Thursday, 4 April 2013

Aku Menulis Bukan Kerna Nama..


Kalau korang ada Facebook aku, korang akan notice yang sejak aku ada blog, aku dah jarang update status. FB aku hanya aktif dengan check-in, gambar yang aku upload dari mobile dan aktiviti menukar cover photo atau profil pic secara berganti-ganti. FB dah mula membosankan, so aku prefer blogwalking atau menaip kat sini.

Sadly, kita hidup di zaman di mana orang judge kewujudan kau dari aktiviti online kau. Kalau tak percaya, cuba korang try tak update apa-apa kat FB, instagram atau twitter dalam seminggu dua. Conform kalau korang tetiba update something korang akan dengar, i mean baca, statement ni: "Mana kau menghilang?" .Padahal korang takde pulak bercuti ke Pluto atau outstation ke Bulan. Korang ada je, hidup macam biasa, kadang-kadang dekat je dengan orang yang mempersoalkan 'kehilangan' kau tu.

Berbalik kepada topik blogger tegar tadi...

Blog aku ni hanyalah blog picisan untuk mengisi masa lapang aku. Aku tak start blogging untuk mengejar populariti. So far, blog aku tak ada button 'follow' pun. Tapi sebagai manusia biasa, aku agak terbangga la bila ada a few blog someone yang aku tak kenal pun, yang meletakkan blog aku dalam senarai 'must read'..Giler ke tak bangga diletakkan sebaris ngan Hanis Zalikha dan Maria Elena.Kalau korang blogwalker tegar mesti tau betapa tinggi influence diorang. Sebagai insan yang khilaf aku mengaku ada sedikit riak wujud bila aku mention kat kawan-kawan aku dan kat korang gak nih..Huhu, astaghfirullah-al-azim.

Persoalannya, apa kena-mengena blog ni dengan status FB? Sejujurnya aku akui aku lebih suka luahkan isi hati kat sini dari kat FB. Sebab...

1. Tak semua orang baca blog. Apatah lagi blog aku. Setiap kali aku update blog, aku tak post link kat wall facebook. Melainkan aku memang nak kawan-kawan fb aku baca blog entry aku tu. Tapi bila tengok stats, berapa kerat je yang curious nak click kat link yang aku bagi. So, aku dapat luahkan perasaan aku secara 'terkawal'. Aku tau ada yang mempersoalkan....Kawan fb aku 500+ je..blog ni sesape pun boleh baca dari seluruh dunia. Haha, aku tak risau sebab aku bukan retis..Lagipun apa nak risau tentang orang yang aku tak kenal. Bukan aku cerita isu sensitif atau share gambar yang dahsyat giler lerrr... Diorang tak kenal pun pompuan nama Sal tu, buat apa nak bazirkan masa ambil tau tentang a plain jane yang hidup dia maha boring.

2.Nak komen kat blog tak semudah komen kat FB atau retweet. Well...korang yang muda-muda ni, kalau nak menghanjeng conform akan cuba sedaya-upaya asalkan dapat komen atau reply. Tapi biasanya orang tua-tua tak reti pun. So, aku terselamat dari kena judge atau bebelan yang melukakan atau menyentap tangkai hati. Aku cuma nak meluahkan, bukan nak dengar ayat-ayat perli ngkorang..okies?

3.Blog boleh tulis panjang-panjang..Haha, lagipun majoriti rakyat Malaysia sangat malas nak tekan butang 'see more' atau 'continue reading' . Kat blog scroll jelah..

So, tu antara sebab kenapa aku aktif berblog skarang..

#Just in case you guys are wondering, my birthday kinda sucks!!Haha..dah sehari berlalu, jangan kata kek, lilin pun tak dapat. Thanks to cik BFF, Dee yang buat surprise hantar teddy bear n bunga kat office. Nakal tau u olls tak pasal-pasal orang kat office tertanya-tanya...Cik BFF lagi sorang, Pikah katanya nak belanja makan...so, inilah masa nak pau eksekutif HP yang sorang ni kaw kaw punya.

Thanks for reading.. XOXO!!!gitewwwwwww

2 comments:

  1. Samalah macam akak. Tak tahu apa motif ada FB. Memang jarang toleh walaupun hari-ahri sign in. Tak tahu nak kecoh apa kat FBlah. Selalu pun baca updates kawan-kawan aje. Main like, like aje. Kalau rajin berlebihan, komenlah sepatah dua kata kononnya.

    Kat blog ni seronok sikit sebab boleh membebel tanpa perlu hiraukan apa-apa. Kalau ada orang nak kutuk, apa susah, tak payah publish jerk komen tu. Tapi since blog pun picisan, apalah nak khuatir sangat kena kutuk. Kita bukan selebriti right, right, right? Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogger macam kita ni, bukan nak nama sangat pun.friendship tu yang mahal.

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com