Wednesday, 17 April 2013

Melawan kegayatan di Skytrex Shah Alam

Assalamualaikum...

Ingat tak aku ada janji ngan u olls nak update pasal trip ke Skytrex? Rujuk link. Janji aku janji ditepati tau..so marilah baca beramai-ramai. Kalo rasa tak nak baca pun korang kena baca gak sebab aku menjebakkan diri dalam aktiviti lasak adalah peristiwa pelik yang harus tercatat dalam lipatan sejarah.*Over sesangat ko ni Sal...

Pose perasan comel mintak penampo adalah wajib..
Pagi Ahad yang indah itu, aku dan Pikah naik keter kawan Pikah bernama Nawwar. Nawwar bawak anak dia yang sangat comel bernama Icha..Icha suka senyum, tapi susahnya lah nak tangkap gambar ngan dia.Maybe dia tak biasa ngan aku. Setelah hampir-hampir terlajak ke Padang Jawa (lawak giler Pikah tersasul sebut Parit Jawa) dan dengan bantuan GPS, kitorang pun jumpa Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam. Tempat ni lebih dikenali sebagai Bukit Cerakah bagi orang yang dah lama duduk Selangor.

Kitorang ingat boleh parking terus depan tempat aktiviti..tapi rupanya kena parking kat depan pintu pagar utama, then naik bas yang disediakan untuk ke tapak Skytrex. Maaflah sebab aku ni disponsor jadi aku tak take note plak berapa bayaran untuk masuk ke Taman Pertanian ni. Huhu. Tapi rasanya takdelah mahal..tak sampai RM 5 pun kot..Buktinya, ramai giler orang datang sini...Tapi sebelum masuk, kena isi borang dulu. Bak kata diorang, 'Surat Wasiat'. Cuak je aku dengar. Sambil-sambil tu aku dok berkenal-kenalan ngan kawan-kawan Pikah. Time ni aku malu-malu itik lagi.

Kulihat Hijau...
Once sampai Skytrex, kitorang kena serahkan form yang dah diisii.Time ni ketua group kitorang, Adi yang settle semua urusan kat kaunter. Aku ambil masa ni untuk menikmati keindahan alam buana. Serius wei, dah lama tak hirup udara segar dalam hutan rasa macam hantar paru-paru gi servis!

 Lepas settle bagi borang semua barulah ambil equipment seperti harness dan glove. Glove kalau takde takpe, diorang ada jual, RM3 je. Aku nasihatkan kalau korang tak biasa beraktiviti dan sayang tapak tangan yg halus tu, pakailah glove untuk protect tangan. Lepas daftar, tunggu turn untuk pakai harness..This one ada staf dia yang tolong pakaikan. Kalau korang (perempuan) nak staf perempuan yang tolong pakaikan harness, boleh request. Tapi kalau lelaki yang request aku tak taula kot kena jerut ngan harness tu takpun kena hempuk ngan pulley. For this trip, sorry coz aku tak tangkap gambar once dah pakai harness sebab aku tinggalkan handphone ngan kamera dalam beg. Takut tercalar or tercicir (walaupun pakai seluar ada poket berzip).. Lagipun, kalau asyik fokus nak tangkap gambar kang cmane nak enjoy.

Diorang pilih untuk main 'Big Thrill'. Aku agak bersyukur diorang tak pilih 'Extreme Challenge'. Nama aje dah buat aku ketaq lutut wei..Dan bersyukur gak tak pilih 'Little Adventure'. Sebab that one budak-budak pun boleh main (dengan seorang dewasa sebagai guardian all-the-time). Aku tak nak lah aku jerit lagi kuat dari budak 8 tahun. Malu bak hang! So, before start, semua orang diwajibkan dengar briefing dari instructor. Aku punya fokus mengalahkan dalam kelas Mekanik Kuantum masa dok study dulu..Haha..Nervous giler kot!! Masa meniti atas kayu-kayu yang diletakkan antara dua kabel aku rasa bergoyang-goyang.Dan sangat memalukan aku takut nak buat 'Flying Fox' yang first tu sebab aku memang takut tinggi! Rasanya jarak pelantar ngan tanah tak sampai 3 meter..huhu Nasib baik lepas the mini challenge ni sebab kalau tak lepas tak boleh nak move on ke 'Big Thrill' yang sebenarnya. Hadoi la, takat cooobaan aku dah terayun-ayun..

Kelas kau dik, malula Kak Sal kalo tak lepas
Belum start lagi aku dah nervous...huhu. Aku cakap, "Nak tarik diri sempat lagi kan?". Ada ke diorang gelak, ingat aku main-main je..Aku betul-betul lah..

So, kita redah jelah...

Cabaran pertama, panjat tangga setinggi ini...kat tengah-tengah tu memang dah rasa nak give up.
Aktiviti-aktiviti yang ada..korang boleh tgk kat banner atas ni.
 Aku tak nak cerita banyak-banyak, nanti tak surprise pulak bila korang nak gi nanti. Memang tak tentu arah rasa sebagai first timer yang tak tau nak expect apa. Alhamdulillah, aku complete semua course, kecuali satu yang aku rasa sangat-sangat susah!!Maybe coz dia berayun-ayun. Aku main buaian kat playground pun tak berani nak buai laju-laju..inikan pulak berpuluh kaki tak jejak tanah.!!Masa dah kalut kat tengah tu siap marah diri sendiri.."Apalah aku buat kat sini!!Dok rumah diam-diam kan bagus!".. Yes, I actually said it out loud because tahap ketakutan aku dah sampai kepala!!!In the end aku give up, so instructor kat situ tolong aku patah balik dan bagi aku skip menggunakan flying fox to the next challenge. Yang bestnya, lepas that challenge aku dah tak rasa apa nak proceed sampai habis. Buat flying fox dan jalan atas wood plank pun steady je.
Orang dalam pix ni bukan aku..tu je nak habaq.
Penat memang jangan cakap, peluh mencurah-curah..Settle je semua dalam group, gi pulangkan harness, then kitorang pun patah balik ke picnic table tempat para ibu-ibu yang tak dapat join sebab bawa anak..Lapar, dahaga, letih...tapi aku happy, sebab aku dapat menawan salah satu ketakutan aku yang paling utama ... ketinggian...Alhamdulillah, aku tak cedera. Risau gak dah nak dekat-dekat hari penting ni kot terkehel mana-mana. Sebaliknya, aku rasa lagi sihat dan fresh. Haish, nampak nau badan dah lemau!! Tapi seronok sebab kawan-kawan Pikah semuanya cool dan kelakar. Dan diorang sangat helpful kepada aku insan yang lembik ini..Tetibe berangan nak ajak staf-staf Resource Centre bermandi peluh kat Skytrex..Haha.

Credit pix: Azrul
Credit pix : Sinu Alex
 Habis membakar kalori, kitorang gi menambah kalori kat Pizza Hut...Tak pernah la aku makan pizza sampai 4 slice, 2 ketul garlic bread, 1 mangkuk mushroom soup dan bergelas-gelas Pepsi. Bukan lapar, tapi kebuloq dah tu.


Malam tu jugak aku balik Ampang..dan esok Isninnya aku keje. Hebat tak aku? Tapi tak payah perasan hebat kerana minum ais bergelas-gelas telah mengundang kepada batuk. Kesan sampingan, sakit tekak dan demam. Khamis tu aku MC la, berehat-rehat. Tolong doakan kesihatan aku ye menjelang hujung bulan ni.Penting sesangat!!

Anyway, thanks for reading..

Thanks a lot Pikah!!!Sayang ko!!!
And thanx u guyz too for being so awesome!!!


No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com