Thursday, 7 February 2013

Andai ku bercinta lagi..

Image credit
Dah dua tahun. Lebih. Sejak dia sebagai rasminya jadi milik perempuan lain. Aku? Masih sama. Pernah cuba paksa diri untuk jatuh cinta. Tapi gagal. Bukan aku tak mencuba. Mungkin juga ia silap aku. Kerana terlalu berhati-hati dalam mempercayai lelaki, aku tutup mata setiap kali peluang hadir menjengah. Ah,hati aku memang dah tertutup. Bermangga. Dengan kombinasi yang hanya dia saja tahu. Dia, yang pernah aku sayang suatu masa dahulu.

Kalau kalian tanya adakah rasa itu masih ada, jawapan aku rasa itu sudah lama pergi. Aku dah cukup banyak menangis. Luka di hati aku dah lama sembuh. Namun ada kalanya aku teringat. Bila aku pergi tempat aku pernah pergi dengan dia. Bila aku dengar lagu yang pernah jadi kegemaran kami. Bila aku teringat senyuman dia, kata-kata dia, gurauan dia, rajuk dia...Aku tak rindukan dia, cuma aku rindu rasa itu. Ingin sekali aku jatuh cinta lagi. Tak, aku tak ingin dia kembali. Dia dah lama aku lepaskan dari hidup aku. Dan aku tak ingin seorang seperti dia. Sebab dia adalah kenangan. Aku ingin hidup dengan masa depan.

Andai ku bercinta lagi, aku ingin untuk selamanya...

2 comments:

  1. Pendek aje entri ni tapi mendalam maksudnya. Dah lama kenangan tu berlalu Sal, simpan aje yang indah dalam hati, yang lain-lain tu biarlah pergi terus jangan kembali dalam ingatan!

    Semoga ada rezeki Sal untuk bertemu cinta sejati ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..biarlah kenangan itu berlalu.

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com