Wednesday, 23 January 2013

Ada apa dengan Maulidur Rasul??


12 Rabiulawwal...tarikh keramat itu tiba lagi.Kat Malaysia, tarikh ni akan dikira Public Holiday.Means...CUTI!!!!!Ish,cuti kot.Sape tak suka cuti.Majoriti manusia suka cuti.Termasuk korang yang tengah baca ni.Ada orang akan gunakan cuti ni untuk berjimba atau melawat sedara-sedari cikebum cikebum.Ada orang yang extend sikit so cuti jadi panjang, bolehla balik kampung atau g holiday.Tak pun,just  ambil kesempatan untuk bangun lambat dan lepak kat rumah je.

OK,entry aku kali ni bukanlah nak ceramah kat korang tentang cara-cara yang paling afdhal untuk menyambut Maulud Nabi.Tak,itu biar Ustaz-ustaz je yang cerita.Diorang layak,aku tak.Terpulang,kalau korang nak g berarak sambil berselawat, silakan...Kalau nak g surau atau masjid dengar ceramah, lagi bagus...Atau nak duduk rumah layan Astro Oasis, TVAlHijrah atau nak layan drama-drama bertemakan Maulidur Rasul dengan harapan dapat mengutip secebis dua pengajaran pun boleh.

Yang menjadi point post aku adalah sejauh mana kita sebenarnya sayangkan Rasulullah S.A.W???Pernah tak korang tanya soalan tu pada diri korang sendiri??Sedangkan setiap kali solat kita mengaku 'Tiada Tuhan Disembah Melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah'.Tak lengkap Islam kalau tak mengaku kedua-duanya sekali.Sekarang aku tengah tanya soalan tu pada diri aku sendiri...Berapa banyak sunnah nabi yang aku amalkan??Berapa kali seminggu aku baca al-Quran??Quranul Karim adalah mukjizat terbesar Nabi.Yang ditinggalkan untuk ummatnya.Kalau orang yang kita sayang bagi kita barang, kita akan selalu pakai barang tu sebagai tanda kita ingat dia.Rasulullah tinggalkan sebaik-baik kitab untuk kita,tapi sejauh mana kita gunakan tinggalan Nabi Muhammad S.A.W tu???Tu belum masuk soal sirah nabi..Berapa banyak kisah nabi yang kita tahu??Yang kita guna sebagai panduan?Ya Allah...teruk betul kita ni,kan??Kita lagi suka ambil tahu gosip-gosip tak berfaedah.Anak-anak kecil kita lebih suka dendangkan kisah-kisah fairytale...Terukkan kita??Rasa macam nak tampar pipi sendiri.Jangan,mintak kawan yang tamparkan.

Semua orang familiar dengan tagline 'Sedangkan Nabi Ampunkan Ummat'. Itu membuktikan betapa mulianya keperibadian insan bernama Muhammad S.A.W.Berdakwah walaupun mendapat tentangan dari setiap sudut.Sedangkan di saat-saat terakhir hayat baginda pun,ummatnya juga yang diingatinya.Sayangnya dia pada kita,yang dia tak pernah jumpa pun.Kita?Nak berselawat pun culas.Malas.

Aku,macam korang semua,hanyalah manusia biasa.Yang sering buat maksiat,buat dosa.Namun perlu ruang membaiki diri.Aku ingatkan kau,kau ingatkan aku.Simple.

Salam Maulidur Rasul.Semoga kita sentiasa ingat tarikh ni.Walaupun time tu kita ada kat tempat yang tak iktiraf 12 Rabiulawwal sebagai cuti umum.Selawat dan Salam atas junjungan kita, Muhammad s.a.w.Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com