Thursday, 11 April 2013

Baik tak ada dari ada

Assalamualaikum...

Korang pernah tak terfikir nak delete akaun Facebook a.k.a FB. Aku pernah.. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah banyak kali terjadi... ( credit lawak : kumpulan Sepah, kalau tak faham sila abaikan).

Entahlah, mungkin aku yang kuat cemburu?Aku selalu rasa macam tu setiap kali melihat updates kawan-kawan bila online. Tengok orang gi holiday, rasa cemburu sebab aku tak berpeluang nak pergi. Masa tu muncul bisikan jahat, dia ni nak bercuti, cuti jelah. Ini tak, asyik nak check in je. Macamana nak enjoy holiday??? Bila tengok member post pasal boyfriend/ suami mula lah rasa meluat. Macam ko sorang je ada laki!!! Ingat laki ko je mampu belikan Galaxy Tab? Aku pun mampu, tapi aku yang tak nak lah!!! Macam hensem sangat laki ko!! Tapi, Sal, at least dia ada laki..ko ada apa?

Scroll lagi newsfeed...nampak pulak sekumpulan kawan-kawan kat satu event/outing. Tak memasal rasa sedih sebab tak dapat invitation. Diorang memang tak suka hang out ngan aku..sob sob.Bosan dengan newsfeed..stalk kekasih lama lah pulak...Lagi makan hati tengok diorang dah bahagia dengan keluarga masing-masing. Aku gak yang stay the same.Takpe, usha mamat yang kite minat tulah...Erk! Sape pompuan yg dok tag dia, dok like post dia ni??Chop! Ha, in a realationship with...frust menonggeng!!!


Sejujurnya aku berpendapat, melayari FB boleh merendahkan tahap motivasi dan yakin diri seseorang itu. Bila tengok orang lain 'ada life', terasa macam diri sendiri tak ada hala tuju dalam hidup. Tengok kawan-kawan share gambar sedang bergembira tanpa kita, terasa diri dipinggirkan. Sedangkan, kalau kita tak tahu kan tak kan ada rasa macam tu. Bila tengok kawan kita bahagia dengan famili masing-masing, kita mula mencari kekurangan dalam keluarga kita..Kenapa suami kita tak bawak kita gi honeymoon kat Australia macam suami si Peah? Kenapa anak aku tak dapat semua A dalam UPSR macam anak si Mamat? Kenapa bila birthday aku mak aku tak belikan kek besar macam parents Tina? kenapa? kenapa? Seribu satu kenapa ni lah yang mencelarukan hati dan emosi kita setiap kali melayan FB.

Ada benda..kau tak tahu lagi baik..Itulah motivasi aku setiap kali ada rasa nak tekan butang 'deactivate your account'.

Tapi aku selalu tefikir...tanpa FB macamana aku nak dapatkan 'berita terkini'..Aku memang malas tengok berita dan walaupun aku kerja kat syarikat suratkhabar, menghabiskan masa membaca paper bukanlah tabiat aku. Aku taknak lah jadi katak bawah tempurung.  Tanpa FB cmane orang nak invite aku gi event. Sebagai seorang yang mesra alam, aku lagi suka bila orang invite aku gi wedding, talks atau sale melalui internet..Jimat kertas, go green gitu!!! Tanpa FB, cmane aku nak dapat berpuluh birthday wish macam selalu. Kang lagi lah beremosi (refer link). Kalau takde FB, cmane aku nak tau perkembangan kawan-kawan. Sape kawin, sape dapat kerja baru,dapat baby baru, sape meninggal...Ia sangat penting sebab kita ni manusia hidup bermasyarakat, bukan dok sorang-sorang dalam hutan. Huhu...

OKlah, aku tarik balik keputusan nak deactivate account...sebab aku pun macam korang, perlukan tempat untuk 'berlagak'. Untuk dapat perhatian. Untuk memancing pujian. Bohonglah kalau korang tak kembang-kempis hidung bila orang puji gambar korang...'makin cantik lah kau sekarang'. Boleh plak buat-buat malu reply 'Eh,mana ada..biasa je!' Pooodah!!!!Aku pun perlu tempat untuk tunjuk yang aku sedang menikmati hidup aku..walau hakikatnya apa yang aku tangiskan tiap malam hanya Tuhan saja yang tahu. Statement mintak pooodah lagi seround!!!!Puiii!

Persoalannya, nak deactivate ke tidak ni???urm...

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com