Thursday, 31 January 2013

Hansel & Gretel : Pemburu ahli sihir

Aku rasa idea fairytale diaplikasikan dalam filem dah kerap kali diulang pakai penerbit-penerbit filem Hollywood. Contohnya Enchanted, Beastly, Mirror Mirror, Red Riding Hood, Snow White & The Huntsman, Shrek dan banyak lagi la.Sesetengah tu box-office,ada yang gagal dan ada yang takat pulang modal. So,expectation aku before tengok Hansel & Gretel- Witch Hunters tak adalah tinggi sangat.Takut kecewa di kemudian hari.Tapi sangkaan aku meleset...ini bukan fairytale biasa.


Mesti korang familiar dengan kisah dongeng dari Jerman tentang dua beradik yang ditinggalkan di tengah hutan,then jumpa rumah gula-gula,kena tangkap pastu bunuh ahli sihir jahat..blablabla.Filem ini dibuka dengan kisah tulah, tentang macamana diorang terjebak dalam dunia pemburuan ahli sihir ni. Filem ni berlatarkan tahun1830-an..buat aku tertanya-tanya, at this era dah ada machine gun ke?Dan agak tercuit hati penonton bila Hansel mention yang dia ada 'sugar disorder' sebab kecik-kecik ada witch bagi dia makan candy hari-hari.Pun buat aku tertanya-tanya,diorang ke yang cipta insulin?Huhuhu.Tapi,bab-bab sejarah invention ni aku rasa boleh diabaikan.Nama pun cerita kan...memang selamanya tak logik..Tu belum masuk kisah troll nama Edward.Haha,nama nak Twillight aje..

Yang pasti,aku faham kenapa filem ni diklassifikasikan sebagai 18+.Babak slay the witch yang sangat-sangat gruesome.Get ready untuk tengok kepala pecah kena pijak,badan meletup sampai usus melimpah,orang makan ulat, kepala kena penggal, bakar hidup-hidup dan banyak scene yang aku tengok dari celahan jejari aku yang keding.Kalau pregnant atau senang loya mohon jangan tengok.Fighting scene dia awesome...Lakonan cast dia semua mantap dari sekecik-kecik watak sampailah lead.Jalan cerita dia simple dan senang faham.Tak banyak twist sangat,lebih straight to the point, tapi still ada elemen surprise, berkaitan parents diorang dan pompuan yang suka tolong Hansel.

Aku jarang bagi rating sebab bagi aku, kalau nak tau,tengoklah sendiri..Taste orang tak sama.Senang cakap, filem ni aku boleh je g tengok sekali dua lagi kalau ada orang nak belanja.So how?

Akhir kata, pesanan dari Hansel , "Do not enter a house that was made from candies." 

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com