Sunday, 3 February 2013

Erti Sayang

gambar hiasan
Sewaktu entry ini ditaip,aku sebenarnya tengah sedih.Sebab one of my favourite cat baru je jadi arwah.Yang membuatkan kesedihan aku berkali-kali ganda adalah aku salahkan diri aku di atas kematian dia. Masa tu dia tengah main atas jalan,aku nampak tapi aku buat tak tau je.Tetibe jiran aku reverse kereta dengan agak laju dan terlenyek dia. Si Gemuk lari balik rumah,nampak sangat dia panik.Maybe kucing pun macam kita, anggap rumah adalah tempat paling selamat, so first defence dia adalah balik pada keluarga yang sayangkan dia. Aku ingat just terlenyek kaki tapi Mak cakap mulut dia berdarah.Dia menggelupur for a few seconds before dying.Right in front of our very eyes. Aku speechless.Apatah lagi bila tengok mak dia dok jilat darah kat muka dan kaki si Gemuk. Adik-beradik dia mengiau-ngiau tepi dia macam tak percaya kakak diorang dah mati.Aku gi kat dia,tutup mata dia then mintak maaf.Aku harap jangan kat akhirat dia salahkan aku sebab gagal sebagai seorang owner.Aku salahkan diri aku sebab fail untuk protect dia.Aku bungkus dia dalam plastik then letak dia tepi tong sampah sebab time tu dah malam, takkan nak gi tanam plak..Lepas tu aku terus kurung adik-beradik dia lagi dua ekor.Sambil tu aku pesan, korang jangan la main atas jalan ye..

Peristiwa ni buat aku terfikir...kalau kita sayang seseorang,perlukah kita 'simpan' dia all the time sebab tak nak dia cedera?Perlu ke kita nak dia ada depan mata sentiasa sebab nak dia selamat?Tapi semua makhluk ada hak untuk bebas.Apatah lagi manusia. Aku terfikir, macamana rasanya ibu bapa lepaskan anak diorang keluar rumah setiap pagi dengan seribu satu kemungkinan boleh berlaku kat luar sana.Tapi takkan nak kurung anak kat rumah kot?Takkan nak ikut diorang all the time?Tak..kita tak boleh protect orang yang kita sayang 24 jam. Kita kena lepaskan diorang untuk belajar hidup sendiri. Selalu jugak aku terbaca kat suratkhabar tentang budak hilang.Kalau budak kecik mungkin boleh salahkan mak bapak la,leka dalam tanggungjawab diorang.Tapi kalau dah besar, dah remaja? Betul kata pepatah,melentur buluh biar dari rebung.Dah besar dah susah nak controll. Sebab setiap manusia ada naluri untuk hidup bebas.Itu lumrah.

Erti sebenar sayang bukanlah mengongkong..Ambil berat itu perlu tapi kalau nak orang kita sayang ada depan mata sepanjang masa itu mustahil...Bak kata pepatah omputih " If you love something let it go, if it came back back it's for yours to keep".

2 comments:

  1. Entri ini membuatkan akak terfikir. Taulah akak nikan memang seorang yang over protective. Walaupun dah banyak kali akak pujuk hati ni supaya beri kebebasan yang sepatutnya pada anak-anak dan insan yang akak sayangi, tetap juga payah nak buat!

    Betullah kata orang, kalau kita sayang, kita kena 'let it go'. Tak boleh mengongkong, itu bukan cara yang baik. Lagipun macam anak-anak ni, kita kena lepaskan sebab dengan cara itu aje mereka boleh belajar tentang hidup. Kalau kita simpan dalam rumah, 24 jam nak depan mata kita, memang tak survivelah mereka bila mampu melihat dunia luar yang lebih besar.

    Hmmmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kita sayang orang, tapi takkan nak tengok dia depan mata 24 jam. Dia pun ada naluri nak hidup bebas. Susah jugak kan?

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com