Thursday, 14 March 2013

Saya suka awak!!em...kot?

Kalau kita suka orang tu, kita akan cuba untuk mendekati dia, untuk curi hati dia, untuk buat dia nampak keikhlasan kita. Bila dia buat lawak, walaupun lawak bodoh, kita ketawa. Bila dia senyum kita rasa seolah-olah itulah segaris senyuman terindah di dunia. Bila dia nampak sedih kita akan cuba untuk gembirakan hati dia. Bila dia dengan kita,kita tak tentu arah. Buat apa pun serba tak kena. Kita cuba untuk tunjuk sisi terbaik kita agar dia sedar kita layak bersama dia.

Tapi saat mendapat berita orang yang kita suka memilih untuk bersama yang lain, hati mula menjeruk rasa. Apa lebihnya dia? Apa kurangnya aku? Ah, sebab dia cantik???Memang memilih rupa!!!Sebab dia kaya? Ugh...mata duitan!!!Sebab dia baik? Dia penyabar? Kenapa dia? Kenapa tak aku???Saat itu minda mula mencari seribu-satu keburukan pilihan orang yang kita suka..Walaupun sebenarnya dalam hati kita akui kita yang sebenarnya banyak kekurangan, bukan pilihan dia..

Namun lama-kelamaan kita belajar untuk terima hakikat. Walau terselit sedikit bengang dan kecewa, namun akhirnya kita kembali ke keadaan sebelum kita suka si dia. Tiba-tiba kita pandang dia dari sudut berbeza dan segala keburukan dia bagaikan muncul entah dari mana. Kita rasa lucu..sebab pernah membazirkan masa untuk orang yang tak mungkin kita miliki di alam nyata. Dan kita akhirnya jatuh suka pada orang lain pula..

Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan menangis bila dia sedih, gembira saat dia tertawa. Bila dia dengan kita,kita mahu masa seolah-olah terhenti agar dia sentiasa ada di sisi. Kita cuba untuk membuktikan kasih-sayang kita tanpa mengharapkan apa pun balasan. Memiliki dia bukan tujuan utama walaupun itulah impian kita.Bila dia jauh, kita cuma risaukan keselamatan dia. Kalau dia sakit, kita antara yang paling gelisah, ingin menjaga dia namun terbatas kerana belum ada ikatan.

Namun, andai dia memilih untuk bersama orang lain dan bukan kita, ada rasa sayu yang terbit di kalbu. Tapi di sebalik kesedihan itu, kita salahkan diri sendiri kerana tak mampu buat dia bahagia. Kita tak mempersoalkan pilihan dia, kerana kegembiraan dia adalah keutamaan kita.Dengan linangan air mata kita lepaskan dia pergi. Biarlah, sekurang-kurangnya dia pernah buat aku gembira.

Kita paksa diri untuk melupakan, tapi ia tak mudah. Kerana hati kita dah terisi dengan dia di segenap sudut. Memadam kenangan mengambil masa.Membuka hati untuk jatuh cinta lagi pun bukannya mudah. Tapi kita cuba, kerana menangisi dia tak akan bawa dia kembali ke sisi kita. Satu hari nanti kita yakin kita akan jatuh cinta lagi, cuma Allah saja yang tahu bila.

*Mood jiwang yang tak tahu datang dari mana*

1 comment:

  1. Aha! Ini berdasarkan pengalaman diri sendirilah ya, Sal...

    Kalau si dia tu memang cinta pertama dan sejati kita, lagi sukar untuk melupakan saat-saat bersama dengan si dia. Terlalu banyak kenangan sampaikan kita rasa sedih untuk melupakan semuanya. Kira beruntunglah kalau kita boleh let it go begitu sahaja tanpa perlu menyimpan dendam, tanpa perlu 'berkabung' kehilangan orang tercinta dan sebagainya. Yang paling sukar, kenangan tulah. Ke mana kita pergi, apa kita buat semuanya mengingatkan kita kepada si dia. Itu paling sukar nak buang dari ingatan dan nak membina hidup baru!

    Hopefully, bak kata sang pujangga, time will heal the pains... Harapnya begitu jugalah ya dengan Sal. It takes time tapi insyaAllah, satu hari nanti kita akan mampu bangun dari tidur tanpa memikirkan episod cinta tak kesampaian nih!

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com