Monday, 21 January 2013

2012...yang pahit dan yang manis Part 2

Orait, sambungan entry yang lepas...Kali ni nak cerita pasal perkara-perkara yang best pulak.Kalau yang ni banyak lah,sebab aku ni benda-benda kecik pun boleh buat aku hepi.Benda orang lain kata tak kelakar aku sorang je yang gelak..So, antara yang manis berlaku dalam tahun 2012 adalah...

1.Ramai kawan-kawan aku yang mengakhiri zaman bujang diorg tahun ni.Aku cuba sedaya-upaya untuk pergi semua.Lagipun,aku anggap wedding ni macam free reunion.Peluang untuk jumpa kawan-kawan lama.Sebab biasanya masing-masing sibuk.Antara wedding yang aku gi 2012 ni adalah...

Aiza,island buddies merangkap teman  mencurah rasa.Congrats!!

Petro buddies - Acid & Az.
Nani & Shah..Kan dh cakap,wedding ni dh mcm free reunion.Credit pix : FB Farah Nur Diyana
Actually,ada banyak lagi, tapi aku jarang amik gambar.Dan ada juga yang aku tak dapat pergi mungkin atas faktor,masa, jarak ataupun tak dijemput.huhuhu..So,tahniah la kalian semua!!!Tahun 2013 ni pun dah banyak jemputan menanti.So,jom g tempah kebaya.Eh...tetibe.

2. Dapat g bercuti.Raya tahun 2012 ni tak pasal-pasal keluarga aku ajak g Cameron Highland. Pagi-pagi 2 Syawal kitorang dah gerak.Haha,orang dok pakai raya, kitorang dah menyarung sweater.Best sebab adik-beradik n anak sedara semua ada.Too bad one of my brother tak dapat join..



Nak jauh lagi, kita pergi KK plak..OK bah kalau kau...

Ingin berdejavu lagi di Kinabalu
3. Dapat tengok tribute teater Tun Siti Hasmah-Dari Hati Seorang Perempuan.I've always adored her n bila tengok teater ni aku terfikir, bukan senang jadi isteri orang ternama.Hati dan mental kena kuat.Terpaksalah aku batalkan hasrat nak kahwin dengan Shaheizy Sam..Haha hak-tuih!Sila muntah jauh-jauh.
Geng tengok teater - Dee
4. Aku ni nampak je cam suka benda-benda lagha..tapi aku layan ak konsert-konsert islamik.N tahun 2012 ni aku, Dee n Sarah beruntung dapat tiket free g tgk Rythm of the Soul..Ada Opick, Hafiz Hamidun n Adi Putra.Ye, yang jadi Jai tu.Memey arrrr.

Hatiku rapuh...

5. Dapat anak sedara baru.Ni yang ke-empat.Welcome to our family!!

Auni Najihah binti Azhar aka Si Bulat.
So, harapan aku,semoga 2013 ni membawa seribu satu kebaikan untuk kita semua..Selamat Tahun Baru!!!!

1 comment:

  1. Banyak kenangan kalau dikumpulkan cumanya memanglah ada pahit dan manisnya. Kalau tidak bosan sungguh melayari hidup yang dah boleh diagak apa kisahnya.

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com