Thursday, 31 January 2013

Ikon Varsiti BH 2012

Baru-baru ini, Unit Berita Harian Pendidikan telah mengadakan majlis Anugerah Ikon Varsiti BH 2012.Majlis telah diadakan di Laman Mahsuri, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur dihadiri wakil-wakil dari Institut Pengajian Tinggi Tempatan yang bertanding.

Haha,amacam intro aku,ada gaya reporter buat story tak? Apa,takde?Haha,memang pun,aku bukan reporter, jauh sekali editor.Kalau nak baca story penuh,baca kat sini.

Aku and team telah ditugaskan untuk manning booth NIB. Kira macam create awareness la..Nak tau NIB tu apa, sila explore sendiri kat News Image Bank.Jangan lupa register =)

Event start pukul 12.00 pm,tapi pagi-pagi lagi my colleagues dah pergi sana untuk pasang panel dan set up booth.Memandangkan aku dan Kak Jan adalah kaum wanita yang lemah, kitorang tak terlibat la dalam bab pasang panel ni.By the time ktorang sampai sana dalam kul 11 lebih, segalanya dah ready..






Kesian muka-muka keletihan...

Masing-masing stress cari connection broadband.

Stress sampai nak bertumbuk!

Tapi dengan skill memujuk yang aku ada, diorang berbaik balik.Almaklumlah, abang-adik katanya..

Kak Jan dan Mizi yang gigih cari orang untuk register NIB.

Aku yang gigih tangkap gambar sini-sana..haish,tak boleh harap!Muka bajet comel je..nak pelempang?

Tapi the main reason aku tak boleh concentrate adalah kerana ini ada betul-betul belakang booth. Bau Nasi tomato dan rendang ayam menjolok hidung.

Majlis ni di'emcee'kan oleh Ag Hot FM.Di'emcee'kan?Oh,Sal, bahasa apakah itu?Adik-adik,jangan gunakan bahasa ini dalam exam tau!Ada performance by Ainan Tasneem.Seriously, this girl can really sing live!!!Sayangnya booth kitorang jauh dari pentas,so aku takdelah nak gi dekat-dekat untuk ambil gambar or record performance.Hello,aku datang nak create NIB awareness ok!!

Sebagai penutup, tengoklah gambar budak tak reti berenang diapit atlit terjun kebangsaan.Mesti korang tak kenal ni,sebab diorang pakai baju full..haha,matilah aku kalau Leong Mun Yee dan Brian Nickson Lomas baca..Pfft,ko sape Sal yang diorang nak baca blog kau!Anyway,aku memang respect diorang berdua ni.Kecik-kecik cili padi wei!Maybe boleh jadi the next Pandalela Rinong.Who knows!So,sebelum diorang jadi famous cam Dato' Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang atau Nazmi Faiz Mansor,baik aku tangkap gambar dulu.

Buat pengetahuan korang,windows PC aku crash masa taip report pasal event ni..kecewa sungguh sebab semua kerja-kerja aku hilang.Agak-agak kalau aku bagi link post ni sebagai ganti report aku,bos aku marah tak???haha.Oh by the way,Selamat Hari Wilayah!!!

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com