Wednesday, 6 February 2013

Rahsia Ultraman yang ramai tak tahu

Gambar dari google
Setiap kali aku tengok Ultraman (dulu la, masa kecik), aku selalu terfikir, kenapa diorang tak bunuh terus raksasa?Pulun bergasak penat-penat, runtuhkan banyak bangunan dan bagi penonton 'mini heart attack'. Bila lampu dah kelip-kelip baru nak fire. Kita pun tepuk tangan sebab happy padahal tau dah Ultraman akan menang. Dah besar ni, bila aku terpaksa tengok Ultraman Mebius dengan anak sedara aku yang dengan berjayanya menakluk TV setiap kali cuti sekolah, aku terfikir sesuatu. Mungkin ada sebab Ultraman digambarkan sebegitu...

Pertama, aku rasa dia nak bagi peluang raksasa tu ubah fikiran dan balik  ke tempat asal. Ultraman sebenarnya makhluk yang peaceful, tak suka gaduh-gaduh. Dia lawan raksasa pun sebab raksasa datang cari pasal ngan penduduk bumi. Kalau perhati betul-betul di awal-awal perlawanan Ultraman biasanya just pertahankan diri. Dah kena debik dua tiga kali barulah diorang bagi sejibik dua kat raksasa tadi. Still, diorang takkan bunuh raksasa tu sampailah saat akhir. Pernah tak korang tengok episod di mana raksasa tak dibunuh sebaliknya dihantar balik ke planet asal diorang? Itulah, lembut hati sebenarnya superhero bernama Ultraman ni.

Kedua, nak tunjuk betapa pentingnya sokongan dari orang sekeliling kita untuk bantu bangkit dari kegagalan. Scene cliche' dalam cite Ultraman adalah kalau lampu dah kelip-kelip, kamera akan fokus kat muka budak kecik, orang awam atau kapten Pasukan Guts yang akan bercakap dalam nada lembut tapi tegas "Ultraman, bertahanlah!" . Boleh plak si Ultraman ni dengar suara hati diorang dan tetibe jadi lagi kuat dari biasa. Itu tak termasuk suara korang-korang yang menyokong kat depan TV...

Ketiga...apa yang penting? Kerjasama!Setiap kali ada raksasa muncul, pasukan Guts akan berusaha nak lawan. Walaupun tau dah Ultraman akan tolong. Kaya diorang ni sebab setiap kali pun ada jetfighter yang meletup. Biasanya jetfighter yang ada watak yang bakal bertukar jadi Ultraman. Duh!!! Nampak la usaha diorang nak tolong bunuh raksasa walaupun peluru berpandu diorang tak ubah macam gigitan nyamuk je kat raksasa tu.

Keempat... nak habiskan masa. Bayangkanla, kalau cerita Ultraman tunjuk raksasa keluar, Ultraman fire dan cerita habis.Conform bosan!!! Kat sini aku salute kreativiti pengarah diorang. Bukan senang nak keluarkan idea baru. Kalau tiap-tiap kali pun raksasa keluar dari air mesti penonton muak. Separuh masa pertama setiap episod nak tunjuk cmane raksasa tu 'develop'. Separuh kedua baru gaduh.

Yang pasti cerita Ultraman yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu akan cakap "Tak Guna!", at least sekali dalam setiap episod. Dan pengakhiran tipikal adalah Ultraman yang dah transform jadi manusia balik (baju tak koyak, aku musykil) akan muncul dari entah mana-mana sambil jerit, "Woi, saya kat sini la...!".Haha, that one never gets old. Kita je yang makin tua. Mungkin sebab tu kita dah tak enjoy cerita Ultraman cam masa budak-budak dulu.

Apapun aku harap penerbit Ultraman tak 'fire' aku sebab dedahkan rahsia diorang..

2 comments:

  1. Hahaha! Aduh alahai, Sal! Kelakar pulak entri ni mengupas kenapa Ultraman ni lembut sangat jiwanya. Akak pun lepas baca entri ni baru perasan mengapa dan kenapa Ultraman bersikap begini.

    Ish, dah terlalu tua akak ni baru tahu rahsia Ultraman! Patut ke akak beritahu kat anak-anak akak pasal rahsia cerita Ultraman nih?

    Tapi budak berdua tu tak minat sangat dengan Ultramanlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..enntahla, asa tulis entry ni mood merapu je. Tak tahu nak tulis apa..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com