Friday, 4 October 2013

Orang kita senang ditipu?

Orang kita yang aku maksudkan di sini adalah orang Malaysia. Regardless of race or religion. Kenapa aku cakap macam tu? Kat bawah ni aku senaraikan penipuan-penipuan yang selalu orang Malaysia terkena walaupun dah berpuluh kali jadi kat orang lain.

1. Sindiket 'Gores dan Menang'
Sindiket ni ada musim. Bila dah banyak orang terkena dan banyak laporan polis yang dibuat, diorang senyap kejap, mungkin pergi holiday kat luar negara enjoy duit orang-orang yang dah kena kunyah hidup-hidup. Dah lama senyap, keluar balik cerita. Dear people, bukanlah hadiah namanya kalau kita kena keluarkan duit untuk dapatkan benda tu.

2. Remaja dirogol 'teman lelaki'
Selalu aku baca berita pasal ni, aku tak tau nak kesian ke nak marah. Kenal baru sehari dua, tonggek atas motor, bawak gi jalan-jalan pastu ikut balik rumah. Konon-konon nak lepak je. Adik-adikku sayang, jantan kalau baru kenal dah ajak balik rumah takdenye sebab nak ajak minum teh atau main Saidina. Sudahnya korang yang kena 'main'. Yang lagi keji siap ajak kawan-kawan. Sharing is caring katanya!Hadoilah...

3.Ditipu kekasih facebook
Biar betul korang ni, tak pernah tengok muka pun boleh dengan rela hati dan penuh kasih sayang transfer duit beribu-ribu ke akaun dia. Like, seriously? Cinta memang buta, tapi jangan jadi buta sebab cinta.

4.Diperangkap jadi keldai dadah
Aku kesian gila dekat orang-orang yang jadi mangsa. Mostly perempuan. Selalu keluar rencana dan dokumentari pasal ni. Ada kes yang diperangkap konon-konon dapat tiket free untuk bercuti. Siap dengan beg yang lengkap dengan baju. Well, maybe mangsa ambil sebab dia tahu negara yang dia akan pergi tu sejuk, so untunglah dapat one suitcase full of winter clothing. Sebenarnya, dadah dah disimpan dalam beg tu. In the end, menang percutian ke penjara seumur hidup! Sesetengah negara, hukum gantung sampai mati! Kalau dah kena tangkap kat negara asing, bukan senang-senang macam tu je kedutaan nak jemput balik. Ada kes tu ditipu 'kekasih'. Lebih kurang jugak, ajak gi bercuti, tau-tau beg orang kita yang kantoi, diorang ghaib tak tau gi mana.

5.Skim cepat kaya
Ada yang bersembunyi atas nama MLM - Multi level marketing katanya. Tak salah nak kaya, tapi selidik la dulu. Just because dia tu anak Pak Imam kampung kau yang tetiba balik bawak kereta menjalar kau dah excited jual tanah, jual rumah sebab nak melabur. Last-last lebur!

6. Produk kesihatan penipu
Aku paling menyampah kalau produk tu 'jual agama'. Orang kita pun buta-buta percaya. Contohnya kes sarang anai-anai. Haha..Malaysia yang kelakar!
Ada produk kurus pulak sampai mengancam nyawa. Pernah dengar produk yang claim boleh increase motabolic rate? Sesetangahnya mengandungi kafein yang terlampau tinggi, kurang sesuai untuk orang kita yang bertubuh kecik, tak bersenam pulak tu. Itulah punca terjadi kes macam sakit jantung secara tetiba sampai membawa kematian. Ada faham?? So, kalau nak kurus, carilah ubat yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Takde maknanya nak kurus dengan mudah. Itu semua auta!
Lagi satu, produk kecantikan...ni pun kena hati-hati jugak. Kes paling common, kulit menggelupas sebab produk pemutih yang terlampau kuat. Baik basuh muka ngan Clorox je.

Fikir-fikirkanlah..jangan jadi taksub nak bercinta,nak cantik, nak kaya, sampai tergadai semua

p/s: Ada golongan fanatik parti politik pun senang kena tipu.

Ops..bye!

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com