Thursday, 21 March 2013

Confession of a Hoarder

Definisi dari kamus DBP:
hoarder, a person
1. who accumulates things, pengumpul;
2. who stores things secretly, penyorok.

Senang cerita, hoarder ni adalah seorang yang suka simpan barang. Tak kisah la barang tu berguna ke, dah rosak ke atau dah terlampau lama. Diorang rasa sayang je nak let go benda-benda tu dan tak rasa 'kebanjiran' barang-barang tu sebagai satu masalah. 'Hoarding' ni sebenarnya sejenis kecelaruan emosi. Kalau tak dikawal boleh jadi penyakit mental tau..Dalam sesetengah kes, bukan setakat barang, binatang pun kadang-kadang menjadi koleksi. Tapi jangan confuse dengan hobi pulak..Kumpul setem adalah hobi. Sayang nak buang sampul surat dah guna itu hoarding.

Baru-baru ni aku kemas bilik. Dan aku dengan ini mengakui yang aku adalah seorang hoarder...Gulp!!! Antara barang-barang yang aku jumpa semasa sesi kemas-mengemas adalah:

1. Kotak handphone dan kotak kamera yang aku tengah pakai. Aku rasa aku dah cukup expert guna kamera aku. Handphone aku pakai sekarang pun dah separuh nyawa. Somehow,aku still simpan manual, manalah tau tetibe aku stuck masa pakai handphone/ kamera aku. Kotak diorang sebab aku rasa cantik dan boleh digunakan suatu hari nanti.


2.Pakaian..aku tak tau nak let go ke mana baju-baju lama aku. Aku rasa aku saja simpan supaya aku akan beringat yang almari aku dah penuh bila ada urge nak retail therapy. And ada few aku simpan dengan harapan once aku dapat capai berat badan ideal ,aku akan fit nicely dan bukan macam baju kelawar. Memang kadang-kadang terfikir nak donate, tapi macam sayang...Nak buat garage sale aku takut orang tak beli. Ye, aku mengaku fashion taste aku teruk.

First World Problem..haha!
3. Kad raya dan kad hari jadi yang aku pernah dapat..Terutama dari kawan-kawan yang dah lost contact sekarang ni. Mana aku tak sayang, zaman sekarang nak dapat sekeping kad raya setahun pun susah. Kalau dulu, melambak-lambak. Pastu tampal kat dinding bersama ketupat reben. Cheap decorations, tapi menarik dan cantik!Bila gi beraya rumah orang lain suka compare..haha.
Kad hari jadi pulak aku simpan sebab dah lama takde orang bagi aku kad birthday. Hadiah lagilah takde...#Forever alone#


4. Majalah lama...Aiyo, mentang-mentang la kerja kat library, majalah-majalah dulu-dulu pun aku nak archive jugak kat rumah, kan...Mana lah tau satu hari nanti boleh jadi koleksi rare..Nasib baik tak simpan suratkhabar sekali..

5.Handbag. Ada yang dah koyak, merekah, tali tercabut, zip rosak..pun aku sayang nak buang. Tapi, handbag tragedi ragut hari tu aku buang dahla. Sakit hati je tengok.

6. Slip-slip gaji from my first job...which is five years ago!!Tapi yang ni aku buat keputusan untuk buang.

Ada orang kata, aku ni jenis yang terlampau suka berpaut pada masa silam. Mungkin, sebab aku mengaku barang-barang yang aku simpan tu memang banyak memori. Ada jugak yang kata aku ni bila stress je, retail therapy!!!And I'll ended up with things I don't even need. Agak betul lah tu.Hehe


So, adakah ini bermakna aku seorang hoarder. Aku rasa tak lah kot. Sebab aku pernah tengok dokumentari pasal 'hoarders' ni. Biasanya bilik atau rumah diorang, nak pijak pun takde ruang. At least dalam bilik aku korang boleh main teng teng lagi.

Check out this video... Extreme Hoarding

Scary kan!!!.So, hati-hati jangan sampai jadi macam dia.huhu

Bye!!! Nak gi buang sampah.....('',)

2 comments:

  1. Ya ke macam tu definisi hoarder ni? Akak pun simpan lagi salary slip sejak bekerja di current company ni. Dah makan bertahun-tahun lamanya. Even lunch duty pun akak simpan! Bab bil dan kertas ni akak akuilah akak memang 'penyimpan'!

    Pernah tengok satu perempuan ni rumah dia langsung tak boleh nak jejak kaki. Kasut, beg, pakaian penuh tapi bukan dia pakai pun. Dia simpan aje sampai takda tempat nak letak semua. Yang itu, akak agreelah kita boleh panggil dia 'hoarder' ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita hoarder kecil-kecilan je kot..hehe. sayang pada kenangan gamaknya.ada yang extreme, rumah macam lepas banjir. lagi kronik.

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com