Tuesday, 6 August 2013

Rindu Aidilfitri

Tajuk dah macam drama raya Rashid Sibir je!

Sewaktu entry ni ditaip, lagi 2 hari nak menjelang Raya. Entahlah...dah besar-besar ni macam tak berapa nak ada mood nak raya. Konon! Kalau takde mood baju raya takdelah sampai 2 pasang kan! Anyway, kalau sebut pasal raya ni ada a few things yang aku rindu sesangat. Maybe korang pun sama kot? Check it out...

1. Arwah Nenek
There's something about insan bergelar nenek ni yang buat korang rasa diorang awesome sangat. Kecik-kecik dulu kalau kena marah ngan mak atau ayah gi nyorok belakang nenek or atuk, conform selamat, betul tak! Diorang tak pernah say no, layan je kerenah kita. Di mata diorang, korang ni masih lagi budak kecik yang manja. Lagipun, masakan nenek ni biasanya sedap, kadang-kadang *ehem* lagi sedap dari mak. Hari raya memang membangkitkan rindu pada juadah yang diorang bersengkang mata masak untuk anak cucu. Sobs..sobs..Bagi sesape yang dah takde nenek n atuk moh le kite sedekahkan al-Fatihah buat mereka..

Credit pix
 Sape kaco ko, cu?Meh nenek tembak dia!

2. Gi beraya ramai-ramai dengan kawan-kawan.
Ni aktiviti masa kecik-kecik dulu lah. Time tu ntah rumah sape-sape , main redah je. Tahun 90-an dulu benda ni biasa. Sape pun yang datang, tuan rumah akan buka pintu. Trust bukanlah isu besar, jadi parents tak berapa risau. Budak-budak sekarang tak pandai beraya macam ni. Tak boleh salahkan diorang jugak, sebab keadaan sekarang dah tak selamat. Baru sekejap je gi beraya mak ayah dah call tanya kat mana. Untung jugaklah zaman aku dulu takde handphone..haha.

3. Dapat duit raya
Musim dapat duit raya dah habis..kini tiba musim memberi. But surprisingly, aku kadang-kadang dapat gak. Fizikal aku yang petite dan baju kurung yang serius tak vogue buat diorang ingat aku still student universiti. Tapi kat sedara-mara yang aku dah lama tak jumpa jelah boleh buat 'trick' ni. Tapi aku dengan innocentnya akan inform yang aku sebenarnya dah kerja. Ate...tak kan la diorang nak mintak balik, kan? Halalan toyyiba jelah..hehe.

4. Hias rumah dengan kad raya
OK, nampak macam lame..tapi nilah hiasan paling murah dan boleh diolah mengikut kreativiti. Habis raya simpan dalam kotak, tahun depan gantung balik. Zaman milenium ni orang dah tak bagi kad raya dah. Rindu zaman bebudak dulu, baru semingu puasa dah dapat banyak kad raya. Yang mana otak duit, memang akan guna time ni untuk buat bisnes kad raya. Beli sedozen, pastu jual balik, untung seposen sekeping. Oklah ..bak kata Haji Bakhil..bebudak tak boleh pegang duit banyak.

5.Pengumuman Raya yang mendebarkan
Once upon a time, orang tertanya-tanya raya jadi ke tidak. Serius!Nak dekat pukul 8 semua dah tercatuk depan TV tunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja buat pengumuman. Kadang-kadang anak bulan nampak,kadang-kadang tidak. Memang agak kelam-kabut, tapi kat situ ada 'keseronokannya'. Tapi sekarang, orang dah kira tarikh hari raya berdasarkan Ilmu Falak. So, memang conform la. Raya tahun ni tak habis lagi orang dah tahu tahun depan Raya jatuh berapa haribulan.


6.Main mercun dengan tenang
Maksud tenang di sini adalah sewaktu ia belum diharamkan pihak berkuasa. Kat mana-mana je ada orang jual. Tapi disebabkan ramai yang jadi korban, maka ia telah diharamkan untuk mengelakkan makin ramai yang beraya tak cukup jari.

7.Siblings bonding time
Sekarang masing-masing dah dewasa. Ada yang beraya di perantauan sebab kerja, ada yang raya rumah mentua dan ada yang raya pun macam tak raya sebab exam dah dekat. Nak kumpul sekali 6 beradik time raya memang susah. Tahun ni aku n adik-adik je yang ada. Kenalah buat-buat havoc supaya Mak n Abah tak terasa ketiadaan cucu-cucu diorang. Uit, bab buat kepoh ni aku no hal!

Selamat Hari Raya Aidilfitri u olls..Sorry kalau isi blog aku ni ada yang mengguris hati. Buat yang mengenali diri ini, maaf segala salah-silap, tersurat atau tersirat. Have fun and be safe! Buat yang bertugas atau yang beraya di perantauan, jangan sedih-sedih k. Semoga pengorbanan kalian mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. Wallahu'alam

Moga Allah redha

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com