Saturday, 6 April 2013

Where's your sense of adventure, Sal???

Adventure?? Ini bukan typo atau kesalahan teknikal. Kalau korang heran, aku lagi heran...Segalanya bermula kerana filem 2 Kalimah...

Image credit
huh?apa kaitan filem terbaru Shaheizy Sam dengan aku g Skytrex? Kaitannya adalah aku yg dh berkurun x g tgk wayang tetibe mengajak Pikah g tgk citer tu. Alang-alang tu, boleh tuntut janji ditepati nak belanja makan. Tup tup Pikah kata company dia buat teambuilding Ahad ni and sesuka hati dia je ajak aku join sekali.

At first aku skeptical jugak sebab:

1. Aku segan la pulak g dengan orang-orang yang aku tak kenal. Kalau aku berdua ngan Pikah takpelah, jatuh bangun aku pun dia sorang je gelak.

2. Aku bukanlah jenis yang physical. Hujung minggu aku biasanya dihabiskan dengan karoke, tengok wayang, shopping, blogging, TV atau tidor.Giler kau takde life!!!.. Seingat aku last time aku bersenam adalah..... er.... masa camp-in Petosains kot?

Soalan yang tak terjawab

3.Hari Isnin nak kena kerja. Orang kalau dah lama tak menggerakkan sendi-sendi yang dah tersimpul conform la akan kejang-kejang urat pas aktiviti kerah tenaga macam ni. Nak amik cuti dah tak sempat. Lagipun aku jimat cuti sebab nak g umrah.

4. Aku gayat. Pull stop.


Tapi aku akhirnya buat keputusan untuk redah jerrrr.. sebab:

1. Boleh buat kawan baru. Lagipun, lama giler tak spend time ngan Pikah.  Rindu plak *gelimat*

2. Boleh cuba benda baru. Dari dok terperap kat rumah, online je, apa kata gi regang-regangkan otot tu. Biar badan sihat, takdelah lembik. Sambil tu boleh release stress dan buang emosi tak tentu arah yang dok berumah dalam hati.

3. Tak larat aku amik je MC Isnin nanti. Apa susah..

4. Aku termotivasi dengan filem 'Yes Man'. Nak cuba apa saja peluang yang muncul. Benda free, company Pikah provide semua termasuk makanan. Lagipun bila aku buka website dia, rasa cam menarik gak aktiviti-aktiviti yang disediakan. Kot ketaq lutut esok aku pandai-pandai la elak. In sha allah. Tolong doakan keselamatan aku ye, berani-takut-berani ni.

Nanti balik dari sana, aku update korang ...

SneekPeek#2

2 comments:

  1. Akak ingat Sal ni adventurous orangnya. Sejak bila pulak berani takut berani ketaq lutut nih....

    Oh, ya! Ini cerita 3 tahun sudah. By now, akak rasa Sal dah jadi berani, cekal dan semua aura positif dah melekat menggantikan yang negatif. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selalu travel ni dah dapat aura keberanian tu kak MD

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com