Wednesday, 23 October 2013

Aku bukan Dr. Love

Ye, boleh saya bantu??

Hari ni nak bukak topik jiwang sikit. Hahaha, bukan apa pun, just random love thingy yang aku belajar sepanjang hidup aku. Aku ni bukan pakar cinta, so depends la kat korang nak percaya ke tidak apa aku taip ni. So, here we go..

-Lelaki kalau dia suka, dia akan cari kita. Just tunjuk hint yang kita berminat, dan dia akan usaha. Even kalau kita tunjuk yang kita meluat pun, dia akan usaha lagi kuat. So, perempuan kena belajar untuk 'give up' kalau asyik kita yang call/ message/ ajak jumpa tapi dia tak buat apa-apa.

-Lelaki yang sanggup tinggalkan girlfriend/ tunang/ isteri dia untuk kita, akan tinggalkan kita untuk perempuan lain. Lelaki macam ni tak tahu makna setia. Yang lagi sedih, bila kita ditinggalkan takde orang akan simpati dengan kita kerana awal-awal kita dah dilabel sebagai perampas.

-Orang yang handphone tak pernah lekang dari tangan tapi bila kita call dia tak angkat (nak call balik jauh sekali!) atau reply SMS kita, itu tandanya dia memang tak berminat. Sudah-sudahlah tenung handphone tu lama-lama.

credit pix
-Kadang-kadang kita direject tak semestinya sebab kita tak lawa/ tak handsome. Tapi bila kita tengok dia pilih someone yang lagi lawa/ handsome dari kita, mulut kita ringan je kata dia shallow dan memandang luaran. Automatik rasa sedih kita akan kurang sikit.

-Tapi kalau dia pilih someone yang kurang ada rupa berbanding kita, mungkin masalahnya memang kita. Rajin-rajin lah muhasabah tapi jangan fikir sampai pecah kepala! Cantik luaran je tak guna kalau dalaman caca-marba.

-Perempuan ada satu perangai pelik kalau dia suka seorang lelaki tu. Dia akan cuba elak dari tunjuk yang dia suka that guy dengan cara pura-pura tak ambil peduli. Tapi bila dia cuba sorok perasaan suka tu, nampak macam benci pulak! Perempuan memang buat orang lelaki confius! Bukan apa, orang perempuan ni takut hilang kawan dan takut keadaan jadi awkward. Maybe that guy, member satu tempat kerja/ satu kelas/ kawan yang dia akan jumpa selalu. Perempuan takut rahsia dia terbongkar. Lagi-lagi kalau that guy yang dia suka rupa-rupanya anggap dia kawan biasa je. Malu dan awkward!!!

-Tapi orang lelaki pun suka buat orang perempuan confius. Sebab kadang-kadang terlampau caring sampai kitorang tak tau lelaki tu suka kita atau suka kawan dengan kita. Yang ni serious tricky doh! Lesson learnt, just because a guy like to spend time with you, doesn't mean he wants to spend his lifetime with you!!

-Bukan senang nak keluar dari 'friendzone', tapi kalau kena caranya, mungkin status hubungan tu dapat diubah. Cmana? Jangan tanya aku coz I get stuck in friendzone too! Bak kata Rahul, "Pyar Dosti hei". Love is Friendship. Bagi sesetengah orang, pasangan yang baik adalah yang boleh menjadi sahabat yang baik.


- Keluar dengan pasangan couple adalah antara perkara paling membosankan. Terutama bagi yang tengah kecewa.

-Ramai gadis akan kata dia dah putus asa dalam mencari cinta, pintu hati dah tertutup, dah tak percaya lelaki blablabla..Hakikatnya takde perempuan nak jadi Andartu!Diorang cuma cakap benda-benda tu untuk sedapkan hati sendiri. Dan dalam diam sebenarnya diorang masih berharap untuk disayangi.

-Its better to let broken heart heal on its own. Because sometimes the one who try to heal it only make it worse.

Perasaan cinta itu anugerah Allah. Kalau Dia boleh hadirkan ia sekelip mata, ia juga boleh hilang sekelip mata. Jangan berlagak dengan cinta dunia. Carilah cinta-Nya kerana cinta itu cinta abadi. Moga kita akan temui cinta agung tu.

See you next entry!
Lots of love,
Sal

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com