sesuai OK, dia tu macam adik je! (Bukan adik-adik ye..)

Sampai-sampai je, tengok the Science Communicators, Linda dan Damia buat Science Show kat concourse KLCC berkenaan Liquid Nitrogen(LN). Dah tengok berpuluh kali pun aku still kagum.  Haha, tetibe teringat aku yang tak sedar diri , pernah apply for that Science Comm position. Ada hikmah pun tak dapat! Kau bayangkan, buat show kat depan orang ramai! Pergh, kalau aku conform gigil pastu habis tercelup tangan dalam LN!



Habis show, kitorang masuk lepak-lepak kat Galeria. Surprise surprise, nampak Dr. Faiz Khaled, second Malaysian Astronout. Too bad talk dia pasal 'Gravity' dah habis. Kalau tak boleh tanya soalan-soalan fizik tak tercapai akalmu. Kuikuikui. Tahukah anda selain dari hensem dan pandai, dia ni terer masak gak? I'm smitten!!! So, tak reti-reti lagi ke nak buat apa?

Perasan tak graviti yang begitu kuat antara kitorang? ngehngehngeh...

Pahtu kitorang gi jalan-jalan dalam Petrosains. Siap naik dark ride lagi konon nak merasa complete visitor experience! Tapi tak sangat pun since dah familiar dengan semua exhibit yang ada so laju je jalan dari satu station ke station lain. Bila nampak volunteer/staff yang conform tak kenal kitorang, operasi 'buat-buat tanya' dilancarkan. Ok, kitorang memang keji!


Beria-ia try semua mini show yang ada..haha!

But the best part of the day adalah dapat jumpa kawan-kawan lama! Rindu gila kat diorang!!! Kat Petrosains ni lah tempat aku hiburkan hati yang lara masa tengah jobless dan heartbroken. Memang down giler masa tu! Kat tempat ni aku belajar macam-macam dan cuba bina balik keyakinan diri. Dah kenapa tetibe entry ni bunyi serius sangat???

Later, ada fitness talk by Kevin Zahri! Tetibe rasa semangat nak gi gim! Semangat je ke Sal???

En. Kevin, cmane nak naikkan berat badan?

Before balik, gi makan kat Pizza Hut ngan Fatin dan Ming. Sakit perut aku layan budak berdua ni! Kawan ngan diorang memang buat aku rasa muda.

Sengal level 99

In the end, tak banyak pun pengisian Sains aku kat festival ni..Hampeh! Haha...takpelah. Yang penting dapat spend time ngan kawan-kawan lama dan dapat release tension.

Awesome people!!!

Rindunya nak gi Petrosains lagi...

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com